Thursday, June 27, 2013

Buat Sendiri: Cili Kering Kisar / Pes Cili Kering

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Beberapa kali juga saya perasan keyword cili kering kisar yang dicari di dalam blog saya ni. Tapi baru ni saya print screen. Disebabkan keyword ni "rajin" keluar, makanya saya buatlah entri tentang cili kering kisar atau pes cili kering versi saya ya... ^_^

Bahan-bahan yang diperlukan:
2 atau 3 genggam cili kering (rebus dan toskan)
25 biji bawang merah (kupas kulit dan bersihkan)
15 ulas bawang putih (kupas kulit dan bersihkan)
2 inci belacan (atau ikut berapa banyak nak letak) 
Sedikit garam kasar
Sedikit air (tidak perlu banyak, asal blender boleh berputar)

* saya biasanya agak-agak je berapa banyak nak diblend.*

Cara-caranya:
1. Blendkan semua bahan. 
2. Masukkan ke dalam bekas dan simpan di dalam peti sejuk. 

Bolehlah digunakan pada bila-bila masa. Mudahkan?! Cili kering kisar ni boleh tahan lama... So, memang tak de masalah jika disimpan dalam peti sejuk. Dengan cili kering kisar anda boleh masak:

Mee atau bihun goreng
Nasi goreng
Ayam goreng berempah (perapan)
Paprik ayam
Sambal ayam
Sambal ikan (berkuah)
Sambal ikan bilis + tempe
Sambal ikan tenggiri
Sambal kentang + ikan bilis
Sambal sotong
Sambal telur rebus / telur pecah
Sambal terung
Sambal udang
Ayam Masak Merah
Asam Pedas Ikan Kembung

Dan macam-macam lagilah boleh dimasak dengan cili kering kisar ni... Kadang-kadang saya masukkan juga pes ni dalam masakan kari saya... Tak kisahlah... Masak asam pedas pun boleh... Tentu anda lebih kreatif dari saya... ^_^

Entri berkaitan:

Mudah bila dah siapkan semuanya... Jimat masa di dapur.





28 comments:

  1. semalam pun saya baru share entri tentang sambal ajaib he3...tu atok buat.Nak masuk ramadhan ni,senang buat awal2 stok sambal atau cili kisar macam sis nora.masa sahur kan tak larat sangat nak tumbuk2 he3...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu... nak dekat puasa ni... elok la barang2 kisar disediakan lebih awal... senang... :D

      Delete
  2. saya kat sini lagi la kena rajin proses cili kering sbb susah nak beli yang segera...
    biasa saya terus tumis terus sampai pecah minyak... bila nak guna, tak perlu tumis lagi.. jimat masa :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah, menarik juga tu... Tumis siap2 ya... lagi jimat masa!

      Delete
  3. Hahahaha... skrg ni saya malas nak buat. Minta mak buat kan. Senang nak masak.

    Saya pun, keyword yg kerap naik tu, saya buat entry bila sempat. Alang2 keyword tu asyik naik, kita utilized la kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la... kesian pula pada org yg cari keyword tu dalam ni tapi tak de... so, rajinkan jari jemari tuk buat entri tu...

      Delete
  4. Replies
    1. surirumah sepenuh masa... kenalah buat sendiri ye dak? :P

      Delete
  5. saya lebih suka buat cili giling sendiri...lebih sedap dan tahan lama...hehe

    ReplyDelete
  6. noe pun biasanya buat sendiri jugak...lagi sedap dari beli yg dah siap tu...masuk peti ais..tahan lama...mcm2 leh masak...hehehe...gambar2 atas tu...adeh...bikin lapar jer..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul.. buat sendiri kita boleh masukkan apa yang kita suka... :P kalau tak suka belacan... tak payah letak.. .

      Delete
  7. memang berguna sangat2 cili kering kisar ni...
    nak nak dah nak masuk ramadhan kan...
    menyenangkan kita kat dapur....

    ReplyDelete
  8. aida ~ mak yg buat kan hi hi hi...

    ReplyDelete
  9. OKje lagi simple NK... cili ngan air je... bawang blend asing...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo ye ke? Dah siap-siap blend senangkan....

      Delete
  10. Terima kasih sudi berkongsi..biasanya saya ketandusan idea apa nak masak, dgn pes cili kering bolehlah dibagai-bagaikan masakan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama. Senang bila dah ada pes macam ni..

      Delete
  11. saya slalu rebus cili kering, toskan.kmdian masukkan air, garam sikit nminyak. blend.kemdian simpan terus.

    nti boleh la buat siap2 mcm akak punya ni. kirany aterus tuis je la kan bila nak guna sbb dah siap ada belacan bwang :)

    ReplyDelete
  12. betul mmg senang...mya pun mmg buat sendiri t msukkn minyak masak sikit dlm setengah sudu depends lah byk mana cili tu

    ReplyDelete
  13. org cari tips tu untuk ramadhan ni lah sennag buat stok, cari tips untuk tahan lama agaknya lepas kisar.. saya suka rebus dulu .. basuh kemudian baru kisah.. nnt ada kelapangan saya kongsikan tips saya buat cili kisar pulak

    ReplyDelete
  14. sy pun sellau buat cili kisar byk2,sng nk masak terus campak je.hehe

    ReplyDelete