Wednesday, September 16, 2015

Tutorial: Widget Top Komentator (Bulanan)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ok ini kelakar... Sebenarnya saya tak boleh nak panggil ni tutorial. Sebab blog saya ni tak boleh di copy dan paste. Eh ke boleh?! Sebab seingat saya, dulu saya pernah masukkan coding agar entri-entri saya tidak boleh di copy paste. Tapi saya tak sure sama ada anda boleh copy paste entri saya atau tak? Acer try... (^_^) 

Saya cuma nak panjangkan ilmu yang saya ambil dari Azhafizah. Saya sebenarnya dah lama cari widget tukang komen secara bulanan. Ada tutorial yang saya dapat dari blogger-blogger lain hasil carian di Google, tapi kebanyakkannya akan menyebabkan blog saya lambat loading. Sampailah saya jumpa widget yang dikongsikan Fiza ni.

Tutorial ni sangat mudah. InsyaAllah blog pun tak ambil masa lama untuk loading. Jom tengok caranya...

1. Log in blogger.com
2. Dashboard >> Layout >> Add gadget >> HTML/Javascript
3. Copy code (sila ke blog Fiza untuk coding ya kawan-kawan)
4. Paste ke dalam box HTML/Javascript 
5. Edit coding. 
6. Dah siap Edit. Save!

Ha... tengok caranya pun senang je kan? So, anda yang mencari widget top commentator bulanan ni, boleh la ambil code dari blog Fiza tu ya. Saya harap dengan perkongsian saya ni dapatlah panjangkan ilmu yang dikongsikan Fiza...

Selamat mencuba! (^_^)


Nota kaki: Saya personally nak ucap terima kasih banyak-banyak pada Fiza atas tutorial yang dikongsikan ni. Saya percaya ilmu ini bukan hanya bermanfaat pada saya, malah ramai lagi blogger di luar sana, lebih-lebih lagi blogger yang baru belajar blogging. Thanks Fiza. (^_^)

7 comments:

  1. TKSH NORA TUTORIALNYA...KAK PUN XTAU NI.

    ReplyDelete
  2. Owhh ini sy dah lama menuntut masa mula2 buka blog.hehe

    ReplyDelete
  3. Bila ada pasang kita mmg teruja bila tgk kwn yg rajin dtg komen kan?

    ReplyDelete
  4. Okje dah lama letak kat sidebar NK...hihi....
    Teringat awal awal nak buat blog dulu.....jenuh le cari coding

    ReplyDelete
  5. Suka tengok kat wwidget top komentator kalau ramai kawan2 yang datang komen... hihi

    ReplyDelete
  6. sy pelik lately widget ni x appear kt blog sy geramnyaaaaaaaaa

    ReplyDelete