Sunday, August 31, 2014

Tahniah Eiyta dan Azmin

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Merdeka,

Alhamdulillah syukur malam semalam Eiyta dan Azmin telah selamat disatukan dengan sekali lafaz... Tumpang seronok dan bersyukur atas nikmat berkeluarga yang Allah berikan pada Eiyta dan Azmin. Dengan iringan doa, agar jodoh mereka berkekalan hingga ke jannah... Amin...

Awal-awal lagi saya dah minta untuk duduk jauh dari Eiyta sepanjang majlis akad nikah dijalankan, walaupun Eiyta minta saya duduk di sebelahnya... Kenapa?! Entahlah... lately ni saya berhati tisu... hahaha... Saya mudah tersentuh walaupun tengok cerita kartun!! So, daripada saya yang over sok sek sok sek sebelah Eiyta, baik saya duduk jauh sikit...

Moment yang paling saya tersentuh hati adalah ketika melihat wajah ibu dan ayah Eiyta sebaik Azmin melafazkan akad... Agaknya begitulah wajah arwah mak dan ayah saya jika mereka berkesempatan melihat saya dan encik hubby disatukan dulu... Melihat Eiyta bersalaman dan berpelukan dengan ayahnya membuatkan saya rasa terharu... Ayah, walaupun berjiwa lelaki... tetap juga rasa berat untuk melepaskan anaknya. Moment yang sangat berharga!

Tahniah Eiyta dan Azmin... Selamat melangkah ke alam baru... Selamat berkenalan dan berbahagialah antara satu sama lain... Amin...




Saturday, August 30, 2014

Rindu Di Bumi Kuantan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, kami dah pun sampai di bumi Kuantan... Rindu betul!! Walaupun menetap kurang lebih 5 tahun je di sini... tetap banyak kenangan... (^_^)

Saya dah sempat ketemu bakal raja sehari tadi... Hantar barang... sekarang bersantai-santai dulu di hotel, sebelum keluar semula bertemu rakan-rakan di sini. Dan insyaAllah malam karang akan sama-sama menjadi saksi pernikahan Eiyta dan bakal suaminya, Azmin...

Thursday, August 28, 2014

Tak Sabar Rasanya!!! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Zulkaedah,

Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kasih-Nya, salah seorang rakan saya di IKIP dulu telah bertemu soul matenya...

Sejak saya mendapat tahu tentang perkara ini, saya memang sangat-sangat excited!!! Jika Eiyta ada di depan saya... mahu saja saya peluk-peluk dan berkongsi kegembiraan...

Sebelum majlis pertunangan berlangsung... kami banyak berdiskusi tentang banyak perkara... Terima kasih kepada teknologi yang menjadikan kami semakin dekat walau jauh berbatu... 

Tarikh berlangsungnya majlis pertunangan Eiyta, saya tak dapat hadir...Pun begitu, encik hubby bagi juga ruang untuk saya ketemu Eiyta beberapa hari sebelum majlis pertunangannya... Sweet tak encik hubby saya?! Hahaha... 3/6/14 kami ke Kuantan... Eiyta pun tak tahu... Bila dah check in di Hotel Pavilion, Kuantan, lewat petang baru saya beritahu Eiyta yang saya ada di Kuantan. 

Sebelum-sebelum ni kalau saya ke Kuantan, saya akan duduk di homestay milik Eiyta di E'wasih. Tapi sebab tak booking awal-awal, sebab tak sangka pun nak ke Kuantan, so kenalah cari hotel...   

Walaupun dapat ketemu Eiyta sekejap je pada 4/7 lalu sambil breakfast, terubat juga rindu... Alhamdulillah, saya masih dapat melihat gambar-gambar sekitar majlis pertunangan Eiyta dengan bantuan rakan-rakan Bella. Terima kasih bella Ana... (^_^)Y

Ini antara gambar yang dihantarkan bella Ana dari masa ke masa :p 

Alhamdulillah bertunang sudah...
Yang tudung merah tu la Bella Ana... yang bersusah payah
ambil gambar sepanjang majlis tu... TQ Ana...


