Monday, February 15, 2016

Mak Bidan Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

- Updated :  8 September 2017 -

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Info ini muncul di timeline Facebook saya. Info sebegini memang sangat berguna untuk ibu-ibu yang akan melahirkan anak atau yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tukang urut atau bidan ni memang tak asing lagi bagi orang perempuan. Sekarang ni agak susah juga nak cari bidan. Bila ada info sebegini, semestinya amat berguna, bukan saja untuk saya, malah anda juga!

Saya panjangkan perkongsian Facebook: Sasha Hamzah ini dalam blog saya... manalah tahu saya perlukan Mak Bidan nanti... :p Berikut adalah senarai tukang urut atau bidan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Saya ada beberapa contact Mak Bidan di Melaka (sila rujuk komen saya di bawah). Dan entri ini adalah pengalaman saya berurut dengan Kak Lela. Siapa-siapa yang ada sekitar Masjid Tanah, boleh dapatkan khidmat Kak Lela...

KUALA LUMPUR

1. Makcik Salmi (Setapak Indah, KL). Tel: 03-40247107 
- rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan lenguh-lenguh badan. Mendapat ilmu perbidanan turun-temurun dari nenek dan ibunya. (Sumbangan June)

2. Kak Sha (Taman Cahaya, Ampang). Tel: 019-3698902 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Indonesia.

3. Kak Eli (Setapak, KL). Tel: 014-3234315 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Medan, Indonesia. Boleh dihubungi di waktu malam sahaja kerana suaminya menggunakan handphone di waktu siang. 

4. Ibu (AU4, Keramat). Tel: 016-2889362 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cara urutan tradisional Jawa.

5. Mak Yam (Selayang, KL). Tel: 03-61201801 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

6. Kak Ani (Pasaraya Bintang, Taman Baiduri, Cheras ) Tel: 013-2368717 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cuba sekali nak urut lagi. (Sumbangan Hafizah)

7. Ibu Zaleha (Kepong). Tel: 019-2110636 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Sangat berkesan menggunakan kaedah tradisional dan moden. (Sumbangan Mzsuria)

8. Hajah Zaharah (Taman Kosas/Ampang). Tel: 012-3139316 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Juga untuk mendapatkan cahaya mata. (Sumbangan Azelina)

9. Opah (Taman Melawati) Tel: 013-3524668 
- rawatan mengurut untuk ibu selepas bersalin. Siap ada pakej untuk sengkak, mandi, tangas dan urut. Harga pun berpatutan. Opah ni ada kenderaan sendiri tapi dia akan include sekali duit minyak untuk pergi dan balik selama berurut. Selalu berurut 3 hari dan sila tempah dengan opah ni terlebih dahulu. (sumbangan Sumijelly)

10. Kak Kaseh/Nina (Wangsa maju dan sekitarnya) Tel : 016-6686975
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

11. Nurul (Sekitar Kuala Lumpur/Selangor dan Melaka) Tel: 019-4809473
- urutan badan tradisional dan urutan naikkan seri wajah.

12. Kak Nora (Kuala Lumpur/Cheras/Kajang) Tel:019-2703262
- urut tradisional selepas bersalin/bertungku/bengkung, mandikan bayi dan bekam.
  
SELANGOR

1. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) .  Tel : 03-31687149    
- rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu perbidanan turun temurun dari nenek dan ibunya. Urutan cara lama yang sangat efektif.

2. Hajah Zubaidah @ Cik Bedah. (No. 42, Jalan Cuepac 5L, Batu 12, Cheras): 016-3430892, 03-87349281.
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Izan Ismi Azwa Ali)

3. Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut. (sumbangan Izan Ismi)

4. Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

5. Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu perbidanan dari ibunya. (rujukan The Star)

6. Puan Ani (Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani.

7. Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel: 03-83195090
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Tiada transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu. (sumbangan Ezad Hasshim)

8. Puan Ramlah (Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel: 03-32137496 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah.

