Thursday, January 31, 2019

Beli Gula Je...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya singgah di kedai untuk membeli gula, selepas mengambil Faris dari sekolah.

"Mama nak beli gula ni. Faris nak ikut atau tunggu dalam kereta," tanya saya sebelum keluar dari kereta.

"Nak ikutlah. Ayies nak beli air... haus."

"Eh tak payahlah... Mama nak beli gula je... Ayies kalau masuk kedai kang macam-macam air manis Ayies nak beli."

"Ha oklah... Ayies tunggu dalam kereta je..."

Saya keluar dan tunggu Faris kunci pintu kereta dari dalam.

Masuk kedai terus ke rak gula. Ambil dan bayar di kaunter. Kemudian terus menuju ke kereta.

"Hah, ni apa ni? Gula ada, roti ada, susu lagi... hah ni apa... cucur bilis pun ada? Kata nak beli gula je?" katanya sambil menyelak-yelak plastik barang yang saya letak di kerusi sebelah pemandu.

"Nak buat macam mana, semua nak ikut balik..." jawab saya tergelak, sambil terus memandu.

"Ugh!"

Nora Karim
Pelik eh, kenapa barang lain pun nak ikut balik? ๐Ÿ˜…

10 comments:

  1. hahaha saya pun selalu macamtu jugak kadang kadang. alasanya "alang alang dah singgah beli je la"

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... kan?! Sabar je lah.. kena bawa duit cukup-cukup baru tak de yang nak ikut balik ๐Ÿ˜‚

      Delete
  2. hahahahahha tetiba mamanya pun terbeli macam2 benda lain selain gula...

    ReplyDelete
  3. ahahaha amboi diaaa kemain. mesti dok prati aku nk tengok.. betul ke nak beli gula ja =P

    ReplyDelete
  4. Hahaha ada tukang check plastik rupanya. Comel je.

    ReplyDelete
  5. Ahahahahaha..semua nak ikut balik ye?

    ReplyDelete
  6. itu namanya penyakit berjangkit :D

    ReplyDelete