Wednesday, April 30, 2014

Wordless Wednesday #50


Jom pujuk diri kita untuk dekati (baca & faham) Al-Quran... 
Moga Allah berikan kelembutan pada hati-hati kita semua untuk beramal 
dengan Al-Quran... Amin...
Mulakan dengan mendengar...

* * * 

Tak Agak-agak Faris Pinjam Buku!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Anak bujang saya yang soleh ni, baru dapat kad library sekolah tiga minggu lepas kot... Punyalah excited tunjuk pada saya kad tu... Katanya dia boleh “beli” buku dekat sekolah untuk tiga hari. Saya cakap, bukan “beli” tapi pinjam tiga hari... Nanti kena pulang balik... Buku tu sekolah punya... Oklah, cerita pasal kad library tu habis di situ...
 

Tup tup minggu lepas dia pinjam buku... Nak tau buku apa yang dia pinjam? Ni ha... Kemain tak agak-agakkan? 


Saya: Kenapa Faris pinjam buku ni?

Faris: Faris nak baca la... Sebab nanti senang...

Saya: Apa yang senang? Ni susah ni... Ni buku untuk abang dengan kakak (merujuk kepada pelajar darjah 4, 5 dan 6), bukan untuk Faris... Darjah 1 belum pandai lagi baca buku macam ni...

Faris: Kena la baca sekarang... nanti senang nak pergi sini...

Saya: Faris nak pergi Singapore?

Faris: Bukan Singapore la mama, SINGAPURA! (oh, kemain betulkan mama dia!)

Saya: Ye la, Singapore tu English... Singapura tu bahasa Melayu. Ye ke Faris nak pergi sini?

Faris: Ye la... sebab tu Faris pinjam...

Saya: Naik kapal terbang?!

Faris: Kena naik kapal terbang ke? (muka cuak... Faris ni sejak MH370 hilang dia sangat takut bila cakap pasal kapal terbang)

Saya: Naik kereta pun boleh... Dulu mama naik keretapi... tapi sekarang dah tak de keretapi...

Faris: Mama dah pergi Singapura ke?

Saya: Dah! Dulu...

Faris: Apsal tak bawa Faris?

Saya: (Aduhai!!! Faris ni kalau tak tanya sampai ke akar umbi memang tak sah!) Dulu Faris mana ada lagi... mama pergi masa mama belajar...

Faris: Abah sekali?

Saya: Abah hantar mama kat keretapi je... Lepas tu mama pergi sendiri dengan kawan-kawan.

Faris: Kenapa abah tak ikut sekali? Best ke kat sana?!

Saya: Abah tak ikut sebab cikgu (pensyarah) pilih mama dengan kawan-kawan je pergi sana... Best... Tapi mama pergi sana sebab ada seminar...

Faris: Seminar tu apa?

Saya: Seminar tu orang duduk ramai-ramai dalam dewan... lepas tu belajar dengan orang pandai...

Faris: Ooo... kalau macam tu tak best la pergi Singapura... (haha sebab dia ingat pergi Singapura tu untuk belajar je... Jahat tak saya?! Kalau la dia tau kat Singapura tu ada Universal Studio Singapore... habis la... :p)

Saya: Nanti esok... Faris pergi sekolah, pulang balik buku ni kat library... Kalau Faris nak pinjam buku... pinjam buku cerita ke... buku-buku macam ni boleh... (sambil tunjukkan contoh buku cerita dan buku ala-ala aktiviti yang saya belikan untuknya)

Faris: Oklah!

Itu cerita minggu sudah... 

Semalam, Faris bawa balik buku ni... Saya cakap, “Ha... pandai pun... Buku macam ni la untuk Darjah 1 macam Faris...” Faris macam biasa... bila dipuji... sengih sokmo!


Alhamdulillah... at least saya tahu Faris dah boleh dengar dan faham apa yang saya cakap...


