Thursday, January 30, 2014

Alisya Si Ulat Buku... :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Anak solehah saya si Alisya ni, sangat la suka baca buku... Sejak usianya 3 tahun lagi, dia dah menunjukkan minat dengan buku, walaupun dia masih belum mahir membaca... 

Biasanya, sayalah yang akan bacakan buku-buku yang dibeli tu kepadanya... Kadang-kadang Faris akan tumpang sekaki dengar saya baca stories pada Alisya...

Sebahagian buku milik Alisya...
Tak cukup dengan buku-buku miliknya... buku saya pun nak dibaca...! Biasanya saya akan bawa sebuah buku, novel atau magazine di dalam handbag, ada juga yang saya tinggalkan di dalam kereta...  

So, bila ada masa senggang (tunggu makanan di kedai makan ke... tunggu anak-anak habis sekolah ke... tunggu giliran di pejabat pos ke... ketika jalan sesak atau bila-bila la...) boleh la baca buku... tak la membazir masakan? ^_^

Alisya ni jenis yang tak kira masa nak baca buku... Bila dia rasa nak baca/dengar, dia akan ambil dan paksa saya baca... Beberapa hari lepas saya dapat rekod video Alisya "sedang membaca" buku di dalam kereta ketika menunggu abangnya habis sekolah. Macam ni lah cara dia baca buku... kalau saya tak berapa rajin nak layan... :p


 
Inilah buku saya yang Alisya 'baca' tu... ^_^


Alahai Alisya... Moga menjadi anak yang taat pada Allah, pada mama dan abah dan menjadi anak yang solehah... Moga kamu jadi anak yang tekun, rajin dan berjaya di dunia dan akhirat... Insya Allah... Amin...

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, January 29, 2014

Wordless Wednesday #47

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Rabu,


Kupasan isu tentang Fiqah Kulinari dalam Malajah Al-Ustaz, sangat menarik...!! Ditulis dengan gaya bahasa yang mudah bermula dengan ilmu ketika membeli bahan mentah, memasak dan seterusnya menghidangkan makanan tersebut. 

Eh betul... Nak masak pun kena ada ilmu... kena ada kefahaman... Mana yang  halal, bila yang jadi haram, semua kena tahu...

Wanita (khususnya surirumah)... Isu Fiqah Kulinari ini sangat dekat dengan kita... Jom tingkatkan kefahaman kita, dalam menyediakan hidangan untuk ahli keluarga... Dapatkan Majalah Al-Ustaz, Isu No. 22 di pasaran dengan harga RM9.00 sahaja.

JOM CARI ILMU! (^_^)

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wordless Wednesday #46

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Rabu,

Red Velvet
Kek coklat
Alahai teringat-ingat pula pada red velvet yang adik ipar saya buat dan bawa ke rumah saya 2 minggu lepas... Adik ipar saya kata, rupanya tak cantik...

Tak pe la tak cantik pun... walaupun tak cantik... tapi rasanya sedap!!! Kalau tak... takkan la saya dok teringat-ingat la ni kan...?! (-_-')

Tu maknanya apa? Maknanya Kakcik kena datang dan bawa lagi red velvet untuk saya... (>_<)y


Nota kaki: Adik ipar saya tulis dalam blog dia, katanya tak snap picture untuk dua kek yang dibuat ni, sebab masih amatur dan nampak tak cantik... Sampai kat saya, publish terus... Hahaha... By the way, setiap orang mula dari bawah... Ambil setiap gambar, dan satu hari nanti pasti kita nampak perubahan skill kita kan...?!  >_<

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Friday, January 24, 2014

Zikir Sebelum Tidur

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam penghulu hari (Jumaat),

 Ayuh berselawat kepada Nabi Muhammad SAW:


Apabila Rasulullah SAW mahu tidur di tempat tidurnya pada setiap malam, Baginda merapatkan dua tapak tangannya. Lalu dibacakan:

a) Surah al-Ikhlas
b) Surah al-Alaq
c) Surah al-Nas

Ditiup pada kedua tapak tangan, dan Baginda mengusap tubuh yang dapat dijangkau. Dimulai dari kepala, wajah dan bahagian tubuh hadapan. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (Riwayat al-Bukhari no.5017, Muslim no. 2192)

DOA TIDUR:
 Maksudnya: "Dengan nama-Mu ya Allah, aku hidup dan mati".


