Monday, February 17, 2014

Sunnah Nabi SAW: Mengawal Kemarahan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Manusia sering dilanda kemarahan terhadap sesuatu. Marah jika barangnya dirosakkan. Marah jika hatinya disakiti. Marah jika pasukan bola sepaknya tewas. Marah jika ada sesuatu yang berlaku kepada ahli keluarganya. Dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyebabkan kita marah, walaupun atas perkara yang kecil.


Ciri Kemarahan Rasulullah SAW

Apabila Rasulullah SAW marah, muka Baginda akan menjadi merah dan urat akan timbul di dahi Baginda. Tetapi Baginda hanya akan marah jika ada alasan yang kukuh.

Rasulullah pernah marah pada Muaz Ibn Jabal sedangkan Muaz adalah antara pemuda kesayangan Baginda. Kenapa?! Kerana Muaz suka membaca surah-surah yang panjang ketika solat.

Ada sahabat yang mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah berpaling kepada Muaz dan bertanya, “adakah kamu hendak memfitnah agama sendiri?”

Sumber gambar: Google


Bagaimana Meredakan Kemarahan?

Rasulullah bersabda bahawa kemarahan merupakan bara daripada api neraka. Kemarahan datangnya daripada syaitan. Syaitan diciptakan daripada api neraka. Hanya air yang boleh memadamkan api.

1. Jika marah, ambillah wuduk.
2. Sebaik berasa marah, beristi'azah kepada Allah SWT. 
(ucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
3. Berdoalah kepada Allah SWT agar kemarahan itu dipadamkan.
4. Tinggalkan tempat yang menyebabkan kita marah, supaya kita tidak membuat keputusan yang salah ketika itu.
5. Jika kita sedang berdiri, maka duduklah sehingga berasa tenang.
6. Jika benar-benar sedang marah, maka diam. Kerana kemarahan boleh menyebabkan kita menyebut perkataan yang tidak elok (jika suami/isteri bergaduh, mungkin suami akan terlafaz talak).
7. Ibu bapa dilarang berdoa ketika sedang marah, dikhuatiri akan mendoakan perkara yang tidak baik kepada anaknya.


Empat Golongan Manusia Ketika Marah

Rasulullah SAW menyifatkan manusia terbahagi kepada empat golongan mengikut kemarahan:
1. Golongan pertama: Cepat marah dan cepat reda.
2. Golongan kedua: Lambat marah dan cepat reda.
3. Golongan ketiga: Lambat marah dan lambat reda.
4. Golongan keempat: Cepat marah dan lambat reda.

Daripada keempat-empat golongan ini kata Rasulullah, golongan terbaik adalah golongan kedua, yakni orang yang lambat marah dan cepat reda.

Sesiapa yang dapat menahan dirinya ketika marah, maka dia memiliki salah satu sifat Rasulullah SAW. Dia juga dapat menghayati firman Allah SWT, “katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka ikutilah aku. Nescaya Allah akan menyayangi kamu.”

Petikan dari rancangan: Fattabiouni
TV Al-Hijrah (Astro 114)

Jom hidupkan sunnah Rasulullah SAW

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


19 comments:

  1. terima kasih untuk perkongsian ni
    wah header dah lain, baru nampak tuan empunya blog =)

    ReplyDelete
  2. sy yg no 1 tu...susah juga nak tahan marah especially dgn kerenah anak2...hhee

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 mmg boleh buat kita jadi..... aaauuummmm... hahahah

      Delete
  3. tq share yg bermanfaat ni....
    bab kemarahan ni mmg kita kdg2 tkleh nk jangka dan kawal kan..
    sy ni cepat juga rasa nk marah tp dlm masa yg sama cepat sejuknya..hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul... lagi2 bab melibatkan anak2... mmg cepat je rasa nak marah.. haih!! kena baiki...

      Delete
  4. betul la tu. marah2 sgt pun x elok jgk.

    ReplyDelete
  5. Alamak, saya yang jenis cepat marah dan cepat reda juga. Memang tak bagus. Asalkan cepat marah, memang tak elokkan. Tapi saya punya feel pun macam tu. Kalau dah marah, saya tinggalkan aje. Tak mahu tengok punca kemarahan, takut marah makin membuak-buak. Dengan anak-anak pun begitu. Kalau marahkan anak, saya masuk bilik baring dan tutup muka dengan bantal. Tak mahu tengok muka mereka takut lagi jadi marah. Pastu tetiba aje rindu pulak kat anak-anak nak peluk cium mereka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh kita sama la... hahaha saya kalau marah anak2 pun saya yang naik bilik... kunci pintu.... tak lama... lps tu saya keluar dan peluk mereka... hahahah ai dalam hati pun ada taman tau.... :p

      Delete
  6. Info yg bagus.. .memang elok kita sebarkan -sebarkan sunnah Nabi ni.

    ReplyDelete
  7. kita ni manusia biasa,mmg tak boleh samakan dengan Rasulallah..tp kena cuba kawal marah la kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... tapi kita boleh belajar dan tiru cara Rasulullah SAW dalam mengatasi rasa marah...

      Delete
  8. klu sentiasa marak dlm sains ia akn jejas sihat kita seperti darah tinggi, cancel atau sakit jantung

    ReplyDelete