Wednesday, January 30, 2013

Mini Giveaway by Tupperware Kiyter

*** Kami telahpun ada pemenang bagi Mini Giveaway ini. Terima kasih kepada semua yang sudi singgah, LIKE dan sertai giveaway ini. Tahniah buat TENGKORAK HIDUP. Kepada yang tidak berjaya, boleh cuba lagi nanti... (^_^) ***

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,


Tupperware Kiyter menganjurkan "mini giveaway (January 2013)". Bagi sesiapa yang ingin mendapatkan satu PastaMate secara PERCUMA, tinggalkan perkataan "@Tupperware Kiyter" di ruangan komen FB Tupperware Kiyter.

Penyertaan adalah sehingga 30 Januari 2013, Rabu, jam 11 malam.

Cabutan undi akan dibuat pada 31 Januari 2013. Dan pemenang akan diumumkan pada hari yang sama.

Selamat mencuba! Terima kasih. (^_^)


Tuesday, January 29, 2013

Minum Petang Kami...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dalam malas-malas nak masak... sempat juga saya "menjala" lagi... Tah kenapa tekak rasa nak makan roti jala... makanya ke dapur dan "menjala", walaupun encik hubby kata tak perlu masak sebab nak bawa saya dan AF jalan-jalan.


Bila dah makan roti jala kenyang la pula... So, belikan makanan untuk AF je... (sebab mereka excited nak berjalan dan Faris pun dah cakap dia tak nak makan sebab nak makan kat luar...) Oh ya... Sesiapa yang nak tahu resipi roti jala boleh klik di sini... 

***Terasa nak makan kuih badak berendam... bila la agaknya saya boleh buat...?! haih...!!



Monday, January 28, 2013

Ayam Masak Kicap versi IntanBerlian

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Ni la masalahnya kalau blogwalking ke blog rakan-rakan, sedikit sebanyak pasti terliur melihat gambar-gambar makanan yang ditempek di blog... Nak dijadikan cerita... Saya blogwalking ke blog IntanBerlian, then terkecur air liur melihat gambar ayam masak kicap ni... Scan bahan-bahan, then terus tutup laptop dan masak ayam masak kicap versi Ina tu... Tadaaa...


Memang sedap la... AF saya pun suka sangat la ayam kicap tu... siap hirup sup (kuah kicap: memang AF akan panggil kuah tu sup...) tu... sambil tak habis-habis cakap, "Sedapnya mama masak..." Hahaha...

Apa pun terima kasih la pada Ina sebab share resipi ayam masak kicap tu... Memang sedap! Kuah tu memang sengaja saya buat tak pekat, sebab AF suka kuah cair-cair sikit... Siapa-siapa yang nak cuba resipi tu boleh terjah sini... 



Friday, January 25, 2013

Mama Dah Solat Dhuha?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

AF kesayangan saya...
Kalau tahun lepas, setiap kali ambil Faris dari Taska, saya yang akan tanya, belajar apa tadi..., makan apa tadi..., seronok tak belajar dengan kawan-kawan... dan kemudiannya Faris akan bercerita dari A-Z dengan excitednya.

Sekarang ni, bila ambil Faris dari Tadika, tak sempat saya tanya soalan-soalan lazim tu, Faris dah tanya saya dulu... "Mama dah solat Dhuha?"

Reaksi saya?! Semestinya untuk pertama kali dulu saya rasa terkejut, sebab ditanyakan soalan seperti itu... Tapi sekarang ni saya rasa bagus juga Faris ingatkan saya untuk melakukan solat Dhuha. Sekurang-kurangnya saya tidak leka dan lalai...

"Alhamdulillah, dah..." jawab saya.

"Faris solat Dhuda dengan cikgu tadi?" tanya saya.

"Ha ah, dengan cikgu, kawan-kawan... Hafizudin sekali... Semua... Bila mama solat Dhuha? Ayies tak nampak pun!" tanya Faris lagi... pulangkan soalan untuk saya jawab.

"Kat rumah... Masa Ayies sekolah, mama solat la kat rumah..."

"La... kenapa tak tunggu Ayies?! Tunggu la Ayies lain kali..." mengeluh...

