Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Monday, February 10, 2014

Karnival Karangkraf 2014

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari Sabtu lepas, saya ambil peluang ke Karnival Karangkraf di Shah Alam... Kebetulan encik hubby off weekend lepas. Asalnya encik hubby off sebab sekolah Faris ada mesyurat PIBG... Tapi last minute tangguh... Harus melompat kegembiraan, sebab boleh tukar plan ke Shah Alam... Seronoknya jangan cakap la... Nampak buku-buku rasa macam nak beli semua... Memang rambang mata dibuatnya! (^_^)

Sebab utama saya excited nak berkunjung ke karnival tersebut (selain berjumpa dengan rakan-rakan sekelas di UiTM dulu) adalah nak dapatkan buku Ahmad Ammar dan novel Sunan Nanggroe Sang Kembara, tentunya dari penulis kegemaran saya, Ramlee Awang Murshid (RAM). Kedua-dua buku ini fresh dari oven tau! Baru siap dicetak dan di karnival inilah dibuka untuk jualan kali pertama. 


Kebetulan pagi sebelum bertolak ke karnival tu, kakak saya ada SMS dua sesi bagi mendapatkan tandatangan RAM. Saya reply, kalau ada rezeki boleh la minta sign! (Walaupun ada la rasa berharap juga... hahaha) Alhamdulillah, berkat berpanas dan beratur panjang, dapat la juga sign RAM. (^_^)

Kali akhir saya jumpa RAM adalah pada tahun 2005... Ada saya coretkan dalam blog ini di sini... Hampir 10 tahun kita ketemu semula ya Encik RAM... :p Lama tu... nampak tak betapa saya setia dengan hasil tulisan RAM?! Hehe...

  



Oklah... Ni pula buku-buku untuk AF:

 
Dua buku cerita teladan tu untuk Faris dan
buku ABC tu semestinya untuk Alisya...

Dan inilah hasil dari mengempiskan poket Sabtu lalu:
 

Banyak betul free gift yang kami dapat... pergi booth Rasa (jumpa rakan sekelas Siti Ramlah) dapat sambal belacan Adabi, telur rebus, acar buah, perencah-perencah nasi goreng, sup Vono...

Pergi booth Pa&Ma (jumpa rakan sekelas Shahrina Azlin) dapat syampu dan bedak... Selain tu singgah juga jumpa Khairun Nisa (majalah MIDI), Botak (majalah Klik) dan bekas student saya Ilani (majalah Remaja).

Dan saya dapat free buku ni, masa buat bayaran untuk buku Ammar, 2 novel RAM dan buku-buku AF! (Walaupun ai terasa, tapi ai tetap suka!!! >_<  Kak Cik ai dapat satu buku ilmu diet... hahaha)




Nota kaki: Tak kisah la berhabis duit untuk bahan bacaan, sebab itu semua ilmu... Ada yang kita tahu, so baca lagi untuk tambah nilai pada apa yang kita dah tahu... Dan ada juga yang kita baru tahu, dari bahan bacaan tertentu... Kan seronok kalau dapat ilmu baru...! (^_^) 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


20 comments:

  1. wahhh seronoknye pegi karnival KK ni.
    siap dpt free gift mcm2 tu ha aummm! hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg seronok sangat2... geram je tgk banyak buku... murah2 pulak tu...

      Delete
  2. Seronoknye!!! Terujan tengok buku2 banyak tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan?! kan? kat sana lagi la banyak!!! lagi rambang mata... :D

      Delete
  3. syoknya dpt jumpa kawan2 lama. mcm reunion pulak yea. hehe

    ReplyDelete
  4. wahhhhh byk nyer memborong.... seronok beli buku banyak2 kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. murah sangat lia... sebab tu beli banyak... masa harga runtuh la boleh borong... hehehe kalau tak tak dpt... huhu

      Delete
  5. Seronok pergi karnival/pesta buku.. macam2 borong..dah la banyak free gift.. tapi makchaq la ni dah jarang pi... dah malas nak bersesak sebenaqnya...

    Lepas siri LSunan yang ke3 dah lama tak baca buku RAM.. sekarang ni baca pun dah malas.. nape ntah..

    Arwah Ammar ada iras anak ke3 makchaq. Umur sebaya & depa pernah berjumpa masa kursus kepimpinan pelajar..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg waktu karnival je la boleh memborong makchaq... la ni kalau nak membeli pun tunggu harga runtuh.. heheh

      ooo ye ke? untung anak makchaq pernah jumpa arwah...

      Delete
  6. banyak shopping buku nora !:) jumpa pulak kawan lama mau tak best nyerr..:)
    tak rugi membeli buku2 ni bukan selalu ada karnival yg dianjurkan..dapat jugak menambah ilmu kan nora ! :)

    akak pakkal jauh nak menapak ke shah alam sana..kalau kat Jb ni..kompom akak terjah jugak hehe..

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat beli buku. Terlupa ada pesta buku hari tu.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  8. syioknyer dia gi ke sana.. kitapun berangan nak pergi tapi ada halangan...
    kalau gi memang shopping sakanler...

    ReplyDelete
  9. hari tu cadang nak pergi, tapi cuaca terlalu panas
    nak bawa budak kecil lagi
    ditambah pula tak "berkaki" sekrang ni, payah =)

    kalaulah dapat pergi

    ReplyDelete
  10. bestnyeee..siap dpt sambal blacan bagai.. heheh.. sy x dpt g aritu.. tp sempat le kirim 2 buah nvl kat member.. hihi

    ReplyDelete
  11. byk juga hasil menjala dikarnival karangkraf..setuju..melabur utk ilmu kan..tak kisah la melabur sikit

    ReplyDelete
  12. Kak!sunan tu sambungan cerita2 dia sebelum ni ke mcm mna?wuaaa...excited tgk nama sunan!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...