DOA BANGUN TIDUR:

Maksudnya: "Segala puji bagi Allah, yang membangunkan kami setelah ditidurkan--Nya dan kepada-Nya kami dibangkitkan".


DOA APABILA KETAKUTAN DALAM TIDUR

Maksudnya: "Aku berlindung dengan kalimah-kalimah Allah yang sempurna daripada kemarahan-Nya, seksa-Nya, dan kejahatan hamba-hamba-Nya dan daripada godaan syaitan (bisikannya) serta jangan sampai mereka datang (kepadaku).



Nota kaki: Berzikirlah Subnanallah (33x), Alhamdulillah (33x)dan Allahuakbar (33x). Dan teruskan beristighfar sehingga terlelap...

Thursday, January 23, 2014

Saya Suka Adam...!! (>_<)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Hari ni macam biasa saya kena temankan Faris sampai masuk kelas... Mama pun kena join perhimpunan gamaknya! Sabar je la... Ada beberapa adegan yang mencuit hati saya berlaku hari ni...

Bila Faris masuk je kelas, ada seorang budak perempuan tolong Faris bukakan beg yang digalas dan sangkutkan beg tersebut pada belakang kerusi Faris... Kemain macam bos Faris tu... Kelakar pula saya tengok... 

Lepas tu budak perempuan tu pandang saya dan datang pada saya... Saya senyum dan pandang tag nama yang dipakai... Aina namanya...

Aina: Acik, acik... (sambil hulur tangan nak salam saya)

Saya: Ni Aina ya...?! 

Aina: Ha ah... (sambil tersenyum-senyum malu)

Saya: Aina kawan dengan Adam Faris ke?

Aina: Ha ah, saya suka Adam! (sambil tersipu-sipu dan lari ke sebelah Faris...) Saya?! tergelak kecil. Kelakar pula rasanya!

Sempat saya snap gambar ni... Yang budak perempuan berdiri sebelah Faris tu la Aina... Yang budak lelaki seorang lagi tu, saya dok perhati je... Tak tahu kenapa dia geledah beg Faris, habis dibuka semua zip dan geledah isi dalamnya... Hai la anak-anak, macam-macam karenahnya... 


Nota kaki: Nampaknya Faris dah ok sikit... yang penting dia tak menangis... cuma saya kena bertahan sikit, hantar dia sampai ke kelas setiap pagi... Moga nanti dia boleh masuk sekolah sendiri... Berdiri dalam perhimpunan sendiri dan masuk kelas sendiri... 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, January 22, 2014

Wordless Wednesday #45

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,


Entah sabun apa yang tak serasi dengan saya sekarang ni... Tangan kanan saya menjadi semakin kering dan 'merekah' (luka) sendiri, lebih-lebih lagi ibu jari dan jari telunjuk. 

Semalam dan hari ni saya tak masak pun... Nak buat kerja-kerja rumah pun terbatas. Sakit sangat, lebih-lebih lagi ibu jari saya tu... Nak buat pakai tangan kiri... kekok pula jadinya... Mana yang saya dapat buat saya buat... (Kesian anak-anak bawa bekal roti krim Gardenia je ke sekolah...)

Semalam encik hubby cakap mungkin Dynamo (white) tu tak sesuai dengan saya... Mungkin juga la kot... sebab saya baru je beli Dynamo tu untuk rendam baju sekolah Faris...

Buat masa sekarang ni, saya memang elakkan penggunaan sabun dan lebih kerap sapu lotion... Moga segeralah sembuh jari jemari saya ni... 


