Thursday, February 11, 2016

Carilah Pengasuh...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ni memang cukup sensitif bila orang bercerita pasal ibu bapa. Tak kisahlah atas topik apa sekali pun. Bila dikaitkan dengan ibu bapa, memang boleh buat saya menitiskan air mata. Mungkin juga disebabkan kedua ibu bapa saya sudah pun tiada untuk saya membalas jasa dan menambah pahala.

Hari tu, saya baca perkongsian DrRich DrRahim di Facebooknya, tentang seorang makcik yang datang mengadu tentang dirinya yang perlu menjaga cucu-cucunya, sehingga dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya sendiri. (Anda boleh baca perkongsian (artikel penuh) tersebut di sini)

***



"Doc, Mak Cik ni dah tua. Kubur dah panggil mai, rumah dah halau pi. Dah le berumur teringin benar nak bermesra dgn si suami Mak Cik ni yg setia. Boleh le kami berdua2an dgn umur yg secebis tinggal ni. Tapi doc......cucu ni......". 

Doc nampak matanya mula bertakung seumpama sebuah kolam menitis berlenang di hujung mata lalu terlenang2 di pipi.

" Cucu pertama, di letak di rumah saya. Suruh saya jaga dan bela krn Anak pompuan Mak Cik kata dia bekerja dan tak percaya org lain bela wlpun di nusery. Tok Wan kata tak pa le...bela kejap2 je. Tapi anak pompuan ambil kesempatan letak lagi lama dgn Mak Cik dan kadang2 Sabtu Ahad waktu cuti pun letak cucu tu dgn Mak Cik. Kadang2 Mak Cik terasa macam hamba abdi.

Sepatutnya...dah tua macam Mak Cik patut le ada masa dgn Pak Cik. Sama2 tambah amal ibadat dan mengaji bersama Pak Cik....amalan nak keakhirat Mak Cik dan Pak Cik tak banyak doc. Dah pension...nak le cari saham akhirat pula kan doc. Ni duk jaga cucu...kadang2 tiada masa bermesra dgn Pak Cik tu.

***

Sebagai seorang anak, kita sepatutnya meringan beban orang tua kita, membahagiakan mereka, ada rasa ihsan kepada mereka. Bukannya bebankan mereka dengan menjadikan mereka penyelesaian kepada masalah kita.

Tak payah tengok jauh, setiap kali saya hantar dan ambil anak-anak balik dari sekolah, saya lihat ramai di kalangan mereka adalah atuk dan nenek kepada pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan, usia mereka dah lewat 50-an dan awal 60-an, tapi masih lagi bersesak menunggu cucu keluar sekolah. Ada yang sakit lutut, ada yang tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama, ada yang dah tak berapa nampak dan macam-macam lagilah! Kesian tau!

Dahlah kena jaga cucu, still kena masak, kemas rumah, basuh kain baju, solat pun terkejar-kejar. Pendek kata masa untuk berehat tu memang tiada. Isnin hingga Jumaat dah memang confirm jaga cucu, weekend pun dihantarnya juga, konon dengan alasan nak kemas rumah sendiri, nanti anak-anak kacau. Habis, bilanya ibu dan ayah nak rehat?!

Ini arwah mak dan ayah saya...
Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Amin...
Lebih mengejutkan bila ibu dan ayah yang jaga cucu ni, hanya diberikan duit poket RM50 seorang setiap bulan... Alasannya kalau hantar pada pengasuh kena bayar RM350/seorang anak, kalau transit sahaja RM150/seorang anak. Tapi kalau hantar pada ibu dan ayah hanya perlu bayar RM100 (Ibu RM50, Ayah RM50) untuk 4 ke 5 orang anak! Memang jimat banyak tu!

Berpada-padalah. Kasihanilah ibu dan ayah kita ni... Mereka perlukan rehat yang cukup... Menjaga cucu tu bukan tanggungjawab mereka dah... Jangan "gunakan" mereka untuk kepentingan kita sendiri...

