Sunday, February 28, 2016

Buku: Riyadus Solihin

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 


Saya beli buku ni setelah membaca beberapa review di Internet. Rata-rata menyatakan buku ini boleh buat pembacanya menangis.

1. Menangis kerana terasa sangat jauh cara hidup kita kini berbanding zaman Nabi SAW.
2. Menangis kerana terusik dengan akhlak yang diajarkan Nabi SAW.
3. Menangis dengan kesetiaan yang ditunjukkan oleh sahabat-sahabat Nabi SAW.
4. Menangis dengan peringatan-peringatan dari Al-Quran dan hadis.
5. Menangis dengan kisah-kisah (pada zaman Nabi SAW) yang diceritakan.
6. Menangis kerana memikirkan dosa-dosa terdahulu yang dilakukan. 

Buku ini adalah himpunan ayat Al-Quran dan hadis karangan Imam Nawawi, merangkumi akidah, ibadah dan akhlak.

Harga asal: RM120
Diskaun 50% (RM60) sehingga 29 Februari 2016 (Isnin) 
 ***TIADA LAGI DISKAUN 50% SELEPAS 29 FEBRUARI 2016***

Jika ingin memiliki buku ini, klik beli Riyadus Solihin.

Nota kaki: Recommanded! Bacalah sendiri dan anda akan dapat rasakan aura dari buku ini... 

Wednesday, February 24, 2016

Jihad Dakwah

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jihad dakwah boleh dilakukan dalam pelbagai cara. Ramai yang beranggapan kerja-kerja dakwah itu perlu dilakukan oleh Ustaz dan Ustazah.

Sebenarnya kerja-kerja yang berkaitan dengan dakwah itu sendiri bukan hanya terletak di atas bahu mereka, sebaliknya ia adalah tanggungjawab bersama setiap Muslim.

Dakwah tidak semestinya perlu berceramah di khalayak ramai. Dakwah bukan hanya dilakukan di Surau atau Masjid. Ia boleh disampaikan dalam pelbagai cara dan di mana sahaja.

Cuba lihat bungkusan nasi lemak ni... Apa yang anda nampak?


Ada kaitan dengan "dakwah"? Meh... saya close up lagi...


"Dunia untuk manusia, manusia untuk Akhirat"

Ini adalah sebahagian dakwah santai. Sambil makan nasi lemak, bila tengok mesej pada kertas bungkus nasi lemak tu rasa... "eh betullah, manusia untuk akhirat..."

Saya tak cakap tentang orang lain... Saya sendiri bila baca mesej tu, terus sentap. Dalam hati... betul, saya banyak sangat leka dengan dunia. Persediaan Akhirat tu... rasanya banyak yang tak cukup. Terus rasa takut, sebab tak cukup amal lagi.

Itulah dakwah. Teguran secara tidak langsung. Saya doakan moga pemilik nasi lemak ni sentiasa dalam rahmat Allah. InsyaAllah. Amin

Sebab tu orang cakap, manusia ni mudah lupa... perlu selalu diingatkan walau dengan satu ayat. Betulkan?
 
Cara mudah dapat pahala, dengan jihad dakwah:

1. Sebarkan salam - jika keluar rumah, dan berjumpa dengan saudara seagama kita ucapkanlah Assalamualaikum. Secara tak langsung kita dalam usaha mengeratkan silaturrahim antara satu sama lain.

2. Tuliskan zikir/selawat (contoh: Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar) pada wall media sosial anda seperti Facebook, Twitter dan Instagram. Setiap kali orang membacanya kita peroleh pahala.

3. Kongsikan waktu solat - apabila masuknya waktu solat, kongsikannya di media sosial, secara tidak langsung kita mengingatkan masuknya waktu solat. Kalau ada yang terbaca status kita, maka dia segera solat, maka kita juga akan mendapat pahala.

4. Kongsikan apa juga ilmu/bahan bacaan yang boleh memberikan manfaat kepada orang lain, walaupun ia hanyalah satu ayat. Mana tahu jika ada yang mengamalkan ilmu yang kita kongsikan itu, kita turut mendapat pahala.