Nota kaki: Bila saya tunjuk pada Alisya luka di ibu jari kanan saya, Alisya cakap, "Kesian mama... Mama tak payah masak la... tak payah vacuum... Tunggu tangan mama sihat...!!" Alahai... baiknya kamu sayang... Terharu mama tau!

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, January 21, 2014

Buku Yang Ditunggu Dah Tiba...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Buku Ahmad Ammar yang saya tunggu-tunggu dah pun selamat sampai ke tangan saya... 

Sebaik melihat sampul Pos Ekspres dalam peti surat, saya memang mengharapkan buku Ahmad Ammar ini yang sampai... 

Alhamdulillah... Saya baru sempat menyelak beberapa helaian muka surat, mengintai gambar-gambar Allahyarham Ahmad Ammar dan membaca beberapa petikan dalam buku tersebut... 

Bergenang jua air mata... Berjuang dalam senyap... Membuatkan saya kagum dengan semangat anak muda ni... 

Jika dulu suatu ketika pernah adanya fenomena "Tsumawi" sekarang fenomena "Ammar" mengambil tempat... Sejak pemergiannya, ramai yang tersedar ke mana dihabiskan usia hidup kita... Penuhkah dengan amalan atau sia-sia?! 

Tak sabar nak baca buku ni... Buku ini tiada di pasaran... jika anda berminat untuk mendapatkan buku Ahmad Ammar ini, boleh pesan terus dari blog Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD). Penulisnya adalah Mejar (b) Mohammad Qayyum A. Badaruddin. Harganya adalah RM24.00 (termasuk pos). 

Info  updated: 
Buku Cerita Cinta Ahmad Ammar yang diterbitkan oleh Karya Bestari Sdn Bhd sedang dalam proses cetakan dan akan berada di pasaran dalam 4 minggu lagi... Jika berminat untuk membuat pre-oder dengan diskaun 20%, boleh klik di sini.

Sinopsis Buku

"Satu Kematian Yang Hidup"

Allahyarham Ahmad Ammar disemadikan di Perkuburan Eyub Sultan menghadap Laut Golden Horn. Tanah Perkuburan ini menempatkan lebih 60 jasad para sahabat Nabi, auliya', panglima Uthmaniyyah dan orang-orang kenamaan di sana. Namun Datuk Bandar telah memberi pengecualian kepada Ammar hingga Allahyarham menjadi orang Malaysia pertama disemadikan di sini.

Kisah syahid seorang anak muda telah menjadi bualan yang serius di kalangan rakan-rakan, masyarakat Malaysia dan telah menjangkau ke banyak negara yang ingin mengetahui dengan lebih lanjut tentang beliau. Anak muda ini tidak menonjol dalam rutin hariannya. Namun beliau yang merupakan pelajar cemerlang mempunyai tahap intelek dan emosi pada tahap yang tinggi. Beliau merupakan seorang "syahid yang tertangguh". Pemikiran dan keterlibatan beliau dalam kerja-kerja dakwah amat mengagumkan. Pada usia 20 tahun beliau telah terlibat dalam pelbagai misi dakwah dan kemanusiaan termasuk di Syria.

Subjek sejarah yang beliau pilih merupakan kesinambungan visi yang tertanam dalam diri iaitu untuk menguasai sejarah dan menguasai dunia. Kerana bagi beliau sejarah adalah kunci umat Islam. Sejarah kegemilangan Sultan Muhammad al-Fateh menguasai Konstantinopel perlu diulangi. Namun Allah lebih menyayangi beliau. Tanggal 2 November 2013, gugurlah seorang insan berjiwa al-Fateh. Pemergian yang ditangisi oleh rakan seluruh dunia. "Kematian yang hidup" bermakna beliau menjadi terkenal dan berjaya menyuntik semangat pada anak muda selepas kematiannya.


 - - - - -

(Untuk rekod) Baru-baru ini Allahyarham Ahmad Ammar diumumkan sebagai salah seorang penerima Anugerah Maulidur Rasul 1435H, atas bakti dan sumbangannya kepada agama dan negara.