"Solat Dhuha kena buat waktu pagi... Lepas Ayies balik sekolah tak boleh dah... sebab tu Ayies kena solat dengan cikgu..."

"Pagi je boleh?!" soalnya lagi...

"Ha ah pagi... untuk dapat rezeki..." (Saya berusaha untuk menjawab setiap persoalannya... sepertimana tabahnya ibu bapa Humaira' dalam buku yang bertajuk "Begini, Sayang" dan "43 Inspirasi Mendidik Anak": yang menjawab kepada semua soalan Humaira' dengan sabar... - oh nanti la saya ceritakan isi buku-buku tersebut...)

"Rezeki? Ooo... Adik solat Dhuha?" (tak tahula dia faham ke tidak dengan maksud "rezeki" tu... tapi sebab dia tanya soalan lain... maka saya menjawab soalannya... mungkin kemudian saya akan ceritakan padanya apa itu "rezeki")

"Adik belum solat Dhuha lagi... adikkan kecil lagi..."

"Eh mana boleh... Cikgu cakap kena solat... Nanti Allah marah nanti camana?" Faris protes.

"Adik kena besar macam Ayies dulu... Nanti adik dah besar, Ayies boleh ajar adik solat Dhuha... Ok?!" saya cuba beri kefahaman dan solution pada Faris...

"Em... boleh!" lalu dia bersandar di kerusi belakang kereta... Mungkin dah puas bersoal jawab dengan saya... 

Terasa malu pula dengan Faris  kalau saya tertinggal solat Dhuha... Tadika baru Faris tu memang ajar solat Dhuha hari-hari... Baguskan?! Alhamdulillah... Kalau ada anak-anak yang dijaga sampai petang di situ pula, mereka akan diajar solat Zohor dan Asar sekali... Teringat pada banner Tadika Faris yang tergantung di simpang masuk ke Tadika tersebut: "Kami Membentuk Anak Anda Menjadi Anak Yang Soleh/Solehah" (InsyaAllah... mudah-mudahan... Amin)

Bila difikir-fikir balik, sekali sekala elok juga kena tegur dengan anak-anak... Sekurang-kurangnya kita sebagai ibu bapa ni sedar akan amanah Allah dan tanggungjawab sebagai ibu bapa...

Teringat saya pada rancangan Tanyalah Ustaz yang saya tonton... Pesanan ustaz tu lebih kurang begini... "Untuk menjadikan anak-anak soleh/solehah (sedari mereka kecil sehinggalah dewasa), sentiasalah bertanyakan kepada mereka soalan-soalan ini: Dah solat ke belum?, Dah baca Quran ke belum?, hari ni dah berzikir ke belum? Dah selawat ke atas Nabi SAW?, singgah solat di masjid/surau mana?" - supaya anak akan rasa dekat dengan Allah dan Rasulnya... InsyaAllah... Jom mula sekarang!



Tuesday, January 22, 2013

Kesan Positif "Anak Mak"

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kupasan informasi dalam rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Fadzilah Kamsah telah membuka mata saya tentang fenomena "Anak Mak"... Oh ya, istilah "Anak Mak" biasanya dilabelkan kepada seorang lelaki yang manja tak bertempat, mengada-ngada, dan tak pandai berdikari. Mungkin kategori yang tu masih lagi ada pada segelintir "Anak Mak" di luar sana...

Tapi... apa yang dibincangkan oleh Dato' Dr Fadzilah Kamsah bersama dua panelnya amat menarik perhatian saya, iaitu sudut atau kesan positif... bila lelaki digelar "Anak Mak"? Oh sebelum terlupa, salah seorang panel jemputannya adalah Fizo Omar, yang juga dilabelkan sebagai "Anak Mak".

Mengikut kajian yang dilakukan, kesan positif yang ada pada mereka yang digelar "Anak Mak" adalah seperti berikut:

Klik gambar untuk sumber
1. Mereka lebih penyayang dan lebih hormat kepada golongan wanita - dikatakan bahawa lelaki yang digelar "Anak Mak" ni merupakan seorang yang penyayang dan sangat-sangat menghormati dan menghargai golongan wanita. Pada mereka, golongan wanita perlu sentiasa dijaga dan diberi perhatian.

