Wednesday, July 29, 2015

Jepun: Hujan Hari Kelima

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam encik hubby ada bercerita tentang apa yang sangat dirindui ketika kami di Jepun. Katanya " rindu waktu hujan di Jepun". Eh betullah... Pada hari kelima kami di Jepun (5 Jun 2015), hujan sepanjang hari tau... Renyai... Lebat... Berangin... Tapi kami still meneruskan misi berjalan-jalan walaupun hujan.

Gambar kredit pada tuan punya phone yang depan sekali, Nora jugak namanya... Tapi ni Nora Rocky.
Saya Nora Jijah dan ada seorang lagi Nora kelas kami dipanggil Nora Paupu.
Hahaha... Ramai sangat Nora, sampai kena buat nama panggilan lain... 
Eh, Faris dan Alisya tak nampak dalam gambar ni...
Saya pun rasa waktu hujan di Jepun tu adalah moment yang sangat best. Nak tahu tak kenapa? Sangatlah kagum saya tengok orang Jepun berhadapan dengan hujan. Kalau di Malaysiakan, waktu hujan kita akan dapat melihat kebanyakkan daripada kita akan berteduh di bawah bangunan, bus stop atau di mana-mana saja yang kita rasa sesuai untuk berteduh. Kita jarang nampak orang berjalan ketika hujan.

Tapikan, di Jepun... Mereka tak berteduh pun di mana-mana. Mereka teruskan berjalan seolah-olah, hujan tu tak boleh nak hentikan kegiatan harian mereka. Hujan tu bukan satu masalah pun pada mereka! 

Kalau laluan tu ada bumbung, mereka pegang payung di tangan kanan/kiri. Bila tiba di kawasan tidak berbumbung, mereka terus buka payung sambil berjalan. Rileks je tengok. Bila mereka buka payung tu satu-satu,  nampak cantik je situasi tu... (macam dah diajar pula, buka payung dalam turutan). Sayang pula tak ambil video... Kalau ada video, mesti anda pun kagum tengok situasi tu. Leka saya melihat mereka berjalan, walau hari hujan...

Di Jepun, baik lelaki mahupun perempuan, semua akan bawa payung/baju hujan sendiri. Kalau yang tak bawa payung/baju hujan, mereka tetap berjalan seperti biasa... Kiranya, dalam cuaca hujan mereka, sama je macam suasana hari cerah. Mana-mana jalan/laluan sibuk dengan orang. (sebab kebanyakkan orang Jepun, berjalan kaki)

Lagi satu yang menarik ketika hari hujan, semua tempat membeli belah atau mana-mana premis yang dikunjungi orang ramai akan menyediakan alat ini, di hadapan premis mereka.

Apa ni? Alat ini fungsinya untuk "membungkus" payung yang dibawa pelanggan, agar air hujan pada payung tu tak menitis dalam kawasan premis, yang akan menyebabkan lantai kedai berair dan kotor bila dipijak. 

Dalam masa yang sama, kita tak perlu tinggalkan payung di dalam pasu atau bekas yang disediakan pemilik premis (biasanya di Malaysia ada macam pasu/bekas disediakan kalau hujan). So, tak de lah masalah payung hilang atau tersalah ambil payung orang lainkan?! Sebabnya kita pegang sendiri payung kita.

Di Jepun kalau ada pun tempat untuk ditinggalkan payung... Macam ni la rupanya... 
Sistematik, tersusun, kemas...
Macam mana nak guna alat untuk "bungkus" payung tu? Ok yang ni saya ada videonya... 


Prihatin dan kreatifnya orang Jepun ni, sampai benda-benda kecil pun mereka fikir. Kalau hari hujan, mana-mana pemilik kedai yang memang menyediakan paper bag dalam urusan jual beli, mereka akan bungkus dengan plastik agar barang yang dibeli tak basah dan paper bag yang diberi tak koyak. Memang tak terfikirkan?!

Ramai juga rakan-rakan encik hubby yang pesan
T-shirt dari Hard Rock Cafe, Osaka ni... 10,000 yen lebih habis!
Nasib baik yen, kalau 10,000 ringgit... Pengsan!

Inilah antara pengalaman yang dirindui dan keseronokkan berjalan di sekitar Osaka, Jepun dalam keadaan hujan... Cukup dulu entri ini... nanti saya sambung lagi. 


Nota kaki: Apa yang orang Jepun bawa dalam beg mereka? Apa lagi benda kecil yang orang Jepun buat... yang kita sendiri tak terfikir! InsyaAllah nanti saya sambung. Tunggu ya...! (^_^)

Thank You, Anies! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Terharu pula rasa bila tuan tanah blog ni yang update entry agak suam-suam kuku, tapi ada juga yang masih ingat dan "hadiahkan" something. Terima kasih Anies, hadiahkan saya barang-barang ni...


