Saturday, February 22, 2014

Selesai "New Member Welcome Day"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah selesai sudah sesi meraikan ahli-ahli baru Tupperware jam 2-5 petang tadi di Stokis Ayer Keroh...

Majlis ini memuatkan beberapa sesi berkonsepkan sharing knowledge antara satu sama lain. Antaranya adalah product knowledge (Tupperware Rice Dispenser, Lacto-Fiber dan BerryGen), demo memasak (menggunakan Tupperchef dan Asian Meal Paste), perkongsian pengalaman dan tentunya cabutan bertuah! (^_^)

Sebahagian consultant yang menyertai majlis ini

Beberapa hari sebelum majlis, Cath meminta saya untuk berkongsi maklumat (produk) dengan ahli-ahli baru (consultant). Lalu saya mengambil tangungjawab untuk berkongsikan maklumat tentang Rice Dispenser. 

Nampak macam senang... tapi disebabkan saya dah lama tak berdiri dan bercakap di depan orang ramai... Terasa takut dan kekok juga... Malam sebelum majlis berlansung, payah betul saya nak lelapkan mata...!! Hahaha...

Rakan lain yang turut terlibat memberikan talk adalah Raymond (Lacto-Fiber dan BerryGen) dan May (demo masak dua jenis makanan; bihun goreng dan rendang ayam dengan menggunakan TupperChef dan Asian Meal Paste). 

Demo Lacto-Fiber by Raymond
Jom masak bihun dengan Oriental Sauce :P
Oh, nampaknya semua dah tak sabar nak makan... hehehe
Bekas makanan dan sudu yang consultant
gunakan adalah door gift... Menarikkan? :D
Muka-muka baru yang menyahut cabaran DIQ... Chaiyok!!
Gabungan lama dan baru... hehehe

Untungnya mereka ni... Raymond dapat Ipad dan May dapat full set TupperChef dan melancong ke Macau, reward dari challenge yang mereka sertai... (kira capai target la ni...)


Happy for both of them...

Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar... So, kita akan jumpa lagi dalam event yang akan datang... Kepada yang berminat untuk menjadi sebahagian daripada team Tupperware Kiyter, boleh hubungi saya 0193441384.  

Till next entry... Assalamualaikum... (^_^)

7 comments:

  1. cam seronok aje =)

    eh kak, saya ada bekas air tupperware yang besar tu
    color hijau muda
    dia jatuh lepas tu pecah
    orang kata tupperware boleh bagi tukar yang baru
    sungguh ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok yana... hahahah

      botol yang pecah tu boleh bawa semula ke mana2 stokis tupperware... mereka akan tgk sama ada boleh ditukar secara percuma atau dikenakan sedikit bayaran... :D

      Delete
  2. Dah lama sangat bunda tak join party2 dan hadiri perjumpaan barangan Tupperware ni...dulu kawan bunda seorang ahli tegar selalu bawa bunda...

    ReplyDelete
  3. tahniah kerana berjaya buat speech dpan org ramai walaupun tak lena tidur.hehe

    ReplyDelete
  4. Saya ni setakat guna tupperware tu bolehlah. Kalau nak suruh mempromotenya, mati katak kat situ gak, kejang kaku tak tahu nak watpa :)

    ReplyDelete
  5. Meraihnya. Tgh kumpul sket2 brg tupperware ☺

    ReplyDelete