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, January 16, 2014

Ragam Alisya di Tadika...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah...

Kalau tadi dah cerita pasal ragam Faris di sekolah... Sekarang ni nak cerita tentang ragam Alisya pula di Tadika...

Semalam masa saya hantar Alisya ke sekolah elok berpakaian seperti ini (baju seragam Tadika):


Tapi masa saya jemput balik, dah pinjam baju anak cikgu kat Tadika tu... Lepas tu perasan ala-ala princess... :D


Ini semua sebab dia terkencing dalam seluar... Ini adalah kejadian kedua dia terkencing di Tadika... Kali pertama hari tu, cikgu telefon dan saya bawa seluar spare masa saya jemput dia balik... Kali ni cikgu Izza terus pakaikan dia dengan baju anaknya yang sebaya Alisya...

Saya: Kenapa adik kencing tak cakap cikgu?

Alisya: Adik dah cakap dah... tapi cikgu tak dengar...

Saya: Adik cakap perlahan sangat kot... kalau adik rasa nak kencing, adik cakap je kuat-kuat kat cikgu... Kenapa adik tak pegi toilet sendiri? Adik kan pandai...

Alisya: Nanti cikgu tak nampak adik macam mana?

Saya: Tak pe, adik pegi toilet dulu... Kencing... Lepas tu adik panggil la cikgu... Lain kali adik pergi sendiri ya? Boleh?

Alisya: Ok...

Saya: Cikgu marah ke adik kencing kat seluar?

Alisya: Cikgu tak marah... cikgu cakap je "la... kenapa tak cakap nak kencing...?" 

Saya: Ha kan... Kesian cikgu kena lap semua... Adik kan dah besar... kat rumah ni adik pandai kencing kat toiletkan?!

Alisya: Ha ah... cikgu lap kerusi, lap bawah macam ni... (sambil buat aksi cikgu lap lantai...)

Saya: Alahai, kesian cikgu... Alisya cakap sorry tak dekat cikgu...?!

Alisya: Sorry cikgu... nanti Alisya tak kencing lagi.. (sambil kelip-kelip mata kat saya... alahai... comeinya kamu sayang!!)

Tadi masa jemput Alisya balik dari Tadika, pemilik Taska dan Tadika Ilmu Pintar Murni tu puji Alisya... Dia kata Alisya cepat belajar dan rajin... Lain sikit dari abangnya... Ha betul la tu... Alisya memang suka belajar... dan dia sangat fokus dengan apa yang dipelajari... 

Apa yang tak tahan sejak Alisya sekolah ni adalah dia tak habis-habis bercerita tentang apa yang dilakukan dan dipelajari di sekolah. Dari saya jemput dia balik dari sekolah, sampailah dia tertidur untuk sekolah semula esoknya... >_< Ha... nampak tak... nampak tak? Itulah bedtime story saya... :p


Faris Kena 'Paw'?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Tak tau la ni cerita kelakar ke apa (atau lain-lain perasaan seperti marah, geram, tekejut atau sewaktu dengannya..) Tapi yang penting saya tergelak... Sebaliknya encik hubby macam frust + sedikit marah (bukan la marah ke budak tu... tapi lebih kepada Faris yang tak pandai pertahankan milik dia... ye la budak-budakkan mana tau dia kena paw... :p )

Setiap hari saya memang akan buatkan bekal untuk Faris ke sekolah kebangsaan. Di samping tu, encik hubby bagi juga duit sebanyak RM2, in case ada apa-apa yang dia teringin nak beli. Tapi seperti biasa, Faris akan bawa semula duit tu ke rumah, dengan nilai yang sama... Atau paling kurang pun RM1 dibelanjakan untuk beli air milo ais di sekolahnya.

Isnin lepas seperti biasa, Faris tanggalkan baju sekolah dan serahkan baki duit pada hari tu... Dia bagi saya RM1... 