Kelmarin baru sampai barang-barang ni ke tangan saya. Comei betul sampul raya Ana Muslim tu... Nasib baik kita masih beraya... Hehe... Paling best dapat fridge magnet dari Egypt tu... Sebab Anies pergi majlis konvo kak Ngahnya... Kalau tak silap akhir tahun lepas...

So, kalau anda nak baca pengalaman Anies bercuti di beberapa bumi Arab tu, boleh la ke blognya. Banyak gambar-gambar menarik tau! Dan ada juga Anies cerita tentang sejarah tempat-tempat menarik di sana. Seronok baca!

Meh saya bagi link entri-entri ziarah Anies di bumi Arab tu... sekitar bulan November dan Disember 2014.

Thank you, Anies...(^_^) 


Nota kaki: Hampir semua orang dalam rumah ni kena serang sakit tekak, batuk, selsema. Faris sampai muntah-muntah kat sekolah semalam, kesian dia... Hari sebelum tu (Isnin) dah dapat MC sebab demam panas. Alisya pula, hari ni batuk teruk. Saya pun dilanda sakit tekak dan batuk. Sakit dada dibuatnya... Moga Allah berikan kesembuhan pada kami semua... Moga rakan-rakan blogger yang lain sentiasa dalam lindungan Allah... Amin...

Thursday, July 23, 2015

Jepun : Kaiyukan Aquarium, Osaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Aduhai ada yang bertanya bila saya nak bercerita tentang tempat-tempat yang kami lawati sepanjang di Osaka, Jepun. Sejujurnya saya tak tahu macam mana nak tulis entri yang berkaitan dengan travel, sebab itu bukan niche blog saya.

Lainlah blog Jari Manis atau Eiyta, yang sememangnya blog berniche travel. Tapi nampak gayanya saya kena juga cuba menulis entri sebegini. Sebab banyak juga entri berkaitan travel yang saya tak publish. Mana-mana yang terkurang tu saya minta maaf la yea...

Jarang-jarang dapat bergambar satu famili macam ni...
Tiket masuknya pun cantik... dah selamat disimpan dalam photo album
buat kenang-kenangan... ;-)

Tempat pertama yang kami lawati di Osaka adalah Kaiyukan Aquarium. Apa yang ada di Kaiyukan Aquarium adalah lebih kurang seperti di Aquaria, KLCC. Cuma apa yang saya dapat lihat, ikan-ikan yang ada di Kaiyukan Aquarium ini, nampak sangat sihat, besar dan tidak seperti "dalam kurungan". Ikan-ikannya nampak sangat selesa dan bebas berenang dalam akuarium yang juga sangat-sangat besar.

Bermula dari tingkat 8 dan menuruni setiap tingkat, pelawat akan dapat melihat sendiri pelbagai spesis ikan yang terdapat dalam bangunan ini.

Bayangkan ikan-ikan ini berenang dengan bebas dari tingkat 8 ke tingkat 1! Memang puas tengok. Sebab kita akan dapat lihat ikan-ikan ini dari pelbagai sisi. Atas, bawah, kiri, kanan.

Punyalah besar! Punyalah penat berjalan! Tapi memang seronok. Bukan Faris dan Alisya je seronok... Kita orang yang dah "tua" ni pun seronok dan teruja tengok pelbagai spesis ikan tu.

Kat sini pun ada tunnel macam dekat Aquaria, KLCC.

Tapikan sebenarnya bukan ada ikan je... Ada banyak lagi spesis lain yang terdapat di sini seperti penguin, obor-obor, ketam, udang, sotong, singa laut, capybara, penyu, memerang... eh banyak lagilah!

Penyu...
Penguin pun ada tau... comel pulak tu... siap ada 'snow' turun lagi...

Ikan bilis Jepun: sebesar ibu jari... ikan bilis kita
besar jari kelingking ja...
Giant Spider Crab... Faris dengan Alisya banyak kali tanya,
"dia hidup ke mati?" sebab memang tak bergerak-gerak
sampai ke sudah...
Subhanallah... Cantik betul obor-obor ni...
Di tingkat 1, boleh lihat pelbagai spesis dan bentuk obor-obor.

Di tingkat bawah (tingkat 1), ada satu bahagian yang mana para pelawat boleh menyentuh beberapa jenis ikan yang diletakkan di dalam kolam kecil. Salah satu ikan yang boleh di sentuh adalah ikan pari.


Tak sangka Faris dan Alisya berebut-rebut nak sentuh ikan pari tu. Saya mula-mula takut juga, tapi bila fikir anak-anak pun sentuh, takkan mama tak sentuhkan. So,  boleh la saya cerita tekstur badan ikan pari tu. Badan ikan pari sama seperti agar-agar! Atau bak kata Faris, "badan dia macam jelly!" (^_^)


Ikan yang satu lagi ni tak tau la namanya apa... tapi ikan ni bila disentuh badannya, sama macam kertas pasir... Serius memang macam kertas pasir, walaupun saya kuis-kuis untuk hilangkan "pasir" pada badannya, tapi tak boleh... Memang badannya begitu.

