Wednesday, December 31, 2014

Berlabuhnya Tirai 2014

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Banyak kenangan yang sedih dan pedih dilalui oleh Malaysia sepanjang tahun 2014 ini. Penutup tahun yang juga menyedihkan bagi rakyat di #pantaitimur dan juga #airasia. Juga beberapa insiden yang menyedihkan... Hingga sesak dada membaca/menonton berita.

Beberapa minit lagi tirai 2014 akan dilabuhkan... 2015 bakal menjelma... Moga buku baru buat Malaysia akan tercatatnya cerita-cerita indah. Sekali gus mengubati hati-hati kita yang sedang bersedih. Kita doakanlah yang baik-baik buat Malaysia. Moga rakyat Malaysia sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

Selamat Tahun Baru 2015 duhai sahabat. Moga cerita 2015 kita juga lebih baik dari tahun 2014. Moga Allah mengampunkan segala kekhilafan kita dan sentiasa merahmati dan memberkati kita. Amin.

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, December 24, 2014

Sana Sini Kotak!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Masih berbaki beberapa hari di bumi Hang Tuah. Bertungkus lumus membungkus semua barang yang akan diangkut ke Gombak. Moga Allah permudahkan segala urusan. Amin...

Kebetulan di Melaka ada buat kutipan/sumbangan oleh para sukarelawan untuk mangsa banjir di negeri-negeri Pantai Timur. Maka saya asingkan semua baju yang masih elok... Sayang sebenarnya... Tapi sebab saya pun jarang pakai, dan terpaksa limitkan barang untuk berpindah ni... so rasanya better saya berikan kepada mereka yang memerlukan...

Moga bantuan saya yang sedikit ni dapat meringankan beban mangsa-mangsa banjir. Sedih sangat tengok mereka... Terutamanya anak-anak kecil dan orang tua. Jangan berhenti berdoa... bantulah sehabis daya... Moga Allah sentiasa melindungi mereka...

Kepada yang sudi singgah ke blog ini, terima kasih banyak-banyak... Nanti dah reda mengemas di Gombak, saya akan buat kunjungan balas... Jangan serik menyinggah kalau tiada entri terbaru yea...!

Moga rakan-rakan blogger sentiasa dalam keadaan sihat walafiat dan sentiasa dalam kasih sayang Allah. Amin.

Wednesday, December 17, 2014

Misi Mencari Rumah Untuk di Jual/Beli

  
Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih lagi dalam mood mencari rumah untuk di beli, di sekitar Gombak. Rasa nak muntah dah mencari through internet. Banyak juga masalah bila mencari atas talian ni. Memanglah informasi di hujung jari. Namun ada juga seperti yang tidak diharapkan.

1. Agen perumahan tidak menjawab call dan reply mesej - so saya terus reject agen tersebut, jika rumah pilihan saya seterusnya juga tertera namanya...

2. Gambar yang ditunjukkan bukan rumah yang sebenar - kalau ada tulis gambar sekadar hiasan ok lah juga... boleh terima...  ini tak. Memang menghampakan bila pergi view rumah tersebut... memang tak sama langsung dengan gambar! Bila tanya agen, katanya "ooo itu gambar just hiasan only." CEH!!

3. Info tidak updated! Kebanyakan rumah dah terjual, tetapi masih ada dalam list carian. Walaupun tarikh yang diupdate tu tak sampai seminggu lagi, rumah tu dah terjual dan tidak dikeluarkan dari senarai. - so masa mencari rumah jadi sangat panjang, sebab cari, call, "dah jual", cari lagi, call lagi, "dah jual", dan begitulah seterusnya... LETIH!

Ooo ramai juga yang tanya, kenapa saya tak nak duduk di rumah saya yang di Amansiara tu... Rumah tu memang best sebenarnya... Tapi ada beberapa sebab juga la... dan salah satu sebabnya... Penyewa kami tu jaga rumah tu dengan baik (kami ada dua tiga kali bertandang ke rumah tu)... plus, dia bayar sewa advance sebulan. Mana nak cari penyewa macam tu kan...?! Lagipun tak sampai hati nak bagi notis singkat macam ni pada dia. Kesian kat dia anak beranak.

Lagi satu ada juga yang tanya, kenapa tak duduk di Gombak rumah arwah mak dan ayah saya...?! Sebenarnya barang kami pun dah banyak... peti ais, mesin basuh sofa, katil dan macam-macam lagi la... Semestinya tak dapat sumbat semuanya dalam rumah Gombak tu.

Kenapa nak beli rumah... sewa je la dulu... nanti-nanti baru beli rumah... Alahai... kalau nak tahu, sewa rumah di KL ni RM1500++/sebulan. Sama je macam bayar rumah yang dibeli. Baik beli rumah dari menyewakan?! Kalau menyewa, nanti dah jumpa rumah beli nak kena pindah lagi... aduh... tak sanggup nak fikir!