Saya percaya kebanyakkan daripada kita memang memiliki media sosial, so bolehlah kita usahakan untuk sama-sama ingat-mengingatkan antara satu sama lain, macam apa yang dibuat oleh pemilik nasi lemak ini... 

Nota kaki: Kita yang bergelar blogger ni pun, kalau kena dengan niat kita dalam menulis... boleh jadi dakwah jugakan?! Tulis yang baik-baik, kongsi ilmu yang baik-baik, beri tips yang mendorong kepada kebaikan... selagi mana penulisan kita memberi manfaat kepada orang lain selagi itulah kita beroleh pahala... Jom perbetulkan niat, moga adalah entri kita bermanfaat untuk pembaca kita... InsyaAllah...

* * *

Riyadus Solihin
(Taman Orang Soleh)
Harga asal: RM 120
Kini diskaun 50% RM 60 sahaja
(sehingga 29 Februari 2016 sahaja)

Wordless Wednesday #61

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,
 
 Untuk sama-sama kita renungkan...

* * *

-->

Sunday, February 21, 2016

Inai Bercorak dan Hukumnya

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Blogwalking tadi saya baca entri Kak Malinda tentang Beza Inai Pengantin Dulu dan Kini. Kelakar pula baca entri Kak Malinda tu. Saya sendiri tak ingat dah sama ada masa malam berinai saya dulu, tangan saya bercorak atau tidak. Lama sangat dah... Tapi gagah juga saya mencari gambar-gambar lama yang usianya hampir 10 tahun. Akhirnya jumpa!

Rupanya zaman saya kahwin dulu dah start inai bercorak... saya yang tak ingat. Kalau Kak Malinda tak publish entri pasal inai dulu dan sekarang memang saya pun tak buat entri ni. Kiranya saya ni dalam golongan yang Kak Malinda kata "huntung laaa..." hehehe (^_^)Y


Oh ya, berikut saya selitkan juga hukum pemakaian inai yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-88 yang bersidang pada 2 Oktober 2009 telah membincangkan Hukum Pemakaian Inai Bercorak Mengikut Syarak. Muzakarah telah memutuskan bahawa:
  1. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki adalah diharuskan bagi wanita sama ada yang telah berkahwin atau belum selagi mana tidak menimbulkan fitnah.
  2. Walau bagaimanapun, kadar pemakaian inai di kedua-dua tangan dan kaki adalah terhad sehingga pergelangan tangan dan buku lali sahaja, manakala warna yang digunakan tidak bersifat kekal seperti tatu dan mengandungi sebarang unsur yang meragukan. Mengenai corak atau ukiran yang digunakan pula, corak atau ukiran daun dan tumbuh-tumbuhan adalah dibenarkan, manakala corak-corak haiwan, lambang dewa-dewa atau ajaran atau apa jua gambaran yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang.
  3. Pemakaian inai pada kedua tangan dan kaki bagi lelaki adalah tidak diharuskan kecuali pada sebilangan jari bagi pengantin semasa majlis perkahwinan dan juga untuk tujuan perubatan.


Nota kaki: Alhamdulillah, usia perkahwinan saya bulan depan mejangkau 10 tahun... Moga jodoh saya dengan encik hubby kekal sampai ke syurga... Amin.

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

Friday, February 19, 2016

Cara Mudah Kupas Bawang Putih

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selalu kalau ada apa-apa tips di dapur yang singgah di timeline Facebook saya, memang saya akan cuba. Lagi-lagi yang memudahkan dan menjimatkan masa kerja-kerja di dapur. 

Kalau bercakap tentang bawang merah dan bawang putih, dua bahan ni memang antara bahan wajib digunakan dalam masakan. So, kadang-kadang nak mengupas bawang ni akan makan masa yang  lama di dapur.