Nota kaki: Benda yang paling saya risau bila Faris sekolah... adalah, kalau dia tak faham apa yang cikgu cakap... Tapi saya rasa Faris dah cukup besar untuk faham sebarang arahan... Harap-harap gitu la...

* * *


Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, April 29, 2014

Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah... Sabtu lepas dapat juga berkunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC... Kami ke sana dengan menaiki LRT je... So dah nama naik LRT, gamaknya tak la dapat nak beli buku banyak-banyak... :(( 

Ramainya la orang... Dan banyaknya la buku yang nak ditengok dan dibeli... Rasa macam tak puas pula membeli, sebab mana satu tangan nak pegang Alisya, satu tangan nak belek buku... Rasa macam nak pi lagi Ahad tu... Saya cakap pada encik hubby nak pergi lagi... dan minta ditinggalkan kat sana sementara dia jaga anak-anak di rumah... (tak de maknanya dia bagi... takut saya minta duit la tuh! hahaha :p )

Mana-mana booth yang saya berhenti kebanykkannya saya beli... Mana taknya diskaun tu... adeh... terpukau tau!! Sampai pada buku yang memang saya dah aim nak beli... tapi tak dapat beli sebab tangan kiri kanan dah penuh buku yang dibeli sepanjang menyinggah... Termasuklah belon-belon yang AF dapat sepanjang berada di sana memang tak muat tangan nak pegang... Harus diingat... Kita datang naik LRT!!

So, ni buku-buku yang sempat saya sambar sewaktu kunjungan Sabtu lalu... 
Buku ini untuk AF saya... Bagus juga untuk saya dan suami...
Jom hafaz surah! :D
Buku ni dikarang oleh Dr Zulkifli...panas-panas baru keluar dari oven...
Kalau siapa-siapa yang mengikuti "satu isu" beberapa minggu lepas,
mungkin familiar dengan nama Telaga Barahut ni...
Apa pun jom tambah ilmu dengan membaca dan berguru!
Sedang baca buku ni...
Nanti saya buat entri review bila dah habis baca...
InsyaAllah...
Isu-isu Al-Ustaz yang saya terlepas... termasuk isu baru...
Solusi, salah satu majalah kegemaran saya juga...


Buku aulad untuk Alisya dan Faris... yang dalam plastik tu 12 buah, setahun punya keluaran...
hehehe saya beli yang tahun 2012 punya... Bagus Aulad ni... ada doa, adab, Asma ul Husna, kisah Nabi, dan banyak aktiviti membaca dan mewarna...
Tiga buah buku ini encik hubby hadiahkan pada seorang rakan...
Moga buku ni bermanfaat buatnya...
So, inilah semuanya... Termasuk stationery AF dan coloring book untuk mereka...
dan barang-barang free...

Apapun terima kasihlah pada encik hubby yang sudi gak melayan saya yang nak sangat pergi Pesta Buku ni setelah beberapa tahun saya tak pergi... Mujur Ramlee Awang Murshid tak keluar buku baru... hahaha kalau tak lagi la lama saya kat situ dok beratur tunggu nak sign :p

Walaupun ada lagi buku yang saya tak dapat sambar... tak pe la... cari dalam MPHonline pula ada 20% diskaun... hahaha

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, April 24, 2014

"Faris Suka Kelas Jawi..."

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Semalam masa saya jemput Faris balik dari sekolah agama... Mukanya sangat berseri-seri... Sepanjang dia berjalan keluar dari sekolah menuju ke saya, dia tersengih-sengih... Dalam hati saya... mesti ada cerita best ni... (^_^)

Sampai je dekat saya, dia pun mula cerita...

