Thursday, September 28, 2017

Seronok Ada Bibik Katanya 😝

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

"Bibik... tolong kemas semua ni..." jerit Alisya bila keluar dari tandas.

Saya yang baru selesai solat Zohor terkejut dengar jeritannya...

"Datang mana bibiknya?!" tanya saya, sambil ketawa. Alisya pun gelak besar.

"Kenapa kita tak de bibik Ma?" tanyanya dengan ketawa yang masih berbaki.

"Tak perlu bibik pun, semua bendakan boleh buat sendiri..." jawab saya.

"Macam best je kalau ada bibik. Nanti Mama pun boleh rehat je. Tak payah kemas rumah, tak payah masak, tak payah sidai kain, tak payah gosok baju... semua bibik buat... Ha, barulah seronok..." sambil terkekek-kekek dia gelak.

"Amboi... bukan main lagi! Mana tau pasal bibik-bibik ni?" tanya saya.

"Kawan Alisya ada bibik. Dia cakap bibik dia buat semua, kemas rumah, gosok baju, masak... adik dia pun bibik mandikan... kira bibik buat semualah... Dia balik sekolah bibik jaga. Sebab mak dengan ayah dia kerja. Ala, macam dalam drama pun ada bibik kan..." panjang lebar dia cerita.

"Itu sebab mak dengan ayah dia kerja, Mama tak kerja tak perlulah bibik. Lagi seronok, tak de orang asing dalam rumah. Kita je ada. Lagi best!" jawab saya.

"Ala dalam drama tu boleh je ada bibik..." jawabnya, sambil masukkan baju-baju kotornya dalam bakul dan berlalu pergi...

Nilah budak yang berangan nak ada bibik... 😂

Banyak sangat tengok drama ni... Sabar je lah 😓


19 comments:

  1. ASSALAM NNORA ADA BIBIK MEMUDAHKAN KERJA BAGI KAKAK TU KOT...

    ReplyDelete
  2. Pandai pulak Alisya berdrama ada bibik ya...
    Sebenarnya Alisya yang bertuah mama yang jaga dibandingkan kawan Alisya yang dijaga bibik.

    ReplyDelete
  3. hehe..saya pernah ada bibik dulu, untuk jaga arwah nenek.sekarang x mampu la.semua mahal

    ReplyDelete
  4. Ha ha...siap boleh panggil bibik suruh kemas... kelakar..

    budak2 memang boleh terpengaruh bila tengok drama... gaya cakap pun kadang2 macam drama kan...


    ReplyDelete
  5. Hihi, jerit je yea, bibik, bibik, bibik..kotlah dapat bibik yg baik Dan rajin, buatnya dapat bibik yg suka bergayut tk kemakan hati.

    ReplyDelete
  6. Tv memang kuat pengaruhnya.

    Saya pun tak ada bibik. Walau tak ada bini. Semua saya buat sorang.

    ReplyDelete
  7. Alaaa hai anak omak, nak bibik pulak yer...

    ReplyDelete
  8. Memang betul NK....betul kata Alisya, mmg seronok ada bibik haha...Lepas masak ada org kemas, lepas makan ada org kemas, baju semua ada org basuh.... Mmg mem sungguhlah haha...Dulu dulu masa anak kecik, adalah bibik. Masa tu gaji baru Rm400 kot..... La ni diri sendiri pulak yg jadi bibik. Dunia sudah terbalik haha...

    ReplyDelete
  9. Hahaha! Teringin nak berbibik ya, Alisya! Nanti tak tahu buat kerjarumah sampai besar macamana? Asyik nak suruh bibik buatkan aje.

    Ni kes banyak tengok dramalah agaknya, Nora. Macam anak saya, tetiba katanya dia minat drama Duda Pujaan Dara! Entah bila masa dia sempat tengok agaknya!

    ReplyDelete
  10. Haha comelnya dia.. budak2 mmg senang terikut2 tgk tv

    ReplyDelete
  11. seronok ya alisha ada bibik....tp bagi unti mama lg best ada dengan kita berbanding bibik...

    ReplyDelete
  12. bibik-bibik ku. hehehe.. seronok ada bibik kalau bibik yg bakm& rajin. tapi tak seronok kalau dpt bibik yang banyak buat masalah especially masalah sosial. hehe

    ReplyDelete
  13. amboy pandai dia mintak bibik kan..hehe.. xpe cakap dia xde bibik lagi best taw.. boleh buat keje rumah sama2.

    ReplyDelete
  14. Hahah.bukan main request. Nak bibik ya. Hmmm

    ReplyDelete
  15. hahaha comelnyaa. dulu pun saya selalu kata kat mak, ambillah bibik. tapi mak kata rumah kita bukannya besar macam rumah dato nak ada bibik2 bagai ni xD

    ReplyDelete