MELAKA
- Ketika masyarakat sibuk membincangkan kenaikan harga barang
keperluan, sebuah restoran di Padang Temu di sini sedia menawarkan
nasi beriani, nasi putih, dalca dan acar secara percuma setiap hari
kepada pelanggan.
Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung percuma pada setiap Jumaat.
Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.
Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15.
"Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai...mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.
"Ada di antara pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk serta air kosong, mungkin mereka ini orang susah, sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati nasi beriani," katanya yang menggunakan beras basmati bagi menghasilkan nasi beriani.
Muhammad Nazli berkata sejak memulakan promosi itu dua minggu lepas, ia mendapat sambutan menggalakkan termasuk pelanggan dari luar Melaka dengan dua periuk besar nasi habis dipesan setiap hari.
Beliau
berkata, promosi itu akan dilakukannya sepanjang tahun ini dan bakal
dikekalkan untuk tahun mendatang sekiranya memperoleh rezeki yang
bertambah.
Katanya, restoran yang telah beroperasi selama enam tahun itu sebelum ini pernah memberi minuman sirap percuma kepada pelanggan. - Bernama
Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya, 75050 Padang Temu, Melaka.
Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666
Malah 'Restoran Nasi Beriani Haji Tamby' turut memberikan air sirap bandung percuma pada setiap Jumaat.
Pengusahanya, Muhammad Nazli Zainul Abidin, 35, berkata pelanggan yang menjamu selera di restoran berkenaan hanya perlu membayar untuk lauk pauk dengan harga berpatutan.
Katanya, kari kambing dijual pada harga RM6; kari itik RM7, dan ayam goreng RM4, berbeza dengan kebanyakan restoran yang menjual set nasi beriani pada harga antara RM10 hingga RM15.
Nazli, pengusaha Restoran Nasi Beriani Haji Tamby |
"Tidak dinafikan berniaga ini kita nak cari rezeki dan keuntungan tetapi bagi saya ia juga salah satu cara untuk menggembirakan orang ramai...mudah-mudahan Allah akan menggembirakan kita pula," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Beliau yang mengusahakan restoran tersebut bersama isterinya Amelia Tamby Hussin, 34, berkata langkah itu juga diharap memberikan manfaat kepada masyarakat khususnya mereka yang kurang berkemampuan.
"Ada di antara pelanggan yang hanya memesan nasi beriani tanpa lauk serta air kosong, mungkin mereka ini orang susah, sekurang-kurangnya mereka boleh menikmati nasi beriani," katanya yang menggunakan beras basmati bagi menghasilkan nasi beriani.
Muhammad Nazli berkata sejak memulakan promosi itu dua minggu lepas, ia mendapat sambutan menggalakkan termasuk pelanggan dari luar Melaka dengan dua periuk besar nasi habis dipesan setiap hari.
Nazli dan isteri (Amelia), mereka sangatlah peramah! :) |
Katanya, restoran yang telah beroperasi selama enam tahun itu sebelum ini pernah memberi minuman sirap percuma kepada pelanggan. - Bernama
Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya, 75050 Padang Temu, Melaka.
Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666
Nota kaki: Artikel ini ditulis oleh Encik hubby saya dan gambar oleh Shaharim Sulong. Ada entri yang berkait dengan entri ini... Kemudian saya publishkan. Kalau tak panjang berjela satu entri... :p
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.
Alhamdulillah...
ReplyDeleteInsyaAllah murah rezeki dia kak.. bila kita buat cxamni, rezeki kita makin masuk bukan makin kurang... ganjaran akhirat pun dia dapat.. InsyaAllah...
btw, tengok gambar ni rasa nak makan nasi beriani la plak.. hahhaha... ni la masalah mak buyung bernama zarina ni, pantang nampak makanan... hahha
salam singgah ptg
ReplyDeletesory x leh nak komen banyak bz day
semoga mereka sentiasa d rahmatiNYA... amin...
ReplyDeletearitu nk pegi tp x sempat
ReplyDeletealhamdulillah...semoga murah rezeki mereka ya..
ReplyDeleteAlhamdulillah, moga2 rezeki mereka semakin murah...
ReplyDeletemurah rezeki ::)
ReplyDeletemasih ada yang tak kedekut meniaga, moga murah rezeki mereka.
ReplyDeleteAha, saya baca terbalik, dari link entri terbarulah tu... Orang berniaga memang nak untung tapi bukan ke baik kalau buat cam ni juga. Lebih ramai orang datang berkunjung, berlipat kali ganda nanti untung yang dapat. Harapnya perniagaan mereka akan bertambah maju. Mana tahu lain tahun mereka promosi lauk ayam percuma pulak :)
ReplyDeletealhamdulillah
ReplyDeletesambil berniaga beliau beramal juga..
smga mereka terus dimurahkan rezeki.aamiin