Faris: Hari ni Faris pandai... Ustazah Jawi cakap Adam Faris pandai...! (sambil tak habis-habis tersengih-sengih)

Saya: Ye ke? Faris pandai buat apa hari ni? (saya?! semestinya excited nak dengar cerita)

Faris: Tadi Ustazah Jawi tulis dekat papan hitam... Lepas tu dia tanya siapa nak baca... Faris angkat tangan... Lepas tu pegi depan, pegang pembaris... Lepas tu Faris baca... Semua kawan-kawan ikut... "Buku Jawi Nani" (dalam tulisan Jawi... dapat bayangkan tak dia siap buat gaya lagi masa cerita kat saya.. :p )

Saya: Wah, pandainya... Faris memang pandai baca Jawi pun kan? Dekat dalam buku tulis Faris tu, Ustazah ada tulis "Boleh Membaca". Bagus la dia...

Faris: Lepas Faris baca tu kan... Ustazah dah cakap bagus... Lepas tu ustazah suruh Faris duduk... Tapi Faris nak baca lagi yang lain-lain tu...

Saya: Baca satu je la... yang lain tu kena bagi orang lain baca juga....

Faris: Tapi PERUT Adam Faris ni asik cakap "nak baca... nak baca..." (sambil ramas-ramas perut dia tu...)

Saya macam biasa... tukang gelak sakan!!! 

Faris: Kenapa mama laka?! (kelakar a.k.a gelak)

Saya: Bukan PERUT yang cakap kot... tapi... hm... HATI Faris kot yang cakap... 

Faris: Apa-apalah... (ok, sekarang dia dah pandai merajuk sikit... bila dia malas nak layan saya dia cakap "apa-apalah" :p ) Tapi Faris suuuukkkkaaaa sangat kelas Jawi... Adam Faris nak jadi Ustaz...! (Amin... InsyaAllah... Moga Allah perkenankan permintaanmu, Faris) Kelas Bahasa dengan English tu Faris tak suka.... 

Saya: Eh, kalau nak jadi Ustaz, kena la pandai bahasa dengan English juga...

Faris: Tu yang Faris susah tu...! 

Saya: Tak pe, pelan-pelan... Nanti lama-lama Faris pandai la... (dia terus senyap dan pandang luar tingkap... sambil tersengih-sengih lagi...)

Inilah result mata pelajaran Jawi dan Khat bagi ujian kali pertama sekolah agama Faris baru-baru ni. (Result lain saya buat entri lain...)
Faris ni memang suka sangat eja nama dia macam tu...
walaupun dia tahu salah... dia tetap eja gitu juga! Haih!

Tapi agak-agak siapa ingat lagi masa awal-awal tahun Faris mengamuk tak nak pergi sekolah agama?
http://dialoguda.blogspot.com/2014/01/seminggu-kelelahan.html

Dulu macam ni la dia bila kena pergi sekolah agama... sekarang dah pasang niat nak jadi Ustaz... Alhamdulillah... (^_^)


Nota kaki: Anak-anak... mereka sangat sukakan pujian... Dengan adanya pujian, mereka akan jadi lebih bersemangat...! Bukan susah pun kan nak beri pujian... So, jom sama-sama kita belajar berikan pujian kepada anak-anak atas apa jua perkara baik yang mereka lakukan... InsyaAllah mereka akan jadi lebih positif! 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


The Big Bad Wolf Booksale@ MITC, Melaka

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

The Big Bad Wolf Booksale now @ MITC, Melaka! (^_^) Bermula 19 April – 27 April 2014. Dah tentunya saya, terjah. Walaupun hujung-hujung bulan tatkala duit tinggal cukup-cukup hingga nak gaji semula ni, sempat juga sambar buku-buku ni... 
 
Ok, sila perhatikan buku yang paling atas tu...
ada gambar ikan kan?!

Sangat jealous tengok orang yang borong buku hingga dua tiga kotak!! Uish... bestnya...! Maklumla kan... diskaun sehingga 95%...! Encik hubby kata, tak pe la... nanti dah gaji kita datang second round! Wah! Suka, suka, suka! (^_^)

Tapi Pesta Buku Antarabangsa @ PWTC pun dah startkan?! Hm... Macam nak ke sana juga... Kebetulan encik hubby pun cuti... Saya memang jadi rambang mata bila cakap pasal buku... Er... apa cerita book cafe kita eh? Moga jadi kenyataan... InsyaAllah... Amin...