2. Mereka lebih bertanggungjawab - tanggungjawab ini dikaitkan dengan family first. Dalam apa juga keadaan mereka akan mengutamakan ibu dan ahli keluarga yang lain.

3. Mereka mudah membantu bereskan kerja-kerja rumah -  mereka tidak akan kekok malah suka membantu dalam membereskan kerja-kerja rumah seperti memasak, mencuci pinggan dan lain-lain. Pendek kata tak perlu suruh, mereka dengan rela hati membantu.

4. Mereka mengikut sunnah Rasulullah SAW - lelaki yang digelar "Anak Mak" ni telah melakukan sunnah Rasulullah SAW yang mana mengutamakan ibu, seperti mana hadis ini:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a berkata: 
Telah datang seorang laki-laki kepada Rasulullah saw lalu bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layani dengan sebaik mungkin?” 
Rasulullah saw bersabda: “Ibumu.” 
Orang itu bertanya lagi: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ibumu.” 
Orang itu terus bertanya: “Kemudian siapa?” 
Rasulullah saw bersabda: “Kemudian ayahmu.” 
[HR. Bukhori, Muslim, Ibnu Majjah, Ahmad] 

5. Mak akan sayang pada pilihan anaknya - sesiapa yang menjadi isteri kepada lelaki yang digelar "Anak Mak" ni tak perlu risau tentang mak mertua tak suka... kerana isteri tu juga akan disayangi oleh ibu mertua. Biasanya "Anak Mak" akan sentiasa berbincang dengan ibunya tentang wanita-wanita yang nak dijadikan isterinya. Jika ada yang tak berkenan di mata ibunya, maka "Anak Mak" ni redha dan cuba mencari yang lain... Pada si "Anak Mak" ni, yang penting adalah membahagiakan ibunya... (sweetkan...?!)

Info tambahan: Rezeki setiap anak (tak kira lelaki atau perempuan) akan bertambah murah apabila bersalam dan mencium ibunya sebelum pergi kerja, kerana ibu akan sentiasa mendoakan dan merestui apa yang kita lakukan... Kalau tak duduk serumah dengan ibu, maka telefonlah setiap hari... Setiap doa malah kata-kata ibu tiada hijabnya... InsyaAllah... Sesungguhnya beruntunglah sesiapa yang masih ada ibu...



Tuesday, January 15, 2013

Resipi Mudah: Kue Tiaw Kung Fu

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kue tiaw kung fu ni salah satu makanan favorite saya masa di Kuantan dulu. Sebab di depan office lama saya dulu ada satu gerai yang buat kue tiaw kung fu ni dengan sedap sekali!! Sekarang ni dah duduk Melaka, susah pula nak cari kue tiaw kung fu yang sedap macam di Kuantan dulu. Akhirnya kena la masak sendiri... Jom masak kue tiaw kung fu... (^_^)

Bahan-bahannya: (untuk 3-4 orang makan)

1 bungkus kue tiaw
Sedikit isi ayam/udang/sotong/daging/bebola ikan/fish cake (masukkan mana yang anda suka)
Kobis bunga/lobak/baby corn - dipotong kecil
1 1/2 sudu tepung jagung - dicairkan dengan sedikit air
1 1/2 cawan air - kalau suka banyak kuah, tambah lagi mengikut kesesuaian
1 kiub ayam
5-7 cili padi - ditumbuk kasar - kalau suka pedas tambah lagi
4 biji bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
2 biji telur
Sedikit minyak

Cara membuatnya:

1. Pecahkan telur di dalam mangkuk dan pukul sehingga agak kembang. Masukkan kue tiaw, gaul sebati.

2. Panaskan kuali dan goreng kue tiaw yang digaul dengan telur tadi. Gunakan senduk untuk mendapatkan saiz yang sama. Masak hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.

3. Untuk kuahnya: Tumis bawang merah dan bawang putih hingga naik bau. Masukkan ayam/udang/sotong/daging/bebola ikan/fish cake. Kacau sebati.

4. Masukkan air, kuib ayam dan cili padi - biarkan mendidih, kemudian masukkan sayuran. (Rasa dan perisakan dengan garam jika perlu. Biasanya kuib ayam tu dah cukup perisanya...)