Apa yang saya selalu buat, saya akan kupas bawang merah dan putih ni sekali arung, biasanya hujung minggu pada hari Sabtu atau Ahad. Dah siap, simpan terus dalam bekas kedap udara dan masukkan dalam peti ais. So, bila nak pakai just ambil je.

Dalam entri ini saya nak kongsi cara mudah kupas bawang putih, tak perlu pakai pisau tau! Apa yang anda perlukan hanya botol kaca bertutup.

Leraikan bawang putih tu seulas-seulas ke dalam botol kaca. Letaklah berapa banyak pun asalkan ada ruang untuk bawang putih tu bergerak bila digoncangkan. Goncanglah beberapa kali. Kemudian anda akan dapat lihat, kulit bawang putih dah pun tertanggal.

Kerja goncang-goncang ni bolehlah bagi pada anak-anak, saya bagi Faris buat... Suka la dia bila disuruh goncang dan excited bila tengok semua kulit bawang putih tu dah tanggal. Dia buat magik katanya. Bila dah tanggal semua kulit tu, dia masukkan dalam bekas dan simpan dalam peti ais terus.


Senangkan?! Jimat masa mengupas bawang putih. Maklumlah nak kupas satu-satu memang sengsara la juga. Ha... dah tahukan? Selamat mencuba! (^_^)

* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1784

Wednesday, February 17, 2016

Wordless Wednesday #60

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Menariknya media sosial adalah apabila kita dapat menimba ilmu daripada mereka yang arif dalam bidang masing-masing. Perkongsian sebegini mungkin boleh menyebabkan kita mendapatkan rawatan awal. 

"Kencing berbuih mungkin tanda mengalami kerosakan buah pinggang."



* * *

https://bookcafe.com.my/friends/idevaffiliate.php?id=331&url=1399
Siapa dah baca buku Catatan Matluthfi? Kalau hangpa biasa tengok video-video Mat di YouTube, mesti hangpa suka buku ni. Saya dah baca dua kali... tiap kali baca, dok ghasa macam Mat dok ceghita face to face tu! (^_^). 

Kalau belum miliki buku ini, boleh klik pada gambar... Recommanded!

Monday, February 15, 2016

Mak Bidan Sekitar Kuala Lumpur & Selangor

- Updated :  8 September 2017 -

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Info ini muncul di timeline Facebook saya. Info sebegini memang sangat berguna untuk ibu-ibu yang akan melahirkan anak atau yang sedang berusaha untuk mendapatkan zuriat. Tukang urut atau bidan ni memang tak asing lagi bagi orang perempuan. Sekarang ni agak susah juga nak cari bidan. Bila ada info sebegini, semestinya amat berguna, bukan saja untuk saya, malah anda juga!

Saya panjangkan perkongsian Facebook: Sasha Hamzah ini dalam blog saya... manalah tahu saya perlukan Mak Bidan nanti... :p Berikut adalah senarai tukang urut atau bidan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

Saya ada beberapa contact Mak Bidan di Melaka (sila rujuk komen saya di bawah). Dan entri ini adalah pengalaman saya berurut dengan Kak Lela. Siapa-siapa yang ada sekitar Masjid Tanah, boleh dapatkan khidmat Kak Lela...

KUALA LUMPUR

1. Makcik Salmi (Setapak Indah, KL). Tel: 03-40247107 
- rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan lenguh-lenguh badan. Mendapat ilmu perbidanan turun-temurun dari nenek dan ibunya. (Sumbangan June)

2. Kak Sha (Taman Cahaya, Ampang). Tel: 019-3698902 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Indonesia.

3. Kak Eli (Setapak, KL). Tel: 014-3234315 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin - urutan cara Medan, Indonesia. Boleh dihubungi di waktu malam sahaja kerana suaminya menggunakan handphone di waktu siang. 

4. Ibu (AU4, Keramat). Tel: 016-2889362 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cara urutan tradisional Jawa.