Sebab tu la encik hubby saya plan beli rumah terus. Moga Allah permudahkan urusan kami sekeluarga untuk mencari rumah dan sekolah untuk Faris dan Alisya. 

Kot-kot la ada blogger yang tahu or nak jual rumah area Gombak dan sekitarnya, boleh la beritahu saya. Moga dengan bantuan anda, saya doakan agar Allah juga akan permudahkan urusan anda nanti. Amin...


Nota Kaki: Saya mencari rumah teres (2 tingkat) di Gombak atau sekitarnya. Kalau ada yang nak suggest di area Puchong dan Rawang atau sekitarnya, boleh juga... Thank you in advance, blogger! (^_^)

 * * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, December 16, 2014

Tips Agar Anak Mudah Berkomunikasi/Peramah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam saya ada publish entry tentang Khalisya yang sangat peramah. Ada pula orang yang tanya saya, elok ke jika anak kita sangat peramah? Pada saya tiada salahnya jika anak kita peramah. Positifnya adalah anak-anak seusia 4 tahun ke atas boleh explore kosa kata yang mereka tahu.

Bila anak-anak berkomunikasi dengan orang lain, cara susunan ayat dan perkataan yang digunakan tidak akan sama ketika berkomunikasi dengan ibu bapa serta adik beradik. Maka mereka akan lebih yakin untuk berkomunikasi.

Saya bereksperimen sendiri dengan kedua-dua anak saya Faris dan Alisya. Dari segi penyusunan ayat, penggunaan perkataan, bilangan kosa kata... Alisya nampak lebih baik berbanding Faris. Faris sehingga kini masih sedikit pelat dan penyusunan perkataannya seolah-olah terbatas. 

Silapnya kami ketika Faris berusia 2 tahun, kami telah dedahkan Faris dengan PS2. Maka kuranglah kami berkomunikasi. Seingat saya, Faris betul-betul belajar bercakap ketika usianya 5 tahun. Berbanding Alisya, seawal usia 2 tahun telah menunjukkan minat dengan bahan bacaan dan minat bercerita tentang apa yang dilihat dan dibuat.

Ok, ada pula yang tanya... Macam mana pula nak pupuk komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak-anak? Dan secara tidak langsung menjadikan anak-anak kita seorang yang peramah.

Berborak sambil makan/minum pun syok juga! :)

Tips agar anak mudah berkomunikasi/peramah:
1. Ibu bapa perlu sentiasa berkomunikasi dengan anak-anak. Komunikasi dua hala adalah komunikasi yang sangat berkesan agar anak rasa lebih yakin apabila soalan-soalannya di jawab.

2. Jangan abai soalan yang ditanya oleh anak-anak. Jika ini berlaku, anak-anak akan rasa terpinggir. Layanlah soalan-soalan mereka agar mereka rasa lebih yakin menyusun ayat dan dengan cara ini juga kosa kata mereka akan berkembang.

3. Jangan takut untuk katakan kita "tidak tahu" kepada soalan yang ditanyakan oleh anak-anak, (contoh, mana matahari pergi bila waktu malam?! atau Allah ada dimana?!). Katakan pada mereka, yang kita akan berikan jawapan kemudian. Maka berusahalah untuk mendapatkan jawapan. Jangan hampakan mereka.

4. Berikan sepenuh tumpuan kepada anak-anak ketika berkomunikasi. Pandang mata mereka dan sebut perkataan sejelasnya, agar anak benar-benar fokus kepada perbualan tersebut.

5. Bila bertemu dengan kawan-kawan kita, kenalkan anak-anak kepada rakan-rakan kita. Galakan anak-anak untuk salam dan tanyakan khabar pada kawan-kawan kita. Ini juga salah satu cara untuk membentuk keyakinan diri anak-anak dalam berkomunikasi dengan orang yang baru dikenali.

6. Ibu bapa harus elak menggunakan perkataan-perkataan pelat seperti "cucu" (susu), "cini" (sini), bila berkomunikasi dengan anak-anak kecil. Sebut perkataan dengan jelas (tanpa pelat) dengan itu anak akan lebih cepat berkomunikasi dengan baik.

7. Sekali sekala, sebut perkataan Inggeris bagi satu-satu objek/benda yang boleh dilihat oleh anak-anak. Contoh, "tengok car depan tu. Cantikkan?!" "Seronok tak pergi school?!" Ini pun salah satu cara tingkatkan self-confident anak-anak serta kosa kata bahasa Inggerisnya.


Nota kaki: Saya bukanlah pakar, tapi perkongsian ini adalah berdasarkan pengalaman. Moga tips ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada mereka yang bertanya dan mungkin juga boleh dijadikan panduan bagi memupuk anak-anak untuk berkongsi cerita, selain hanya bersoal jawab.

