Sunday, May 03, 2020

Impian Sendiri vs Impian Ayah

Terbaca status kak Deqmah Anja tentang impian zaman sekolahnya yang jauh terpesong dengan apa yang dilakukan sekarang ni. Boleh baca di sini https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3545680345447405&id=100000164221115

Betulkan? Kadang-kadang impian kita tak tercapai kerana Allah dah aturkan sebaik-baik jalan buat kita. Jalan yang lebih baik untuk kita lalui, daripada apa yang kita idamkan.

Saya renung semula perjalanan saya, dalam pendidikan formal...

SPM - Akaun dan Perdagangan.

Arwah ayah mahu saya ikut abang sulung dan kakak nombor lima saya yang belajar dan bekerja dalam bidang perakaunan.

Namun, nombor bukanlah minat saya. Matematik, Akaun, atau apa saja subjek yang melibatkan nombor, bukan 'makanan' saya.

Sejak sekolah menengah, saya lebih cenderung pada Sastera. Saya suka baca buku-buku Sastera. Penulisan Arena Wati, A. Samad Said, Shahnon Ahmad, Keris Mas antara nama-nama yang selalu jadi perhatian saya ketika itu.

Masa sekolah menengah, Cikgu Mastura Mohamad banyak asah bakat penulisan saya. Baik karangan, puisi, pantun... Saya banyak sertai pertandingan puisi, walaupun saya di kelas Akaun. Terima kasih cikgu, sayang cikgu ketat-ketat. 🥰

Saya suka menyusun perkataan. Masa tu kamus adalah rakan paling akrab dengan saya. Ya, saya sangat suka kamus, sampai sekarang.

Sejak usia remaja saya banyak hadiri bengkel penulisan. Saya juga suka menghantar puisi dan cerpen di majalah atau akhbar. Disiarkan atau tidak, itu perkara nombor dua.

Matrik - Komunikasi Massa

Selepas SPM, Komunikasi Massa adalah pilihan pertama saya. Akaun... saya letak sebagai pilihan kelima. Dah tentulah arwah ayah tak tahu masa saya isi borang UPU tu.

Masa saya dapat kursus Kewartawanan, saya sebenarnya sangat gembira sebab itu memang apa yang saya nak. Sebaliknya arwah ayah turun naik pejabat ITM (ketika itu masih ITM)... buat rayuan agar saya dapat tukar ke kursus Perakaunan.

Melihatkan arwah ayah turun naik pejabat, saya jadi serba salah. Sama ada nak teruskan dengan tawaran yang saya terima atau ikut arwah ayah untuk tukar kursus.

Sampailah satu hari, arwah ayah tanya... "betul ke nak ambil Masscom?" Saya senyap seribu bahasa. Air mata bergenang, sama ada nak teruskan impian sendiri atau tunaikan impian arwah ayah.

"Kalau rasa itu pilihan terbaik... tak apalah ayah izinkan..." Mencurah-curah air mata saya masa tu, bila arwah ayah dah bagi izin. Saya tahu arwah ayah berat hati. Dalam masa yang sama, saya rasa bersyukur, arwah ayah izinkan saya belajar bidang yang saya minat.

Masa tu, kursus Komunikasi Massa ni tidaklah sepopular sekarang. Mungkin juga arwah ayah fikir, bidang kerja perakaunan lebih banyak peluang berbanding Masscom.

Ijazah - Komunikasi Massa (Kewartawanan)

Disebabkan minat sangat pada penulisan, jadi saya memilih bidang Kewartawanan berbanding empat lagi bidang pilihan lain. Masa tu ada bidang Pengiklanan, Perhubungan Awam, Penerbitan dan Penyiaran.


Alhamdulillah, saya tamat pendidikan formal dengan apa yang saya minat. Walaupun tidak lagi berada dalam bidang kewartawanan, saya masih lagi menulis secara santai di media sosial.

Saya seronok bila dapat merasa menjadi wartawan dan menulis untuk orang ramai, baik di media cetak mahupun digital.

Saya juga sangat gembira, apabila dapat berkongsi pengalaman dengan bekas-bekas pelajar kewartawanan IKIP dulu (sekarang Kolej Yayasan Pahang).

Saya masih menulis, agar ada perkongsian saya yang memberi manfaat pada orang lain. Menerima mesej ucapan terima kasih daripada orang yang baca perkongsian saya pun dah cukup membahagiakan.

Moga apa jua penulisan baik yang saya kongsikan selama ini, ada juga pahala yang mengalir buat arwah ayah dan mak, yang reda dengan pilihan saya, serta semua guru-guru penulisan saya...

Nah, impian juga bakal dapat kita realisasikan, jika kita benar-benar berusaha untuk mendapatkannya. Kan?

Alhamdulillah atas segala pengalaman dan nikmat hidup hingga hari ini. Semoga Allah sentiasa kasih pada arwah ayah dan mak saya. Al-Fatihah (dengan bacaan).

Impian tak salah. Pengalaman hidup jua yang akan mematangkan...
#pendidikanformal
#kewartawanan
#pengalamanhidup


Marvel Maths: sesuai untuk anak-anak yang takut dengan subjek Matematik, terutamanya nombor besar.

Sifirlicious: Memuatkan 9 kaedah mahir sifir. Bukan semua anak boleh menghafal, jadi ajar mereka BINA SIFIR. 

Modul Pantas Matematik: Merangkumi topik Pecahan, Perpuluhan dan Peratus. Ketiga-tiga topik ini sangat penting dalam Matematik. 

Pecutan UPSR: Calon UPSR akan diajar cara mudah menjawab Kertas 1 dan cara 'mencuri markah' dalam Kertas 2. 

Mathzier: Tuisyen online Matematik Tahun 4, 5 dan 6 bersama Cikgu Fadli. Langgan setiap bulan atau pilih topik yang anak lemah. 

Klik t.me/celikmatematik untuk link pembelian. 

10 comments:

  1. Saya pernah lalui situasi macam ni juga dulu. Abah minta jadi cikgu, tapi saya tak minat. Mula-mula tu ikut juga, tapi memang tak boleh. hehe. So, saya pilih minat saya. Alhamdulillah, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kita.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan... kita sendiri tahu apa yang kita minat. Susah nak buat benda lain kalau itu memang bukan apa yang kita suka.

      Delete
  2. Alhamdulillah. Semoga terus kekal menulis, ya. :)

    ReplyDelete
  3. Salam Ramadhan NK....Ramadhan dalam PKPlah kita gamaknya ...
    Mengimbau kenangan lama nampaknya kali ni hihi...Begitulah namanya ayah kan kalau boleh nak yg terbaik utk anaknya. Apa pun alhamdulillah, semuanya berlaku atas kehendak Allah, sebagai anak sure rasa puas hati bila dapat menghadiahkan segenggam ijazah buat mereka kan NK

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah masih ketemu ramadhan...
    Selamt berpuasa dan salam kenal

    ReplyDelete
  5. Salam perkenalan! Semoga berjaya dalam hidup dan teruskan menulis :)

    ReplyDelete
  6. We can never be sure of everything. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang berkuasa untuk menentukannya.

    ReplyDelete
  7. seronok baca pengalaman macam ni. part dapat izin tu... terharu.. ya pengalaman memang mematangkan.. =)

    ReplyDelete