Monday, February 24, 2014

Cikgu Pesan: Salam dan Cium...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seperti biasa, balik dari sekolah Faris mesti cerita apa yang dirasakan menarik untuk dikongsikan dengan saya... Selalunya dia bercerita di dalam kereta (on the way balik rumah) atau ketika makan tengah hari sebelum dia pergi sekolah agama.

Tapi apa yang diceritakan minggu lepas sampai sekarang buat saya terharu...

Faris: Mama, tadikan dekat sekolah cikgu cakap... anak-anak sebelum pergi sekolah, kena salam dan cium ibu dengan ayah.

Saya: Ha... memang la... kan mama buat macam tu sebelum Faris pergi sekolah... Mama salam dulu... lepas tu cium pipi Faris yang tembam ni... (sambil cubit dua-dua belah pipinya...)

Faris: Ye la... tu kita tau... Nanti boleh tak mama cakap dengan abah, kita kena salam dengan cium abah dulu sebelum pergi sekolah...?!

Saya: La, kenapa mama pulak yang kena cakap? Tak payah cakap... Faris bila turun motor tu... Faris cakap la kat abah nak salam dengan cium...

Faris: Tak boleh... mama cakap la... kalau mama tak cakap... nanti esok cikgu tanya Faris nak jawab apa?!

Saya: Ye la... nanti mama cakap kat abah.




Malam tu, saya beritahu encik hubby, apa yang Faris cerita pada saya petang tu... Di hujung perbualan tu saya ingatkan encik hubby untuk salam dan cium Faris esok (hari Jumaat minggu lepas), sebab cikgu akan tanya semula sama ada mereka salam dan cium ibu bapa sebelum pergi sekolah.

Hari Jumaat tu, masa saya jemput Faris dari sekolah, terus dia cerita... 

Faris: Mama, cakap dekat abah suruh salam dengan cium kita ke?


Saya: Ha ah... kenapa?! Abah salam dengan cium Faris ke tadi?

Faris: Ha ah... Abah salam dengan cium... (sambil senyum lebar... selebar-lebarnya). Abah sayang kita, mama! (tersengih-sengih...)

Saya: Memang la abah sayang... tak semestinya abah tak cium, abah tak sayang... (ouh, saya bergenang air mata... patutlah Faris hari ni sangat luar biasa happynya...)

Anak-anak, walaupun mereka dah semakin membesar, sekali sekala mereka nak juga dimanja... Walaupun bukan selalu, sekali sekala tu, peluk dan ciumlah mereka... Moga dengan pelukan dan ciuman tu, mereka akan rasa sangat dekat dengan kita... Mudah-mudahan... Amin...


Nota kaki: Encik hubby saya memang jarang peluk dan cium anak-anak, sebab katanya takut nanti mereka manja :p

*** Saya dapat CPUV yang ke-28 dari Nuffnang: McDonald... TQ Nuffnang (^_^) ***

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


19 comments:

  1. gembira sangat la kan, tu la memang orang lelaki ni kurang tunjuk affection, sayang depa lain caranya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... setuju sangat... kita mak2 ni je rajin tunjuk sayang kat anak2...

      Delete
  2. he3 x bermakna peluk & cium, anak2 akan manja... lagi depa sayang nnt tau... mungkin org lelaki lain skit dr kita emak2 ni kan..

    ReplyDelete
  3. org laki bila anak kecik2 je selalu peluk cium,dh besar jarang sikit..macam aiman ngan abah,kadang2 peluk cium gak,tp takdelah hari2 macam ibu dengan aiman.hehe

    siapa tak suka bila abah syg,peluk n cium kan faris?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul la tu PK... rasanya kebanyakkan ayah mmg gitu.. masa kecik2 je peluk/cium anak...

      Delete
  4. kena le peluk cium anak2, depa rasa selamat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btul tu.. cuma kebanyakkan laki rasa itu tak perlu...

      Delete
  5. Nak cakap kat abah pun mama kena jadi perantara… bagus la Faris ni…
    Lagi pun budak2 mudah sgt dengar cakap cikgu…
    Kalau abah budak2 ni, mmg akan salam dan cium anak2 pergi keje… Mmg dah habit dia setiap hari.. tapi mmg anak2 dia sgt manja pun dgn abah… lagi2 Aisyah, mmg anak manja abah… hihihi

    ReplyDelete
  6. Faris happy sangat la tu dapat ciuman n pelukan dari abah..bangga dia..bagud faris siap pesan ngan msma lagikan suruh abah dia kiss n prluk dia..sweet sangat..

    ReplyDelete
  7. anak2 memang senang dengar cakap cikgukan..
    ooo suruh mak cakapkan.. alahai anak emakni...

    ReplyDelete
  8. Memang betul abah-abah ni tak suka tunjuk kasih-sayang kat anak-anak. Cam anak saya, selalu hugs Mommy dan say I love you, whatever tapi tidak dengan Daddynya. Bila ditanya Abang kata Daddy tak suka orang hugs2 dan kiss2 dia... ahah...bukan salah anak ya pilih kasih :)

    ReplyDelete
  9. comel faris kata gitu, teringat dekat afif
    tapi memang orang yang ada gelaran papa gitu ke ye
    suami saya gitu juga, tak faham

    ReplyDelete
  10. anak2 ni kalau cikgu ckp ingt je. mak ckp ingt jgk tp tak sekuat ckgu ckp la.

    ReplyDelete
  11. Seronok lah faris dpt ciuman dan pelukan dari abah ☺

    ReplyDelete