Nama ni la penyebab Faris kena pau :p
Saya: Ooo... Faris beli air milo ya hari ni kat sekolah?

Faris: Tak la... Faris tak beli pun...

Saya: Aik?! Ni ada RM1 je... Mana lagi RM1? Beli roti hotdog?

Faris: Tak la... Dia ambil...

Saya: Siapa ambil? (terkejut!!!)

Faris: Kawan tu... dia kata kalau tak bagi duit, dia tak nak bagi nama kita? (tengok, walaupun budak tu ambil duit dia, dia still bahasakan "kawan" dia tak la cakap "orang jahat" :p )

Saya: Nama? Nama apa?

Faris: Nama la... Nama kita yang warna hijau tu...

Saya: Kenapa Faris bagi dia duit?

Faris: Ye la... Sebab kita nak nama kita balik!

Saya: Tu cikgu bagi free je... kenapa nak kena bayar kat dia?

Faris: Tah tak tau... dia ambil nama kita... lepas tu dia cakap kalau kita tak bagi duit, dia tak nak bagi nama kita... nanti cam mana kalau kita sorang je tak de nama?!

Ni la budak yang kena paw tu :p
Saya?!?!?!? Confuse + terkejut... Oh no, Faris kena paw!!! Ye la... Badan Faris besar dan sedap gitu ada juga orang nak paw dia.... Lepas tu saya tergelak... terus Whatsapp encik hubby.

Encik hubby balik kerja tu, macam-macam dia tanya Faris... Terpaksa la Faris cerita A-Z balik... Tapi lepas tu, encik hubby ajar cara nak cakap kalau lepas-lepas ni ada lagi budak nak paw Faris... Tapi saya tetap gelak...!!!  (>_<)


Nota kaki: Saya rasa benda ni kelakar, tapi sebenarnya... kalau budaya macam ni berterusan akan jadi tak baik pula nanti pada kawan-kawan yang lain... atau junior akan datang... Kesian juga kat Faris... dia masih belum serasi dengan environment sekolah, sekali kena paw pulak!! Alahai, anak omak!

Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul 1435H

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan Salam Maulidur Rasul,

Teringat pada Tazkirah Mimbar Akhir Pencetus Ummah  oleh PU Hafiz tentang Cintai Rasullulah SAW... Beberapa kali menontonnya pun masih lagi mengalir air mata... Tazkirah yang cukup menyentuh hati...

Seawal pagi ni, rasa sayu je hati dengan alunan selawat ke atas baginda Nabi... Kita tak pernah bersua Rasullullah SAW, tapi dengan mengamalkan sunnah yang ditinggalkan baginda, akan rasa dekatlah kita dengan baginda... Mudah-mudahan... Insya Allah...


Jom berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW... 




* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, January 13, 2014

Sepetang Hujung Minggu...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Petang semalam Faris minta buat 'art'... saya tak la pula siapkan apa-apa untuk anak-anak bermain... "Busy bag" anak-anak pun dah kurang barang-barangnya sebab ada yang dah dibuat... kadang-kadang mereka ambil barang dalam beg tu dan tak letak semula... Lepas tu hilang tah kemana...

Tapi bila Faris kata dia dah boring main basikal, main baling selipar, dalam kawasan rumah, terus ligat saya fikir apa yang ada dan boleh dijadikan art. Baru teringat ada beli telur ayam di pasar malam hari Sabtu hari tu... So, tengok water color masih ada lagi... saya pun ajak la mereka buat ulat dengan sarang/papan telur ayam! Boleh la... dari tak de...

Macam biasa Faris yang paling excited, sebab dia memang suka arts. 

Tengoklah khusyuknya dia... saya panggil suruh pandang kamera pun tak nak...
siap jawab "Faris banyak kerja ni...  :p
Alisya pun suka arts... Tapi selalu saya yang kena siapkan...

Yey, dah siap...