Oh ya... buku yang ada gambar ikan tu kan... Si Adam Faris yang soleh tu, letak depan akuarium... katanya buku tu untuk ikan baca... Haih, sabar je la...!! 

Dah la letak terbalik pula tu!! 
Mesti pening ikan-ikan dalam tu...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, April 23, 2014

Dua Kali Neb Untuk Faris...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini gambar dua minggu lepas (12 April) di Hospital Pantai Ayer Keroh... Faris kena ambil neb disebabkan mild sinus. Seingat saya... Pertama kali Faris ambil neb adalah pada usianya 6 @ 7 bulan... Siap warded lagi! (masa tu saya tak aktif menulis blog... so tak de gambar...)

Bila doktor kata Faris kena mild sinus disebabkan keturunan, saya musykil juga... sebab saya tak de sinus. Rupanya encik hubby ada la sikit sinus... Tapi doktor kata, semakin dia besar, sinus tu akan hilang sendiri... So, tak perlu risau katanya...

Neb pertama...

Kesian tengok Faris... Nampak lemah sangat... Anak-anak ni bila mereka tak sihat, kita akan rasa sunyi... Ye la kan... macam Faris ni jenis banyak benda nak diceritakan... Bila dia diam... Rasa memang sunyi betul!

Gambar atas tu, neb pertama jam 5.30 petang... Elok je lepas neb tu... Sibuk la dia tanya macam-macam... dah tak berhenti pula bercakap... 

Neb kedua...
Siap pakai baju Spiderman lagi :p

Masa dia tidur lepas Isyak tu nampak dia susah balik nak bernafas, dah jam 11 tu saya kata bawa je la Faris ke hospital buat neb lagi sekali... Alhamdulillah... lepas dapat neb kedua jam 11.30 malam, Faris nampak bernafas dengan lebih selesa...

Alhamdulillah sekarang ni nampak sihat je dia... Cuma ada la sekali sekali bersin-bersin sebelah pagi masa nak bersiap ke sekolah... Apapun,  moga Adam Faris diberikan kesihatan oleh Allah... Amin...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, April 21, 2014

Mini Giveaway #7: Pemenang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, anak solehah saya Alisya Farha telahpun mencabut undi bagi mendapatkan pemenang untuk Mini Giveaway #7 lalu... 

Berikut adalah tiga pemenang yang akan menerima buku Amalan Kecil Berpahala Besar




Diminta agar para pemenang yang tersenarai untuk menghantar detail berikut; Nama Penuh dan Alamat ke email saya nora1404@yahoo.com. Buku akan dipos sebaik detail semua pemenang di terima.  

Tahniah kepada pemenang dan terima kasih pada semua yang sudi singgah dan sudi join. (^_^)

* * *
 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, April 19, 2014

Mini Giveaway #7: Senarai Peserta

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, Mini Giveaway #7 dah pun ditutup... Terima kasih pada semua yang sudi singgah dan sudi join. (^_^)

Berikut adalah senarai peserta yang memeriahkan giveaway ini. InsyaAllah Isnin depan, 21 April 2014 saya akan umumkan pemenang... (^_^)

1. http://aniesandyou.blogspot.com/

2. http://mamalynnthestoryteller.blogspot.com 

3. http://www.bubblynotes.com/ 

4. http://masyaamiraaimie.blogspot.com/

5. http://cikhanicruzier.blogspot.com/

6. http://whatever-ville.blogspot.com/

7. http://ihaveasweetsmile.blogspot.com/

8. http://tentangyaya.blogspot.com/

9. http://giveaway-jom-santai-aje.blogspot.com

10. http://iamaproudmama.blogspot.com

11. http://lobaksusue.blogspot.com/

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, April 18, 2014

Mini Giveaway #7

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah Mini Giveaway #7 anjuran blog saya... Saya berhajat untuk menghadiahkan buku Amalan Kecil Berpahala Besar ini kepada tiga orang pembaca bertuah blog saya.