Jangan nanti bila anak-anak dah meningkat remaja, baru kita nak ajar mereka tentang komunikasi. Sebab masa tu anak-anak dah mula ada kawan dan merasakan bahawa kita (ibu bapa) tidak penting bagi mereka.

So, good luck parents! (^_^)¥

Monday, December 15, 2014

Khalisya Si Peramah!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih ingat pada entri yang anak-anak saya dapat surat dari jiran sebelah? Saya ada bercerita tentang Khalisya yang sangat peramah.

Umur Khalisya sama dengan umur Alisya saya, 4 tahun. Orangnya kecil molek, juga sama seperti Alisya saya. Cuma dia rendah sedikit dan berambut kerinting... Tapi tetap comel!

Khalisya ni adalah cucu kepada jiran baru saya tu... yang saya seronok tentang Khalisya ni, dia sangat peramah... Kalau nampak saya keluar rumah, macam-macam soalan keluar dari mulutnya.

"Makcik sihat?!"
"Makcik dah siap masak?!"
"Makcik masak apa?!"
"Makcik dah makan?!"

Macam-macam lagilah soalannya. Tapi saya seronok melayan! Nak kenal Khalisya?! Ini la orangnya, dibelakang Alisya tu...

Sejak akhir bulan November ke bulan Disember ni saya dan keluarga sibuk ulang alik ke KL. Mencari rumah, menguruskan sekolah baru Faris dan Alisya... Maka kami jarang ada di Melaka.

Bila kami balik je ke Melaka, Khalisya tanya macam-macam lagi. Nampak je saya turun dari kereta, terus dia tanya...

Khalisya: Makcik pegi mana? Lama saya tak nampak makcik.

Saya: Balik kampung... Khalisya dah makan?

Khalisya: Dah makan... Makcik balik kampung mana?

Saya: Kuala Lumpur...

Khalisya: Ada apa kat Kuala Lumpur?! Lama sangat makcik pegi sana.

Saya: Acik ada rumah kat sana... Acik jumpa abang, kakak dengan adik acik. Macam Khalisya jumpa abang Iman dengan kak Ain kat rumah lagi satu tu... (Khalisya lebih suka duduk rumah neneknya, kakak dengan abangnya duduk dengan mak ayahnya, kalau tak silap di Umbai)

Khalisya: Makcik tak payah la pegi... Makcik telefon je abang dengan kakak tu... suruh datang sini. (Sebab selalu kalau dia rindu abang dengan kakak dia, dia telefon je suruh datang rumah nenek tu)

Saya: Abang Iman dengan kak Ain duduk dekat je... Boleh la datang sini. Abang dengan kakak acik duduk jauh...

Khalisya: Kalau macam tu makcik pegi sekejap je la... Jangan pegi lama-lama...

Lepas tu dia soal siasat Faris dengan Alisya pula. Comel betul budak ni... Petah pula tu. Abang dia si Iman tu pun banyak cakap... Umur 6 tahun. Tapi kakak mereka si Ain tu pemalu sikit... umur 7 tahun sebaya Faris... Ain tu la yang hantar posto tempoh hari... (^_^)

Nota kaki: Macam mana la agaknya Khalisya bila saya betul-betul pindah nanti... Sedih pula! :(

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, December 03, 2014

Terjebak Dengan Beg Silang!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kiri: Poksu  Kanan: Pak Anjang
Hari tu masa encik hubby bertugas untuk Perhimpunan Agung Umno, saya dan AF duduk di Gombak. Abang saya ada beri Faris sebuah beg silang. Bukan main suka la dia dengan beg pemberian Pak Anjangnya tu. 

Sejak dapat beg tu, Faris pakai setiap masa... Tidur pun pakai beg tu. Kalau kita ambil dan simpan, dia akan bising bertanyakan beg tu... sampai tak larat nak dengar dia membebel. Akhirnya biarkan je lah dia pakai beg tu....

Nampak tak?! Nampak tak?! Dah "sepesen" je macam Poksu dan Pak Anjangnya... Siap pakai cap tak tahan tu... sebab nak sama dengan pakcik-pakciknya...

Saya ingatkan dah balik Melaka ni dia tinggalkanlah beg silang tu... sekali aduhai... Ke mana saja dibawanya... Sekali Alisya pun terjebak sama pakai beg silang!

Kalau awal-awal dulu dia isi buku nota dan pen yang saya belikan... tapi sekarang tau dia isi apa dalam beg tu?! Taraaaa.... Semua mainan!! Sabar je la...

Tapi mainan ni memang dia akan guna/main sementara tunggu makanan ke, tunggu giliran ke atau sambil-sambil tunggu abahnya beli barang (sebab abahnya kalau beli barang kemain la lamanya, mengalahkan saya!)...


Nota kaki: Dah masuk minggu kedua cuti sekolah... Faris dan Alisya nampak ok tanpa tab dan handphone atau sebarang gajet... Langsung tak tanya. So, tak pe la kalau nak bawa beg silang pun Adam Faris! :p

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.