Saturday, September 16, 2017

Hotel The Shore, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

11 dan 12 September  hari tu, Faris dan Alisya cuti bergilir sempena peperiksaan UPSR. Kebetulan pula Encik hubby saya pun cuti. Bukan senang Encik hubby nak dapat cuti yang sama dengan anak-anak.

Encik hubby saya pun dah lama juga tak dapat cuti berturut tiga hari (Ahad-Selasa). Sebelum ni pun dia dah kerja tanpa off sepanjang Sukan SEA hari tu, masuk pagi balik tengah malam selama dua minggu. 

Kami ni biasanya plan mengejut, kalau kebetulan semua cuti, maka kami akan pergilah hotel mana-mana. Yang penting ada pool, untuk anak-anak. Itu pun kena tengok poket juga, kalau tak tebal, maka duduk diam-diam di rumah je lah... :P

Isnin hari tu, lepas Zohor Encik hubby suruh packing. Saya yang menurut perintah ni, kemaslah apa yang patut. Lepas tu baru Encik hubby cakap kita nak ke Melaka. Check in di hotel The Shore

Alhamdulillah, bilik cantik. Agak besar juga. Kami sampai tu dah agak lewat petang juga. So, just duduk berehat je di bilik. Inilah bilik yang kami duduk, studio suite di The Shore, Melaka.


Selalu kalau pergi hotel mana-mana, Faris akan tidur dalam sleeping bagnya. Tapi dekat The Shore ni kebetulan ada macam sofa bed tepi sliding door balcony tu, so Faris tidur dekat situ. Saya dan Alisya dah tentulah kena share katil. 


 Macam biasa ada complimentary Teh, Nescafe dan toiletries. Ada juga disediakan hair dryer dan iron. Peti ais pun ada. 

Ni, toiletnya, agak besar juga, tapi jenis moden sikit. Pintu bilik air tak boleh dikunci dan jenis glass tu, yang sebahagiannya "dikaburkan". Tapi tak pe, pakai kain batik, selesailah masalah! >_<  


Ha, nampak tak glass tu...
dikaburkan macam tu je >_<

Okay, inilah tempat favorite anak-anak. POOL! Pool The Shore ada ditingkat 9, cantik juga poolnya. Air cetek, agak tak mencabarlah untuk Faris dan Alisya. Tapi still seronok sebab dapat main air.


Untuk pengetahuan, di tingkat bawah The Shore ni ada mall tau. So, malam tu kami berjalan-jalanlah dalam mall tu cuci mata, tengok apa yang ada. 

Di tingkat 2, pula ada 3D Interactive Park dan Toy Museum. Tapi kami tak masuklah, sebab kami sampai pun dah lewat petang, maybe next time. Tempat tu nampak menarik juga. Boleh klik sini jika nak tengok apa yang menarik dan tiket masuk ke The Shore 3D Interactive Park dan Toy Museum.

Ada lagi satu tempat yang menarik di bangunan yang sama ni tau. Ada The Shore Oceanarium... Memang menarik sangat kalau dapat bawa anak-anak menjelajah "ocean" dalam bangunan. Yang ni pun kami tak sempat pergi. Memang kena plan untuk datang semula dan pergi tempat-tempat ni... 

Oh ya, sebelum terlupa, di luar daripada bangunan The Shore ini sebelah malamnya, boleh jalan-jalan di Melaka River Pirate Park. Saya dah pernah pergi Pirate Park ni... menarik juga. Tak jauh pun boleh jalan kaki je. Sambil-sambil tu bolehlah jalan-jalan sepanjang Sungai Melaka. Atau anda boleh juga naik cruise menyusuri sepanjang Sungai Melaka. Cantik tau, malam-malam!

Masa ni Alisya kecil lagi, 3 tahun
Belakang tu la Pirate Park...

Sebenarnya dalam building yang sama ni ada juga Hotel Swiss Garden tau. So, tak kisahlah nak duduk di Swiss Garden atau The Shore. Harga bilik lebih kurang je... 

Apa yang saya boleh kata, jika anda bercuti di Melaka dan duduk di The Shore, anda boleh manfaatkan semua tempat yang ada di sekitarnya. Kira anda boleh teroka banyak tempat menarik bersama anak-anak di sini. So, boleh masukkan dalam list ya.

Harga bilik:
Studio suite: RM295.39/satu malam
Premier suite: RM435.33/satu malam


Hotel The Shore
Level GF, 193 Pinggiran @ Sungai Melaka,
Jalan Pesisiran Bunga Raya,
75100 Melaka.
Telefon: +606 2828 200
Web: www.theshorehotelmelaka.com

Sekali sekala dapat duduk hotel memang syok habis... :p


Baca juga:
 

18 comments:

  1. menariknya..Boleh masuk dalam list!hehe

    ReplyDelete
  2. syoknya! ritu timm g hotel kat kl pun pintu toilet jenis kabur tu.mmg seksi, haha!! dduk sorg2 ok la tak segan..

    ReplyDelete
  3. best-best..kak ita org melaka pun tak sampai sini lagi..mahal tak ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oklah harganya... tempat pun cantik juga dan dekat dengan tempat-tempat menarik di Melaka.

      Delete
  4. Wah sempat lagi tu pi tido hotel..apa ada hal tak dapat pi masuk muzium apa tu semua..janji ada pool..dpt tido hotel best dah kan.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iye sungguhlah... lagi satu dapat off day dari masak.. hahaha kalau tak jenuh fikir menu. 😅

      Delete
  5. Betul sangat tu NK..... kalau hari hari duk hotel pun sanggup rasanya haha....Samalah kita kalau nak berjalan mmg tak boleh plan sebab tukang bayarnya susah nak cuti.

    Pernah jugak naik cruise tp tak perasan pulak hotel ni belah mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hotel baru ni kak Nom. Betulkan, kita nak bercuti memang terkejut-terkejut dibuatnya.. hehehe

      Delete
  6. thanks share.menarik ni sis..boleh bawak family.jalan2 situ je kan..jimat minyak

    ReplyDelete
  7. hotel ni tgh bandar...jln kaki je da bleh smpi tmpt2 menarik kalu larat laa ;-)

    ReplyDelete
  8. Pernah juga ushar hotel ni tapi belum pernah menginap lagilah. Yang glass floor tu kat sini juga ke, Nora?

    Nantilah bila teruja nak pergi Melaka sekali lagi mungkin boleh masukkan hotel ni dalam senarai.

    ReplyDelete
  9. Wahh skali skala boleh try ni hehe...jgn ckp anak akk..sy pon excited kalau g hotel carik swimming pool xD

    ReplyDelete
  10. Bestlah hotel ni. Lokasi pun strategic

    ReplyDelete
  11. Melaka.hmm bolehlah planning school holiday

    ReplyDelete
  12. memang cantik sangat hotel tu. selesa kalau tidur satu familyy

    ReplyDelete