Yang jadi tak sabarnya, majlis kahwin Eiyta akan berlangsung 31 Ogos ni... Tak lama dah... Beberapa hari je ni... Saya pula yang excited tak ingat... hehehe 

Disebabkan saya dah duduk jauh dari Eiyta... Rasa ralat jugalah tak dapat nak tolong dalam persiapan majlisnya... 

Nak matching color tudung ke... nak siapkan hantaran ke... Semua kami discuss dalam WhatsApp je... Pertolongan saya yang tak seberapa... :(

Apa pun, saya ada benda juga nak sponsor untuk tetamu VIP Eiyta nanti... Saya sponsor Tasbih 33 biji... Saya buat sendiri... dan saya harap Eiyta suka... nanti saya buat entri lain utk tasbih tu yea...

InsyaAllah, saya sekeluarga akan bertolak ke Kuantan pada hari Sabtu 30 Ogos... Moga perjalanan saya dipermudahkan Allah... Amin... Kalau berkesempatan nak juga hadir ke majlis pernikahan Eiyta sebelah malam 30 Ogos tu... 

Moga Allah permudahkan urusan Eiyta dan keluarga dalam menyiapkan persiapan akhir untuk majlis perkahwinan pada Ahad ni... Amin... Amin... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Mini Giveaway #9: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 2 Zulkaedah,

Alhamdulillah, Mini Giveaway #9 dah pun ditutup. Terima kasih kepada semua yang sudi join. Berikut adalah senarai peserta... Terima kasih banyak-banyak (^_^)










So, saya akan umum pemenang terus la yea... sebab tak ramai, so boleh la cabut undi terus. Hasil cabutan undi, buku ini akan dihadiahkan kepada:


Tahniah... Tahniah... Tahniah (^_^)... Moga buku ini bermanfaat kepada pemenang. Saya harap pemenang boleh emailkan kepada saya Nama Penuh dan Alamat untuk proses penghantaran di nora1404@yahoo.com. Terima kasih sekali lagi kepada semua yang sudi sertai giveway blog saya ni.  

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, August 27, 2014

Mini Giveaway #9

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 29 Syawal,

Dah 29 Syawal dah yea... Sekejap betul masa berlalu! Rasa macam baru semalam masak rendang, rebus nasi impit... Tup tup dah nak masuk bulan baru, Zulkaedah... Moga Allah ampunkan dosa-dosa saya, juga anda yang membaca blog saya ni... Sesungguhnya kita selalu leka dan lalai dalam menunaikan hak Allah.

http://pts.com.my/buku/creative-parenting-today/Apapun, hari ni saya nak umumkan Mini Giveaway #9. Tajuk buku yang saya nak berikan kepada pembaca bertuah blog saya adalah Creative Parenting Today, karya Andi Yudha Asfandiyar,terbitan PTS Millennia Sdn Bhd.

Buku ini sangat menarik! Hanya 125 muka surat, tapi di dalamnya terdapat banyak tips yang dikongsikan oleh penulis serta cerita ringkas yang membuatkan kita tersentak dan berfikir kebenarannya.

Setiap ibu bapa, merasakan bahawa cara didikan kita adalah yang terbaik. Namun sebenarnya, masih banyak yang perlu kita perbaiki. Kerana ada ketikanya kita bersikap negatif pada anak-anak tanpa kita sedari.

Buku ini boleh dijadikan panduan dalam kita memperbaiki cara mendidik anak-anak. 

Sinopsis buku:

Creative Parenting Today adalah kaedah mengasuh dan mendidik anak-anak secara kreatif yang dapat menjadikan anak-anak selangkah lebih maju daripada zaman mereka. Anak-anak lebih berani mencerap idea malah inovatif dalam melakukan perubahan positif. Asuhan ibu bapa yang berkreativiti menjadikan aktiviti pembelajaran dan pengajaran lebih menarik, tidak bosan, malah mewujudkan suasana yang bahagia. 