9. Mak Cik Nab (Taman Melati, Gombak). Tel: 03-41075585 
- rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). (sumbangan Abang Rie & Kak Imah)

10. Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel: 012-3166074
- Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

11. Makcik Ramlah (Kuang/Sungai Buloh) Tel: 017-3763381 / 03-60371204 
(sumbangan Ailin)

12. Kak Timah (Bandar Baru Sg Buloh) Tel: 03-61565421 
(sumbangan Ailin)

13. Kalsom bte Saat, (Meru, Klang) Tel: 019-3636657
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya Mak Som. (sumbangan Eisya)

14. Huzaimah Mohamad (Klang) Tel: 014-3286478 
(sumbangan Kyra)

15. Kak Esah (Batu Caves) Tel: 016-3908180 
- dia boleh mengurut orang bersalin, nak zuriat, dan mengurut seluruh badan atau bahagian-bahagian tertentu. Bertungku dan bertangas juga boleh, serta mandi.

16. Bidan Jah (Ustazah Jah) Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) - Tel: 016-3414577.
(sumbangan Hamidah Shamsuddin)

17. Mak Yang (Tanjung Karang, Selangor) Tel: 012-3600047. 
(sumbangan Kamarulramdan)

18. Makcik Han (Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya) - Tel: 017-3951484.
- Urutan sangat berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg. (sumbangan Aisha Ahmad)

19. Nenek Hamidah (Presint 16 Putrajaya) - Tel : 012-4819795 (sumbangan Lin)

20. Cik Ayu (Taman Medan PJ) - Tel: 03-77810377 (sumbangan Lin)

21. Yati (Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor) - 012-8546760.

22. Petaling Jaya - http://www.momretreathome.com (momretreathhome ni menyediakan khidmat mengurut dan penjagaan bersalin ~ ala² hotel orang bersalin la sebab semuanya diuruskan oleh petugas kat sana... pernah tengok dalam rancangan Nona...memang selesa tempat dia dan sangat sesuai bagi mereka yang ada duit lebih)

23. Kak Yasmin (Area Bukit Jelutong, Kampung Melayu Subang) Tel: 012-2812344

24. Kak Nor (Batu Caves) Tel: 012-6852750

25. Puan Qamar (Klang) 011-12372712 / 03-31621466

26. Wan Fatimah (Petaling Jaya, Puchong, Damansara) Tel: 012-3716020
- menyediakan servis urutan tradisional wanita, urutan selepas bersalin, reflexology dan aromaterapi. Urut terseliuh juga boleh untuk WANITA sahaja.

27. Kak Lia (Meru/Klang) Tel: 019-3612399

28. Kak Sarah (Shah Alam/Klang) Tel: 017-6376146

29. Ila (Shah Alam/Putrajaya) Tel: 012-6383021 

30. Puan Lina (Ampang/Bukit Indah/Taman Kosas dan sekitarnya) Tel: 012-6908712 Instagram: @temurunconfinement
- rawatan dan urutan selepas bersalin, mandi bayi, menaikkan peranakan, lenguh-lenguh badan.

31. Puan Mastura (Bangi/Kajang/Putrajaya dan sekitarnya) Tel: 019-2374697.
- urutan bersalin dan bertungku, strok, lenguh-lenguh badan, naikkan peranakan, terseliuh. 
 

MELAKA

1. Azizah Baba (Bukit Beruang) Tel: 019-6026061

2. Mak Siti (Duyong/Bukit Katil) Tel: 017-6460713

3. Kak Lela (sekitar Melaka) Tel: 012-3131715

4. Sue (sekitar Melaka) Tel: 010-2060292

PERAK

1. Sarah (Ipoh) Tel: 017-6376146
    

Nota kaki: Mungkin siapa-siapa yang ada contact untuk negeri-negeri lain, bolehlah tinggalkan komen, kita sama-sama boleh mudahkan kerja orang lain yang mencari tukang urut atau bidan ni... (^_^)

* * *



55 comments:

  1. Saya ada beberapa contact di MELAKA:

    1. Azizah Baba (Bukit Beruang) Tel: 019-6026061

    2. Mak Siti (Duyong/Bukit Katil) Tel: 017- 6460713

    3. Kak Lela (sekitar Melaka) Tel: 012-3131715

    4. Sue (sekitar Melaka) Tel: 010-2060292

    Saya pernah berurut dengan Kak Lela dan Sue... Dua2 pun best! Orang Melaka dan sekitarnya yang mencari tukang urut/bidan, boleh la call mereka... (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada no terbaru sue x

      Delete
    2. Alamak dia dah tukar phone yea? Saya tak de nombor selain yang ditulis di atas...

