Thursday, September 17, 2015

GA: Tudung Aidijuma Giveaway by Anies

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya luangkan masa ini, untuk support Giveaway yang dianjurkan oleh salah seorang rakan blogger saya iaitu Anies. Apalah gunanya rakan maya kalau tak support rakan blogger lainkan...

Jom join... Hadiah menarik tau! (^_^) InsyaAllah mudah juga syaratnya... Kalau nak join boleh klik banner yea... Tarikh tutup 24.09.2015, sempat lagi nak join ni...

http://aniesandyou.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html

So, dalam entri ini saya nak ceritakan pengalaman saya bila Alisya nak pakai tudung. Alisya mula pakai tudung pada usianya 2 tahun (sekarang dia 5 tahun). Saya sendiri tak pernah paksa Alisya untuk pakai tudung. Tapi dia sendiri yang nak pakai bila dia tengok saya selalu bertudung bila keluar rumah. Inilah tudung pertama Alisya...


Alololo... masa ni Alisya tembamkan...? Maklumlah masa ni fully breastfeed kan... Alisya menyusu cukup dua tahun... Alhamdulillah... Ok berbalik cerita tudung Alisya, so, selepas tudung yang ni maka banyaklah koleksi tudung Alisya kemudiannya. Boleh kata, kebanyakkan masa kalau keluar rumah, memang dia minta tudung untuk dipakai.

Tapi biasalah budak-budak ada on & off. Kalau dia sangat berpeluh, dia akan minta untuk buka tudung... Biasanya dia akan minta izin dulu dari saya untuk buka tudung. Disebabkan dia masih kecil, saya akur. Tapi slowly ajar juga kenapa mesti pakai tudung sepanjang berada di luar rumah.

Sekarang ni mudah sikit sebab di PASTI pun cikgu dah sentuh bab aurat. Cikgu selalu pesan, orang perempuan kena tutup aurat. Anak-anak biasalah, akan ikut cakap cikgu berbanding Mama dan Abahkan... :p Bagus juga... kalau Mama dengan Abah yang cakap, banyak sangat "ye ke?" nanti...

Kalau nampak tudung kanak-kanak yang menarik di shopping mall kan, mesti Alisya akan cakap, "kalau Mama cukup duit nanti, boleh tak belikan Alisya tudung macam tu." Alo.... sweetkan?!

Alisya ni satu yang saya perasan tak macam abangnya yang jenis meraung kalau tak dapat barang yang dia nak... Alisya lebih bersifat cool and understanding. Biasanya dia akan cuba minta dengan polite. Kalau tak dapat dia tak menangis. Memang bezalah dari abangnya.

Ni saya share lagi gambar-gambar Alisya bertudung... Moga anak saya ni juga turut "istiqamah" bertudung pada usia remaja dan dewasanya nanti... Moga jadi anak yang solehah ya sayang... InsyaAllah... Aamiin...



Nota kaki: Menarik juga giveaway Anies pasal entri pengalaman bertudung ni... tiba-tiba rasa touching pula bila cerita pasal anak... hahaha

19 comments:

  1. assalamualaikum.... alhamdulillah... terima kasih kak krn sudi support & join... insya allah ada rezeki pasti tak ke mana ;-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wa'alaikumussalam... insyaAllah... Aamiin. tq anies.. (^_^)

      Delete
  2. Comel betul alisha bertudung..moga ada rezeki menang..berjat kisah alisha bertudung.hehe

    ReplyDelete
  3. Bagos nye alisya kecil2 lagi dah pandai nak bertudung....sejuk perut ibu dia :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah kak... saya pun tah berapa kali tanya "ye ke ni nak pakai tudung...?!" hahahha

      Delete
  4. Good luck!
    Hmm.. mana tahu kalau dpt boleh kongsi dengan Alisha

    ReplyDelete
  5. Good luck.

    Comelnya si cilik bertudung. Manis sgt

    ReplyDelete
  6. Gud luck NK moga berjaya...dpt le tambah koleksi kalau menang hihi...
    Alahai comel jer tengok bebudak pakai tudung ni...
    Tulah masa tgk kat entri baru hari tu....terdetik gak dlm hati Alisha dah kuruslah sekarang....tak nampak dah pipi tembam

    ReplyDelete
  7. Insya Allah... moga semua zuriat keturunan sis mnjd anak2 yg soleh dan solehah..

    Alololo..
    Comel sgt alisya...
    Sonok baca...
    Semoga istiqamah adek manis...

    ReplyDelete
  8. All the best, NK! Sweetnya Alisya pakai tudung :)

    ReplyDelete
  9. Salam singgah dari segmen yang sama..semoga berjaya...

    http://mardiahdiana.blogspot.my/2015/09/tudung-aidijuma-giveaway-by-anies.html

    ReplyDelete