Monday, June 03, 2013

Alhamdulillah... AF Ketemu 'Mak'

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Posing sakan bila anak Mak Chu
nak ambil gambar...
Lama betul bercuti dan tinggalkan blog... :p Hari ni dah kembali seperti rutin biasa, walaupun Faris masih bercuti sekolah, tapi encik hubby dah pun kembali bekerja setelah bercuti seminggu yang lepas... 

Seperti dalam entri ini, percutian kami tersangatlah padat... Tujuan kami ke Kuantan salah satunya adalah untuk menunaikan hajat Faris nak berjumpa 'Mak' (pengasuhnya dulu), saya ada ceritakan dalam entri ini... tentang hajat Faris nak berjumpa Mak Chu dan keadaan Mak Chu yang tak berapa sihat... 

Lambat kami ziarah Mak Chu sebab masa Mak Chu masuk wad tu encik hubby sibuk dengan PRU13... so tak boleh bercuti... Cuti baru ni dapat la bawa AF jumpa Mak Chu... Keadaan Mak Chu pun nampak bertambah baik... Alhamdulillah... Lega la sikit rasa hati ni bila dah dapat tengok keadaan Mak Chu sendiri... Sempat juga Mak Chu masakkan kami bihun yang sedap! (kalau bagi tahu awal-awal, sure macam-macam Mak Chu masak...)

AF pun seronok sangat bila dapat jumpa Mak Chu sekeluarga... Kebetulan rumah Mak Chu baru siap renovate... So, sangat luas. Makin beria la AF main dengan Qaisara (cucu Mak Chu)... Faris pun asyik cakap rumah tu cantik... Siap cakap, "rumah mak cantik... rumah kita tak cantik pun..." Adeh! Sabar je la... Rumah kita rumah sewa.. kalau rumah sendiri dah lama mama kamu ni cat cantik-cantik macam rumah mak... ^_^

Yang kiri sekali tu la cucu Mak Chu, Qaisara... Tengok AF, seronok bukan main...!

Masa nak balik tu, dalam kereta Faris tanya lagi... " Nanti boleh kita pergi rumah Mak lagi tak?" Haih, baru je jumpakan?! In sha Allah la Faris... Next time kita datang lagi ya... Kebetulan Uda anak Mak Chu tu nak nikah 31 Ogos 2013... Mudah-mudahan jadi dan boleh la kita turun Kuantan lagi... ;-)
 


16 comments:

  1. kira lepas rindu la ni ye... ;-)

    ReplyDelete
  2. tiba tiba teringat pulak kat mak yang jaga saya masa mama kerja dulu... ^_^...mesti seronok hati AF dapat jumpa mak dia... tengok dalam gambar pun dah tau terbayang kegembiraan dia...

    ReplyDelete
  3. mcm anak buah saya , tulis notis nak pindah sbb umah mamanya x cantik . mamanya bila baca , marah ada ketawa pun ada . Mamanya kata ; dah korang yg pi conteng dinding nih dan rosakkan perhiasan mama kan ! hahahaaa

    ReplyDelete
  4. haha,alah comelnya keletah faris.. solehah pun panggil orang yang jaga solehah "mak" sampai sekarang :)

    ReplyDelete
  5. anak saya kalau ajak jumpa ibu pengasuh dia.. mmg tak mahu langsung.. sy pun xtaulah pasal apa ermmm....

    ReplyDelete
  6. alahai, bagus betul faris nie..=)

    ReplyDelete
  7. dapat la lepaskan rindunyer tu...muka farris hepi sangat ...

    ReplyDelete
  8. kemain seronok lg af dpt jmp mk chu..nmpk sgt kemesraan derang..hrap bulan 8 nti dpt la jmpk makchu lg..:)

    ReplyDelete
  9. seronok AF dapat jumpa "mak"....
    saya pun pernah bawa Irfan jumpa pengasuhnya masa kecil.... bukan main sronok pengasuh dapat jumpa semula Irfan hingga nampak matanya bergenang bila nampak Irfan dah besar... saya pun tumpang sayu... pengsuh anak2 pun kita dah rasa macam keluarga sendiri, kan?

    ReplyDelete
  10. terpancar kat muka bebudak ni yang diaorang sungguh seronok.. hehe.. memang gembira betul tu dapat jumpa "mak"... teringat budak2 yang mak pernah asuh, ada yang dah kahwin pun tapi tak lupakan Mak. Moga hubungan AF dan Mak berkekalan sampai bila2.

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah. Dapat juga melepas rindu dekat mak yer.

    ReplyDelete
  12. Mesti baik mak chu tukan NK...sebab Faris tak boleh lupa!

    ReplyDelete