5. Akhir sekali, masukkan tepung jagung yang telah dicairkan. Kacau sehingga kuahnya pekat. Siap!

Hidangkan kue tiaw berasingan dengan kuahnya... Bila nak makan baru satukan dan taburkan daun sup... Mudahkan?! Selamat mencuba kawan-kawan... 



Friday, January 11, 2013

Tips: Memujuk Suami

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Alhamdulillah, ini adalah bahagian terakhir  dalam huraian saya tentang tajuk yang dibincangkan dalam rancangan Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah. Jika sebelum ini saya telah menulis entri tentang Punca Suami Merajuk, maka ini adalah sambungan bagi memujuk rajuknya itu... 

1. Perbanyakkan doa agar Allah rawat hati suami - Hati seorang suami agak keras kerana egonya... maka selain dari berusaha untuk memujuk suami, berdoalah agar Allah melembutkan hatinya.

2. Beri sokongan dan galakan kepada suami - Suami juga suka pada pujian dan penghargaan, maka hargai suami jika dia membasuh pinggannya sendiri, memandikan anak-anak dan lain-lain... Moga dengan sedikit pujian dan penghargaan mereka akan lembut hati untuk tidak lagi merajuk...

3. Elak tanya tentang perasaannya - jika anda dan suami berselisih faham, elak bertanya tentang perasaannya... Adalah lebih baik berikan ruang kepadanya (juga diri anda) untuk bertenang.

4. Buat perkara yang buat suami gembira - nak ambil semula hati cik abang yang dah merajuk tu... buat la sesuatu yang disukainya... contohnya dia suka makan mee kari... so, masaklah mee kari.. mudah-mudahan rajuknya reda... Atau boleh juga kita belikan kad, atau hadiah bagi memujuknya...

5. Bercakap dari hati ke hati atau berbincang - apabila kedua-duanya telah reda dari kemarahan dan rajuk... berbincanglah demi mencari penyelesaian. Awas, jangan biarkan sesuatu masalah tu tanpa penyelesaian kerana ia mungkin akan berulang.

6. Ajak mertua datang ke rumah dan raikan  - ajak keluarga mertua ke rumah dan raikan mereka. Suami akan rasa happy, apabila isteri melayan ibu bapa serta ahli keluarganya dengan baik. Tapi, jangan berpura-pura ya... kena ikhlas..!

7. Izinkan suami menjauhkan diri atau balik ke rumah ibu bapanya - jika anda rasa tidak boleh bertentang mata antara satu sama lain, maka biarkan suami pulang ke rumah kedua ibu bapanya untuk mencari ketenangan atau izinkannya keluar bersama rakannya. 

Biasanya rajuk seorang lelaki tak lama, selagi kita (isteri) tidak mengungkit, maka masalah itu akan segera selesai... bak kata Dato' orang perempuan merajuk paling lama 2 hari... manakala orang lelaki rajuknya cuma 2 minit... jika lama pun maksimum 2 jam...  (o⌒.⌒o)

So, sama-samalah kita menjaga hati pasangan kita... Merajuk tu tak salah... itu asam garam... kalau tak merajuk tak best pulakan? So, apa yang boleh merapatkan hubungan suami isteri?! Apabila kita sama-sama merasakan bahawa hari ini adalah hari terakhir kita bersamannya... Maka dengan itu kita akan lebih menghargai antara satu sama lain... 

Untuk entri-entri terdahulu berkaitan "Pasangan Kuat Merajuk" sila klik link di bawah:
1. Punca Isteri Merajuk
2. Tips: Memujuk Isteri
3. Punca Suami Merajuk




 

Thursday, January 10, 2013

Aizat - Terukir Di Bintang

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Dalam banyak-banyak persembahan AJL 27 hari tu, saya sangat suka dengan persembahan dari Aizat... Simple je... Lagipun lagu tu pun santai-santai je kan... Sambil minum kopi gitu... hehe


Esoknya tu, Aizat dijemput ke Wanita Hari Ini... then salah satu soalan tu, macam mana dapat idea untuk buat persembahan macam tu... Aizat jawab... Semua idea tu datang masa dia buat rehearsal sambil pegang mug yang berisi kopi... (^_^) Cuba tengok part 1:41 - 1:45 macam Aizat terus nyanyi kat saya... hahaha (pandang straight ke kamera sambil angkat mug). Apa pun saya suka lagu Terukir Di Bintang versi Aizat ni...