"Cantiknya adik punya..." katanya...
Padahal dia suruh saya siapkan... :p
Akhirnya siap... Kiri sekali Alisya punya, tengah Faris punya...
yang hujung sekali mama punya contoh...

Well done sayang!! Nanti kita buat art attack lagi ya... Kena kumpul barang lagi la... nanti kalau diminta untuk buat arts ada la barangnya... Barang-barang tu tak semestinya kena beli... recycle je balik apa-apa yang ada di rumah...  >_<

 * * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Entri Terbaik Sepanjang Tahun 2013

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Terlewat publish entri ni... Seperti tahun lepas, saya nak jadikan entri ini... "entri wajib tulis" setiap akhir tahun.... Bukan apa... dengan adanya entri macam ni, boleh la saya kenal pasti entri yang macam mana yang orang suka cari... 

Mungkin anda pun boleh buat... Saya dah print screen total page view berikut pada malam hari sebelum tahun baru 2014...





Secara ringkasnya jumlah entri yang saya tulis sepanjang tahun 2013 adalah 216 entri... Lebih banyak dari entri pada tahun 2012 iaitu 134... Kira rajin la juga menulis tahun 2013 tu :p

Dan berikut adalah lima entri yang paling banyak page view sepanjang tahun 2013.

1. Resipi Mudah: Kue Tiaw Kung Fu - dibaca sebanyak 7,060 kali 
 
2. Tips: Memujuk Suami - dibaca sebanyak 2,582 kali 
 
3. Petua dan Doa Mendapat Zuriat - dibaca sebanyak 1,687 kali

4. Buang Hempedu: Menu Sepanjang Berpantang - dibaca sebanyak 1,498 kali

5. Buang Hempedu: Sebab Saya Jalani Pembedahan - dibaca sebanyak 1,327 kali


Nota kaki: Saja buat entri ni untuk simpanan sendiri... Klik sini untuk baca EntriTerbaik Sepanjang 2012.

* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, January 12, 2014

Rutin Baru Anak Bujang

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ha... dah sekolah ni nak tak nak kenalah basuh dan kapur kasut sendiri... Tak de makna mama nak buat... banyak lagi kerja lain mama nak buat... Encik hubby ajar Faris berus dan kapur kasut... First time buat, memang seronoklah si Faris tu... banyak main air dan kapur je dia... bukan beria sangat pun... 

Kasut Faris dua-dua belah ada nama... Cikgu suruh tulis...
takut hilang katanya sebab ada bilik-bilik yang mereka
kena buka kasut kalau nak masuk...
"Ni sini tak bersih lagi.. berus kuat sikit...," abah cakap.
Last-last abahnya yang cuci :p
Nampak tak khusyuknya tu? :p
Tapi best pulak kapur kasut sekarang... style picit je... tak putih tangan...
Time saya dulu yang jenis pakai span dan celup tu...
memang putih tangan dibuatnya...
 
* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Seminggu Kelelahan...

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Seminggu yang cukup mencabar buat saya... Kelelahan melayan karenah anak-anak yang baru memulakan persekolahan... Darjah 1 buat Adam Faris... dan Tadika buat Alisya Farha yang berusia 4 tahun... dan sifat yang sangat berbeza antara keduanya... 

Saya masih belum ada masa yang tetap untuk jadual terbaru saya... Sana sini masih lagi kelam kabut... Lagaknya masih belum boleh mengatur jadual dengan sempurna... 

Secara ringkasnya ini adalah waktu saya perlu menghantar dan mengambil kedua AF saya dari/ke sekolah:

7.10 pagi - Faris masuk sekolah (biasanya encik hubby yang akan hantar, sementara saya siapkan Alisya...)

8.00 pagi - Alisya masuk tadika (untuk seminggu yang lepas saya kena ikut atas permintaan Alisya)

12.00 tengah hari - Alisya habis tadika.

12.35 tengah hari - Faris keluar sekolah (untuk seminggu yang lepas... bermula minggu depan Faris habis sekolah 1.05 petang)

2.15 petang - hantar Faris ke sekolah agama.

