Nuffnang Ads

Agoda Ads

Thursday, February 13, 2014

Alahai Alisya...


Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak dapat naik bas... dapat bergambar
depan bas pun jadi la... :)
Petang tadi kami ke Melaka Central menghantar encik hubby yang ada meeting di KL esok. (terpaksa la naik bas, kalau bawa kereta, susah pula saya nak menghantar dan ambil anak-anak di sekolah).

Yang kelakarnya AF ingat mereka akan ikut abahnya naik bas... Punya la excited masing-masing... Bila abah cakap tak boleh ikut sebab abah kerja, terus muka masam masing-masing. Faris dah marah-marah sebab nak ikut jugak... Sekali Alisya cakap:

Alisya: Dah la, abah pergi keje je... Issshhhh...!!

Faris: Faris nak ikut... boy dengan boy, girl dengan girl. (dia maksudkan dia kena ikut abah, Alisya ikut mama)

Alisya: Tak boleh ikut... abah keje... Abah balik bila mama?

Saya: Esok abah balik... 

Alisya: Ha, esok... esok Adam Faris...
 
Ewah, kemain lagi Alisya. Faris masih lagi memberontak nak ikut abah naik bas. Bila bas dah bergerak, saya belikan aiskrim, sebab sebelum tu saya dah janji nak beli aiskrim.

Dalam kereta Faris nampak dah reda... tak lagi marah-marah. Tak lagi memberontak... Sesampai di rumah... lain pula ceritanya... Faris khusyuk tengok kartun... Alisya pula asyik berulang ke tingkap menjenguk ke luar. 

Saya: Alisya tengok apa? Kakak balik ke? (merujuk kepada anak jiran sebelah)

Alisya: Tak... Alisya tengok abah... bila abah nak balik? (dengan nada sedih dan kemudian terus dia menangis tersedu-sedu)

Saya: Kita kena tidur dulu... Lepas tu pergi sekolah pagi... Lepas tu abang kena pergi sekolah kecik (mengaji di tadika Alisya)... Lepas tu kita ambil abang... Lepas tu baru kita ambik abah... (punya la panjang nak explain... sebab kalau saya cakap pukul berapa-berapa... confirm dia akan tanya lagi...)

Alisya: Tak nak!! Alisya nak ambik abah sekarang...!! (sambil berjurai-jurai air mata...)

La... petang tadi kemain dia "nasihat" abang dia... Pas Maghrib tu dia pula yang nangis beria... Faris?! Makin kuat adiknya nangis... makin dia kuatkan volume cerita kartun yang ditonton.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


20 comments:

  1. alolo ciaaan dia...rindu abah yer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kesian pulak tgk dia nangis gitu... huhuhu

      Delete
  2. alahai bebudak kan kak, pening nak explain
    tak biasa pisah dengan abah ye...kesian tengok air mata berjurai
    selagi tak balik, mahu dia tanya aje =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la yana... setiap masa dok tanya abah dia... bukan tak pernah berjauhan pun... cuma sekarang dia dah pandai fikir n rasa yang abahnya tak de di rumah... huhu

      Delete
  3. hihiii... depan abah alisya tunjuk kuat la kiranya yer.. hihii

    ReplyDelete
  4. hehehhe...so cute la Alisya...mesti rindu sesangat tue. Ptg tadi rasa mcm ok jer abah takde..dah sampai malam rasa mcm tak ok plak kot kn?? Be STRONG Alisya...go girl..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eita, alisya rasa abah dia pi kejap je... mungkin dia ingat abah pi keje mcm hari2 biasa tu... kesian pulak kat dia...

      Delete
  5. Sedihnya tengok si Alisya tu, menangis sambil isap botol. Berapa tahun tu!

    Terima kasih Nora, sudi jejak blog akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alisya tahun ni 4 tahun... sedihkan? dia nangis saya pun nangis jugak huhuhu

      Delete
  6. cepat benar rindu ke abah,abah pegi sehar je.sweet betul kamu ni alisya..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gitu la alisya ni.... walau sehari rasa punya lama abah dia keje... huhu

      Delete
  7. Ala bucuk2 menangis alisya..comel sangat.

    p/s: Dah lama tak singgah blog akak..header baru..comel..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... akak pun dah lama tak menyingah blog aini... huhuh

      Delete
  8. Alahai alisya...dia plak rindu abah dia ye...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal niesa... ptg tu kemain dia la heroin kononya... huhuh

      Delete
  9. Alahai sedih mendengarnya. Abah baru aje duk dalam bas belum panas punggung, anak-anak dah merindu nih. Punyalah baik nasihatkan si abang tetiba dia pulak yang syahdu :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...