5. Mak Yam (Selayang, KL). Tel: 03-61201801 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

6. Kak Ani (Pasaraya Bintang, Taman Baiduri, Cheras ) Tel: 013-2368717 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Cuba sekali nak urut lagi. (Sumbangan Hafizah)

7. Ibu Zaleha (Kepong). Tel: 019-2110636 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Sangat berkesan menggunakan kaedah tradisional dan moden. (Sumbangan Mzsuria)

8. Hajah Zaharah (Taman Kosas/Ampang). Tel: 012-3139316 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Juga untuk mendapatkan cahaya mata. (Sumbangan Azelina)

9. Opah (Taman Melawati) Tel: 013-3524668 
- rawatan mengurut untuk ibu selepas bersalin. Siap ada pakej untuk sengkak, mandi, tangas dan urut. Harga pun berpatutan. Opah ni ada kenderaan sendiri tapi dia akan include sekali duit minyak untuk pergi dan balik selama berurut. Selalu berurut 3 hari dan sila tempah dengan opah ni terlebih dahulu. (sumbangan Sumijelly)

10. Kak Kaseh/Nina (Wangsa maju dan sekitarnya) Tel : 016-6686975
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

11. Nurul (Sekitar Kuala Lumpur/Selangor dan Melaka) Tel: 019-4809473
- urutan badan tradisional dan urutan naikkan seri wajah.

12. Kak Nora (Kuala Lumpur/Cheras/Kajang) Tel:019-2703262
- urut tradisional selepas bersalin/bertungku/bengkung, mandikan bayi dan bekam.
  
SELANGOR

1. Mak Cik Ara (Kg Raja Uda, Klang) .  Tel : 03-31687149    
- rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin, bersunat untuk bayi perempuan, urut untuk mendapat cahaya mata dan lain-lain yang berkaitan dengan wanita. Mak cik Ara mendapat ilmu perbidanan turun temurun dari nenek dan ibunya. Urutan cara lama yang sangat efektif.

2. Hajah Zubaidah @ Cik Bedah. (No. 42, Jalan Cuepac 5L, Batu 12, Cheras): 016-3430892, 03-87349281.
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Izan Ismi Azwa Ali)

3. Embah Duk (Sungai Merah, Kajang). Tel : 03-89257006
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Embah Dut. (sumbangan Izan Ismi)

4. Kak Dah (Kajang) Tel : 0169045167 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin.

5. Kak Sutinah (Shah Alam, Selangor). Tel : 019-3698449
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa (kak Sutinah mendapat ilmu perbidanan dari ibunya. (rujukan The Star)

6. Puan Ani (Putra Heights , Subang). Tel : 017-396 9031 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ani.

7. Makcik Salmah (Area Putra Perdana, Puchong, Selangor). Tel: 03-83195090
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Makcik ni kena ambil dia. Tiada transport and dia urut waktu malam jer sebab siang dia jaga cucu. (sumbangan Ezad Hasshim)

8. Puan Ramlah (Parit Baharu, Sabak Bernam, Selangor). Tel: 03-32137496 
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya pada Puan Ramlah.

9. Mak Cik Nab (Taman Melati, Gombak). Tel: 03-41075585 
- rawatan mengurut selepas bersalin, pakej penjagaan selepas bersalin dan membetulkan uri yang ke bawah (placenta previa). (sumbangan Abang Rie & Kak Imah)

10. Puan Hani (Bandar Baru Bangi) . Tel: 012-3166074
- Rawatan selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. (sumbangan Intan Idayu)

11. Makcik Ramlah (Kuang/Sungai Buloh) Tel: 017-3763381 / 03-60371204 
(sumbangan Ailin)

12. Kak Timah (Bandar Baru Sg Buloh) Tel: 03-61565421 
(sumbangan Ailin)

13. Kalsom bte Saat, (Meru, Klang) Tel: 019-3636657
- rawatan mengurut selepas bersalin dan pakej penjagaan selepas bersalin. Urutan tradisional cara Jawa. Untuk khidmat lain yang berkaitan, sila tanya Mak Som. (sumbangan Eisya)

14. Huzaimah Mohamad (Klang) Tel: 014-3286478 
(sumbangan Kyra)

15. Kak Esah (Batu Caves) Tel: 016-3908180 
- dia boleh mengurut orang bersalin, nak zuriat, dan mengurut seluruh badan atau bahagian-bahagian tertentu. Bertungku dan bertangas juga boleh, serta mandi.

