Friday, June 19, 2015

Jepun: Prihatin Pada Kanak-kanak

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Ramadan,

Jepun sebuah negara yang selamat. Saya boleh katakan selamat, sebab cubalah cari dalam Google, kadar jenayah di Jepun, jumlahnya sangat-sangat sedikit.

Disebabkan itu anda boleh lihat, kanak-kanak seusia Faris (dalam lingkungan 7-12 tahun; sekolah rendah) boleh turun naik train seorang diri pergi dan balik dari sekolah tanpa perasaan takut. Saya yang tengok pula takut...

Tapi serius, melihatkan kanak-kanak sekolah rendah yang turun naik train tanpa diiringi orang dewasa memang menakutkan. Tapi di Jepun, ia adalah keadaan/situasi yang normal, dan tak de apa yang nak ditakutkan. Orang sekelilinglah yang akan melindungi mereka.

Ini antara gambar yang sempat saya snap...

Sehari dua sebaik sampai di Jepun, saya musykil juga bila tiket train Faris dimasukkan dalam mesin tu berbunyi. Tapi tiket saya dan rakan-rakan lain tak berbunyi pula. Rupa-rupanya, bila ditilik-tilik tiket kanak-kanak tu, baru saya perasan ada tanda khas yang akan membuatkan mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket.

Berhampiran mesin tiket tu ada satu bilik kecil untuk pegawai yang bertugas. Yang menariknya, setiap kali mesin laluan tiket tu berbunyi, pegawai yang ada dalam bilik tu akan angkat kepala dan melihat kanak-kanak yang melalui mesin laluan tiket tu.

Tiket kanak-kanak ada simbol khas seperti dalam bulatan.
Yang atas tiket train subway yang biasa, yang bawah tiket JR line.
Inilah mesin tiketnya... sangat friendly,
Main tekan-tekan je...

Mula-mula saya ingat kebetulan je pegawai tu pandang Faris bila mesin berbunyi. Rupanya setiap kali Faris masukkan tiket dan keluar bunyi, memang pegawai bertugas angkat kepala dan melihat Faris melintasi mesin laluan tiket tu. Mungkin sebab tulah mesin tiket tu berbunyi bila dimasukkan tiket kanak-kanak. Untuk menarik perhatian/pemberitahuan pada pegawai yang bertugas. (Kanak-kanak seusia Alisya, 5 tahun naik train, free)

Itu yang pakai tiket yang dibeli di mesin... Kanak-kanak Jepun yang gunakan train untuk pergi dan balik sekolah, mereka gunakan pas. Pas tu pun sama juga, bila disentuh pada mesin tiket tu, juga akan mengeluarkan bunyi, dan akan menarik perhatian pegawai bertugas. So, kaedahnya sama. Simple! Tapi situasi ini saya rasakan cukup menarik.

"Kakak" Alisya yang tertinggal di Jepun... Hahaha muka macam
lebih kurang je.... :p

Bayangkan kanak-kanak Jepun sebaya Faris dah pandai berdikari! Mereka boleh pergi dan balik sekolah dengan sendiri. Bukan naik bas/van sekolah tau!! Tapi naik train awam yang digunakan beribu-ribu orang dalam satu-satu masa.

Kami yang dah besar panjang ni pun pernah tersilap naik train, salah ambil laluan. Terpaksa patah balik. Bayangkanlah kalau pick hours di mana-mana stesen train, kanak-kanak ni akan tenggelam dalam lautan manusia, sebab ketinggian yang lebih rendah berbanding orang dewasa. Haih, seriau fikir kalau situasi seperti ini di Malaysia.

Apapun saya sangat suka environment di Jepun, bila mana kanak-kanak kecil boleh berdikari dan bergerak sendiri ke sekolah tanpa perasaan takut. Sampai kita yang datang negara mereka ni pun rasa sangat selamat. Allahuakbar!

Nota kaki: Terfikir... kenapa negara Islam seperti Malaysia tidak seperti ini?!

11 comments:

  1. Kalau tengok Al Khawater tu kan Nora, negara Arab yang katanya sebuah negara Islam tu pun tak seselamat Jepun bila dibandingkan. Lagilah kita ni di Malaysia. Kalau sayalah, memang pangkah aje saya bagi kalau anak nak jalan-jalan sendiri. Takut ohhhh....

    Saya ingat kawan Jepun saya bercerita tentang kisahnya masa kecil. Katanya sebab ibunya nurse, dia tinggal sendirian di rumah. Pergi balik sekolah sendiri. Kunci rumah ibunya buat rantai, gantung pada leher. Bila balik lepas buka pintu, duduklah diam-diam dalam rumah sampai ibunya pulang. Makan minum sendiri, ibunya dah siapkan apa patut. Saya yang dengar pun kagum, kecil-kecil dah pandai berdikari!

    ReplyDelete
  2. kagumnya... patutlah kecik2 dah bijak dan independent

    ReplyDelete
  3. kesedaran prihatin kepada segala bentuk kemanusiaan memang wujud di negara kita tetapi perlaksanaannya entah di mana..yang penting akhlak tidak diperbetulkan ambil saja contoh buang sampah dari tingkap kereta, masih ramai yang melakukan perbuatan itu..hanya tinggal doa saja untuk generasi akan datang menjadi lebih prihatin lagi..Selamat menjalani ibadah berpuasa Puan Nora dan keluarga..take care and have a nice day :)

    ReplyDelete
  4. a lamat berpuasa Nora..tulah kan faktor keselamat dan kanak2 yg berdikari disana buat kita kagum..byk benda Boleh kita contohi, malangnya negara Islam kita sendiri dah makin tak selamat sekarang

    ReplyDelete
  5. Tambahan pulak sekarang ni dengar macam2 pengancam kepada golongan kanak2 ni...lagilah rasa tak selamat jer kanak2 sekarang...walaupun dalam asuhan orang yang kita paling percaya sekali pun...kann..

    ReplyDelete
  6. Jepun penuh dengan disiplin. Tapi setiap tempat dan orang ada kelebihan dan kekurangan. =)

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  7. jepun pernah dilanda bencana dahsyat
    mungkin itu adalah faktor bagaimana mereka dapat
    mendisiplinkan masyarakat mereka
    saya juga kagum dengan mereka

    ReplyDelete
  8. akk semapt naik shinkanshen x?

    ayat last tu mengingatkan sy kata2 seorg ustaz...
    "kalau nak tengok cara hidup yg hampir Islamik, pergilah ke jepun..."

    ReplyDelete
  9. Salam Nora.
    Lama tak sembang.Wah Nora pergi Jepun ya. Baru tau dari Ita bila cerita2 pasal travel. Gigih akak tengok balik entry Jepun ni.Berminat nak pergi Jepun pula tapi apakan daya currency tengah sangat mengecewakan sekarang ni. Tunggu pulih sikit baru boleh pegi jumpa ultraman.

    ReplyDelete