Wednesday, February 26, 2014

Bulan Nutrisi di Prince Court Medical Centre (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ini saya menerima satu email dari Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince Court, Puan Mushidah Zakiah Mohad Akran. Kalau rakan-rakan ingat, Puan Mushidah ni pernah komen dan berkongsi info tentang diet bagi pesakit batu hempedu dalam blog saya ni...

Kali ini beliau ingin kongsikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Mac (1-31 Mac 2014) di Pusat Perubatan Prince Court sempena Bulan Nutrisi. 


Wah, saya sangat teruja baca info Farmers' Market tu... Kita boleh dapatkan barangan runcit (dari jam 11 pagi - 3 petang) dengan harga yang berpatutan dan yang pasti semuanya dijamin sihat!! 

Biasanya barang yang kita beli macam jus dan jam, mereka akan gunakan pewarna tiruan la... lebihan gula la... tapi di sini lain tau!! Semuanya versi sihat!(dah nama pun Bulan Nutrisi... kan?!) Saya percaya ini semua berperanan untuk memberi kesedaran kepada kita tentang pemakanan... 

Lagi satu yang menarik, jika anda ingin berkonsultasi dengan Pakar Pemakanan mereka (rasanya termasuk Puan Mushidah) boleh buat appointment di talian 03-2160 0240. Harga biasa konsultasi adalah RM210, tapi promosi bulan Mac adalah hanya RM120 je tau!! Memang diskaun hebat ni...!

Oh ya, siapa-siapa yang minat masak-masak pula, boleh la join competition ni... Mana tahukan?! Dengar kata, hadiahnya cukup-cukup lumayan! Klik pada gambar untuk baca infonya ya... (^_^).


Siapa-siapa yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama memeriahkan Bulan Nutrisi di Pusat Perubatan Prince Court ni... Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, sila "block" jadual anda untuk event ini dalam diari, ok?!
Nota kaki: Terima kasih pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi info dengan saya... (>_<)

* * *


4 comments:

  1. Dekat sangat dah dengan office saya. Excited juga tang Farmers' Market tapi timenya tu tak sesuai pulak...

    ReplyDelete
  2. alamak jauh sgt nk pergi pun..tp macam best kan..macam2 ada

    ReplyDelete
  3. Dah katanya berkeluarga NK mmg payah nak block date sesuka hati kita...nak kena tanya driver dan anak anak jugakkan ...

    ReplyDelete