Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,
Ni la mesin tokennya... |
Pejam
celik, pejam celik... dah pun 17 Ramadhan... Apa khabar agaknya rakan-rakan blogger sekalian?
Moga semuanya sentiasa di bawah lindunganNya... InsyaAllah...
Alhamdulillah,
misi hari ni berjaya membawa kedua-dua AF saya (bukan
akademi fantasia, tapi Adam Faris dan Alisya Farha :p) ke Jalan TAR (Tunku Abdul
Rahman) untuk mencari baju raya.
Memandangkan
hari ni Selangor cuti umum (Nuzul Quran) so kami beranggapan bahawa sekitar bandar Kuala
Lumpur akan dilanda kesesakan lalu lintas... Maka encik hubby mencadangkan
agar kami ke KL dengan menaiki LRT.
AF tak pernah naik LRT so saya agak gelisah memikirkan
bagaimana reaksi mereka. Oh ya saya sendiri pun dah lama tak naik kenderaan
awam sejak beli kereta... So apa yang berlaku pada sistem kemudahan awam
tu memang saya tak tahu...
Ni la token tu... |
Pada mulanya AF nampak sangat excited
nak naik LRT… Alisya ok… dia nampak seronok dalam gerabak LRT tu… tapi si Faris…
dia pegang tangan dan bahu kiri saya dengan kuat… muka pucat… tangan sejuk... Bila tanya
langsung tak nak jawab… (takut
sangat agaknya…) sampai la ke destinasinya… (kami naik
dari Sentul ke Masjid Jamek)
Bila turun dari LRT tu baru la dia cakap, "Ayies tak nak naik keretapi... Ayies takut..." Kesian pula si Faris ni... serba serbinya takut...
Tapi masa perjalanan balik, Faris nampak dah ok sikit... Mula-mula masa naik dia pegang saya... tapi beberapa minit kemudian dia seronok pula... then dia cakap:
"Keretapi ni tak bunyi mama... tak macam tadi tu" (wah, Faris bersuara!!)
"Ye ke? Faris takut tak?" pancing saya.
"Tak... tak takut..." balasnya...
Oooo baru la saya faham... dia takut naik LRT yang tadi tu sebab bila gerabak berlaga dengan rel tu bunyinya agak kuat... berbanding dengan LRT yang balik ni... tak de bunyi pun...
Mungkin sebab LRT yang kami naik untuk perjalanan balik ni LRT baru, sebab ia nampak baru berbanding yang kami naik masa perjalanan ke KL tadi...
Bila sampai je di stesen Sentul, Faris kata nak naik keretapi lagi... :D So, oklah... dia tak takut dah... Sampai kat rumah sibuk AF ceritakan pengalaman naik LRT pada Mak Ngahnya...
Oh... inilah mereka dalam kereta, masa perjalanan balik ke rumah... KEPENATAN!!
Nota kaki: oh ya... sepanjang pencarian, hanya jumpa baju-baju AF... Nampak gayanya baju mama dan abah kena cari di Melaka je la...
Jauhnya shopping baju raya :)seronokla AFkn..:)
ReplyDeletehahaha jauhkan? macam la kat Melaka tak de :P saja tukar angin.. :p
Deletehuhu..dah tentulah jalan tar sesak dgn umat manusia. naek LRT je senang.
ReplyDeletekan?1 sbb tu la kitaorg naik LRT...
Deletebnyk ke shoppping kak? hihi
ReplyDeletedisebabkan naik LRT... maka beli apa yg patut je... pastu sampi umah nyesal tak beli tu... tak beli ni... hahahha yg penting untuk anak2 dah settle...
Deletejalan TAR mmg sesak kan...naik LRT mudah sikit heheeee
ReplyDeleteha ah... mmg sesak betul... mujur naik lrt je...
Deletenaik lrt je senang kan..tak payah bersesak sesak..:)
ReplyDeletebetul... betul... betul.. :D
DeleteBella Ana
ReplyDeleteIjat pun g shoping KL cuti Nuzul arituh....dia g ngn adik ipar...kebetulan balik Raub. An tak join, tak rajin nak gendung kembor, anip n nani. Sakan Ijat shoping baju dia n anak2...baju ana....hmm sendiri shopingla di Kuantan..tapi mmg ramai sungguh org kat Jalan Tar n Sogo.
ha ah... memang ye la Ana... sangat ramai la umat manusia kat jalan TAR ngan SOGO tu... kalau ikut hati tak moh gak shopping kat sana... tapi tu la... kat situ je dpt cari saiz yang betul faris & alisya...
DeleteSelamat Hari Raya Bella Ana... :D Rindu la....!!