Sunday, July 06, 2014

Nasi Beriani Haji Tamby @ Bazar Ramadan Peringgit

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 8 Ramadan,

Jumaat lepas encik hubby request paprik ayam,... Lepas hantar Alisya dan Faris pergi kelas mengaji, kami pun singgah la Jusco kononnya nak beli barang untuk buat pakrik ayam tu (ada 2-3 barang yang tak de di rumah)... Sekali ada member sale la pula... Leka memilih seluar dan baju Faris dan Alisya, tak perasan hampir 2 jam kami di Jusco tu...

Encik hubby saya nikan, kalau membeli baju ke apa-apa yang dia nak beli, mesti ambil masa yang lama... kadang-kadang saya pun tak larat nak ikut... letih ooo, mengalahkan orang perempuan shooping!  :P

Dah berlama-lama di Jusco tu... encik hubby pun cakap tak payah masak la... Hari ni beli nasi beriani Nazli-Melea je... Saya ok je... Kebetulan Sabtu dan Ahad, encik hubby saya ada jemputan berbuka puasa di luar... So, oklah saya dapat off masak Jumaat tu.

Kami singgah di bazar Ramadan Peringgit, sebab nak beli kuih muih juga selain Nasi Beriani tu... Kami sebenarnya nak beli 2 bungkus je nasi beriani... sekalikan si Nazli yang pemurah tu dia bagi kami 4 bungkus nasi dengan sambal ayam (6 ketul ayam) dan rendang ayam (3 ketul) ... Ya Allah... siapalah pula nak makan... kami dah la 4 beranak je... Alisya pun bukan pemakan sangat orangnya...


Tengoklah Nazli isi nasi beriani dalam polistrin kami... punyalah banyak... Dalam hati saya, "alamak-alamak banyaknya, siapa nak makan?..." kalau bawa ke sahur esoknya pun belum tentu habis... 


Tengok ni... dua bungkus nasi penuh dalam periuk nasi 5 pot saya... selalu kami 4 beranak makan 2 pot 1/2 je untuk 2 kali makan, buka puasa dan sahur... Ni penuh periuk... confirm tak habis makan ni... Dari membazir, saya panjangkan sedekah Nazli pada jiran sebelah rumah saya... 

Saya dan encik hubby sebenarnya naik segan dah nak membeli dekat Nazli dan Melea ni... dalam 4-5 kali (atau mungkin lebih) kami membeli di kedai mereka, sekali je yang kami bayar... Itu pun sebab Nazli-Melea tak de di kedai... nampak je kereta Nazli sampai kedai... cepat-cepat encik hubby bayar pada stafnya... hahaha selebihnya kunjungan kami semuanya percuma... termasuklah masa kami membeli di bazar ni...

Encik hubby ambil bungkusan dari tangan Nazli sambil satu lagi tangan masukkan duit dalam apron Nazli... tapi dia berkeras tak nak ambil duit... saya siap suruh encik hubby, Faris dan Alisya lari... tapi Nazli pulangkan balik duit tu pada Faris... Sabar je la...

Kami doakan agar perniagaan kamu sentiasa maju... moga kamu sekeluarga sentiasa sihat walafiat dan dimurahkan rezeki... Amin... Terima kasih banyak-banyak Nazli-Melea.

Siapa-siapa yang ada sekitar Melaka dan berkunjung ke Bazar Ramadan Peringgit, boleh la singgah di gerai Nasi Beriani Haji Tamby ni yea... Betul-betul sebelah depan jalan masuk ke bazar. Atau kalau tak mahu beli di bazar, boleh singgah di kedai mereka di Padang Temu.

Sempat lagi AF ambil gambar kat sini...
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


17 comments:

  1. Replies
    1. itu la pasal... mereka suami isteri ni memang pemurah...

      Delete
  2. sedapnya :)

    mynameishafizah.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. syira teringin la nasi beriani ni

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah semoga murah rezeki mereka aminnn

    ReplyDelete
  5. wak tenok nasi beriyani pon sodapp mak tuu., ehhHHeee

    ReplyDelete
  6. aamiin. smga murah rezeki mereka..
    peniaga yg murah hati.. alhamdulillah..
    tgk aym masak merah tu.. mcm mnrik je..

    ReplyDelete
  7. orang nak beramal, nak tambah pahala bulan puasa ni. terima je laa kak. segan tu tolak tepi je. hehe.. kita doakan moga2 dia selamat dunia akhirat.

    sya satu rumah 3 orang nasi seperiuk penuh boleh abis. hahaha.. memasing kuat makan!

    salam ramadhan.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah semoga murah rezeki mereka... sedap nampak nasi nberiyani tu

    ReplyDelete
  9. rezeki kak =)
    saya pun ada juga kenalan begitu
    sampai dah tak mahu ke kedai dia sebab segan =)

    ReplyDelete
  10. Salam Kaka NK..
    murah rezeki..seperiuk penuhnya..
    alhamdulillah..tgn yg mmberi lg baik dr tgn yg menerima..
    btll tu.. cma sendiri pun rasa segan jgk kalo tiap2 k ali org yg belanja..

    ReplyDelete
  11. Murah rezeki dengan bersedekah..

    Sedapnya tengok Nasi beriyani tu :D

    ReplyDelete
  12. Murah rezeki mereka berniaga, murah juga rezeki yang menerima. Penuh seperiuk dengan ayam berketul-ketul. Kalau tak dipanjangkan rezeki, memang tak habis makanlah ya. Lagi-lagi bulan puasa cam ni, cepat semput bila makan banyak :)

    ReplyDelete
  13. Betullah NK...kalau dah selalu free naik segan pulak kita nsk dtg lagi yek....rezeki awak pun murah NK dpt Nasi Briani free hari hari hehe

    ReplyDelete