Sunday, December 22, 2013

The Little Big Club

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika di Tingkat 1, kami telah melihat semuanya yang cute tentang Hello Kitty, di Tingkat 2 dan 3 pula terdapat pelbagai lagi permainan yang semestinya menarik minat anak-anak sebaya AF saya. Ada Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina, Barney dan Thomas & Friends. Tempat ni dipanggil The Little Big Club.

Kebetulan kami naik ke tingkat atas tu ada persembahan Barney...
Ini tempat Barney... comel tempat ni... Alisya request 'bilik belajar'
macam ni... Adeh!

Beria AF nak bergambar dengan maskot Pingu ni...
Tapi lepas snap gambar tu Alisya tanya "Kenapa dia tak peluk adik?"

Alahai tangan maskot tu memang tak bergerak pun... Tak pe la...
Meh mama peluk adik...
Faris kalau dapat game memang leka dibuatnya...
Kiosk makanan kat sini mahal betul... Sabar je la... Patut la saya nampak
ada pengunjung yang sorok-sorok bawa roti dan junk food...
Tingkat atas ni memang banyak game... Faris dari satu game ke satu game
dia main... Alisya tak suka main game... so setialah dia jadi model mama... :)
Angelina Ballerina... Alisya malu pulak bila suruh buat macam patung tu...
Bila saya suluh kamera...malu-malu alah je nak pose...
Tapi bila tak suluh kamera... sibuk buat aksi comel...
Faris first time main bumper car... Dia pelik kenapa semua orang langgar dia...
Siap muka cuak lagi... hehe
Alisya dan abah di pintu masuk The Little Big Club... Ni gambar nak balik
dah ni...

Maka berakhirlah cerita jalan-jalan kami di Hello Kitty Town dan The Little Big Club... Memang moment yang happy buat dua beradik ni. Balik dulu sebelum teruskan perjalanan ke Legoland esoknya (21 November 2013).

(Sila bertabah dengan entri dah basi yang baru nak publish ni...)

- - - - - - - - - -

Sedikit info tentang percutian kami di Hello Kitty Town:

  • Tiket masuk ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club, kami ambil melalui pakej Hotel Tune (tempat penginapan kami) harga tiket adalah RM80 seorang (dewasa dan kanak-kanak) Jika tidak harga biasa untuk kedua-dua tempat itu adalah RM110 seorang atau harga MyKad RM85 seorang... Kami jimat RM20. Atau anda boleh dapatkan tiket online di sini...

http://www.playtime.com.my/ticket-prices

  • Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) jam 10 pagi hingga 6 petang, termasuk pada hari cuti sekolah dan cuti umum.
  • Jarak ke Hello Kitty Town dari Hotel Tune adalah lebih kurang 16 kilometer.
  • Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor.


Pautan ke entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)
4. Hello Kitty Town (Final) 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


14 comments:

  1. pandai Alisya request. hehehe. tp betul2 cantik kan tmpt cenggitu. bebudak mesti suka. sit warna warni lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu la pasal ninaAz... kalau ada bilik study mcam tu mmg best... :D

      Delete
  2. Seronoknya boleh bercuti tmpt2 cm tu..mesti seronok sgt2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. anak2 la yang seronok niesa... mak ayah pening duit keluar.. huhuhu

      Delete
  3. aduh RM nya . bisa robek poket tuh ... seronok lah utk kanak2 .

    ReplyDelete
  4. mmg best la..macam2 ada.mmg berbaloi dengan harga

    ReplyDelete
  5. kalu sy yg msk ntah cm ne excited nyer hehehe

    ReplyDelete
  6. best ni bcuti ngan family.. tambahan lagi ade barney... hehe

    ReplyDelete