Monday, January 01, 2018

Entri Terbaik DialogUda 2017

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sekejapan je masa berlalu. Pejam celik, pejam celik dah penghujung 2017 dah. Apa yang berlaku sepanjang 2017? Moga semuanya baik-baik saja... Azam 2017 dah tercapai semuanya? Tak tercapai pun tak pelah... boleh bawa tahun 2018.

Macam biasa setiap hujung tahun saya akan kaji dan semak 10 entri terbaik di blog saya sepanjang tahun tersebut. Apa yang dikatakan entri terbaik ini adalah entri yang mendapat paling banyak pageview, bagi entri-entri yang saya tulis sepanjang tahun 2017. Pageview yang saya rekod ini adalah setakat jam 11.45 malam, 31 Disember 2017.

1.  Shea Rasol Dalam Kenangan (2900 pageview) - entri ini ditulis berikutan perginya seorang pengacara SIS yang juga ikon fesyen remaja/hijabista kerana urachal cancer. Dijemput Allah pada hari dan bulan yang baik, bulan Ramadan. Shea Rasol juga merupakan adik kepada rakan sekolah saya. Kehilangannya juga turut dirasai oleh para blogger.

2. Tips Mudah Susun Buku Sekolah Anak Ikut Jadual (1294 pageview) - sejak cuti sekolah bermula, memang saya perasan entri ini yang paling banyak dicari di blog saya. Nak hujung-hujung cuti ni lagi rancak trafiknya, mungkin kerana para ibu sedang membuat persediaan untuk buka sekolah nanti. Ada juga yang email dan mesej bertanyakan lanjut tentang kaedah yang saya kongsikan ini. Moga Allah permudahkan urusan semuanya. 

3. Hari Orientasi Tahun 1(738 pageview) - entri ini saya tulis ketika Hari Orientasi Alisya tahun lepas. Basically, apa yang saya kongsikan adalah persediaan yang perlu anak-anak lakukan sebelum hari orientasi dan persediaan ibu bapa dari segi dokumen yang perlu dibawa pada hari orientasi tersebut. Mungkin info ini antara yang dicari oleh para ibu bapa yang anaknya nak masuk Darjah 1.

4. Hotel The Shore, Melaka (701 pageview) - entri ini adalah perkongsian santai percutian tidak dirancang. Apa yang menariknya, entri ini mendapat perhatian encik wartawan dari majalah travel, Backpackerz, untuk dimuatkan dalam ruangan Inap majalah tersebut. Saya ada tulis di entri Blog Saya Dalam Majalah Backpackerz Vol. 20. Teruslah menulis para blogger, mudah-mudahan ada peluang entri kita dimuatkan dalam majalah.

5. Apa Menariknya Filem Tombiruo: Penunggu Rimba (533 pageview) - walaupun filem ini tidak pecah panggung, namun saya rasa teruja dapat jadi sebahagian daripada mereka yang menyokong karya penulis novel thriller Malaysia, Ramlee Awang Murshid. Apapun, tahniah buat keseluruhan team yang menghasilkan filem terbaik untuk Malaysia.

6. Terharu Dengan Mesej Cikgu Pasti Alisya (498 pageview) - entri ini sekadar coretan kenang-kenangan buat saya dan Alisya. Bila baca balik still rasa terharu. Alisya kalau baca entri ini pun dia akan cakap, rindu kawan-kawan semua...

7. Mini Karnival Didi & Friends @ IOI City Mall, Putrajaya (489 pageview) - entri ini adalah sekadar makluman kepada rakan-rakan blogger dan rakan-rakan media sosial saya ketika itu, tak sangka pula ia jadi antara carian terbanyak di blog saya. Saya rasa mungkin orang cari info lain berkenaan Didi & Friends, tapi sebab tersenarai dalam search engine, then orang klik.

8. Support Bisnes Kawan, PK Bundle (402 pageview) - wah, tak sangka, ramai juga yang cari info pasal PK Bundle, bisnes bundle milik penulis blog http://puankutu.blogspot.my/. Saya kongsikan apa yang saya beli melalui bisnes bundlenya. Kalau ada yang nak cari cadar, buku, sarung bantal, soft toys versi bundle, boleh cuba cari di PK Bundle yea... Moga PK Bundle terus maju.

9. 5 Menu Sahur Pembuka Selera (427 pageview) - entri ini memuatkan 5 resepi pembuka selera ketika sahur. Biasanya bulan Ramadan saya akan standby salah satu menu ni sebagai pembuka selera. Maklumlah waktu sahur ni susah sikit nak makan, tapi dengan adanya menu ni, laju je makan sahur... hehe

10. Resipi Mudah: Pulut Mangga (388 pageview) - dalam entri ni saya kongsikan resipi mudah buat pulut mangga. Kalau nak beli di luar harganya RM5 satu bekas... buat sendiri dapat makan puas-puas.

So, inilah 10 entri terbaik blog saya sepanjang 2017.

Berikut adalah screenshot 10 entri yang kerap dibaca sejak blog DialogUda ini ditubuhkan (2004 - 2017)


Tujuan saya rekodkan entri terbaik 2017 ni, adalah sebagai panduan untuk saya kaji entri bagaimana yang menjadi topik dan tumpuan pembaca blog. Ia juga sebagai salah satu kaedah untuk perbaiki penulisan dan perkongsian saya pada masa akan datang.


Selamat Tahun Baru 2018 buat semua yang membaca blog saya. Moga Allah berikan kesihatan yang baik, rezeki yang melimpah ruah, umur yang berkah, memberikan hidayah, meringankan tubuh badan untuk melakukan ibadah dan memudahkan segala urusan kita sepanjang tahun 2018 nanti. InsyaAllah, amin...



Nora Karim
2018, please be nice to us...

10 comments:

  1. Saya tertarik pada topik no. 2 tip susun buku cara mudah.

    Insya allah akan jadi ikutan

    ReplyDelete
  2. waaahhh! tahniah uda. saya suka baca entry2 awak

    ReplyDelete
  3. Tahniah dan semoga consistent berblogging ye

    ReplyDelete
  4. Tahniah sis.. Semoga terus berblog..

    ReplyDelete
  5. Tahniah NK.... Teruskanlah menulis. Sebagai rakan blogger, saya tumpang gembira dengan kejayaan kengkawan.

    ReplyDelete
  6. Tahniah..teruskan menulis utk masyarakat..wah dasat tak komen.haha..

    Tq nora terselit juga entry PK bundle disitu..tq😘😘😘

    ReplyDelete