6.00 petang - Faris balik sekolah agama hari Isnin - Rabu (Khamis dan Jumaat Faris mengaji di Tadika lamanya bermula jam 2.30 - 4.30 petang...)

Dapat bayangkan tak macam mana jadual saya untuk mengemas, memasak dan membasuh/sidai/angkat/lipat kain serta lain-lain kerja rumah?!?! 

Blog memang saya tak sempat jenguk minggu lepas... Tengok kejap-kejap je dari skrin kecil handphone saya... Mudah-mudahan saya dapat aturkan segalanya dengan baik by next week.

Kisah seminggu yang lepas... 

Adam Faris: Setiap pagi akan 'sakit perut', muntah dan cuba mengelak untuk ke sekolah... (baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama) sampai sekolah menangis... 

Aduhai... macam-macam yang saya dan encik hubby buat..Terpaksa bawa makan fast food, jalan-jalan, beli mainan dan macam-macamlah permintaannya...

Encik hubby akan tunggu di depan pagar sekolah sehingga perhimpunan sekolahnya selesai... Bila dia dah masuk sekolah baru encik hubby balik. 

Hari kedua sekolah, encik hubby belikan Iron Man sebagai umpan supaya dia tak menangis lagi di sekolah... Tapi tak menjadi sebab hari ketiga dan keempat dia masih menangis. 

Hari keempat dia request untuk dibelikan jam tangan... Saya cakap, hari Sabtu saya akan belikan jika dia tak menangis lagi...

Hari kelima sebelum ke sekolah, saya cakap kalau dia pergi sekolah dan tak menangis, saya akan bawa dia ke taman... Deal... Dia tak menangis dan saya tunaikan janji... Minggu depan tak tahu la macam mana...

Semalam saya dah belikan jam tangan untuknya dan buat heart to heart discussion dengannya... Hasil dari discussion tu nampak macam dia dah mula faham kenapa dia perlu ke sekolah... (Harap-harap begitu la...)

Alisya Farha: Hari pertama tadika dia sangat excited... Lepas dah salam terus masuk sekolah tak toleh saya lagi... Saya dan encik hubby tunggu juga takut kalau-kalau dia menangis... Tapi tak de pun... Lalu kami pun beredar... Masa jemput dia, cikgu cakap Alisya menangis sekejap sebab tiba-tiba teringatkan saya... Dia tanya cikgu, "mana mama?" Alahai...

Hari kedua, dia menangis kuat masa saya hantar dia ke tadika... puas pujuk... menitik-nitik air mata... Kesian pula... saya peluk dia erat-erat dan cakap saya akan datang pukul 12.00... Cikgu cakap, lepas saya balik tu... dia berhenti menangis... encik hubby belikan mainan Hello Kitty untuk dia... Juga sebagai umpan agar tak menangis lagi...

Alhamdulillah Alisya memang tak menangis lagi sejak dapat mainan Hello Kitty tu... Cikgu pun selalu puji, kata Alisya cepat dapat apa yang diajar...

Alisya memang tak banyak karenah di tadika... yang penting saya mesti hantar dan jemput dia balik... 

Dan untuk seminggu yang pertama, macam-macam cerita yang saya kena dengar sepanjang hari... Alisya asyik bercerita tentang Adibah, Iman dan Afina... 

Manakala Faris bercerita tentang cikgu-cikgunya... (setakat minggu lepas, Faris masih belum ada kawan... sebab tak de nama kawan yang disebut lagi...) sehinggalah mereka terlelap jam 9.30 malam... 