Buku tulisan Fahrur Mu'is ini bersaiz kecil, mudah dibawa ke mana-mana dan dijadikan sebagai salah satu bahan bacaan ketika senggang. Walaupun bersaiz kecil, namun sangat besar ganjarannya, jika kita mengamalkan apa yang dikongsikan oleh penulis.

Sinopsis buku:

Buku kecil ini adalah sebuah koleksi pelbagai amalan mudah dan ringan yang dapat dilakukan dalam kehidupan seharian. Ia menjanjikan pahala besar. Bahkan, ada juga terdapat amalan yang menjadi pembuka pintu syurga. Amalan itu dipanggil sebagai amalan mudah kerana ia lebih mudah dilakukan berbanding dengan amalan lain. Ia juga dipanggil amalan ringan kerana ia mampu dilakukan dengan tidak perlu mengeluarkan belanja yang mahal dan tenaga yang berat.

Seperti biasa, anda hanya perlu tinggalkan link blog anda di bawah entri ini sebagai tanda penyertaan. 
 
Tarikh tutup penyertaan adalah pada 18 April 2014, Jumaat jam 11.00 malam.

Selamat mencuba! (✿◠‿◠)

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, April 17, 2014

Istimewanya Hadiah Dari Adam Faris ( ˘ ³˘)❤

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah hadiah hari lahir yang sangat berharga buat saya... Serious... Ia sangat berharga! Kenapa saya kata ia berharga? Sebab pensel ini dihadiahkan oleh Adam Faris untuk hari lahir saya... 

Semalam masa jemput Faris balik dari sekolah kebangsaan, Faris ada tanya saya:

Faris: Mama, macam mana nak balut hadiah?

Saya: Balut hadiah? Kenapa?

Faris: Faris nak bagi hadiah...

Saya: Nak bagi hadiah kat siapa?

Faris: Nanti sampai rumah, mama ajar Faris balut hadiah boleh?

Saya: Mana hadiahnya? Nak bagi siapa ni? Oklah nanti mama tolong balutkan hadiah tu...

Faris: Eh tak boleh... Faris nak balut sendiri je... 

Saya: Oklah... nanti mama ajar...

Tapi sampai di rumah, Faris keletihan, dia duduk di sofa... tak lama lepas tu dia terlelap.. Penat sangat la tu... Saya pun biarkan dia tidur dulu, memandangkan sekolah agama dia hari Rabu start jam 4.30 petang. Maka saya pun terlupa dah la pasal hadiah yang nak dibalut tu...

Bila saya hantar ke sekolah agama petang tu... Faris pesan pada saya jangan buka pencil box dia yang dalam beg sekolah kebangsaan. Ringkasnya saya jawab, "ok".

Balik dari sekolah agama... Faris tanya saya, sama ada saya buka pencil boxnya... Saya jawab, "Fariskan tak kasi mama buka, so mama tak boleh buka, sebab mama dah janjikan?" Dia pula jawab ringkas, "ok".

Sesampai di rumah... Dia buka beg sekolah kebangsaannya... 

Faris: Mama, kalau kita tak pandai balut hadiah, tapi kita bagi je hadiah tu boleh ke?

Saya: Boleh... yang penting kita ikhlas... Kalau Faris nak, mama boleh tolong balutkan...

Faris: Kalau mama balutkan nanti mama tau...

Saya: Tak pe la mama tau pun...

Faris: Tak boleh... sebab pensel ni Faris nak bagi mama! Faris nak bagi surprise!

Dalam hati, alahai... patutlah dia tak kasi saya balutkan hadiah tu... sebab hadiah tu untuk saya... Apa?! Surprise? Hehe :P

Saya: Faris nak bagi mama hadiah? Wah bestnya... Tapi kenapa nak bagi mama hadiah?

Faris: Sebab birthday mama la... kalau tak birthday tak boleh dapat hadiah... 