Jadi kepada yang berminat untuk memiliki buku ini, boleh tinggalkan link blog anda di bawah entri ini sebagai tanda penyertaan... (kalau tak de blog, tinggalkan email address/Facebook atau apa-apa la agar saya mudah hubungi jika anda terpilih sebagai pemenang). 

Tarikh tutup giveaway ini adalah pada 27 Ogos 2014, Rabu jam 11.45 malam.

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, August 26, 2014

Sama Tak?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 30 Syawal,

Seawal pagi ni bila buka handphone, tergelak tengok gambar yang kakak saya kirimkan melalui Whatsapp... Sama tak muka Alisya dengan saya masa kecil? (^_^)

Kelakar pulak tengok gambar ni... Bila saya tunjuk pada Alisya, dia tanya saya balik, "kenapa Alisya yang ni tak cantik? (sambil tunjuk gambar saya) Alisya yang ni cantik!!" Adeh, terasa mama tau!! Haha... 

Saya cakap pada Alisya, "ni mama masa kecik... dulu mana ada tudung cantik macam Alisya pakai tu... kalau ada... mesti mama pun cantik." Tak nak kalah tau! Haha...

Bila saya tunjuk pada encik hubby dia kata, "mata tak sama"... Ye la... Mata Alisya sepet macam abah dia... Hehe... Kalau dah nama anak beranak... Mesti la ada iras jugakan?!   (✿◠‿◠)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, August 22, 2014

MH17: #MalaysiaBerkabung

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 26 Syawal,

Seawal tengah malam tadi hati dah mula terasa sayu... Pagi ni, bila menonton tv yang memaparkan kisah #MH17, makin sedih jadinya... Lebih-lebih lagi apabila para wartawan juga dalam keadaan sebak menyampaikan berita ketika siaran langsung. Sesekali ditontonkan video bersama waris mangsa... Mengalir air mata...

#SelamatPulang ke Tanah Air buat semua mangsa #MH17... Syukur alhamdulillah mereka dapat disemadikan di bumi Malaysia setelah 37 hari di bumi Belanda. 20 jenazah akan pulang hari ini.

Pelaksanaan tafakur pada hari ini, 22 Ogos 2014, Jumaat yang dikeluarkan oleh Jabatan Penerangan Malaysia adalah seperti berikut:

1. Tafakur selama 1 minit antara jam 10.45 pagi hingga 11.15 pagi.
2. Bendera dikibarkan separuh tiang.
3. Memakai baju yang berwarna hitam/suram.
4. Pengumuman mula bertafakur akan diumumkan secara langsung oleh stesen TV dan radio.
5. Kenderaan di atas jalan raya diminta menyalakan lampu kecemasan dan berhenti di bahu jalan untuk bertafakur selama 1 minit.
6. Bertafakurlah mengikut agama masing-masing. Bagi yang beragama Islam bacakanlah Al-Fatihah.

Moga Allah merahmati roh mangsa #MH17 yang beragama Islam serta meletakkan mereka di kalangan para solihin. Moga Allah juga permudahkan segala urusan pengkebumian mangsa di kampung halaman masing-masing... Buat ahli keluarga mangsa...  moga Allah berikan ketabahan dan kekuatan buat mereka... Allah... Allah... Allah... :'(

Nota kaki: Apa khabar #MH370? 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tips Merawat Hati

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 26 Syawal,

Saya nak kongsikan, ilmu yang saya dapat daripada rancangan Tanyalah Ustaz yang saya tonton. Moga sedikit sebanyak memberikan manfaat buat semua... InsyaAllah.