Cerita tentang sekolah, kawan dan apa yang dibelajar di sekolah dah jadi bedtime story untuk saya... sebab saya pun akan terlelap bila mereka terlelap... :P


* * * 

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, January 11, 2014

CPUV Ke-23 & 24

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Alhamdulillah, CPUV ke-23 dan 24 telahpun muncul... Masih ada rezeki saya... Thank you Nuffang... >_<



* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, January 08, 2014

Wordless Wednesday #44


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, January 01, 2014

Taklimat Ibu Bapa @ SKSD

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam Tahun Baru 2014,

Kemain posing lagi!! :p
Semalam adalah hari Taklimat bagi ibu bapa murid Darjah 1 di Sekolah Kebangsaan Seri Duyong (SKSD)

Malam sebelum tu encik hubby tak boleh tidur lena. Bila saya tanya kenapa?! Katanya "Faris nak sekolah esok." Saya tergelak dengar jawapan tu... 

Nampaknya bukan saya seorang je yang ada perasaan berdebar-debar Faris nak masuk sekolah... Tapi malam tu saya sakit kepala dan paksa diri untuk tidur... 

Seawal 8 pagi berada di SKSD, Faris nampak tenang dan excited. Pakai baju baru, kasut baru dan serba serbi barulah! 

Saya pula cuba fokus untuk mendengar taklimat yang disampaikan oleh pihak sekolah... Ada yang mudah faham... Saya angguk... Ada yang tak clear saya tanya... 

Ada beberapa perkara yang buat saya rasa lega:

1. Bila diberitahu ibubapa boleh menemankan anak-anak pada 2 dan 3 Jan 2014. - tapi ibubapa hanya dibenarkan duduk di kantin sekolah... oklah tu yang penting hari pertama tu nak ajar dia ke toilet, beli makanan (jika perlu), dan tempat dia perlu tunggu saya selepas sekolah.

2. Dimaklumkan bahawa kantin SKSD adalah kedua terbersih seluruh Melaka - kebersihan kantin ni memang perlu dititikberatkan... maklumlah, budak-budak kecil yang nak makan... kalau tak bersih nanti keracunan makanan pulakan?! Penting, kalau saya tak sempat nak bekalkan Faris pagi-pagi.

3. SKSD telah mencapai 100% kelulusan (Linus) untuk 2 tahun berturut-turut - apa yang saya faham Linus adalah ujian bagi mengenalpasti keupayaan 3M (membaca, mengira dan menulis) murid. Murid yang tidak mencapai tahap yang sepatutnya akan diletakkan di kelas pemulihan dan dilatih sehingga mampu menguasai 3M.

Tapi ada dua perkara yang buat saya pening!! PBS dan Linus...?!?!?! Confuse!!! Katanya perkembangan murid sekolah rendah sekarang berpandukan evidence/bukti... yang mana "bukti" tu disimpan dalam fail di kelas masing-masing... manakala ibubapa boleh datang ke sekolah dah melihat fail perkembangan tu...  

Ish... memang dah jauh beza dengan zaman saya dulu... balik dari sekolah tu terus saya Google, tentang PBS dan Linus... apa pun kena search lagi informasi tentang tu... kalau ada cikgu-cikgu blogger yang nak explain lagi la saya suka... >_< Cer bagi pencerahan sikit, boleh cikgu?!

Tak nak bincang dulu pasal PBS dan Linus... Nanti saya dah faham tentang kedua-duanya saya update... Tapi buat masa ni, saya nak share gambar-gambar yang sempat saya snap di hari Taklimat tersebut.

Untuk dua minggu ni, Faris akan duduk di kelas ni... Lepas ujian murid-murid
Darjah 1 ni akan dipindahkan kelas mengikut keupayaan
membaca, menulis dan mengira...
Muka nampak cuak sikit... :)
Dah nama pun wartawan, harus la tanya :p
Ini guru kelas 1 Cemerlang; Puan Suhailah... tersangatlah friendly
Saya doakan Faris terus kekal dalam kelas ni...
Kalau kena pindah kelas pun biarlah masuk 1 Gemilang...
katanya 1 Gemilang kelas pertama, 1 Cemerlang ni kelas kedua...
Ok, baru nak senyum sebab dah boleh balik...
Jumpa lagi 2 Jan 14 :p

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.