Thursday, February 20, 2014

Rezeki Hari Rabu... KARI ITIK!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Di kawasan perumahan saya ni, memang setiap bulan diedarkan satu booklet free, namanya Melaka2U dan City Explorer (ada lagi satu tapi tak ingat). Booklet ini memuatkan iklan-iklan tentang perniagaan yang terdapat di sekitar Melaka ni. Lebih kurang macam promosi... kalau ada kedai baru buka... ada promosi perkhidmatan dan macam-macam la... Dari sekecil-kecil kedai, sampailah yang besar-besar.

Kalau booklet ni sampai, saya dan Encik hubby rajin juga belek... Dulu kami cari promosi katil bujang untuk anak-anak. Kemudian cari promosi air cond. Mana yang kami berkenan, kami akan ke tempat tu tengok-tengok dan baru kami beli. Pendek kata, memudahkan kerja kami dalam survey sesuatu barang... (^_^) Oh ya... saya tengok iklan Jinho Beauty pun kat booklet tu.

Kari itik... first time saya makan... Sedap juga :D
Satu hari saya terbaca tentang iklan Restoran Nasi Beriani yang menawarkan nasi beriani free (pelanggan hanya perlu bayar harga lauk beriani dan minuman). 

Saya: Padang Temu kat mana? (sambil Encik hubby cerita kat mana tempatnya. Padahal saya tak tau pun... hahaha)

Encik hubby: Kenapa?

Saya: Dia bagi nasi beriani free! Kita bayar lauk beriani dengan air je. 

Encik hubby: Iye ke?! (terus saya hulur booklet tu... encik hubby belek-belek, then diam...)

Saya: Nanti kita pergi nak?! (sambil hati berbunga-bunga tunggu jawapan, tapi tak de respon... hahaha)

Ok, encik hubby saya memang gitu... So, perbualan kami habis di situ. :p

Awal bulan lepas, encik hubby sibuk dok mencari booklet tu. Saya tanya kenapa? Katanya dapat arahan dari KL, minta dibuat satu artikel pasal kenaikan harga barang dan kesan kepada orang ramai... Skopnya tak kisah la apa-apa. (lebih kurang gitu la arahannya, saya agak je... :p Sebab encik hubby tak cerita sangat pun... sila terima andaian saya... hahaha)

Sampailah baru-baru ni dia balik rumah, dan cerita pasal dia pergi interview pemilik Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, yang bagi nasi beriani free tu. Boleh baca artikel tulisan encik hubby di sini, dan gambar oleh Shaharim.

Semalam encik hubby cuti... Tak sangka pula dia nak bawa saya makan di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby tu... Dah nak dekat sampai tu baru la encik hubby cakap...

Kami pun order la... Saya ambil nasi beriani ayam merah, encik hubby dengan Faris makan nasi beriani ayam goreng... Sekali bila Nazli perasan encik hubby datang, terus dia bagi nasi beriani tambah, ayam goreng tambah dan KARI ITIK.. KARI ITIK tau!!! 

Saya ni (cik Yuzieta memang tahu sangat perangai saya...), memang takkan makan benda-benda yang pelik. Pelik tu maksudnya yang memang saya tak pernah makan. Itik, arnab, pari, kepah, siput sedut dan banyak lagi lah... yang saya tak makan... hahaha (Bak kata, Marhana, kalau dia, Ieta dan saya ditinggalkan di satu pulau, saya mati dulu la... sebab banyak benda saya tak makan... hahaha... Alahai rindu pula geng makan kat IKIP dulu...)

Puas saya dan encik hubby cakap yang kami tak makan itik... Nazli dan Melea dok paksa kami rasa dan makan... Nazli ambilkan seketul dan letak dalam pinggan encik hubby dan saya... Doh guane?!

Sambil terkuis-kuis... dok tolak-tolak kepak itik tu dengan jari telunjuk... (ish tah pape perangai...) lalu akhirnya saya makan juga... Sebab tak baik la kan orang dah suruh rasa... Guess what?! Sedap jugalah kari itik ni... (v^_^)v Isinya liat sikit... macam isi ayam kampung... Tapi sedap!! (^_^)

Faris pun kekenyangan.. :D
Sambil makan sambil berborak dengan Nazli dan Melea... kemainlah peramah mereka ni... dah macam kenal berpuluh tahun... Padahal saya baru jumpa mereka semalam dan encik hubby pula baru 2 kali ketemu mereka... 

Dah la peramah, pemurah pula tu... Makanan dan minuman untuk kami semalam diberikan semuanya percuma!! Patutnya nasi je percumakan?! 

Encik hubby nak bayar juga... sebab hari tu masa encik hubby interview mereka, mereka dah pun bagi makan free... Tapi mereka kata "halal"... Tak cukup dengan tu... Dibelanjanya pula kami makan cendol di sebuah kedai yang Melea suka makan di Serkam!!

Ya Allah, baiknya hati kamu berdua... Disebabkan semuanya free, saya dan encik hubby kekenyangan sampai ke malam... Alhamdulillah rezeki kami satu family... 

Terima kasih banyak-banyak Nazli & Melea.... Moga perniagaan kamu berdua, bertambah-tambah maju... Moga Allah memberkati kamu, ahli keluarga kamu dan perniagaan kamu... Amin...

Nota kaki: Kalau kawan-kawan blogger datang Melaka, singgahlah di Restoran Nasi Beriani Haji Tamby yea (^_^).


Alamat: Restoran Nasi Beriani Haji Tamby, No. 69 Jalan PJ1, Taman Pertam Jaya,  75050 Padang Temu, Melaka.

Telefon: 016 - 912 9666 atau 016 - 912 3666

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


12 comments:

  1. nama restoren dlm list..tq..dtg top up nuffnang awak :)

    ReplyDelete
  2. Rezeki ni namanya. Dah lah makan sedap, dapat free plak 2. Berbuat baik dengan orang, orang pun sayang

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah.... mmg rezeki kami satu family.... :D

      Delete
  3. Faris ke tu...ingatkan abah dia tadi :P

    ReplyDelete
  4. wah ngerinya dengar kari itik tu!
    seumur hidup memang tak penah cuba
    kalau nak suruh saya rasa, jangan bagitau...hehe

    eh suami akak wartawan ye, baru tahu
    dulu penag bercita-cita nak jadi wartawan
    tapi angan-angan tak menjadi kenyataan

    ReplyDelete
  5. Yesss...congratulations akak..so lpas nie bole la melangkah setapak lagi..bole rasa satay arnab, masak pedas pari, yg paling penting kena rasa smoke salmon kat sushi...yummmyyyy....

    ReplyDelete
  6. Saya memang ingat Padang Temu ni sebab pernah sekali masa kecik2 dulu sentap kena marah dengan arwah ayah sebab asyik tidur masa travel dan tak ingat jalan :) (Sampai la ni tak leh ingat jalan ...hehehe...)

    Untunglah dapat makan free, lagi best kalau sedap pulak tu. Eh, samalah kita! Saya pun bab-bab makanan ni tak adventurous langsung. Lebih banyak tak makan daripada makan. Itik, memang tidaklah saya jamah. Kalau dah letak atas pinggan mahu saya sentap walaupun orang bagi free. Bukan orang tu yang kena, dah tentu dengan hubbylah saya akan sentap, merajuk tak ingat dunia realiti :)

    ReplyDelete
  7. tak pernah sampai ke sana lagi. family arwah paklong dduk di tmn peruna sg udang. situ je la sy pernah sampai. hihi.

    nk juga la pergi merasa.. in shaa Allah :)

    ReplyDelete