16. Bidan Jah (Ustazah Jah) Selayang Baru (Berhampiran Balai Polis Selayang yang Lama dan Pasar Harian) - Tel: 016-3414577.
(sumbangan Hamidah Shamsuddin)

17. Mak Yang (Tanjung Karang, Selangor) Tel: 012-3600047. 
(sumbangan Kamarulramdan)

18. Makcik Han (Damansara Puncak Ara, Petaling Jaya) - Tel: 017-3951484.
- Urutan sangat berkesan pada harga berpatutan. Dalam 10 hari urut, saya dah turun 12 kg. (sumbangan Aisha Ahmad)

19. Nenek Hamidah (Presint 16 Putrajaya) - Tel : 012-4819795 (sumbangan Lin)

20. Cik Ayu (Taman Medan PJ) - Tel: 03-77810377 (sumbangan Lin)

21. Yati (Bandar Tasik Puteri Rawang Selangor) - 012-8546760.

22. Petaling Jaya - http://www.momretreathome.com (momretreathhome ni menyediakan khidmat mengurut dan penjagaan bersalin ~ ala² hotel orang bersalin la sebab semuanya diuruskan oleh petugas kat sana... pernah tengok dalam rancangan Nona...memang selesa tempat dia dan sangat sesuai bagi mereka yang ada duit lebih)

23. Kak Yasmin (Area Bukit Jelutong, Kampung Melayu Subang) Tel: 012-2812344

24. Kak Nor (Batu Caves) Tel: 012-6852750

25. Puan Qamar (Klang) 011-12372712 / 03-31621466

26. Wan Fatimah (Petaling Jaya, Puchong, Damansara) Tel: 012-3716020
- menyediakan servis urutan tradisional wanita, urutan selepas bersalin, reflexology dan aromaterapi. Urut terseliuh juga boleh untuk WANITA sahaja.

27. Kak Lia (Meru/Klang) Tel: 019-3612399

28. Kak Sarah (Shah Alam/Klang) Tel: 017-6376146

29. Ila (Shah Alam/Putrajaya) Tel: 012-6383021 

30. Puan Lina (Ampang/Bukit Indah/Taman Kosas dan sekitarnya) Tel: 012-6908712 Instagram: @temurunconfinement
- rawatan dan urutan selepas bersalin, mandi bayi, menaikkan peranakan, lenguh-lenguh badan.

31. Puan Mastura (Bangi/Kajang/Putrajaya dan sekitarnya) Tel: 019-2374697.
- urutan bersalin dan bertungku, strok, lenguh-lenguh badan, naikkan peranakan, terseliuh. 
 

MELAKA

1. Azizah Baba (Bukit Beruang) Tel: 019-6026061

2. Mak Siti (Duyong/Bukit Katil) Tel: 017-6460713

3. Kak Lela (sekitar Melaka) Tel: 012-3131715

4. Sue (sekitar Melaka) Tel: 010-2060292

PERAK

1. Sarah (Ipoh) Tel: 017-6376146
    

Nota kaki: Mungkin siapa-siapa yang ada contact untuk negeri-negeri lain, bolehlah tinggalkan komen, kita sama-sama boleh mudahkan kerja orang lain yang mencari tukang urut atau bidan ni... (^_^)

* * *



Thursday, February 11, 2016

Carilah Pengasuh...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya ni memang cukup sensitif bila orang bercerita pasal ibu bapa. Tak kisahlah atas topik apa sekali pun. Bila dikaitkan dengan ibu bapa, memang boleh buat saya menitiskan air mata. Mungkin juga disebabkan kedua ibu bapa saya sudah pun tiada untuk saya membalas jasa dan menambah pahala.

