Thursday, June 20, 2013

Jerebu Menyesak Dada...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jerebu di Singapura, Johor, Negeri Sembilan termasuklah Melaka ni, memang agak teruk... Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Melaka ni adalah pada tahap tidak sihat... Bau asap sepanjang masa terutamanya di sebelah malam, memang menyesakkan dada...

Dah dua tiga hari ni saya sakit kepala, sebab bau asap yang kuat. Baunya bukan setakat di luar rumah... tapi termasuklah dalam rumah.... Bayangkanlah! Macam bakar sampah dalam rumah pula! 

Risau saya tentunya pada AF (Adam Faris dan Alisya Farha)... Tapi bila saya tanya rasa pening tak? Jawabnya tak... Susah nafas tak? Jawabnya tak... Setakat ni saya tak dengar pula AF batuk atau sukar bernafas...Harapnya mereka kuat bertahan...

Disebabkan udara yang tak berapa nak bersih tu, saya tak bawa AF main basikal di luar... Dah berapa hari ni juga AF bising cakap dah lama tak main basikal... Kesian mereka... Tak pe la... nanti udara dah nyaman semula, bolehlah kita main basikal ya?!

Alisya memang tak pandai kayuh basikal lagi... Saya akan tarik basikal tu, sambil dia cuba-cuba kayuh... Kalau Mama dia kepenatan... dia akan tolak je basikal tu... Faris pun masih lagi dengan 4 roda... tak pandai lagi seimbangkan badan... Dah la jarang main basikal... Memang ambil masa la nak pandai kayuh dan seimbangkan badan... 




Tips ketika jerebu:
1. Menghadkan waktu berada di luar rumah atau kawasan terbuka untuk mengelakkan sesak nafas.
2. Memakai topeng muka agar tidak menghidu udara yang kotor.
3. Kerap membasuh muka, tangan dan kaki atau anggota badan yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Atau sebaiknya kerap mandi.
4. Minum air suam dengan kerap, agar tekak tidak kering.
5. Dapatkan rawatan segera jika, terasa sakit dada, sesak nafas atau batuk yang teruk. 
6. Keluar dari kawasan yang berjerebu bagi mengelakkan terkena penyakit.


Nota kaki: Sentiasa berdoa hujan turun agar kami dapat menikmati udara segar... 


* * *
Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

25 comments:

  1. Take care ye kak. Kena kurangkan aktiviti luar. Kat tempat saya ni masih belum nampak berjerebu lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. duduk dalam rumah pun terasa sesak juga... huhu

      Delete
  2. memang bahaya jerebu ni....
    kes sakit makin meningkat...
    tu laaaa...doa2 lah hujan2 selalu kan....
    and kurangkan keluar rumah...
    minum air masak byk2...
    take care tau...

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks rasp... tapi dalam rumah pun tak tahan dibuatnya... huhuh

      *hujan oh hujan kenapa kau tak mahu turun...?!*

      Delete
  3. Kalau dlm perjalanan tu dalam kereta pun dah boleh nampak sekeliling semuanya dah macam kat Genting Highland jerebu aje...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la pasal... kat sini pagi2 time nak hantar faris pegi sekolah tu mmg asap sesaja...

      Delete
  4. Kena kurangkan masa dan aktiviti diluar.. Kt kl ni pun pagi je.. Ptg cerah sikiy..

    ReplyDelete
  5. Kat Johor dah ada sekolah yg ditutup kan?

    Elok le kurangkan aktiviti luar. Kesian jugakkan anak2 terperap je dalam rumah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha ah... diarahkan tutup... mmg teruk sangat kat JB tu...

      Delete
  6. Nampaknya kat mana2 pun jerebu.. Sabah pun ber jerebu juga..cuaca pun panas sgt... kena kurangkan aktiviti di luar rumah..

    ReplyDelete
  7. Sini pun awan kelabu je , kl .... tp dah dua hari nampak pakcik tu selamber je bakar smpah .. nasib anak2 semua ok .sihat ..

    ReplyDelete
  8. Org malaysia dah tak larat kena jerebu . cm mana lak agaknya org indon yg buat jerebu yer . rasanya keadaan mrk lagi teruk . tiap thn buat benda yg sama pada bln yg sama ...

    ReplyDelete
  9. Teruknya jerebu kat sana....
    Moga hujan cepat2 turun...
    psst, Irfan pun tak pandai naik basikal tayar 2 juga... masih tayar 4... hihihi

    ReplyDelete
  10. Way cool! Some very valid points! I
    appreciate you writing this write-up plus the
    rest of the website is also very good.

    Visit my blog post - CrossFit apparel ()

    ReplyDelete
  11. Betul tu. Kurangkan masa di luar. Udara kotor ni mengundang pelbagai penyakit

    ReplyDelete
  12. kelua dr kawasan jerebu??? manalah nak tuju.. kg pun musim jerebu huhuhuhu ...

    ReplyDelete
  13. kena sedikit berkurung n buat byk aktiviti dlm rumah nmpknya

    ReplyDelete