Thursday, October 12, 2017

Tombiruo Filem Yang Ditunggu-tunggu

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Sejak diwar-warkan yang Penulis Novel Thriller, Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) nak membawa salah satu novelnya, ke layar perak, saya dah mula tak sabar. Maklumlah sekarang ni memang "musim" drama yang diadaptasi dari novelkan...

Saya sememangnya salah seorang peminat hasil tulisan Tuan RAM... Seingat saya sejak saya membaca novel Pei Pan, terus jatuh cinta dengan penulisannya. Maklumlah sebelum tu dah tentu saya layan "novel cinta tangkap leleh". 😜 Nampak tak berapa lama saya tetap setia menyokong hasil tulisan Tuan RAM?

Setahu saya, RAM merupakan penulis novel yang paling ramai ahli kelabnya. Dengan tertubuhnya Kelab Peminat Ramlee Awang Murshid (RAMFC), segala apa yang dilakukan olehnya mendapat sokongan penuh ahli-ahli #ramians. Baik dari segi promosi novel baru, sampailah ke filem terbarunya ni, Tombiruo...


Filem ini adalah adaptasi dari novel trilogi Tombiruo. Ada yang tanya saya, "kenapa nak sangat tengok filem Tombiruo ni?" Susah nak cakaplah, sebenarnya saya taklah berapa suka bila novel yang saya baca dan suka nak didrama atau difilemkan, sebab pada saya itu akan menghancurkan imagination mood saya. 

Tapi disebabkan Tuan RAM ni saya rasa ada magic touch dalam novelnya, maka saya rasa tak salah jika saya turut menyokong filemnya. Mungkin akan ada uniknya dalam filem tu nanti. Bayangkan sejak mula diwar-warkan, novel Tombiruo akan difilemkan, Tuan RAM dah membuka ruang kepada #ramians untuk mencadangkan para pelakonnya. 

Penglibatan para pembacanya secara tidak langsung dalam pembikinan filem itu yang menjadikan kami turut teruja. Begitu juga bila menonton trailernya. Nampak ada kelainan, dan itulah yang menyebabkan rasa tak sabar nak tonton.


Hari ni 12 Oktober... ye hari ni filem Tombiruo akan mula ditayangkan di pawagam. InsyaAllah, encik hubby yang bukan peminat filem Melayu dah beri green light untuk temankan saya tengok filem ni.
 
Betapa kuatnya Kelab Peminat Ramlee Awang Mushid ni, sehinggakan tiket jam 8.30 malam di lima pawagam GSC di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Perak sold out!  

Nampak tak bagaimana aura penulisan Tuan RAM sehingga berjaya mengumpulkan para pembaca di lima destinasi tersebut, dan ini menjadikan ia gathering terbesar peminat Tuan RAM.  

Saya? Tonton di pawagam berdekatan dengan rumah je. Tak kisahlah, yang penting sokongan tu.

Sebelum keluar filem, ulang balik baca ketiga-tiga novel.

Siri Laksama Sunan juga menarik jika nak difilemkan. 😍


11 comments:

  1. Wah, trailernya bukan main menarik lagi..
    Bisik pada langit pun tak tengok lagi, rasanya kena tengok filem ni dulu.. hhihi
    Nanti jangan lupa buat review ye NK :)

    ReplyDelete
  2. tak sabar nk tunggu filem ni, dana pun ada semua novel RAM... tombiruo antara novel2 awal yg dana jadikan koleksi.... bila nk di jadikan filem tentulah kita lg excited nk tgk

    ReplyDelete
  3. banyak betul filem yang diadaptasi sekarang ni...

    ReplyDelete
  4. wpn belum ditayangkan tp sy bc ramai peminat2 RWM da xsabar2 nk terjah wayang

    ReplyDelete
  5. Tombiruo ni karya first RAM yang saya baca..
    terus jatuh cinta dengan karya RAM..

    excited juga dulu dapat tahu nak jadi movie..

    dasyat juga ya penangan RAM sampai habis tiket..

    ReplyDelete
  6. anak aida berkenan dgn tajuk nyer tu.
    lain dari yg lain, kata nyer.
    nampak menarik iklan nyer.

    ReplyDelete
  7. Oh ada 3 novel ye ye..ramai yang review cakap best filem ni..kompom sesak panggung nak tengok zul ariffin yang jadi hero tu

    ReplyDelete
  8. 1. Film sebenarnya ilham yang ditulis dengan gambar/image serta disumbatkan dgn bunyian.

    2. Saya setuju dgn Nora bila you said that bila kita baca novel ni, setiap pembaca mengambarkan wara dlm book tu berlainan. Tapi di film. Pandangan kita semua serupa.

    3. Saya dah lama taj masuk panggung. Entahlah, naj kata sebok tak lah sebok.

    ReplyDelete
  9. Bunda pun dah tengok dah...memang best sangat..

    ReplyDelete
  10. Novel kalau diadaptasikan ke layar perak adakalanya memang indah khabar dari rupa. Bak kata Nora, hilang terus imagination mood yang kita ada tentang sesuatu novel tu. Samalah dengan novel Inggeris yang telah diadaptasi ke filem, hampir semua agak mengecewakan saya. Imagination semasa membaca novel ni tak sama macam menonton filem. Itulah sebabnya ada masa tak sampai 'mood' yang kita feel tu.

    ReplyDelete