Rancangan: Tanyalah Ustaz
Tajuk: Merawat Hati
Panel: Ustaz Abd Rashid Ahmad

Sebab hati menjadi keras:1. Banyak bercakap
2. Suka membuat maksiat
3. Terlalu banyak ketawa
4. Terlalu banyak makan
5. Seronok melakukan dosa
6. Tidak berhati-hati ketika makan (kerana apa yang dimakan akan menjadi darah daging)

Tanda-tanda hati mati:
1. Mengenal Allah tapi tidak menunaikan hakNya
2. Membaca Al-Quran, tapi tidak beramal dengannya
3. Mendakwa memusuhi syaitan, tapi menturutinya
4. Mendakwa Nabi Muhammad itu sebaik-baik role model, tapi tak mengamalkan atau mengikut sunnahnya
5. Mendakwa akan dimasukkan ke syurga, tapi tak pernah berusaha untuknya
6. Mendakwa akan selamat dari api neraka tapi tetap melakukan maksiat dan kejahatan
7. Tahu mati itu pasti, tapi tidak pernah bersedia untuk menghadapinya
8. Menyebut aib orang lain, tapi tidak perasan akan aib diri sendiri
9. Menggunakan nikmat Allah, tapi tidak pernah bersyukur
10. Mengkebumikan mayat orang, tapi tidak pernah bersedia untuk melaluinya.

Perkara-perkara yang mendorong akibat penyakit hati:
1. Rasa tidak tenang dan gelisah
2. Selalu buruk sangka
3. Lemah daya kerja
4. Sukar menerima kebenaran
5. Suka menghasut dan memfitnah
6. Menaruh hati kepada suami/isteri orang

Cara menjaga hati:
1. Bebas daripada syirik
2. Bebas daripada bidaah
3. Bebas daripada keinginan nafsu
4. Kelalaian hati daripada melakukan amalan soleh (solat/zikrullah/membaca Al-Quran)
5. Bebas daripada riak

Tips merawat hati:
1. Muhasabah diri
2. Melazimkan diri dengan amalan fardhu dan sunat
3. Membanyakkan membaca Al-Quran dan berzikir
4. Sentiasa ingat mati
5. Sentiasa bersyukur dengan nikmat kurniaan Allah
6. Berkawan dengan orang yang soleh dan baik budi pekertinya
7. Selalu menghadiri majlis-majlis ilmu
8. Tundukkan mata dari yang memandang yang haram
9. Menziarahi orang yang sakit/telah meninggal dunia


Nota kaki: Hati sebenarnya mudah dipujuk... Ayuh kita pelihara hati-hati kita agar tidak dikotori... Moga Allah berikan kita kekuatan dalam memastikan hati-hati kita dalam keadaan yang 'sihat'! Amin...

Thursday, August 21, 2014

Meraikan Rakan-rakan Arwah Ayah dan Mak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 25 Syawal,

Jiran-jiran saya di Gombak adalah rakan-rakan arwah ayah dan mak saya... yang rata-ratanya dah tak berapa sihat... Teringat dulu masa arwah ayah menghembuskan nafas terakhir lewat malam, pakcik Zali, pakcik Rahim, pakcik Halim, pakcik Sujono, pakcik Omar, arwah pakcik Mat datang menguruskan jenazah arwah ayah... 

Merekalah yang telefonkan ambulan, carikan doktor, bila disahkan ayah meninggal, merekalah yang memberitahu apa yang patut kami adik-beradik buat... Dari report kematian di balai, dapatkan permit untuk kebumikan jenazah... menguruskan jenazah... Semuanya, sehinggalah ke pagi dan kemudian menguruskan tahlil malam pertama pemergian arwah ayah. Besarnya jasa mereka, rakan-rakan arwah ayah yang juga jiran-jiran saya sekarang. 

Kami adik-beradik tak dapat nak balas semua jasa mereka... namun, apa yang kami mampu kami akan buat... Jika ada jemputan kenduri dari rakan-rakan arwah ayah dan mak, InsyaAllah kami akan penuhi... Kalau saya ada masak lebih, saya akan panjangkan rezeki hari tu kepada mereka... Jika ada antara mereka yang sakit, maka kami akan ziarah...