Yang satu licin macam agar-agar, yang satu lagi macam kertas pasir, Walaupun habitat keduanya di dalam air. Ajaibnya ciptaan Allah kan?! So, pendek kata, kalau anda ke Osaka, rugilah tak singgah di Kaiyukan Aquarium ni. Seronok tau!

Ok sedikit info untuk mereka yang ingin berkunjung ke Kaiyukan Aquarium, Osaka. Kami menaiki train dari Namba, station Nagahoribashi, dan tukar di station Sakaisuji Hommachi dan kemudian ke station Osakako. Dengan tiket train dewasa 280 yen dan kanak-kanak 140 yen. Kanak-kanak bawah 5 tahun naik train free...

Tiket masuk ke Kaiyukan Aquarium:
Dewasa (16 - 59 tahun) - 2,300 yen
Dewasa (60 tahun ke atas) - 2,000 yen
Kanak-kanak (7 - 15 tahun) - 1,200 yen
Kanak-kanak (4 - 6 tahun) - 600 yen
Bawah 3 tahun - Percuma

Alamat & Telefon:
1-1-10 Kaigandori, Minato-ku, Osaka City 552-0022 Japan
Tel: +81-6-6576-5501
Fax: +81-6-6576-5510

Untuk info lanjut boleh klik http://www.kaiyukan.com/language/eng/ticket.html

Tuesday, July 14, 2015

Kad Raya Ala Tradisi

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sedar tak sedar kita dah pun di penghujung Ramadan. Sedih pula rasa... Tapi memang tak dapat dinafikan, masa semakin cepat berlalu dalam sedar tak sedar. Moga Allah bimbing saya, awak, awak dan awak agar tidak terpesong dari landasan iman. Amin...

Lama dah saya tak terima kad raya, saya yakin kebanyakkan dari kita pun jarang menerima kad raya sejak teknologi mengambil alih. Apa pun saya nak ucapkan terima kasih kepada Yana Yani sebab sudi mengirimkan kad raya pada saya tahun ni. Dalam sayup-sayup saya berblog, masih juga Yana ingat pada saya. Terima kasih banyak-banyak ye Yana. Moga Allah kuatkan ikatan persahabatan kita sampai ke Jannah. Amin...

Disebabkan saya dapat kad raya dari Yana tu la, anak-anak merengek nak bagi kad raya dekat BFF mereka. Saya pun layankan je lah... Maklumlah, nanti anak-anak tak merasa pula nak bagi kad raya kan?! Bukannya nak bagi satu kelas pun kan... Bila saya tanya Alisya nak bagi kad raya pada siapa, terus dia jawab Nur dan Izz.

Disebabkan Alisya belum pandai tulis, saya pun pegangkanlah pen. Bila tanya nak tulis apa? Dia cuma jawab apa-apa je lah mama. So, oklah... ada juga pengalaman bagi kad raya pada kawan sekolah tadika. 😜
Alisya (tengah), tak nampak macam budak 5 tahun ja...
Muka nampak matang pula... Haih!

Tak lama lepas hantar Alisya ke sekolah pagi tu, Cikgu Alisya hantar gambar ni pada saya. Katanya "terima kasih bagi kad raya pada Nur dan Izz." Hehehe... Comel je nampak anak-anak ni... 

Faris pun excited  tulis kad raya untuk kawannya, Adam dan Afiq. Tapi sayang saya tak sempat ambil gambar... Sibuk membakar biskut Arab... tapi saya sempat tengok apa yang ditulis dan dilukis dalam kad raya tu... Lepas tu tak sabar-sabar nak pergi sekolah. (^_^) Alhamdulillah, anak-anak rasa puas dan seronok dapat beri kad raya pada kawan-kawan. 


Nota kaki: Elok juga kalau kita perkenalkan pemberian kad raya ala tradisi ni pada anak-anak... tengok macam kawan-kawan Alisya tu... bukan main seronok dapat kat raya kan?! Eh, sama je macam saya... masa Yana minta alamat nak kirim kad raya, excited tak ingat saya... Hahaha... Setuju tak kalau saya kata pemberikan kad raya ni salah satu terapi emosi? Ha cer fikir... :p

Friday, July 03, 2015

Alhamdulillah Nampaknya Menjadi!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Apa yang menjadi? Hehe... Sebenarnya saya cuba tanam serai, daun kunyit, daun kari, daun sup dan daun bawang dalam pasu-pasu/bekas-bekas kosong di rumah arwah mak ayah saya ni. Maklumlah dulu di rumah sewa saya ada tanah... boleh la tanam macam-macam. Dulu di rumah sewa saya tanam limau kasturi, cili padi, daun kari (yang merimbun) dan daun pandan.