Saya: Ye ke? (saya excited ok!! haha) Mana hadiahnya?

Faris: Mama tutup mata dulu...

Saya: Ok mama tutup mata (pejam mata rapat-rapat)

Saya dapat rasa Faris datang dekat... Kiss pipi saya... dan cakap SURPRISE!!! Bila hadiah bertukar tangan, rasa terharu sangat-sangat... Bergenang air mata... Polosnya la jiwa anak soleh saya ni... Saya peluk dia erat-erat... Sambil berkali-kali ucapkan terima kasih...

Faris: Mama suka tak?

Saya: Mestilah suka... Faris yang bagi mama hadiah, mesti la mama suka!

Faris: Hari ni Faris tak beli air milo... Faris minum air suam dengan bekal je... sebab nak bagi mama pensel ni... Sebab pensel mamakan dah patah... 

Oh... lagi la rasa nak mengalir air mata... Favorite pensel tekan saya memang dah patah... dan Faris jadi saksi masa pensel tu jatuh dari almari dan patah...

Saya: Ya Allah, terima kasih Adam Faris... baiknya dia... 

Faris: Faris tak beli pen... sebab mama tak suka pen kan? (ye betul saya lebih suka tulis pakai pensil, mungkin sebab dia biasa tengok saya buat catatan dalam buku nota saya menggunakan pensel tekan...) Faris beli yang ni, sebab Faris tau mama suka pensel tekan-tekan... Faris tanya orang tu ada warna biru tak... tapi dia kata tak de... warna pink pun tak de... Faris beli je la warna ni... 

Ya Allah, Faris tahu apa yang saya suka dan apa yang saya tak suka... Malah Faris tahu warna kegemaran saya adalah biru! Masa ni laju je air mata turun... Menangis bukan sebab sedih... tapi rasa sangat terharu dan gembira... Dan saya tak tahu nak cakap apa, melainkan berkali-kali ucapkan terima kasih...

Dan jauh di sudut hati saya... "Ini adalah favorite pensel mama! Walaupun ia hanya RM1... Tapi cukup menggembirakan hati mama. Terima kasih sayang!" 
 d=(´▽`)=b   ( ˘ ³˘)❤

Nota kasih sayang mama untuk Adam Faris: 
Moga Allah permudahkan Adam Faris dalam usaha menuntut ilmu dunia dan akhirat... Moga Allah sentiasa menunjukkan belas kasihanNya kepada Adam Faris... Jadilah anak yang soleh... Dan teruslah berbakti kepada mama dan abah serta adik serta jangan lupakan makcik/pakcik di sebelah mama dan abah... Mama sayang Adam Faris! 


Nota kaki: Anak-anak... adakalanya mereka boleh buat kita gelak besar, adakalanya mereka buat kita berfikir... dan adakalanya mereka boleh buat kita menangis... Alhamdulillah atas segala perasaan dan moment indah ini, ya Allah...

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, April 16, 2014

Perkataan Faris Yang Mencuit Hati...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Masa saya jemput Faris dari sekolah agama tadi, saya lalu kawasan tempat dia beli basikal dulu... (Faris ni dia memang selalunya ingat jalan ke sesuatu tempat... so, boleh diharap jugalah nak dibawa tunjukkan jalan... :D ) 

Faris: Mama jom pegi kedai basikal sekejap.  

Saya: Nak buat apa? 

Faris: Kita kena beli tayar belakang Alisya tu... kan dah pecah... Nanti Alisya kayuh-kayuh jatuh pulak camana?! (alahai prihatinnya kamu! :D) 

Saya: Ala tak payah... Tak lama lagi Alisya pandai kayuh dua tayar je, macam Adam Faris... Kan Alisya? 

Alisya: Ha ah... Nanti lama-lama Alisya pandai la... Tayar tu pecah sikit je... 

Faris: Kalau macam tu, Alisya kena breakfast dua tayar je la... 

