Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Hari ini
saya menerima satu email dari Pakar Pemakanan Pusat Perubatan Prince
Court, Puan Mushidah Zakiah Mohad Akran. Kalau rakan-rakan ingat,
Puan Mushidah ni pernah komen dan berkongsi info tentang diet
bagi pesakit batu hempedu dalam blog saya ni...
Kali ini
beliau ingin kongsikan pelbagai aktiviti menarik sepanjang bulan Mac
(1-31 Mac 2014) di Pusat Perubatan Prince Court sempena Bulan Nutrisi.
Wah, saya
sangat teruja baca info Farmers' Market tu... Kita boleh
dapatkan barangan runcit (dari jam 11 pagi - 3 petang) dengan harga
yang berpatutan dan yang pasti semuanya dijamin sihat!!
Biasanya barang yang kita beli macam jus dan jam, mereka akan gunakan pewarna tiruan la... lebihan gula la... tapi di sini lain tau!! Semuanya versi sihat!(dah nama pun Bulan Nutrisi... kan?!) Saya percaya ini semua berperanan untuk memberi kesedaran kepada kita tentang pemakanan...
Biasanya barang yang kita beli macam jus dan jam, mereka akan gunakan pewarna tiruan la... lebihan gula la... tapi di sini lain tau!! Semuanya versi sihat!(dah nama pun Bulan Nutrisi... kan?!) Saya percaya ini semua berperanan untuk memberi kesedaran kepada kita tentang pemakanan...
Lagi satu
yang menarik, jika anda ingin berkonsultasi dengan Pakar Pemakanan
mereka (rasanya termasuk Puan Mushidah) boleh buat appointment di
talian 03-2160 0240. Harga biasa konsultasi adalah RM210, tapi
promosi bulan Mac adalah hanya RM120 je tau!! Memang diskaun hebat
ni...!
Oh ya,
siapa-siapa yang minat masak-masak pula, boleh la join competition
ni... Mana tahukan?! Dengar kata, hadiahnya cukup-cukup lumayan!
Klik pada gambar untuk baca infonya ya... (^_^).
Siapa-siapa
yang berada di sekitar Kuala Lumpur, jangan lepaskan peluang untuk
sama-sama memeriahkan Bulan Nutrisi di Pusat Perubatan Prince Court
ni... Bagi mereka yang pentingkan kesihatan, sila "block"
jadual anda untuk event ini dalam diari, ok?!
Nota
kaki: Terima kasih pada Puan Mushidah kerana sudi berkongsi info
dengan saya... (>_<)
* * *
Best nih. Tapi jauh dari rumah.
ReplyDeleteDekat sangat dah dengan office saya. Excited juga tang Farmers' Market tapi timenya tu tak sesuai pulak...
ReplyDeletealamak jauh sgt nk pergi pun..tp macam best kan..macam2 ada
ReplyDeleteDah katanya berkeluarga NK mmg payah nak block date sesuka hati kita...nak kena tanya driver dan anak anak jugakkan ...
ReplyDelete