      Delete
  2. Wah...banyaknya yang tersenarai... info yang bagus ni.

    Kakcik suka berurut tapi sebab susah nak dapat tukang urut, kakcik pergi berurut di Manjakaki je... :)

    ReplyDelete
  3. byk juga area kl ni kan..
    cuma tu sblm ni dgr mcm mcm kes. ada yg ambil upah mahal tp urut x seberapa. so, mcm takut2 je nk berhubung..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la... kena try tanya2 juga dengan orang-orang keliling.. mana ada ada seseorang yang mereka boleh recommand...

      Delete
  4. berguna sangat ni untuk org sekitar kl..area sg petani takde ke contact number?nak bersalin tak lama lg ni.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat dah bersalin kan PK.. Tuan tanah baru nak reply.. hahahah

      Delete
  5. terima kasih utk entry ni. thanks for sharing. saya punya pengalaman ambik confinement ladi tak tertulis2 lagi. huhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah menarik... boleh la share untuk manfaat bersamakan?!😁

      Delete
  6. wow bagus ni. boleh aida share dgn member kat melaka.
    dulu aida bersalin kakak2, urut dgn makcik milah kat bkt katil.
    masa ijat, makcik milah da tak urut dah.
    da tak sihat :(

    ReplyDelete
  7. Orang yg tgh mencari bidan sure suka dpt list contact ni NK.
    Moga org lain dapat manfaatnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la Okje... harap bermanfaat buat semua...

      Delete
  8. Salam

    Saya juga ada buat service rawatan dan urutan selepas bersalin, mandi bayi, menaik peranakan, lenguh lenguh badan di sekitar Ampang, bukit indah, Taman Kosas dan kawasan sekitar.

    Boleh hubungi saya Pn Lina - 012 6908712.

    follow IG untuk testimoni @temurunconfinement

    ReplyDelete
  9. Arwah Nenek Merah dah meninggal 2/3/ tahun lepas, setakat ni tiada pengganti yang sama boleh bagi servis terbaik macam arwah. Ada update terbaru bidan di Banting??

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas info. InsyaAllah kalau sesiapa ada contact tukang urut di area Banting boleh share yea...

      Delete
  10. salam, sy nurul menawarkan urutan badan tradisional dan urutan naik seri wajah.😊urutan di buat terus ke rumah anda. hanya perlu set masa, tarikh untuk booking slot.. in sha allah setakat ni beroperasi sekitar negeri melaka, selangor dan kl.. jika berminat boleh wassap sy 0194809473.. tq😊
    urutan badan rm40
    urutan badan + naik seri wajah rm60(promosi)

    ReplyDelete
  11. Salam, saya kak Nora menawarkan perkhidmatan urut traditional selepas bersalin untuk 3 hari dan memandikan bayi, kak Nora boleh datang kerumah sekitar cheras, kajang dan kuala lumpur. Tel atau wasp akak di nom tel ni
    0192703262. Perkhidmatan diberi mengurut, bertungku dan memakai bengkong. Lain2 perkhidmatan tel akak sendiri.

    ReplyDelete
  12. Assalamualaikum...saya Ada menyediakan perkhidmatan urutan selepas bersalin/berpantang area sentul Dan Kuala lumpur pada harga istimewa😊.untuk keterangan lanjut boleh call 013-2096836.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tinggalkan nama? senang nak update info di atas... Thanks

      Delete
  13. Akak tinggal di taman koperasi cuepac, perkhidmatan berbekam jugek akak sediakan.

    ReplyDelete
  14. TUKANG URUT(SENTUL)
    URUT SELEPAS BERSALIN/BERPANTANG
    PARAM,PILIS,BERTUNGKU,PAKAIKAN BENGKUNG...ADA MACAM-MACAM PAKEJ IKUT HARI... DAN LAIN2 PERKHIDMATAN. SILA HUBUNGI 013-2096836/018-3636986.AREA SENTUL DAN SEKITAR KUALA LUMPUR.