Saya: Hah? Breakfast? Apa tu?! 

Faris: Ala mama ni... Breakfast la... Breakfast macam Faris... Dulukan Faris empat tayar... lepas Faris breakfast... Faris boleh pakai dua tayar je... 

Ah sudah... breakfast apa pula ni? Puas saya fikir... saya tanya lagi... 

Saya: Kena makan dulu baru boleh bawa basikal dua tayar? 

Faris: Bukan makan la mama... Alisya kena bawa basikal selalu... mama jaga... Alisya kayuh...

Saya: Kena berlatih?! (tanya saya minta kepastian...) 

Faris: Ha la... kena berlatih... macam Faris buat tu... petang-petang bawa basikal, mama dengan abah jaga... breakfastkan? 

Saya: Ohhhhhhh alahai... itu kita tak panggil breakfast la sayang... itu kita panggil practice... 

Faris: (sambil tersengih-sengih...) Faris cakap apa tadi? 

Saya: Breakfast...  

Faris: Hahaha breakfast tu apa?  

Saya: Breakfast tu makan pagi... 

Faris: Oh, Faris tersilap...! (sambil tergelak besar...!!) 


Nota kaki: Makin anak-anak menginjak usia, makin banyaklah kosa katanya... Bila banyak kosa katanya, mereka akan cuba aplikasikan perkataan yang baru dipelajari tu dalam perbualan seharian... Maka, kadang kala memang akan tersilap letak perkataan dalam sesuatu ayat... Itu perkara biasa.... So, ibu-ibu kena la betulkan... (^_^)

Saya memang suka bila berkomunikasi dengan anak-anak!! Kadang-kadang sampai sakit perut gelak...! 
 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Buku Untuk Alisya... (´ ▽`).。o♡

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Perkara yang membuatkan saya terharu sangat dengan anak-anak adalah bila mereka tahu erti menghargai dan menyayangi antara satu sama lain. Perkara sebegini telah beberapa kali berlaku... Cuma tak dinukilkan di sini sejak mood menulis saya ke laut! :(

Saya nak kongsikan satu moment yang pada saya sangat mengusik jiwa keibuan saya. Sebelum ini, boleh dikatakan setiap hari Faris akan bawa balik pembaris, pemadam, pensel atau apa saja yang menarik dibeli dari book shop sekolahnya. (Walaupun saya bekalkan makanan untuk ke sekolah, tapi encik hubby tetap akan bagi RM2.00, untuk standby mana la tau bekal hilang ke, pencil box tertinggal ke, apa ke...)

Setiap kali Faris beli barang dan tunjuk pada Alisya, membuatkan adiknya tu sedikit memberontak... Maklum la, anak-anak... Bila abang ada... Adik pun nak juga... Sejak itu saya selalu pesan pada Faris...

Saya: Kalau Faris nak beli apa-apa kat sekolah... Faris beli la untuk Alisya sekali... Kesian Alisya...

Faris: Mana cukup duit... Alisya beli la sendiri kat sekolah dia...

Saya: Sekolah Alisya mana ada kedai buku... Sebab sekolah Alisya, Tadika. Lain kali kalau tak cukup duit, tak payah beli ok? Tak payah beli untuk Faris... tak payah beli untuk Alisya...

Faris: Tapi Faris nak... Duit tu boleh beli untuk Faris sorang je... Alisya tak boleh...

Saya: Kalau nak beli satu untuk Faris je... Jangan tunjuk kat adik... Nanti kesian dia...

Beberapa kali perbualan seperti itu saya ulangkan pada Faris... Dengan harapan, dia akan faham konsep 'jaga hati'.

Isnin lepas, masa balik dari sekolah... Faris tak sabar-sabar nak bagi sesuatu yang dibelikan untuk Alisya...(masa ni encik hubby yang jemput Faris balik sekolah... saya di rumah dengan Alisya...)

Faris: Alisya, ni Faris beli buku princess untuk Alisya. Faris beli kat kedai buku. (dari luar rumah lagi dia dah jerit...)