Saya diberitahu oleh kakak saya yang jiran depan rumah saya, pakcik Sujono tak sihat... beberapa hari sebelum raya saya dapat berbual panjang dengan isterinya, makcik Mah. Seronok juga sekali sekala bertanyakan khabar.

Cerita Pagi Raya

Pagi raya hari tu, abang saya ajak encik hubby ziarah pakcik Sujono... Saya cakap pada abang saya, tunggu sekejap saya nak bungkuskan apa yang kami masak... Mula-mula abang saya dengan encik hubby cakap tak payah la... tapi saya kata tak pe la... bagi sikit... terus saya bungkuskan.

Tengah hari tu saya, kakak dan adik serta AF pula pergi ziarah pakcik Sujono... Sebab pakcik Sujono pesan pada abang dan encik hubby saya supaya kami datang ziarah.

Kami pun borak la dengan pakcik Sujono... Rasa lega bila tengok pakcik Sujono nampak kuat dan semakin sihat... Antara apa yang menyentuh hati saya, bila pakcik Sujono kata dia berhajat sangat nak makan kuah kacang. Katanya, bila isteri dan anaknya masak, kuah kacang tu tak menjadi... Lepas tu anaknya cakap, "tak pe la ayah... mungkin nanti adalah orang hantar kuah kacang. InsyaAllah ada rezeki ayah."

"Tup... Tup... Sampai kuah kacang tu... Apa lagi terus la pakcik makan! Tu la pakcik makan dulu tadi..." kata pakcik Sujono... Saya yang duduk berdepan dengannya rasa nak menitik air mata... Terus saya bangun dan buat-buat panggil anak-anak saya... (Ai lately memang hati tisu... huhu)

Allah gerakkan hati saya untuk bungkuskan kuah kacang yang Mak Lang saya buat... Walaupun abang dan encik hubby saya tak nak bawa apa-apa ke rumah pakcik Sujono pagi tu... Saya tetap bungkuskan dan paksa mereka tunggu. Alhamdulillah ada rezeki pakcik Sujono nak makan kuah kacang... Agaknya betullah... Apa yang kita tergerak nak buat... semuanya bersebab dan dengan izin Allah...

Saya doakan agar pakcik Sujono segera sembuh... Katanya, rindu nak ke surau... dah lebih 4 bulan tak ke surau sejak jatuh sakit... Pakcik Sujono juga adalah salah seorang saksi masa saya diakad nikahkan 8 tahun lalu...

Nota kaki: Salah satu amalan yang boleh kita lakukan jika ayah dan mak telah meninggal dunia, adalah ziarah dan menggembirakan hati rakan-rakan mereka... 

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Bila Abang Rasa Bersalah...

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum dan salam 25 Syawal,

Semalam berlaku satu insiden... Agak menyayat hati... (hahaha kemain ayat...)... Nak dijadikan cerita, Faris terpatahkan cekak rambut Alisya. Masa dia tengah leka tengok kartun, cekak rambut yang dia pegang tu terpatah. 

Saya tahu dia memang tak sengaja... sebab dia jadi betul-betul cuak bila cekak rambut tu patah. Daripada dia baring, terus terduduk bila cekak tu patah... sambil ulang kali cakap, "Alamak Sya... Sorry, sorry, sorry... ni dah terpatah" (sambil tunjuk cekak yang patah tu)

Alisya bila pandang je cekak dia, terus menangis... sambil jerit, "Kenapa Adam Faris patahkan...!!! Tu Alisya punya..." (Alisya kalau dah marah, memang panggil nama je abang dia tu... menitik-nitik air mata... Kesian pula!) Alisya ni memang jenis yang sayang barang dia... bila hilang ke, rosak ke, apatah lagi dah patah, memang dia sedih sangat-sangat... 