Hari tu, saya baca perkongsian DrRich DrRahim di Facebooknya, tentang seorang makcik yang datang mengadu tentang dirinya yang perlu menjaga cucu-cucunya, sehingga dia sendiri tidak punya masa untuk dirinya sendiri. (Anda boleh baca perkongsian (artikel penuh) tersebut di sini)

***



"Doc, Mak Cik ni dah tua. Kubur dah panggil mai, rumah dah halau pi. Dah le berumur teringin benar nak bermesra dgn si suami Mak Cik ni yg setia. Boleh le kami berdua2an dgn umur yg secebis tinggal ni. Tapi doc......cucu ni......". 

Doc nampak matanya mula bertakung seumpama sebuah kolam menitis berlenang di hujung mata lalu terlenang2 di pipi.

" Cucu pertama, di letak di rumah saya. Suruh saya jaga dan bela krn Anak pompuan Mak Cik kata dia bekerja dan tak percaya org lain bela wlpun di nusery. Tok Wan kata tak pa le...bela kejap2 je. Tapi anak pompuan ambil kesempatan letak lagi lama dgn Mak Cik dan kadang2 Sabtu Ahad waktu cuti pun letak cucu tu dgn Mak Cik. Kadang2 Mak Cik terasa macam hamba abdi.

Sepatutnya...dah tua macam Mak Cik patut le ada masa dgn Pak Cik. Sama2 tambah amal ibadat dan mengaji bersama Pak Cik....amalan nak keakhirat Mak Cik dan Pak Cik tak banyak doc. Dah pension...nak le cari saham akhirat pula kan doc. Ni duk jaga cucu...kadang2 tiada masa bermesra dgn Pak Cik tu.

***

Sebagai seorang anak, kita sepatutnya meringan beban orang tua kita, membahagiakan mereka, ada rasa ihsan kepada mereka. Bukannya bebankan mereka dengan menjadikan mereka penyelesaian kepada masalah kita.

Tak payah tengok jauh, setiap kali saya hantar dan ambil anak-anak balik dari sekolah, saya lihat ramai di kalangan mereka adalah atuk dan nenek kepada pelajar-pelajar tersebut. Bayangkan, usia mereka dah lewat 50-an dan awal 60-an, tapi masih lagi bersesak menunggu cucu keluar sekolah. Ada yang sakit lutut, ada yang tidak boleh duduk atau berdiri terlalu lama, ada yang dah tak berapa nampak dan macam-macam lagilah! Kesian tau!

Dahlah kena jaga cucu, still kena masak, kemas rumah, basuh kain baju, solat pun terkejar-kejar. Pendek kata masa untuk berehat tu memang tiada. Isnin hingga Jumaat dah memang confirm jaga cucu, weekend pun dihantarnya juga, konon dengan alasan nak kemas rumah sendiri, nanti anak-anak kacau. Habis, bilanya ibu dan ayah nak rehat?!

Ini arwah mak dan ayah saya...
Moga roh mereka dicucuri rahmat.
Amin...
Lebih mengejutkan bila ibu dan ayah yang jaga cucu ni, hanya diberikan duit poket RM50 seorang setiap bulan... Alasannya kalau hantar pada pengasuh kena bayar RM350/seorang anak, kalau transit sahaja RM150/seorang anak. Tapi kalau hantar pada ibu dan ayah hanya perlu bayar RM100 (Ibu RM50, Ayah RM50) untuk 4 ke 5 orang anak! Memang jimat banyak tu!

Berpada-padalah. Kasihanilah ibu dan ayah kita ni... Mereka perlukan rehat yang cukup... Menjaga cucu tu bukan tanggungjawab mereka dah... Jangan "gunakan" mereka untuk kepentingan kita sendiri...

Ibu dan ayah kita ni, bila diusia emas mereka, sepatutnya anak-anak tidak membebankan, sebaliknya bersifat prihatin dan berikan mereka kasih sayang. Mereka pun bukan nak sangat duit kita, mereka cuma nak kita berikan perhatian agar dapat diadukan rasa sakit pening mereka tu.

