Wednesday, January 24, 2018

'Telefon OPPO' Alisya

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seingat saya, sejak berhenti kerja dan menjadi surirumah sepenuh masa, saya jarang sekali beri Faris dan Alisya gajet, termasuk permainan video game.

Dalam tempoh enam tahun saya menjadi surirumah sepenuh masa, saya hanya memberi gajet jika merasakan ada keperluan, seperti menyiapkan kerja sekolah dan menonton video origami atas pantauan saya.

Jika tujuannya untuk bermain online games... memang boleh dikira dengan jari. Hanya beberapa kali saja saya beri keizinan bermain online games. Itupun dengan had masa 15-30 minit sahaja. Sekali dua saya izinkan juga main games sampai habis bateri.

Hari ni Alisya tunjuk saya gambar ni. 

Katanya, "cantik tak OPPO Alisya?" sambil menunjukan helaian kertas yang saya potong dari buku tulis sekolah mereka tahun lepas.

"Tengok ni, canggih Ma...," dengan terujanya dia menunjukkan pada saya aplikasi-aplikasi yang ada di 'telefonnya'.

Banyak apps ni... :p

Saya seperti biasalah, apa yang anak-anak tunjuk saya turut excited. "Amboi, bukan main canggih lagi ni!", jawab saya.

"Boleh Mama pinjam sekejap?" sambung saya sambil belek-belek 'telefonnya'.

"Puteri ni apa?" soal saya.

"Itu game la Ma... Game princess," jawabnya.

"Tengok ni... Alisya dah ada Facebook dengan Twitter, nanti Mama kawan dengan Alisya tau," sambungnya lagi. (Baca sebagai follow)

"Ok... boleh! Eh ada travel ni. Ni bolehlah nak pergi mana-mana?" tanya saya.

"Ok Ma nak pergi mana?" sambil dia keluarkan helaian kertas yang dilukis aplikasi dan masukkan helaian Google beserta keypad

Tak ikut 'QWERTY'... :p

"Em... Jepunlah", jawab saya. Sambil jari-jari kecilnya seolah menaip keypad yang dilukisnya.

"Ok, boleh Ma... ada tiket murah. Nanti kita pergi," kemudian dia tinggalkan saya yang masih berminat hendak membelek 'telefonnya'.

"Cuba call Mama, tengok canggih mana telefon Alisya," saja saya test dia.

"Kejap...", sambil tukarkan helaian lain yang ada senarai contact

Jangan main-main ada list contact tau... ^_^

"Wah, senarai contact pun ada!" saya tergelak sendiri. Ditekan kotak yang dilukis dan tertera perkataan Mama.

"Hello Ma, Mama sihat?" tanyanya sambil ditekup 'telefon kertas' itu di telinganya, dan berpaling daripada memandang saya, seolah-olah saya tidak berada di situ.

Dan 'drama' itu terus berlaku.

Rasa macam nak menangis pun ada. Kadang-kadang rasa kejamnya saya, sebab tak berikan mereka gajet seperti kanak-kanak lain. Tapi sebenarnya, saya lebih suka bila Faris dan Alisya kreatif seperti apa yang dibuat untuk hasilkan 'telefon OPPOnya" itu.

Faris tukang design telefon itu atas permintaan Alisya dan Alisya tukang lukis semua 'aplikasi telefon OPPO' miliknya.

Itukan namanya kolaborasi... Kan? >_<


Rasa kejam, tapi suka idea kreatif mereka.

12 comments:

  1. kreatifnya depaaaa!!!

    ada positifnya bila x dedahkan anak2 dgn gajet. tgk zaman2 kita dulu. x de gajet tp mereka boleh je berkreativiti dgn benda sekeliling

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya tak kejam.. Malah membantu imaginasi anak-anak lebih berkembang.. Pada sayalah.. Saya juga menyekat penggunaan gadjet kepada anak saya..

    ReplyDelete
  3. kalau takde gajet pun, masih banyak benda boleh main

    ReplyDelete
  4. Takde kejamnya. Aida rasa sgt bagus.
    Aida skang tgh cerai kan izzat dgn gajet.
    Agak sukar!
    Kakak2 nyer da lama free gajet.

    ReplyDelete
  5. Canggih ni. Apa pun ni semua proses pembelajarannya.

    ZH Blogger

    ReplyDelete
  6. alalala comel dan kreatifnya.. risau jgk tgok kanak2 skrg asek dgn gadget je.. sampai x peduli keadaan sekeliling.. baguslah akak buat mcm ni

    ReplyDelete
  7. saya pernah intern dekat tadika, dan memang sangat beza antara student yang selalu dengan gadget dan mak ayah dia tak bagi gadget. Budak yang tak biasa dengan gadget ni saya namapak memang akan lebih kreatif dan pandai bersosial (berani) daripada yang suka dengan gadget, lebih diam dan tak suka berkawan. Jadi teruskan kak mendidik anak-anak :)

    ReplyDelete
  8. Allah, creativenya Alisya dan Faris.

    Mungkin zura pun ada sedikit perasaan sedih kak sebab kita tak bagi gadget tapi tak apalah kakak. Nanti mereka akan faham.

    ReplyDelete
  9. Kreatifnya Alisya.... Awak bagi minum susu apa NK? Dugro kah? haha...Ikut kajian mmg tak elok pun kanak kanak diidedahkan dgn gadget sepanjang masa. Pendekatan yg awak buat ni tak de salahnya pun NK.
    Yg penting mereka tak ketinggalan pun

    ReplyDelete
  10. Bagis sebenarnya..anak2 lebih kreatif tanoa gadget..jp bebudak ni pun dh seminggu rosak..so skang memang free gadget..nmpk perubahan ketara asik ajak buat biti2..byk pretend play..rajin tulis dan baca..

    Evwb in postive way anak blaja byk benda juga dengan gadget dan pemantauan..sebenarnya lagi baik free gadget

    ReplyDelete
  11. Kakak sangat sokong kanak2 tanpa gajet. Bukan saja kanak2 remaja pun sama...sangat ketara jika mereka tiba2 hp rosak atau tiada internet mereka akan mencari2 aktiviti untuk mengisi"masa lapang" dgn aktiviti sihat..contohnya mama ada apa2 ke nak minta saya buat?...boring tiada internet katanya...

    ReplyDelete