Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum
dan salam ziarah,
Manusia
sering dilanda kemarahan terhadap sesuatu. Marah jika barangnya
dirosakkan. Marah jika hatinya disakiti. Marah jika pasukan bola
sepaknya tewas. Marah jika ada sesuatu yang berlaku kepada ahli
keluarganya. Dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyebabkan kita marah, walaupun atas perkara yang kecil.
Ciri
Kemarahan Rasulullah SAW
Apabila
Rasulullah SAW marah, muka Baginda akan menjadi merah dan urat akan
timbul di dahi Baginda. Tetapi Baginda hanya akan marah jika ada
alasan yang kukuh.
Rasulullah
pernah marah pada Muaz Ibn Jabal sedangkan Muaz adalah antara pemuda
kesayangan Baginda. Kenapa?! Kerana Muaz suka membaca surah-surah
yang panjang ketika solat.
Ada
sahabat yang mengadu kepada Rasulullah. Rasulullah berpaling kepada
Muaz dan bertanya, “adakah kamu hendak memfitnah agama sendiri?”
Sumber gambar: Google |
Bagaimana
Meredakan Kemarahan?
Rasulullah
bersabda bahawa kemarahan merupakan bara daripada api neraka.
Kemarahan datangnya daripada syaitan. Syaitan diciptakan daripada api
neraka. Hanya air yang boleh memadamkan api.
1.
Jika marah, ambillah wuduk.
2.
Sebaik berasa marah, beristi'azah kepada Allah SWT.
(ucapkan أعوذ بالله من الشيطان الرجيم)
3.
Berdoalah kepada Allah SWT agar kemarahan itu dipadamkan.
4.
Tinggalkan tempat yang menyebabkan kita marah, supaya kita tidak
membuat keputusan yang salah ketika itu.
5.
Jika kita sedang berdiri, maka duduklah sehingga berasa tenang.
6. Jika benar-benar sedang marah, maka diam. Kerana kemarahan boleh
menyebabkan kita menyebut perkataan yang tidak elok (jika suami/isteri bergaduh, mungkin suami akan terlafaz talak).
7.
Ibu bapa dilarang berdoa ketika sedang marah, dikhuatiri akan
mendoakan perkara yang tidak baik kepada anaknya.
Empat Golongan
Manusia Ketika Marah
Rasulullah
SAW menyifatkan manusia terbahagi kepada empat golongan mengikut kemarahan:
1.
Golongan pertama: Cepat marah dan cepat reda.
2.
Golongan kedua: Lambat marah dan cepat reda.
3.
Golongan ketiga: Lambat marah dan lambat reda.
4.
Golongan keempat: Cepat marah dan lambat reda.
Daripada keempat-empat golongan ini kata Rasulullah, golongan
terbaik adalah golongan kedua, yakni orang yang lambat marah dan cepat reda.
Sesiapa
yang dapat menahan dirinya ketika marah, maka dia memiliki salah satu
sifat Rasulullah SAW. Dia juga dapat menghayati firman Allah SWT,
“katakanlah, jika kamu sayang Allah, maka ikutilah aku. Nescaya
Allah akan menyayangi kamu.”
Petikan dari rancangan:
Fattabiouni
TV
Al-Hijrah (Astro 114)
Jom hidupkan sunnah Rasulullah SAW
* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands?
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.
terima kasih untuk perkongsian ni
ReplyDeletewah header dah lain, baru nampak tuan empunya blog =)
hahahah tuan empunya blog pemalu la yana :p
Deletethanks sebab share! info yang bagus!
ReplyDeletetq :)
Deletesy yg no 1 tu...susah juga nak tahan marah especially dgn kerenah anak2...hhee
ReplyDeleteanak2 mmg boleh buat kita jadi..... aaauuummmm... hahahah
Deletetq share yg bermanfaat ni....
ReplyDeletebab kemarahan ni mmg kita kdg2 tkleh nk jangka dan kawal kan..
sy ni cepat juga rasa nk marah tp dlm masa yg sama cepat sejuknya..hehe...
betul... lagi2 bab melibatkan anak2... mmg cepat je rasa nak marah.. haih!! kena baiki...
Deletebetul la tu. marah2 sgt pun x elok jgk.
ReplyDeletekan?!
DeleteAlamak, saya yang jenis cepat marah dan cepat reda juga. Memang tak bagus. Asalkan cepat marah, memang tak elokkan. Tapi saya punya feel pun macam tu. Kalau dah marah, saya tinggalkan aje. Tak mahu tengok punca kemarahan, takut marah makin membuak-buak. Dengan anak-anak pun begitu. Kalau marahkan anak, saya masuk bilik baring dan tutup muka dengan bantal. Tak mahu tengok muka mereka takut lagi jadi marah. Pastu tetiba aje rindu pulak kat anak-anak nak peluk cium mereka :)
ReplyDeleteeh kita sama la... hahaha saya kalau marah anak2 pun saya yang naik bilik... kunci pintu.... tak lama... lps tu saya keluar dan peluk mereka... hahahah ai dalam hati pun ada taman tau.... :p
DeleteInfo yg bagus.. .memang elok kita sebarkan -sebarkan sunnah Nabi ni.
ReplyDeleteMoh kita hidupkan sunnah Nabi... :D
Deletekita ni manusia biasa,mmg tak boleh samakan dengan Rasulallah..tp kena cuba kawal marah la kan..
ReplyDeleteBetul... tapi kita boleh belajar dan tiru cara Rasulullah SAW dalam mengatasi rasa marah...
Deletetq for sharing...
ReplyDeleteSama2... :)
Deleteklu sentiasa marak dlm sains ia akn jejas sihat kita seperti darah tinggi, cancel atau sakit jantung
ReplyDelete