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh tinggalkan nama? Senang nak update info di atas. thanks :D

      Delete
  15. Saya mencari tukang urut untuk menambah pengeluaran air susu. Saya tinggal di setapak.

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum wbt.. Saya ada menyediakan perkhidmatan urut tradisional islam..untuk muslimat shja..

    1) Urutan untuk bersalin dan bertungku.. ( bersalin normal )

    2) urutan badan shja ( bersalin normal / ceazer)

    3) Urutan strok untuk seluruh badan

    4) Urutan lenguh2 badan. (Satu badan)

    5) Urutan naik peranakan/ atau yg ade masalah kencing xlawas./Ikhtiar nk hamil

    Urutan terseliuh kaki / tangan/ bkn satu badan..

    * urutan satu badan tiada had masa..

    Area bangi, teras jernang, kajang, putrajaya,dan sekitarnya.

    Sy boleh datang urut di rumah atau di rumah saya..

    Pm tepi..untuk yg berminat boleh wassap/ call untuk booking tarikh..0192374697 Pn Mastura..

    ReplyDelete
  17. Terima kasih sis untuk info.. sedang mencari tukang urut untuk ikhtiar hamil.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama sis. Moga Allah permudahkan urusan sis dan semoga Allah juga kurniakan rezeki anak untuk sis. Take care sis.

      Delete
  18. Perlukan???
    Urutan IBU BERSALIN /BERPANTANG
    hubungi 013-2096836 (PN.NUR)
    cover area sentul,setapak,gombak dan seluruh kawasan kuala lumpur.

    ReplyDelete
  19. Saya pernah contact kak esah batu caves tu .. cakap kasar kemain .. marah2 pulak . Dia kata orang lepas bersalin 3 hari pergi rumah dia ngurut .. kot ya pun cakap la lembut2 sikit .. orang tanya dulu. Kalau dah cakap pun kasar simpang malaikat 44 taknak aihh ngurut dengan orang mcm tu huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya minta maaf, sebab Puan ada bad experience dengan contact yang saya beri. Moga urusan Puan dipermudahkan...

      Delete
    2. Salam kak .. ada no nenek melah x kak

      Delete
  20. As salam,pembetulan tentang cik bedah(sg ramal,kajang),
    nama sebenar adalah hajah zubaidah,dikenali cik bedah,
    alamat tempat mengurut adalah no 42,jalan cuepac 5L,batu 12 cheras,
    no hp:016 3430892@03-87349281

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih untuk info tu Azwa Ali. :) Saya dah update info di atas.

      Delete
  21. Byk yg kat Klang xdpt dihubungi la.. da tukar no kot.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thank you atas respon... saya akan delete nombor yang dah tak dapat dihubungi.

      Delete
  22. Urut bersalin, perawatan selepas bersalin, urut biasa tradisional, kursus urut, set bersalin boleh hubungi kak sue 016-9291330 (kawasan bangi, kajang, semenyih, putrajaya, nilai, mantin, cheras, seri kembangan, serdang, puchong)

    ReplyDelete
  23. Terima kasih..sgt brmanfaat.. :)

    ReplyDelete
  24. perkongsian yang sgt bermanfaat. Saya di sini juga ingin berkongsi senarai tukang urut di Malaysia menerusi link ini, https://www.lookp.com/malaysia/tukang-urut-massage

    Semoga bermanfaat kdp semua pembaca.

    ReplyDelete
  25. Saya juga ada urut org bersalin dan utk urutan biasa. Boleh contact saya jika berminat..Tina-Cheras (017-2377380) Saya Boleh pergi semua kawasan.

    ReplyDelete
  26. As salam, sy mencari bidan yg boleh tinggal di rumah sy untuk 6-7 hari. Boleh jaga baby dan masak untuk tiga anak2 berumur 8, 6, 4. Penginapan dan makan disediakan.

    Jika ada harap blh pm sy, Nira 0123305823.

    ReplyDelete