Lalu si abang berusaha memujuk:

Faris: Sorry la Sya, Faris tak sengaja... Faris tengok kartun... tangan Faris buat macam ni... lepas tu tiba-tiba patah pulak! Sorry Sya...

Alisya: Tu Alisya punya... Adam Faris pegang kenapa?! (sambil menjerit dan berjurai air mata...)

Faris: Tadi ada kat sini... Faris nak baring sebab tu Faris pegang... Sorry Sya...

Alisya: Alisya tak nak kawan Adam Faris... Tu Alisya punya princess!! Jangan pegang!! (oh ya... sebab tu touching sangat... Alisya memang pakai cekak tu macam pakai crown... kononnya princess sambil main dengan patung princess Anna pemberian kawan saya, Melea.)

Faris: (Terdiam sekejap... agaknya dah tak tahu nak pujuk macam mana...) Nanti esok Faris belikan pensil ke, pemadam ke... buku ke... apa-apa la... Sya cakap Sya nak apa? Faris belikan...

Alisya: Alisya nak princess.... princess... (dah makin kuat jeritannya... maka saya pun masuk campur... saya peluk Alisya... saya cakap abang dah cakap sorry, Alisya tak baik marah-marah... Abang tak sengaja... Tersedu-sedu dia dalam pelukan saya...)

Tak pe lah Alisya... nanti kita beli cekak yang baru yea... 


Nota kaki: Hari ni Alisya tuntut barang yang kononnya abang dia nak belikan dari kedai buku sekolah tu... Tapi Faris tak beli pun lagi... 

Faris kata, "Jumaat nanti Faris beli." 
Saya cakap pada Faris, "kalau dah janji... kena beli tau!" 
Faris cakap, "Yea, Faris tau..."

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, August 20, 2014

Teruja Tengok Frozen Cake!!!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 24 Syawal, 

Sabtu lepas adik encik hubby datang rumah... siap bawa Frozen Cake (coklat), all the way from Ampang... Alisya dengan Faris sangat excited... Faris makin excited bila nampak namanya tertulis pada kek tu... Saya tak pernah beli kek macam ni, untuk birthday AF. So, saya pun teruja... hahaha

Mahal juga kek macam ni rupanya!
Alisya yang paling tak sabar nak makan kek tu... maklum la kek Frozen kan... Saya ingatkan Elsa, Anna dan Olaf tu boleh dimakan! Rupanya tu patung betul... diletakkan sebagai hiasan kek. Ke memang ada yang boleh dimakan?Serious tak tahu...


Masa Acik ada kat rumah ni, AF tak makan sangat kek tu... Bila Acik dah balik... banyak slice juga mereka makan... Malu la tu dengan Acik... hehehe

Tiga-tiga karakter di kek tu dah pun selamat menjadi mainan Alisya... Sejak dapat tu... hari-hari dok main... Sebut balik segala skrip dalam filem tu... Nyanyi lagi... Sampai naik letih saya dengar... Kadang-kadang saya tanya, "tak penat ke main dengan semua tu..." Alisya boleh tanya saya balik, "Kenapa? Mama penat ke? Kalau penat mama naik atas tidur... Alisya nak main lagi..." Haih!! Sabar je la...


Nota kaki: Terima kasih Acik... Belikan kek untuk AF... Moga Acik sentiasa sihat... dimurahkan rezeki... segera diserap menjadi permanent staff... dipermudahkan segala urusan dan sentiasa di bawah lindungan Allah SWT.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, August 18, 2014

Batu Karang Hempedu: Lakukan Ultrasound!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 22 Syawal,

Saya mendapat satu komen yang ditinggalkan oleh 'Man' di entri Batu Karang Hempedu: Sebab Saya Jalani Pembedahan. Tertarik dengan soalan yang ditinggalkan Man. 


Katanya dia mengalami tanda-tanda seperti yang saya tuliskan di entri tersebut. Namun setiap kali mendapatkan rawatan, jawapan yang diterima adalah semuanya kerana gastrik!