Ibu dan ayah kita ni, bila diusia emas mereka, sepatutnya anak-anak tidak membebankan, sebaliknya bersifat prihatin dan berikan mereka kasih sayang. Mereka pun bukan nak sangat duit kita, mereka cuma nak kita berikan perhatian agar dapat diadukan rasa sakit pening mereka tu.

Cuba tanya diri sendiri, adakah bila kita dah umur 60 tahun, kita nak jaga cucu? Mesti kita sendiri pun tak nak... Pada usia emas itulah kita nak spend time bersama suami/isteri kita, pada usia itu jugalah kita nak perbanyakkan amal ibadah dan pada usia itu jugalah kita nak dapatkan rehat yang cukup. Macam tu jugalah, perasaan ibu ayah kita.

Timbang-timbanglah... Kasihani mereka... Carilah pengasuh untuk anak-anak kita... Fikirlah bagaimana cara untuk menambah pahala dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita... Jangan disebabkan mereka menjaga anak-anak kita, menjadikan kita anak yang derhaka...



Nota kaki: Kalau dah tak percaya pengasuh dan nursery berhentilah kerja dan jaga sendiri amanah kita tu.

35 comments:

  1. sangat setuju, kalau dah tak percaya dengan pengasuh nursery...penyelesaiannya berhenti kerja dan jaga anak2 sendiri

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, sedih, ibubapa patut berterusterang dengan anak-anak, anak juga patut mencari pengasuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan?! Memang kesianlah... mereka perlukan rehat yang cukup...

      Delete
  3. Kakak sokong sangat dengan n3 nora ni,tak patut bebankan makayah untuk jaga anak...
    Kakak sendiri dah pesan pd ank2 jika dh kawen nanti pandai2 lah jaga,anak sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kak?! Saya kesian tengok mak ayah yang jagakan cucu mereka ni... nampak letih je... plus kalau hantar/ambil cucu-cucu pergi/balik sekolah... 😢

      Delete
  4. betul tu kan..sy mak ayah kerja lg..
    kalau x keje pun tak berani nk suh jaga..mak sy garang..huhu..x pasal2 sy yg kena sound setepek.. :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muda lagi la mak ayah yana... alhamdulillah... 😀

      Delete
  5. Betul! kalau tak mampu sebaiknya berhenti. Kakak dulu dari anak sulung sehingga bongsu memang guna bibik. Tak sampai hati guna mak sendiri mahupun MIL. Kalau cuti sekolah pun mereka nak duduk kg pun kakak bawa bibik sekali. Beli secukupnya belakan makanan. Bila anak dah remaja baru kakak tak guna bibik lagi.

    Kawan kakak (cina) mak dia jaga satu anak dia bagi RM800/- dua anak dia bagi RM2000/- sebab katanya lagi penat. Kenapa org kita tak buat gitu ye Nora. Kesian...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Allahuakbar kak... betullah tu. Saya pun pernah dengar kawan Cina yang bagi mak jaga anaknya diberikan sejumlah wang yang banyak setiap bulan. Bukan RM50 seperti kebiasaan orang Melayu.

      Delete
  6. akak awal2 lagi ni dah sound anak2 akak tentang bab2 camni...mintak2 biar la depa simpan dalam hati dan perut jangan masuk telinga kiri keluar telinga kanan je sudah...

    ReplyDelete
  7. saya setuju dgn entry nie..anak kita kita la jaga dan uruskan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. anak ni amanah dan tanggungjawab kita...

      Delete
  8. byk kes mcm ni sebenarnye...letak anak bagi mak bapak jaga...kalo mereka mmg willing nak tolong jaga takpe, tapi bile jadi kes paksa mcm ni , kesiah plak....patut mereka ke surau belajar agama, rehat2....tapi disuruh jaga cucu...aduh....

    ReplyDelete
  9. saya pun kesian dengan "orang2 muda" yang bekerja ni ambik kesempatan antar anak ke umah parents supaya parents dapat jaga dengan alas an - tak percaya dekat orang luar & nak jimat duit hantar nursery atau hantar ke pengasuh..

