Sunday, February 03, 2019

Belajar Kenal Huruf a, e, i, o dan u

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Lewat malam kelmarin, saya dapat satu video dari seorang sahabat lama. Video anaknya menyanyikan lagu bagi mengenal huruf-huruf vokal a, e, i, o dan u.

Saya yang baru pertama kali dengar lagu tu rasa teruja sangat. Nampak sangat cikgu-cikgu era baru ini sangat kreatif dalam mendidik anak-anak muridnya. Lebih-lebih lagi cikgu pra sekolah dan tadika.

Lepas je dapat video tu, aduhai... Terus terngiang-ngiang sampai ke tidur. Nak pula dengar suara comel macam Aisy ni. Alisya pun suka. Maklumlah masa dia dulu tak de pula nyanyi macam ni.

Saya rasa lagunya agak comel didengar. Sampai sementara nak cari ilham saya dok nyanyi dan tulis macam ni. Macam buat 'doodle' rasanya. Hilang 'stress'!

Semalam masa anak saudara saya datang pun, saya nyanyi dan tulis macam tu. Bukan main seronok dia dengar. Mungkin sebab kita menyanyi dan tulis dalam masa yang sama.

Aktiviti ini, walaupun nampak simple, tapi anak-anak akan rasa seronok belajar sambil bermain.

Cuma sediakan kertas, pensel dan suara yang enak didengar. 😅

Mudahkan?

Jom ajar anak mengenal huruf vokal.

Nah saya bagi lirik sekali:
Bulan sabit, tiang pendek, itu huruf a,
Tolak tepi, bulan sabit, itu huruf e,
Tiang pendek, mata satu, itu huruf i,
Bulat-bulat, sampai habis, itu huruf o,
Cawan pecah, tiang pendek, itu huruf u,
Huruf vokal, huruf vokal, a e i o u.

Nota kaki:
Kredit pada ibu Aisy, Norhashimizan Khamis. 💖 Terima kasih atas perkongsian.

Nora Karim
Suara tak sedap pun tak pe. 😅

11 comments:

  1. alorhhh comelnyaaa lirik lagu tuuu..saya baca sambil menyanyi..hahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha comelkan lagunya... saya pun dok menconteng buku dengan lagu ni je.

      Delete
  2. Lagu kanak-kanak...
    Comel anak-anak Nora ...

    ReplyDelete
  3. Belajar sambil bermain. Atau belajar sambil menyanyi lagu abc. kanak-kanak memang suka. Harap anak sis jadi anak yang rajin belajar selalu ~

    ReplyDelete
  4. Seronok ni. Nanti nak ajar darin pulak .Salam kenal dari nad ye .Nad nak ajak join contest.

    https://miss-nadya.blogspot.com/2019/02/contest-anniversary-7-year-miss-nadya.html

    ReplyDelete
  5. lagu kanak2 ni memang comel2. itula kadang2 anak2 buah balik nyanyi lagu sampai kita trikut2..

    ReplyDelete
  6. Anak ana pun byk belajar dengan muzik di tadika. Memang cepat tangkap apa yg dibelajarkan.

    ReplyDelete
  7. Comel betul siap ada lirik.. Husniey follow sini ya #1176 😊

    ReplyDelete
  8. kalu suara merdu tu extra ;-) lagi anak terpesona

    ReplyDelete
  9. Alahai comelnya..anak saya pun balik cerita pasal bulan sabit nak buat huruf a kecil ni tapi takde pulak nyanyi lagu. Tengok video baru clear..haha

    ReplyDelete