Thursday, June 20, 2013

Hadiah 'Birthday' Alisya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ni la malas bila buka draft banyak lagi entri tertunggak. Entri ni sepatutnya saya publish pada bulan kelahiran Alisya, Mei... Tak tahu pula kenapa tersadai dalam draft.

Inilah hadiah birthday untuk Alisya. Hadiah ni dia sendiri yang pilih... Punyalah lama kami menunggu dia pilih hadiah hari jadinya... Sampai lenguh-lenguh kaki dibuatnya... Tadaaa...


Buai ni bukannya Alisya boleh duduk pun... Tapi dia beli untuk Ayumi kesayangannya... Untunglah jadi Ayumi Alisya... bukan hadiah untuk dia yang dia cari... tapi hadiah untuk Ayumi tu... Sabar je la...  




Set ni siap dengan bekas makan dan sudu/garfu... tengok la Alisya tu tengah suapkan Ayumi makan. Katanya Ayumi lapar... menangis... Dan dan dia cari bekas tu dan suapkan makan. Konon-kononnya... 


Macam ni la Alisya susun tilam dan buai di ruang tamu... bila dia nak tidur, dibuaikan Ayumi sekali... Katanya Ayumi pun nak tidur... Hai la anak... Apa-apalah!

Psst: Teringat pula masa saya buaikan Alisya masa baby dulu... Masa tak beli lagi buai letrik, macam ni jugalah saya... Baring sambil buai Alisya... Tapi biasanya yang tidur dulu mamanya la... hahaha...

Entri berkaitan:

* * *

Tupperware Kiyter sedang merekrut ahli baru dalam team kami. 
Nikmati diskaun sehingga 25% sebagai ahli (atas barangan Tupperware dan Nutrimetics) dengan yuran keahlian hanya RM70.00.
Jom Sertai Kami! ^_^

10 comments:

  1. Alisya tahu, ayumi takde birthday... siap tu dia belikan hadiah utk Ayumi sempena birthdaynya...
    Hadiah tu bagus utk Alisya kembangkan imaginasinya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la nur... masa memilih hadiah tu pun dia asik tanya, sama ada Ayumi boleh main ke tak.. sabar je la...

      Delete
  2. as salam kak,
    hehehehe pandai betul alisya cri adiah kan..igtkan dia la yg punya comey! rupanya utk ayumi kesayangan. anak2 hehe..

    ReplyDelete
  3. cantik yrk.. tak penah jumpa lagitu...
    seronok tengok diaorang berkreatif

    ReplyDelete
  4. alahai syg sungguh alisya ke ayumi..siap belikan buai.coel sgt hadiah yg alisya pilih..nmpk tak alisyani tak pentingkan diri?belikan ayumi hadiah dihari jadi sendiri..ahakz..

    ReplyDelete
  5. kikikiki .. saboo jerlah, ni petanda alisya nak adik... dia nak buai adik ni nora..

    ReplyDelete
  6. Cutenya hadiah tu. Untung ayumi...hehehe...

    ReplyDelete
  7. Comeinye... Ingtkn dia nn naik.. Heee

    ReplyDelete