Cuba tanya diri sendiri, adakah bila kita dah umur 60 tahun, kita nak jaga cucu? Mesti kita sendiri pun tak nak... Pada usia emas itulah kita nak spend time bersama suami/isteri kita, pada usia itu jugalah kita nak perbanyakkan amal ibadah dan pada usia itu jugalah kita nak dapatkan rehat yang cukup. Macam tu jugalah, perasaan ibu ayah kita.

Timbang-timbanglah... Kasihani mereka... Carilah pengasuh untuk anak-anak kita... Fikirlah bagaimana cara untuk menambah pahala dengan berbakti kepada kedua ibu bapa kita... Jangan disebabkan mereka menjaga anak-anak kita, menjadikan kita anak yang derhaka...



Nota kaki: Kalau dah tak percaya pengasuh dan nursery berhentilah kerja dan jaga sendiri amanah kita tu.

Wednesday, February 10, 2016

Cara Penjagaan Demam Campak

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak tahulah nak gelak ke apa... Hari Khamis lepas Faris cuti sebab sekolahnya ada event, dan murid-murid Tahap 1 direhatkan (cuti). Maka, dia main dengan anak jiran sebelah rumah saya ni, Marwan, umurnya 5 tahun.

Kebetulan saya pun tengah sidai kain. Nampaklah muka dan tangan Marwan ada bintik-bintik merah... Tapi saya ingatkan gatal-gatal biasa. Tak lama lepas tu dengar ayah Marwan tanya Faris:

http://www.newhealthadvisor.com/Chicken-Pox-Incubation-Period.html
Chicken pox @ demam campak
Ayah Marwan: Awak dah pernah kena chicken pox ke?

Faris: Hah? Entah. (sebab dia tak faham apa chicken pox tu)

Ayah Marwan: Marwan kena chicken pox tu. Kalau awak belum kena jangan main dengan Marwanlah... Nanti berjangkit.

Saya: Ooo... kena chicken pox ke? Kesiannya...

Ayah Marwan: Ha ah, dia dah pernah kena chicken pox ke (merujuk kepada Faris)?

Saya: Tak pernah lagi...

Tiba-tiba Faris menyampuk...

Faris: Tak tahu la... saya tak makan chicken pox tu sebab pedas...

Chicken pop ;p
Hahahahah terus saya tergelak! 

Saya: Chicken pox tu bukan makananlah, tu penyakit... 

Faris: Oh ye ke? Faris ingatkan ayam KFC. 

Oh ye la... KFC ada chicken pop! Nampak sedap pula chicken pop ni kan...? (^_^)

Faris dan Alisya buat masa ni belum pernah kena chicken pox... So, saya kongsikan tips redakan demam campak (chicken pox) yang saya baca, untuk panduan saya nanti atau ibu-ibu yang lain. 
 
  1. Selalu ingatkan anak-anak untuk minum air suam dengan banyak bagi mengekalkan kelembapan tubuh badan. Kekeringan akan menyebabkan kegatalan teruk pada kulit. 
     
  2. Pakaikan baju yang berwarna cerah, longgar dan seeloknya daripada kapas, supaya kulit mudah bernafas. 
     
  3. Pastikan kuku jari anak-anak pendek dan bersih, bagi mengurangkan kesakitan jika mengaru. Pakaikan sarung tangan jika perlu. 
     
  4. Kerap mandikan anak-anak anda bagi menurunkan suhu panas badannya. Jangan gunakan sabun mandi, kerana ia akan menyebabkan kegatalan. Campurkan setengah cawan baking soda ke dalam air mandian anak-anak anda. Ia boleh mengurangkan kegatalan. 
     
  5. Elakkan makanan yang bergoreng dan gatal (terutamanya telur). 
     
  6. Kata orang tua-tua, jangan dedahkan anak-anak yang dijangkiti demam campak terkena hujan. Dikhuatiri akan meninggalkan parut yang besar. 
     
