Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Wednesday, February 26, 2014

Usus Tak Sihat?

Bismillahirahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

11 Februari lalu saya bawa Alisya berjumpa Pakar Kanak-kanak, di Batu Berendam. Tiga hari sebelumnya saya perasan Alisya tak boleh nak makan. Setiap kali dia masukkan makan ke dalam mulut, pasti akan dikeluarkan semula. (macam jeluak)

Bila saya tepuk perutnya, bunyi seakan kembung... mana taknya... dia hanya boleh minum susu... Makanan memang tak boleh masuk. Kesian dia... Asyik la cakap lapar... tapi bila makan keluar balik...

Saya pun ceritakan masalah Alisya pada doktor. Setelah bertanya sedikit sebanyak, doktor pun mula memeriksa perut Alisya... Ditekan-tekan perut Alisya yang kecil tu.. Tapi Alisya rileks je... (^_^)

Doktor: Doktor tekan sini sakit tak? (Alisya geleng...) Sini? (Geleng lagi...) Sini? (tak de respon, angguk tak geleng pun tak) Perut dia sangat kembung ya... Dia cirit-birit? 

Saya: Tak... 

Doktor: Najis dia keras, lembut atau cair?

Saya: Tak keras tak lembut... Kira ok lah... Saya rasa dia tak de masalah buang air besar... sebab setiap hari dia akan buang sekali atau dua kali.

Doktor: I rasa, usus dia tak berapa sihat... I akan bagi ubat probiotik supaya perut dan usus boleh bekerja dengan lebih baik... Once usus dia dah sihat, angin dalam perut kurang, dia akan dapat makan dengan baik. Cuma kena pastikan dalam tiga hari ni, dia tak cirit-birit dan muntah-muntah. Kalau dia tak cirit dan muntah, so it's ok... Kadang-kadang budak sebaya dia akan hadapi perkara ni... So, it's normal. Tak normal kalau cirit dan muntah berterusan.

Panjang lebar doktor explain. Saya kalau jumpa pakar memang akan tanya macam-macam... Biasanya kalau anak-anak demam dan selsema biasa saya akan bawa ke klinik je... tapi kalau nampak lain macam sikit... memang saya prefer rujuk ke doktor pakar... (tapi rasanya tak boleh lawan la Doktor Ang di Jalan Beserah, Kuantan tu... doktor Ang kalau rawat budak memang sangat teliti dan akan explain sampai kita tak rasa risau!)

Aktif je walaupun
kurang makan...
Saya ada tanyakan juga, sama ada ini berkait dengan cacing perut. Sebab saya mengaku la saya tak pernah lagi bagi Alisya makan ubat cacing sehingga Alisya umur 4 tahun ni. Kata doktor, kes Alisya ni tak de kaitan dengan cacing... Tapi katanya at least, Alisya perlu makan ubat cacing setahun 2 kali. Sebab kita tak tahu apa yang main dan takut kalau dia kutip makanan yang dah jatuh...

* Boleh baca entri dari blog Dr Zubaidi tentang Perlukah Ubat Cacing untuk Anak? *

So, inilah sebab Faris nak belajar masak dari entri sebelum ni... kononnya nak belajar masak untuk Alisya, supaya adiknya tu boleh makan tanpa muntah... prihatin juga Faris ni pada adik dia...!

Moga hubungan kamu adik beradik, tetap akrab sehingga hujung nyawa... Moga kamu dapat menjaga dan melindungi adik kamu sampai bila-bila... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


18 comments:

  1. Memang betul tu budak2 sebaya ni kalau tak kembung mungkin kecacingan...
    Kalau sakit perut cacing biasanya tak muntah atau cirit birit...tapi selalu gatal dubur dan kerap menggaru..itu lah cacing kerawit namanya...
    kalau diberi makan ubat cacing....cacing bolih keluar melalui najis...bukan cacing kerawit....

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks bunda... share info...takat ni xde pula Alisya mengadu gatal dubur & menggaru... tunggu weekend ni la baru saya bagi Alisya mkn ubat cacing... :D

      Delete
    2. Ada ke xder ke....ubat cacing perlu diberi spt nasihat doktor...
      Jgn sampai kecacingan...nanti muka jadi pucat...

      Delete
  2. sebelum tidooo..intai blog awak dlu :D

    ReplyDelete
  3. Cuba makan yoghurt yg ada probiotik, kot2 dapat buang angin dalam perut Alisya… Mmg Faris abang yang prihatin :)
    Danish pun saya baru beri ubat cacing bulan lepas… nasib baik ada bawa sebotol dari M'sia gara-gara tak sempat beri masa kat M'sia… Saya tahu yg Danish cacing bila tiap kali beri habbatus sauda, Danish mesti akan mengadu sakit perut… Tapi bila tanya doktor kat sini, mereka langsung tak tahu pasal kecacingan ni… huhuhu

    ReplyDelete
  4. harapnya adik dah sembuh perutnya..bebudak katakan..perut sensitif sikit.

    ReplyDelete
  5. Bagus fariz ni tau...siap nak masak utk adik dia...moga alisya cpt sembuh yer...

    ReplyDelete
  6. hanifa pun lately menghadapi syndrom yang sama cam Alisya...sian dia asyik kembung perut...n dh bawa g jumpa dokter...cam biasalah dokter menasihatkan ibu supaya lebih prihatin dalam menyediakan menu utk anak2...hehehe...semoga Alisya tak kembung2 lagi k?...

    ReplyDelete
  7. Hanifa pun menghadapi masalah yang sama..kembung n tak leh nak makan. Dh bawa jumpa dokter n dh dapat ubat....dokter menasihatkan ibu supaya lebih peka dalam memilih menu utk anak2...hehehehe...ajar anak makan sayur...hmmm..semoga Alisya tak kembung lagi...sweetnya AF...terharu Auntie Ana baca...abang yang sangat prihatin...

    ReplyDelete
  8. la alisya baru 4 tahun ke, saya mati-mati ingat dia
    dah 6 tahun sebaya anak saya afif
    kesian dia, akak cuba bagi banyak air cam vitagen atau solivite
    semua tu ada kultur baik untuk perut

    ReplyDelete
  9. Saya pun kadang² macam tu. Tapi makan banyak je rasa nak muntah.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  10. itu la. dah lama jgk tak bg budak2 ni mkn ubat cacing.

    ReplyDelete
  11. So, dah ok ke Alisya? Masih muntah2 lagi ke? Anak saya pun belum bagilah ubat cacing. Tapi budak berdua ni bantai Vitagen?Yakult tu macam kilang tu Mommy dia yang sponsor. Takda pulak kena cirit-birit atau muntah-muntah...

    Bagus betul Abang Faris yang prihatin nih...

    ReplyDelete
  12. alahai kesian betul..aiamn masa kecik selalu jadi cmni gak..diakerap muntah..tp dah check doktor, kata doktor takde pape pulak...rupanya usus alisya tak sihat..hrapnya lepas makan ubat alisya dah boleh makan dengan baikabg pun dh prihatin nk msk utk adik dah tu

    ReplyDelete
  13. Anak anak, tak kiralah kalaua ada salah sorang tak selera makan kat rumah tu mamalah yg paling risaukan NK...
    Lega bila doktor explain positifkan....

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...