Alisya: Buku princess?! Mana... mana?

Faris: Ha ah cantik... (sambil keluarkan buku yang dimaksudkan dari poket baju sekolahnya)

Saya: Ala, baiknya... Macam ni la bagus... (sambil saya puji-puji apa yang Faris buat hari tu...)

Alisya: Ala... Alisya nak buku Barbie... tak nak yang ni...

Saya: Eh... Princess Snow White lagi cantik dari Barbie... Kan abang dah belikan buku... Alisya kena cakap apa?

Alisya: Terima kasih abang...

Faris: Sama-sama...

Buku Untuk Alisya...
Buku Faris

Sambil masing-masing ambil pencil box dari dalam beg sekolah dan mula menconteng dalam buku tu... Alololo... sweet je tengok... Tak de lagi aksi merajuk, menangis dan memberontak dari Alisya... Sekurang-kurangnya berhasil juga nasihat yang kerap saya cakap pada Faris...


Nota kaki: Ada juga sekali dua tu... Faris belikan air tin Teh Bunga untuk Alisya... Dia kata, kesian Alisya... tak rasa pun air tin yang Faris minum selalu... Baiknya kamu sayang... (^_^)


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, April 14, 2014

14.4.14

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah, 

Faris dengan singlet lagi...
Baru balik sekolah (^_^)
Syukur alhamdulillah... dengan limpah kurnia dan kasih sayangNya, hari ini usia saya telah pun menginjak satu tahun lagi... Alhamdulillah... 

Sungguh, makin meningkat umur, makin banyak kelemahan diri saya... Moga Allah berikan jalan buat saya untuk memperbaiki diri. InsyaAllah... Amin...

Sedari awal bulan April lagi Faris, asyik tanya bila "birthday Mama?". Sampai encik hubby pangkahkan tarikh hari lahir saya dalam kalendar.

Disebabkan hari ni Adam Faris sekolah, maka hanyalah sambutan sederhana di rumah... Lepas hantar Faris sekolah, kami singgah beli kek di Secret Recipe. Oh, jangan pelik... kek tu memang kami beli separuh-separuh... Chocolate Fudge dan Cappuccino Cheese (ni memang favorite saya).  

Lepas tu singgah beli Nasi Ayam Pak Ali, (oh ya... birthdate saya adalah off day saya masak... hahaha padahal boleh je buat sendiri nasi ayam tu... :p)

Ini nasi ayam yang selalu saya buat...
Nasi ayam yang beli tu lupa pula nak ambil gambar....


Sebelah malam pula, saya cakap nak makan sate... Punyalah marah si Faris sebab dia kata dia tak nak makan sate... Sate tak sedap... Dia cakap nak makan KFC. Terus saya kata, hari ni birthday mama... So ikut mama nak makan kat mana... Nanti birthday Faris... Faris boleh pilih nak makan kat mana. So, terpaksala dia redha... hahaha... (Kata je sate tak sedap... tapi bercucuk-cucuk juga Faris makan!)

Begitu je la sambutan ala sederhana buat saya dan anak-anak... yang penting saya dapat off... hahaha

Ini adalah hadiah Adam Faris untuk saya:

Hepi beti (Happy birthday) pun boleh la... huhu

Amam pun amam la Faris... walaupun dia sebut MA... dia akan eja AM juga... Tah bila la nak betul eja MAMA?!  


Nota kaki: Terima kasih di atas ucapan birthday di Whatsapp, Facebook dan SMS. Kepada sahabat-sahabat yang sudi mendoakan saya... Moga Allah sentiasa melindungi dan merahmati anda semua. Amin...

Terima kasih Nuffnang: 
(CPUV) On going ads: DiGi - Project Red, Downy Dolce MMP & Clinique Even-Better Loti... 

Bulan kelahiran saya...
Bulan kelahiran Alisya Farha
Bulan kelahiran Adam Faris
   
* * * 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.