  7. Sapukan calamine lotion agar anak-anak berasa sejuk dan kurang rasa gatal. 

***

Tuesday, February 09, 2016

Lima Sumber Makanan Lambatkan Penuaan

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Bila dah semakin berumur ni, mulalah mencari apa yang boleh diamalkan agar taklah nampak tua sangat dari umur... Macam Nassier Wahab tu... Muda remaja je nampakkan? (^_^)

Info berikut saya rujuk dari Majalah Mingguan Wanita. Dikatakan bahawa lima jenis makanan berikut boleh melambatkan penuaan.

http://www.medicalnewstoday.com/articles/266258.php
Olive Oil: Health Benefits
1. Minyak zaitun

  • membantu menurunkan risiko serangan jantung dan kanser. Selain mengandungi polifenol, minyak zaitun juga mengandungi bahan antioksida yang boleh mencegah penyakit terutamanya bagi mereka yang semakin lanjut usianya. 
  • dulu masa saya sakit batu hempedu, saya amalkan minum secawan air suam + setengah sudu kecil minyak zaitun + satu sudu besar madu. Minum setiap pagi. Dah lama saya tinggalkan sebab "konon rasa" dah sihat. :p
  • Nassier Wahab juga pernah kongsikan dalam media petua mukanya yang tidak nampak kedutan, iaitu dengan cara mengoles dan meratakan minyak zaitun di muka pada setiap malam sebelum tidur. Sesiapa yang tiada masalah kulit muka berminyak bolehlah amalkan. (^_^)

http://juicing-for-health.com/yogurt-health-benefits.html
Yogurt Health Benefits
2. Yogurt

  • kaya dengan kalsium yang membantu mencegah osteoporosis. Maklumlah bila semakin berusia, masalah tulang adalah masalah utama. 
  • jika tidak boleh mengambil yogurt, maka tukarlah dengan susu, yang penting kalsium perlu cukup dalam badan kita.

http://www.vertihealth.com/the-best-sources-of-pure-omega-3/
The source of pure Omega 3
3. Ikan

  • ia merupakan sumber lemak Omega 3 yang membantu mencegah kolestrol pada pembuluh darah serta mencegah rentak jantung yang tidak normal.
  • pelbagaikan jenis masakan berasaskan ikan setiap hari.


http://io9.gizmodo.com/5897902/eat-chocolate-lose-weight-yeah-right
Chocolate to lose weight
4. Coklat

  • kaya dengan flavanol yang membantu melancarkan peredaran darah selain membantu menghindari diabetes tahap 2, darah tinggi, ginjal dan sebagainya.
  • ramai yang beranggapan coklat akan menyebabkan kegemukkan, sebenarnya coklat yang diambil dalam jumlah yang tidak berlebihan akan menjadi sumber tenaga yang baik untuk tubuh badan.

http://www.curejoy.com/content/health-benefits-of-eating-nuts/
Benefits of Eating Nuts
5. Kacang 

  • penggemar kacang dikatakan dapat hidup dua tahun lebih lama. Ini kerana kacang kaya dengan lemak tidak tepu yang memiliki khasiat serupa dengan minyak zaitun. Selain itu, kacang juga kaya dengan vitamin, mineral dan antioksida.
  • pun begitu jangan diambil berlebihan kerana akan menyebabkan kandungan asid urik tinggi. Hal ini boleh mengakibatkan seseorang itu terkena gaut. Penting untuk diambil dalam jumlah yang memadai.

Wednesday, February 03, 2016

Wordless Wednesday #59

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Betul tak? Betul tak? Rasanya betullah... (^_^)
 Apapun, buatlah takat yang kita mampu... sebab kerja-kerja surirumah ni tidak akan pernah habis, baik untuk surirumah sepenuh masa mahupun yang separuh masa...


Artikel berkaitan:



Pelbagai lagi artikel di bawah label Suri rumah! (^_^) 

-->