Thursday, May 02, 2013

PRU13: Madam, Saya Confuse...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam PRU13 (eh?!),

Tak lama lagi rakyat Malaysia akan menunaikan kewajipan untuk memilih kerajaan yang akan menerajui negara bagi tempoh 5 tahun akan datang. Dari hari ke sehari, bahangnya makin terasa... (Alahai saya malas betul nak tulis entri yang berkait dengan PRU13 ni, sebab saya lebih suka memerhati...

Apa yang menyebabkan saya menulis entri ni adalah kerana ada beberapa orang bekas student saya yang menelefon dan bertanyakan parti mana yang akan saya pangkah... (Haih, undi itukan rahsia :p ) Saya tak naklah, nanti mereka terpengaruh dengan apa yang akan saya pilih nanti. Pilihan di tangan masing-masing... Kita kena tanya diri kita, apa yang kita nak dari kerajaan yang kita pilih. Apapun saya nak kongsi perbualan saya dengan salah seorang student... lebih kurang macam ni:
Kat mana-mana pun rasanya bendera BN
yang paling banyakkan?!
Student: Madam, tolonglah... Ini first time saya mengundi... Saya tak nak la tersalah pilih...

Saya: (Tergelak) Awak nak saya tolong macam mana?

Student: Gelak pulak madam ni... bagi la saya hint madam nak pangkah mana? (sambil dia gelak besar di hujung talian... sebab perbualan ni dah hampir 20 minit berlalu, tapi saya hanya mengelak jawab soalannya... dia tak puas hati sebab saya tak bagi hint)

Saya: Awak grad as journalism student dah pun bekerja as journalist... patutnya awak lebih tahu mana nak search informationkan? 

Student: Memanglah tahu madam... tapi serabut la... confuse la madam... Apa kata madam cakap je madam sokong BN or PR?

Saya: Kenapa awak confuse? Awak cari, awak tengok, awak nilai and fikirlah secara matang, mana yang terbaik! Kalau tak dapat melalui media arus perdana, carilah di media alternatif... Senangkan? Lagipun awak dah memang ada dalam line journalism tu sendiri... Itu bonus untuk awak... sebab awak orang pertama yang akan tahu, di mana dan bila ceramah dua-dua pihak... baik BN or PR buat... Awak siap boleh pergi, baik untuk dengar as rakyat biasa mahupun buat liputan untuk penuhi tuntutan kerja... kalau awak confuse, awak ada peluang boleh tanya direct pada calon tersebut untuk dapatkan kepastiankan? Bukan semua orang dapat peluang macam awak sekarang ni... 

Student: Orang keliling saya buat saya was-was... Saya memang dah confirm nak pangkah satu parti tu... tapi sakit telinga bila orang keliling kata saya tak de akal sebab pilih parti tu...

Saya: Parti mana pun pilihan kita... itu sebenarnya hak individu... sepatutnya kita tak perlu pun nak bagi tahu satu dunia yang kita akan sokong yang mana... Memadai kita sendiri yang tahu dan yakin dengan pilihan kita... yang penting buat research! Bila bagitahu satu dunia, tu la boleh jadi caki maki tu...

Student: Habis kalau senior-senior tanya saya sokong mana... nak jawab apa madam?

Saya: Cakap je "undi saya rahsia"... Lepas tu senyum je kat dorang... Yang penting, kita kena study semua parti, tengok siapa (parti mana) yang akan beri kita banyak kelebihan. Maksud saya pada rakyat keseluruhannya...

Student: Hm... betul madam... Haih... (hembus nafas...) lega sikit bila dah dapat cakap dengan madam... kalau tak pening saya mikir pasal politik ni... Sebab tu la saya suka telefon madam... madam selalu ada penyelesaian tuk saya... (sambil gelak lagi...)

Saya: Eh... er... kalau ada info off record, boleh la share dengan saya ya?! (giliran saya pula gelak...)

Student: Boleh madam, tapi ada syarat... Madam bagitau saya madam sokong BN ke PR?

Sambil kami berdua ketawa besar... Jauh di sudut hati... Untungnya saya, kerana pernah mengajar mereka suatu ketika dulu... Ada yang dah sampai ke beberapa negara... atas kerjaya mereka sekarang... Alhamdulillah, mereka masih ingat saya... Sesungguhnya saya sentiasa mendoakan mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi...  Moga Allah permudahkan urusan mereka dan limpahkan rezeki buat mereka... Amin...

