Tuesday, February 18, 2014

Kelas Masak?! :O

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Khamis lepas saya "bergaduh" dengan Faris... Punyalah susah nak suruh dia bersiap untuk kelas mengaji... Saya tak tahu la kenapa dia susah sangat nak bersiap untuk sekolah petang. (Sekolah agama hari Isnin-Rabu, kelas mengaji Khamis & Jumaat.) Sekolah pagi tu ok je, kalau sekolah petang memang berperang la saya dengan dia... 

Balik dari kelas mengaji tu, biasanya dia akan main basikal atau main badminton di depan rumah. Saya cakap pada Faris, nak pergi kelas taekwondo tak? Plan nak hantar ke kelas taekwondo ni adalah plan encik hubby. Tapi masih belum ada kata putus lagi... So, ni kira nak kenal-kenalkan apa tu taekwondo pada Faris.

Nampak gaya chef ke dia ni... tukang makan
boleh la kot?! huhu
Faris: Taekwondo tu apa?

Saya: Macam ni (sambil tunjuk video taekwondo dari YouTube)

Faris: Woh... hebatnya!! (wah saya pun rasa berbunga-bunga la kan? Sebab nampak dia macam excited)

Saya: Hebatkan? Nanti Faris belajar taekwondo, boleh jaga Alisya... jaga mama... kalau ada orang jahat kacau Alisya, Faris boleh "pukul" orang tu...

(Dia senyap dan fikir sesuatu...)

Faris: Faris tak nak la... Asik sekolah la... taekwondo la... bila mama nak hantar Faris pergi kelas masak?

Saya: Hah?! (terkejut betul sih!) Kenapa nak pergi kelas masak?

Faris: Faris chef! Faris suka masak...! Faris pandai masak... Kan Faris selalu tolong mama masak tu...
 
Faris memang rajin tolong saya di dapur...
Saya pernah tulis entri tentangnya di sini: Bila anak bujang ke dapur...

Saya: (Ah sudah!) Abis tu siapa nak jaga Alisya kalau ada orang jahat kacau?!

Faris: Abah ada... Abah jaga... Faris nak masak... Nanti kalau Faris tak masak... siapa nak bagi Alisya makan... Dah la Alisya asik muntah-muntah je bila makan... (huhuhu...)

Perbualan sebegini bukan baru berlaku sekali... ada la dalam 2-3 kali saya tanyakan pasal kelas taekwondo ni... tapi jawapan dia tetap sama... nak pergi kelas masak... Aduhai... Doh guane?!

Nota kaki: Yang pasal Alisya muntah-muntah tu, nanti saya tulis entri lain...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


29 comments:

  1. hadoilah saboo jelah faris ni ... tp kt mmg kene cr akai nak jwb klu dgn anak yg pandai ckp ni huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. anak sy pon suka masak... xnak p takwando hu3

    ReplyDelete
    Replies
    1. dia seronok tgk kita berkentang-kentung kat dapur tu kot... :D

      Delete
  3. wah minat memasak ni kak, boleh masuk rancangan MasterChef ni bila dah besar nanti... and make money... *_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. akak rasa dia terpengaruh dengan akak la... sebab akak mmg suka tgk rancangan masak memasak ni... masterchef tu lagi la suka tgknya... huhuhu

      Delete
  4. dia pikir kalo terer masak,leh mkan byk2 tu.huhu

    ReplyDelete
  5. jalan2 intai tuan blog :D
    great piece of entry dear

    ReplyDelete
  6. Mungkin Faris penat kot NK… pagi sekolah, petang kena belajar, sbb tu dia mcm tak berminat dgn taekwando tu… kalau dia memasak, boleh spend masa dgn mama dia kat rumah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye la kot agaknya... mmg dia selalu ckp penat... kalau masuk kelas taekwondo tu... kelas hujung minggu pula... ish tah la... masih pikir2 lagi..

      Delete
  7. Budak2 memang suka nak buat apa yang mak buat.. anak2 makchaq pun dari kecik suka tolong masak.. sekarang ni depa dah besaq2.. makchaq dah boleh order apa nak makan...

    ReplyDelete
  8. alah jadi tukang masakpun bersilat juga.. sayani yang anak pompuan kena hantar kelas memasakni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhuhu kalau boleh nak la dia lasak2 sikit... at least ada basic pertahankan diri... lepas2 tu nak masak...masak la... huhuhu

      Delete
  9. Wah, bagusnya anak bujang ni suka membantu di dapur! Bestlah... anak bujang saya tahunya meng'order' aje. Plain water pun dia main order kat Mommynya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhahah ye ke? sebab mommynya baik hati + rajin... anak order la... heheheh

      Delete
  10. dah dia minat masak kita ibu bapa rasanya patutu sokong minat dia..bagus faris rajin membantu didapur..aiman minat kelas teakwando,dh pegi dh satu hari abah tak kasi plak..abah soh masuk silat..cmna?hehe

    ReplyDelete
  11. Nanti besar bolih jadi chef ye...

    ReplyDelete
  12. alahaiii sng ler dah ada junior chef ...:P

    ReplyDelete