Monday, March 05, 2018

Gotcha, Faris!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam ketika saya hendak masak, saya perasan ada air sirap tumpah dalam peti ais. Bila angkat botol-botol cili dan bawang, ada air sirap menitik. Botol juga melekit.

Lalu saya cuma basuh dan lap botol-botol tersebut, kerana menyangkakan hanya botol-botol itu saja yang terkena air sirap.

Pagi ini, terasa hendak angkat semua barang yang ada dalam peti ais.

Itu dia...



Habis bertakung air sirap di bahagian paling bawah peti ais. Dinding-dinding peti ais juga habis melekit.

"Ya Allah, siapa punya kerja ni?" bisik saya. Sedang saya kemas peti ais, Alisya datang. 
 
"Mama buat apa ni?" pelik melihat saya mengeluarkan semua barang yang ada dalam peti ais.

"Siapa yang tumpahkan air sirap ni?" tanya saya padanya. 
 
Saya ada dua anak, Faris dan Alisya. Jadi, salah seorang dari merekalah yang perlu bertanggjawab.

"Alisya tak buat. Kejap Alisya tanya abang," lalu dia berlari ke ruang tamu.

"Abang, abang tumpahkan air sirap dalam peti ais eh?" Suaranya kedengaran sampai ke dapur.

"Mana ada..." jawab si abang.

"Alisya tak buat. Kalau Alisya tak buat, abanglah buat," marahnya. Mula serkap jarang.

"Faris, tak buatlah...," suaranya sedikit tinggi. Tidak puas hati dituduh si adik.

Tidak lama kemudian, mereka ke dapur. Berdiri di sebelah kiri saya. Sambil merenung air sirap yang bertakung. Dua-dua buat muka tidak bersalah.

"Siapa yang tumpahkan air ni?" soal saya.

"Bukan Alisya..." Alisya tetap dengan jawapannya.

"Bukan Faris..." Faris juga tidak mengaku.

"Habis siapa? Mama buat?" tanya saya lagi.

"Abah kot," jawab Faris. Abah yang bekerja luar kawasan kena tuduh. Tak pasal-pasal. Sambil membuat pelbagai andaian, bagaimana abah tumpahkan air itu.

Faris cerita A-Z macam mana air itu tertumpah. Tapi dia sebut abah sebagai pesalah.

Terus saya tergelak.

Pesalah dikenalpasti!


Nora Karim
Salah satu tip hendak tahu anak berbohong, bila dia bersungguh-sungguh menuduh orang lain, atas kesalahan yang dibuat. Gotcha, Faris!


12 comments:

  1. alahai comel.. takut tu tapi da kantoi =D

    ReplyDelete
  2. hihi..cian abahnya jadi pesalah dalm kes ni..:)

    ReplyDelete
  3. hahaha... kalau org tua pun sama kak...beria2 ckp org lain buat... pd hal

    ReplyDelete
  4. hahaha...Abah pulak yg kena, tetiba minum air sirap tu ye... Bdk2 gitu la. Faris dh besar, anak sdara sy umur 2tahun pn dh pandai dah kelentong. Sy mandikan dia, pastu dia malas mandi dh nk tukar bilik air belakang sbb ada mainan. dia menangis2 sbb sy x bagi keluar. Pastu mak sy mai pimpin dia bawa ke tandas blkg. Mak tnya, "kenapa tadi nangis? Sape buat?"...dan dan je dia jawab "Cik Ni pukul".... Ceh budak kecik ni!!! hahaha.... Salam perkenalan. Moga Faris n Alisya membesar dgn sihat.

    ReplyDelete
  5. hahahahaha
    so faris mengaku bersalah tak?

    ReplyDelete
  6. hahahhaha.... siap cerita mcmne blh tertumpah lagi tuh, kn dh kantoi

    ReplyDelete
  7. hihi Faris punya kerja sebenarnyaaa

    ReplyDelete
  8. hahah comel jer dia tuduh ayah dia..ekekeke

    ReplyDelete
  9. alalala so comel la dorang..tergelak sy hahahaha :D

    ReplyDelete
  10. pandai dia salahkan si abah..

    ReplyDelete
  11. hehe.. pandai dia pusing.. tak pasal2 abah dituduhnya..

    ReplyDelete