By the way, In sha Allah saya mengundi di sini...



Psst: Kadang-kadang pasal boyfriend or girlfriend pun student call minta nasihat saya... Tapi kadang-kadang seronok juga melayan... Haih!!  (^_^)

Baca juga: PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi



32 comments:

  1. hehehe...kelakar je. Setuju dengan akak. Apa-apa pun kita buat research dan lihat secara keseluruhan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang terbaik... kemudian fikirlah sebagai seorang yang matang...

      Delete
  2. sebab madam the best mentor kami..thanks madam selalu bantu :D..love u so much :*

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau madam jadi calon kat kawasan saya, for sure saya vote madam. tak kira madam parti apa. haaha! :D

      Delete
    2. @Nurez Amani: Ye la tu... :P

      @Khazami: hahaha, jangan buat pasal!! :))

      Delete
    3. Kak Khazami : kan2 mesti kita semua turun padang berkempan untuk madam haha :D

      Delete
  3. wah nak jadi anak murid sis lah jugak he3.....slmt mengundi :)

    ReplyDelete
  4. Saya pun selalu perhatikan wall bekas2 student di musim pilihanraya ni... kadang2 kesian dengan golongan muda yang keliru dan takut dengan ugutan pihak tertentu... macam saya dulu pun, mmg tak tahu nak pilih parti yg mana satu.. dengar dua-dua pihak lagi rasa keliru.. tapi sekarang, baru cukup matang utk memilih, tapi tak sempat nak daftar undi pos... so agak berputih mata dengan kehilangan dua undi :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. alahai... sayangnya nur... tak pe la... make sure 5 tahun lagi dpt ngundi ya... ^_^

      tu la nor, kadang kesian juga bila tgk students yang berbalah sesama sendiri... nak tegur pun tak boleh... so tutup mata je la... haih...

      Delete
  5. Replies
    1. ha rahsia tau!! jangan bagitahu orang... syyyyhhh

      Delete
  6. hehe..akak dulu kerja apa? teacher???
    macam-macam soalannya..tapi kan kak betul..kalau saya bleh mengundi 5 mei ni saya pun confius..
    sebab di media macam2 cerita pasal parti A dan B dll..

    ReplyDelete
    Replies
    1. dulu mengajar di Kolej @ Pahang... course Journalism :D

      sebab tu kita kena memilih dengan bijak... ^_^

      Delete
  7. 'undi adalah rahsia' adalah jawapan yang paling selamat sekarang ini. :)

    ReplyDelete
  8. Madam psst kat bawah tu yang x menahan... mcm terkena atas batang idung je... hahahahahahhaha! Madam kan Mentor! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. iqlil, awak salah sorang daripadanya... haaa kantoiii... hahah

      Delete
  9. salam khamis
    singgah sini
    dah sarapan

    ReplyDelete
  10. Saya pon tgh confuse nak undi apa ni kak.

    ReplyDelete
  11. hahaha....ni mesti lecturer yg sporting.....

    ReplyDelete
  12. assalamualaikum ... tu la bestnya ada anak murid . akak saya lak bila tiba hari guru jer , mcm2 no tel x kenal call dia . pas tu tanya , x der fb ker ? ...

    ReplyDelete
  13. wah!!...cikgu penyayang nie..bagus2x.

    ReplyDelete
  14. saya pertama kali undi.. xmooo confius² tetapkan pendirian.. demi masa depan negara hihihihihi..... owhh dulu nora pernah jadi pensyarah ker?? atau cikgu kat sekolah menengah ni???

    ReplyDelete
  15. wah...lecturer kesayangan ni...jadi kesayangan anak murid...apa2 pun...undi hak masing2...perlu menilai sendiri..jgn cepat terpengaruh..mcm budak2 sekolah plak klu cepat sgt terpengaruh...

    ReplyDelete
  16. wahhh madam,....sampai bab politik pon x cari madam....tp berbalik kepada asas...buka mata dan renungkan pilihan terbaik....

    ReplyDelete
  17. okje pun boleh jadi confuse jugak NK sebenarnya..
    Apapun setuju dgn awak Nk....kena Yakin dgn pilihan kita...
    Dulu Nk lecturer ke?

    ReplyDelete
  18. semua ada pendapat masing2 kan... tak semua yang kita suka orang suka dan tak semua yang orang suka kita suka. :)

    ReplyDelete