Wednesday, March 07, 2018

Tanyalah Ustaz: Momentum Istighfar

Tanyalah Ustaz
Momentum Istighfar
Ustaz Mohd Elyaz Ismail

1. Istighfar adalah penawar, bagi membolehkan seseorang itu meminta ampun daripada Allah, agar mendapat nikmat kesenangan hidup.

2. Bagaimana istighfar dan zikir mudah meresap di dalam hati setiap orang yang mengamalkannya:
a) dengan sebutan (qauli)
b) dengan perbuatan (fiqli)
c) dengan jiwa - istiqomah dalam melakukannya.

3. Istighfar terbahagi kepada dua:
a) istighfar tunggal - hanya melafazkannya dalam keadaan tertentu
b) istighfar diiringi dengan taubat - melafazkan dan melakukan solat taubat

4. Amalkan beristighfar tiga kali setiap kali selepas solat, istighfar boleh memberikan kekuatan dan melunakkan hati pengamalnya daripada melakukan perkara-perkara yang tidak baik.

5. Amalkan "Penghulu Istighfar" yang menyamai ratusan ribu istighfar, yang dianjurkan oleh Nabi SAW.

6. Amalkan membaca "Tasbih Kafarah" setiap kali selesai berbicara, moga dengan itu akan terhapuslah segala lisan yang tidak baik yang kita ucapkan sebelumnya.

7. Amalkan membaca Al-Ma'thurat setiap hari, selepas Subuh dan Asar, supaya dapat melindungi diri dan harta benda daripada gangguan dan kejahatan orang lain.

8. Amalkan membaca istighfar (3 kali), doa "Allahuma ajjirni minannar" (7 kali), doa "Allahuma antassalam..." dan ayatul Kursi setiap kali selepas Subuh dan Maghrib, supaya kita tidak leka dan lalai dalam mengingati Allah SWT.

9. Baca dan lazimilah "Doa Ibu Bapa", untuk ibu bapa kita yang telah lama meninggal dunia, agar Allah memgampuni mereka dan mengasihani mereka dan menempatkan mereka dikalangan para solihin.

10. Kelebihan mengamalkan istighfar:
a) Allah perbanyakkan nikmat untuknya (bukti firman Allah dalam surah Nuh, ayat 10-12)
b) Allah jauhkannya dari azab seksa ( bukti firman Allah surah Al-Anfal, ayat 33)
c) Allah berikannya kekuatan (bukti firman Allah surah Hud, ayat 52)
d) Allah akan memakbulkan permintaan dan permohonannya
e) Allah berikan kejayaan di dunia dan akhirat (bukti firman Allah surah al-Jumu'ah, ayat 10)
f) Allah campakkan rasa kasih dan sayangNya dengan memudahkan pengamal istighfar untuk melakukan kebaikan.

11. Doakan anak-anak kita agar menjadi anak-anak yang soleh, musleh dan musoleh. Bila mana anak-anak ini menjadi anak yang soleh, musleh dan musoleh, doa anak-anak ini akan dapat membantu kita di akhirat kelak.
a) soleh - anak yang baik
b) musleh - anak yang baik bagi dirinya, ibubapa, keluarganya serta membawa rakan-rakan terdekatnya untuk menjadi baik
c) musoleh - anak yang baik bagi dirinya, ibubapa, keluarganya, membawa rakan-rakan terdekatnya untuk menjadi baik serta merencana cara atau kaedah supaya lebih ramai menjadi orang yang lebih baik.

12. Tanda istighfar seseorang itu diterima Allah ialah hatinya ringan memaafkan orang.

13. Perbanyakkanlah istighfar ketika mana kamu sedang makan, berjalan di pasar mahupun ketika duduk (setiap masa) sesungguhnya kamu tidak tahu bilakah turunnya keampunan Allah - Imam Hassan Al-Basri.

14. Waktu afdal melazimi istighfar adalah pada waktu sebelum masuknya fardhu Subuh. (bukti firman Allah surah Al-Israk, ayat 79)

*Saya sertakan video Penghulu Istighfar (UNIC) agar sama-sama dapat hafal dan amalkan.  Alisya boleh hafal, insyaAllah kita pun boleh.



Nora Karim
#notailmunorakarim

13 comments:

  1. no 12 tu petunjuk paling mudah utk kenal sama ada selama ni istighfar kita diterima atau sblknya

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    tq kongsi ilmu hari ni...

    ReplyDelete
  3. Good info.
    Moga kita boleh serta istiqamah melakukannya.

    ReplyDelete
  4. istighfar mempunyai mukjizat yang hebat..

    masya Allah ia memang terbaik

    ReplyDelete
  5. Semoga dgn istighfar dpt menghilangkan kegelisahan hati.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah saya memang amalkan penghulu istighfar tersebut selepas solat. jom sama sama kita pertingkatkan bilangan istighfar dalam daily life! :D

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. terima kasih atas perkongsian dan peringatan

    ReplyDelete
  8. Jom sama2 amalkan penghulu istighfar

    ReplyDelete
  9. alhamdulillah doa yang sangat baik dan bagus untuk diamalkan

    ReplyDelete