Saturday, August 18, 2012

Doa Khatam Quran

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

InsyaAllah jika tiada aral melintang, esok kita akan meraikan hari kemenangan berpuasa sepanjang Ramadhan... Moga dengan kedatangan Syawal  ini kita "dilahirkan semula" dengan keadaan fitrah... Kepada mereka yang berjaya khatam Quran dalam bulan Ramadhan ini, tahniah buat anda... Alhamdulillah... Moga dengan membaca Quran, kita akan mendapat syafaat di akhirat kelak... Mudah-mudahan... Amin...

Jangan lupa untuk memperbanyakkan doa ini sebelum berakhirnya Ramadhan hari ini... Moga Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu... Amin...



Dengan rendah diri, saya ingin memohon kemaafan dari semua yang mengenali saya, termasuklah rakan-rakan di alam maya ini. Mungkin secara sengaja atau tidak sengaja, saya pernah menyakiti hati anda semua. Jika saya boleh undurkan masa, saya akan pastikan saya tidak menyakiti hati-hati anda... Terima kasih kerana sudi menjadi sahabat-sahabat saya... Semoga kita akan terus kekal bersahabat hingga ke syurga... Amin...

Moga dengan kehadiran Syawal ini memberikan 1001 kemanisan buat kita semua... Kepada mereka yang pulang ke kampung halaman, pandu dengan berhati-hati... Moga selamat sampai ke destinasi... 

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR DAN BATIN


Friday, August 17, 2012

Sunnah Rasulullah: Doa Akhir Ramadhan

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Google

Sedih bila memikirkan Ramadhan akan meninggalkan kita... Sangat cepat masa berlalu... Pejam celik dah nak raya dah pun... Ayuh rakan-rakan, perbanyakkan doa akhir Ramadhan yang diamalkan oleh Nabi s.a.w ini:

Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbul 'afwa fa'fu 'anni.
Maksud: Ya Allah, Sesungguhnya Engkau adalah zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku. 
(Hadis Riwayat Imam Tirmizi) 

Amalkanlah, dengan harapan agar Allah mengampunkan dosa-dosa kita yang terdahulu... Sesungguhnya kita masih mempunyai masa dan ruang untuk memohon keampunan dariNya, di atas segala kejahilan kita yang terdahulu... InsyaAllah... 

Monday, August 13, 2012

Boleh Kumpul Pahala Walau "Uzur"

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Gambar dari Google
Alhamdulillah hari ni dah pun 24 hari kita berpuasa... Sekejap je masa berlalu... Macam tak percaya je dah di 10 hari terakhir Ramadhan. 

Sedih pula rasanya... Masih adakah Ramadhan untuk kita tahun depan?! Mudah-mudahan kita masih lagi berkesempatan untuk bertemu dengan Ramadhan akan datang. InsyaAllah... Amin...

Ramai wanita yang beranggapan, jika 'uzur' atau ABC (Allah bagi cuti) sepanjang bulan Ramadhan maka, terhentilah seketika segala amalan, seperti solat, puasa, membaca Al-Quran dan lain-lain. Tahukah anda, wanita yang diberikan 'cuti' ini, tetap boleh menambah pahala berdasarkan amalan ibadah tertentu. 

Berikut adalah perkara-perkara yang boleh dilakukan oleh wanita yang 'uzur' pada bulan Ramadhan (info ini dipetik dari Majalah Al-Ustaz, Isu No 4):

1. Menjawab azan bagi setiap waktu solat dan berdoa selepas azan.

2. Berdoa antara azan dan iqamah. Ganjarannya: "Doa antara azan dan iqamah tidak ditolak." (Riwayat al-Tirmizi)
3. Membantu dan menggalakkan ahli keluarga dalam beramal antaranya:
- kejutkan ahli keluarga untuk bersahur atau solat Subuh.
- gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
- mempersiapkan pakaian solat mereka.
- nasihati mereka supaya giat beramal.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang membimbing ke arah kebaikkan, baginya pahala orang yang mengerjakannya." (Riwayat Muslim)

4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.

5. Berdoa dan beristighfar.

6. Mendengar bacaan Al-Quran atau membaca tafsir Al-Quran.

7. Menuntut ilmu sama ada dengan menonton daripada televisyen, radio ataupun membaca buku.

8. Menyediakan makanan berbuka dengan ikhlas. 
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang menyediakan juadah berbuka untuk orang yang berpuasa, baginya seperti pahala orang yang berpuasa..." (Riwayat al-Tirmizi)

So, rebutlah peluang untuk menambah pahala sepanjang Ramadhan... Jangan rasa sedih apabila 'uzur' atau ABC dalam bulan Ramadhan. Sebaliknya anda masih boleh melakukan ibadah yang disenaraikan di atas, bagi menambah pahala dan merebut keberkataan Ramadhan ini... Moga entri ini bermanfaat buat semua wanita di luar sana... (walaupun entri ini lewat... sebab dah akhir Ramadhan pun... boleh dipraktikkan juga walaupun bukan bulan Ramadhan... mudah-mudahan menjadi amalan buat kita semua...)
 