Saya sebenarnya berharap juga agar pokok-pokok ni boleh hidup memandangkan, saya selalu masak. Kalau setakat nak buat sup ke rendang ke kari ke... tak perlulah sampai pergi kedaikan... kadang tu nak pakai sikit je pun... kalau pi kedai kena beli segenggam... pastu simpan dalam peti sejuk sampai layu... Membazir je...

Er... sambil-sambil tu menyahut saranan kerajaan juga agar tanam sendiri, untuk penjimatan kos (tangan kat bahu, mata ke atas). Kan best kalau ada tanah, boleh tanam sawi, kangkung... atau pendek kata buat kebun kecil kat rumah... Haih, stress fikir!!

Saya "mengerjakan" pasu-pasu kosong tu 2 hari lepas. Tak sangka hari ni daun sup dan serai hidup... (mesti orang kata, poyonya la... serai dengan daun sup je pun... orang kata serai senang hidup). Saya ni bukan jenis "tangan sejuk" (bukan jenis tanam apa pun menjadi). Dulu masa kat Melaka pun beberapa kali tanam baru menjadi... sebelum-sebelum tu banyak juga yang mati. So kalau orang kata senang pun, pada saya satu cabaran juga... 

Meh la tengok serai dan daun sup saya... yang dah mula tumbuh pada hari ketiga.

Serai
Daun sup

Daun kari, daun bawang dan daun kunyit setakat ni belum nampak apa-apa perubahan. Kakak ipar saya pernah cakap... daun kari kalau nak kasi dia hidup, potong dan biarkan ia bertunas semula. Itu la yang saya buat dulu masa di Melaka... lepas tu kemain merimbun... :p Tengok la dalam seminggu ni. Kalau tak berapa nak hidup daun kari tu baru saya potong...

Daun kari

Sejak saya tanam pokok-pokok ni, Alisya la yang rajin siramkan... Sebelum dia pergi sekolah, dia akan siram pokok-pokok ni... harap-harap menjadi la tanaman-tanaman ni... asal tak perlu pergi kedai. :P

Jom sahut seruan kerajaan...! Ayuh tanam pokok yang kita biasa makan. :P

Thursday, July 02, 2015

Ketuk-ketuk Ramadan: Ayam Dalca

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Resepi ni pun nampak sedap! Resepi dikongsikan oleh Siti Elizad (eh tetiba teringat pula drama Dia... Isteri Luar Biasa yang Elizad berlakon jadi isteri yang kuat membebel... :p )

Gambar dicapture dari skrin tv... :p

Bahan-bahannya:

Ayam
Kacang dhal - direbus
Cili kering - dikisar
Bawang besar - dikisar
Bawang putih - dikisar
Serbuk kari ayam
Bunga cengkih 
Bunga lawang
Kulit kayu manis
Kicap lemak manis
Cili padi 
Santan
Air
Garam - secukup rasa
Minyak - untuk menumis

Cara-caranya:

1. Tumis bahan-bahan yang telah dikisar. Masak hingga pecah minyak.

2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air. Masak sehingga agak garing.

3. Masukkan ayam, bunga cengkih, bunga lawang, kulit kayu manis. Gaul sebati sehingga ayam empuk.

4. Perasakan dengan garam dan masukkan sedikit kicap lemak manis.

5. Masukkan santan, kacang dhal dan cili padi. Kacau sehingga semuanya mesra. Siap!

Nampak sedap! Jom try... (^_^)

Ketuk-ketuk Ramadan: Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masih berhutang cerita di Jepun... Tak pe nanti-nanti saya publish. La ni bulan-bulan puasa memang seronok tengok Ketuk-ketuk Ramadan. Moh kita share resepi. 

Saya belum try lagi... Tapi nampak sedap dan mudah. Hehehe gambar dicapture dari tv... Boleh la sementara nak tunggu masak sendiri nanti...

Ikan Cencaru Sumbat Tempoyak

Bahan-bahannya:

Ikan cencaru
Tempoyak
Cili merah - dikisar
Cili api - dikisar
Bunga kantan - dihiris nipis
Garam dan gula - secukup rasa

Cara-caranya:

1. Ikan cencaru di belah belakang dan dilumurkan dengan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.

2. Gaul sebati tempoyak, cili yang telah dikisar, bunga kantan, garam dan gula. Setelah sebati, sumbatkan di belakang ikan cencaru.

3. Goreng dalam frying pan dengan sedikit minyak (tak perlu banyak minyak, supaya tempoyak tak terkeluar). Goreng sehingga ikan masak. Siap!

Senangkan?! Jom cuba... (^_^)