Friday, May 03, 2013

PRU13: Hak Kita Sebagai Pengundi

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Berikut adalah beberapa panduan yang boleh kita semak, bagi memastikan perjalanan pada hari membuang undi berjalan dengan lancar. Semak poster 7 Langkah Pengundian yang dikeluarkan oleh SPR ini.

Ini pula adalah video panduan tentang kaedah dan hak pengundi... So, kenalpasti apa yang patut dan ketahui juga hak kita sebagai pengundi...



Dan ini pula adalah lagu kegemaran Alisya sejak akhir-akhir ni... "Jom Mengundi". Makin dekat, makin galak dia nyanyi lagu ni... Bila tengok poster dan bendera parti di jalan-jalan utama, automatik dia nyanyi... ^_^



Apa pun selamat mengundi buat semua... Yang balik kampung (termasuk saya juga... in sha Allah), semoga perjalanan kita semua selamat pergi dan balik... Moga dijauhkan dari sebarang musibah, dan moga Allah sentiasa melindungi kita... Amin...

Baca juga: PRU13: Madam, Saya Confuse...



14 comments:

  1. Selamat mengundi...undilah dengan bijak :)

    ReplyDelete
  2. comelnya kartun dalam video..hehe
    selamat mengundi..
    saya dah jarang tgk tv sbb lagu2 tu semua..huhu..nasib la 5 mei ni pru.lepas ni dah tak dapat nak dengar dah..huhu

    ReplyDelete
  3. hsk memangkah hak kita.. pangkahlah dengan betul kerana ini masa depan negara kita...

    ReplyDelete
  4. slm sis..smlm kt sekolah tadika,cikgu anak bongsu saya,srh diorg nyanyi lagu apa yg best.ada sorg murid tu nyanyi lagu jom mengundi..trs cikgu gelak.dah itu je bdk sllu dgr siang malam kt tv ^^

    ReplyDelete
  5. Nora undi mana? selamat mengundi..

    ReplyDelete
  6. safe journey dan selamat mengundi :)

    ReplyDelete
  7. Selamat mengundi . semoga selamat sampai ke destinasi dengan selamat .

    ReplyDelete
  8. lagu mengundi dah macam lagu raya....best lagu tu...

    ReplyDelete
  9. dah selamat mengundikan...

    ReplyDelete
  10. Nape tak ngundi kat tempat sendiri je NK?

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, saya pun dah selamat mengundi, perjalanan berjalan kaki pun ambil masa 5 minit je.

    ReplyDelete