Wednesday, August 08, 2012

Resipi Mudah: Ayam Serai

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ayam Serai.. siap untuk dimakan :p
Adeh... penat fikir nak masak apa hari ni... dah hari-hari kat rumah pening gak kepala memikir menu nak berbuka... Ayam serai ni saya dah buat hari tu... Resipi ni saya tonton dari slot Menu Santai, Wanita Hari Ini di TV3 beberapa minggu yang lalu... Sesiapa yang nak cuba, boleh lah... Rasanya sedap juga!!

Bahan-bahan yang diperlukan:
500gm isi ayam/ayam kisar
Beberapa batang serai 
2 sudu kecil bawang putih yang dikisar
3 sudu kecil halia yang dikisar
Serbuk lada hitam

Garam
Minyak untuk menggoreng




Cara-caranya:
1. Titikkan/Ketuk bahagian hujung batang serai. (tak perlu ketuk hingga hancur, memadai jika pecah)
2. Campurkan bawang putih, halia, garam dan serbuk lada hitam dengan isi ayam/ayam kisar. Gaul sebati.
3. Bentukkan campuran bahan gaul itu kepada batang serai yang telah dititik tadi.
4. Gorengkan. Masak hingga warna keemasan.

* Kalau nak pedas, boleh tambahkan serbuk kari atau cili kering  ke dalam campuran tadi.


Macam ni la cara nak menggorengnya...

Monday, August 06, 2012

First time AF naik LRT!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ni la mesin tokennya...
Pejam celik, pejam celik... dah pun 17 Ramadhan... Apa khabar agaknya  rakan-rakan blogger sekalian? Moga semuanya sentiasa di bawah lindunganNya... InsyaAllah...

Alhamdulillah, misi hari ni berjaya membawa kedua-dua AF saya (bukan akademi fantasia, tapi Adam Faris dan Alisya Farha :p) ke Jalan TAR (Tunku Abdul Rahman) untuk mencari baju raya. 

Memandangkan hari ni Selangor cuti umum (Nuzul Quran) so kami beranggapan bahawa sekitar bandar Kuala Lumpur akan dilanda kesesakan lalu lintas... Maka encik hubby mencadangkan agar kami ke KL dengan menaiki LRT.

AF tak pernah naik LRT so saya agak gelisah memikirkan bagaimana reaksi mereka. Oh ya saya sendiri pun dah lama tak naik kenderaan awam sejak beli kereta... So apa yang berlaku pada sistem kemudahan awam tu memang saya tak tahu... 



Friday, August 03, 2012

Tip: Dekatkan Diri Dengan Anak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Anak-anak adalah amanah. Mereka juga adalah ujian kepada setiap ibu bapa. Setiap pasangan suami isteri perlu bersama-sama ‘mencorakkan’ mereka dengan tabah dan sabar. Setiap anak mempunyai karenah yang berbeza, maka cara untuk mendidik mereka juga agak berbeza. Namun pastinya ada kaedah di mana mereka boleh dibentuk melalui acuan yang sama…

Anak-anak jika dididik dari kecil mereka akan lebih mudah dibentuk. Mendidik anak-anak kecil adalah berbeza dengan mendidik anak remaja. Kita juga sedia maklum, semakin meningkat remaja seseorang itu, maka hubungan antara ibu bapa dan anak remaja tadi berubah. Mungkin juga tidak seakrab ketika mereka kecil. Beberapa tip mendekatkan diri dengan anak remaja, yang saya petik dari rancangan Al-Kulliyah, bersama panel Tuan Haji Hushim Salleh, Perunding Motivasi dan Keluarga, bertarikh 23 Mac 2012. 

Moga bermanfaat buat kita semua yang bergelar ibu bapa...

1. Solat berjemaah: dengan cara ini anak-anak akan lebih menghormati ibu bapa. Sifat kepimpinan bapa akan lebih terserlah dan meningkatkan rasa yakin anak-anak kepadanya.

2. Lebihkan komunikasi yang menyentuh emosi dan peribadi anak-anak: bercakaplah dengan anak-anak anda tentang hati dan perasaannya… tanyakan apa yang disukainya, tidak disukainya… apa yang mengganggu emosinya, apa yang menguatkan peribadinya dan lain-lain. Ini bukanlah bermaksud anda bersifat ‘busy body’ tapi mengambil berat.