Ya benar! Jika pesakit batu karang hempedu mendapatkan rawatan di klinik biasa, doktor memang akan mengaitkan sakit yang dialami pesakit dengan gastrik. Satu kerana berdasarkan apa yang diterangkan kepada doktor, seperti sakit di bahagian atas perut, terasa mual, terasa sebu/angin dalam perut dan lain-lain. Ini kerana simptomnya memang sama!

Lalu doktor akan membekalkan pesakit batu karang hempedu dengan ubat-ubat gastrik, namun sakit tidak pernah kurang malah makin sakit seakan menyucuk-nyucuk, biarpun telah memakan ubat yang dibekalkan. 

Saya juga telah mengalami situasi yang sama ketika mendapatkan rawatan dulu. Saya juga menjalani rawatan endoskopik, kononnya bagi melihat tahap seriusnya "gastrik" saya. Namun ia juga tidak pernah meredakan sakit yang saya alami.

Apa yang saya boleh cadangkan kepada Man, pergilah ke poliklinik yang menyediakan kemudahan ultrasound. Ultrasound boleh dilakukan bagi mengesan kehadiran batu karang dalam hempedu. Jangan risau ia tidak menyakitkan! (prosedurnya sama seperti melihat bayi dalam kandungan ibu) Dan sudah tentu anda boleh terus ketahui sama ada terdapat batu di dalam hempedu atau tidak. 

Jika benar ada batu yang dikesan melalui ultrasound tersebut, maka teruslah dapatkan rawatan yang sepatutnya. Rujuklah pada mana-mana hospital kerajaan/swasta. (atau minta doktor tersebut, tuliskan surat rujukan kepada mana-mana hospital yang boleh disarankan). 

Jika tiada batu yang dikesan melalui ultrasound tersebut, mungkin ada sebab-sebab lain. Jika mampu, lakukanlah full medical check up. Orang kata full medical check up elok dilakukan setahun sekali, bagi memastikan tubuh badan kita sentiasa berada dalam keadaan yang sihat. Tapi biasanya kita buat medical check up hanya ketika nak masuk menara gading atau memulakan pekerjaan... Betul tak?! (tapi saya pun tak buat medical check up setahun sekali... bila fikirkan kosnya... hm... memang tunggu sakitlah baru ke hospital...

Moga apa yang saya tuliskan di sini dapat membantu Man. Moga segala urusan mendapatkan rawatan dipermudahkan Allah. Saya doakan juga agar semua pembaca blog saya ni, berada dalam keadaan yang sihat walafiat dan sentiasa dilindungi Allah. Amin...


Klik banner untuk dapatkan novel dan  buku fiksyen.

Saturday, August 16, 2014

#Manis: Deep Fried Mars Bar

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Syawal,

Nak kongsi satu lagi resipi mudah yang saya ambil dari drama #Manis. Bila ada banyak resipi mudah yang dipaparkan menerusi drama #Manis ni, makin teruja pula saya untuk mengikutinya... Sebab banyak resipi pencuci mulut yang mudah rupanya... (^_^) Jom tengok, resipi ni pun menarik juga!

Gambar diambil dari aplikasi Chef Astro.

Bahan-bahannya:
1cawan tepung serbaguna
½ cawan tepung jagung
1 sudu teh soda penaik
1½ cawan susu cair
Beberapa bar Coklat Mars
Gula halus

Cara-caranya:
1. Masukkan tepung serbaguna, tepung jagung, soda penaik ke dalam bekas adunan dan gaul.
2. Masukkan susu cair, pukul sehingga menjadi sebatian pekat.
3. Celupkan coklat Mars ke dalam adunan tadi, kemudian goreng sehingga kekuningan.
4. Taburkan gula halus di atas coklat yang telah siap digoreng.

Siap! Jom cuba! d=(´▽`)