    ReplyDelete
  10. dah la masa kite kecik2 dulu, parents kite dah jaga kita sebaiknya, ni bila parents dah tua, sepatutnya kite bagi la pulak kat mereka masa untuk mereka berehat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul... bagi mereka rehat. Sepatutnya kita yang jaga mereka... bukan mereka jaga anak-anak kita pula... ish!

      Delete
  11. betul tu, wajib berhenti kerja jika tiada pengasuh.. jangan bebankan mak bapa sendiri...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul.. kalau dah memang tak de solution kan... jangan bebankan mak ayah...

      Delete
  12. Betul tu NK, harapnya diusia emas nanti taklah kena jaga cucu. Dah dapat bayangkan tu camne kelam kabutnya nenek kalau kena menjaga cucu, atok rasanya masih boleh mengelat lagi.

    Emmm, camne pulak yg mmg nenek atok offer nak jaga tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhuhu saya pun tak dapat bayang la okje macam mana.... kesian tengok, bila dorang datang ambil cucu dekat sekolah...

      Delete
  13. Salam kak. Isu ni agak serius. Memang ada yang buat emak ayah macam orang gaji. Ada lebih teruk buat ibu bapa macam hamba abdi. Sudahlah mak ayah jaga anak, dia pula tak keja sehingga mak ayah yang perlu menanggung mereka sekeluarga.

    Kalau isu macam ni kita pun tak tahu salah siapa. Moga2 dijauhkan terkena pada anak-anak kita kelak.

    Sebenarnya macam mana kita layan IBUBAPA kita macam itu juga kita akan dilayan oleh anak-anak kita

    ReplyDelete
  14. Thank you for dropping at my blog Nora!. Pendapat saya pun sama juga. Kesian ibu bapa kita yang sudah uzur...nak rehat..jangan sebab nak jimat punya pasal kite susah kan mak ayah kita. Carilah alternatif lain.

    ReplyDelete
  15. Kasihankan bila emak kita yang dah tua kena jaga cucu. Saya pernah baca juga, tak baik kita menyusahkan makbapak kita dengan anak-anak kita. Mereka dah tua. Sudahlah masa muda berkorban menjaga anak-anak, bila dah tua, kena berkorban menjaga cucu-cucu pulak. Kalau pun mereka sendiri nak bela, tak patutlah bayarannya semurah itu. Kalau kita boleh beri orang RM200-RM300 sebulan, kenapa tak kita doublekan untuk emak kita. Upah menjaga cucu lain dan duit bulanan dari kita untuk mereka pulak lain. Berkat tau berbakti pada orang tua!

    ReplyDelete
  16. Betul tak patot buat mcm tu.. Hmmm. Sian dkt ibubapa yg perlu ke sekolah untuk amik cucu hari2..

    Assalam jemput join GA saya...

    https://www.biskutsemperit.my/2016/02/giveaway-cash-rm30-feb-2016-by-ahbar.html

    Tarikh tutup 17 feb 2016

    ReplyDelete
  17. tu la kan org kita byk yg cmni..gunakan kebaikan mak ayah smp boleh jadi anak derhaka..sy pun ada terbaca kisah makcik ni...kesian sgt

    ReplyDelete
  18. hrp dijauhkan perkara begini..
    setuju dgn pendapat akak..

    ReplyDelete
  19. berpada-pada la suh mak ayah bantu jaga anak.
    mesti kena setimpal. malahan lebih lagi kena byr mak ayah.

    ReplyDelete
  20. Betulll. Sy pun tak setuju org ambik kesempatan kat mak2 utk jaga anak diaorang... nak jimat punya pasal, sanggup menyusahkn mak ayah.. memang sy bengang org mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kesian... saya tengok parents yang dah tua ni datang sekolah jemput cucu... hancur luluh rasa hati ni...

      Delete