Wednesday, January 09, 2013

Buah Tangan Baru Dari RAM

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sejak akhir bulan November 2012 lagi telah digembar-gemburkan tentang "buah tangan baru" dari Ramlee Awang Murshid (RAM). Memang tak sabar dibuatnya, menantikan novel terbaru RAM berjudul AKU BERCERITA umpama menantikan buah yang dah masak tapi belum boleh petik... Aduh.. terseksa... 

Tapi hari ni penantian telah berakhir... saya dah pun dapatkan novel AKU BERCERITA tu... Dalam sakit-sakit kepala... Gagah juga membawa anak-anak ke MPH, Mydin MITC... Nak juga dapatkan novel ni ketika "ia masih panas". 

Balik rumah terus balut... tapi tak dapat peluang lagi nak baca sebab anak-anak masih aktif dan belum menunjukkan tanda-tanda nak tidur... (cerita petang tadi...) makanya terpaksa simpan dulu... Mencari masa yang sesuai untuk membacanya... 

Jealous pula tengok gambar ni... RAM tandatangan buku yang di tempah oleh peminatnya melalui RAMFC... Saya pun nak juga dapatkan tandatangan RAM ni... tapi tak pe la... saya rasa saya tak boleh tunggu lama, so saya beli sendiri... Tapi oklah, saya dah pernah dapat tandatangan RAM dulu di sini... Face to face lagi... :p 

Gambar diambil dari RAMFC
Kalau difikir-fikir balik... memang dah lama saya ikut penulisan RAM ni... Memang ini adalah antara penulis novel yang saya sangat suka... Tak pernah jemu membacanya... malah setiap kali habis membaca satu novel, dah rasa rindu nak baca novel terbarunya... Serious... Tak tipu... ingat tak dulu saya cerita pasal Sunan Musafir... Habis je baca yang tu... bila tau RAM nak keluar novel AKU BERCERITA ni... saya dok baca novel-novel RAM yang lama... Kalau nak tahu apa yang bestnya novel tulisan RAM ni... Anda kena beli dan baca sendiri... 

* * *

* Sinopsis AKU BERCERITA *

Seorang pengarang novel cuba menulis naskah terbaharu. Malangnya gejala writer's block melanda. Suatu masa... dalam keadaan separa sedar ketika terlena, dia terlihat 'seseorang' menggunakan komputer ribanya. Namun kelibat orang itu samar-samar.

Sebuah cerita yang siap ditaip terpamer pada skrin. Sebuah kisah yang mengujakan, tetapi bukan dia penulisnya. Teorinya mungkin dia ada berkarya tanpa disedari, tetapi minda logiknya ragu-ragu.

Satu demi satu cerita baharu ditemui lagi dalam komputer ribanya. Dia semakin galak mencuri idea-idea tersebut. Gaya dan teknik penceritaan memang menyerupai cara dia berkarya. Dia semakin seronok mengakui semua cerita itu adalah miliknya.

Kemudian... semakin banyak kejadian pelik yang mengitari kehidupannya. Dia diburu sesuatu yang meremangkan bulu roma. Ada bahana muncul bertubi-tubi. Siapa suspek yang bertanggungjawab menghuru-harakan kehidupannya?

* * *

Ayuh dapatkan novel terbaru RAM - AKU BERCERITA dengan harga RM 25.00.

Limau Kasturi dan Pandan di Laman...

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kalau masih ingat lagi dalam entri ini, bagaimana letihnya saya mencabut rumput di laman rumah... Ada juga terfikir kalau ada tanaman, tak la rasa penat sangat mencabut rumput... 

Dalam entri tu Dira ada meninggalkan komen dan mencadangkan saya membeli benih dari TanamSendiri

Sejak Dira cadangkan tu saya kerap juga berkunjung ke blog TanamSendiri... Tersangatlah excitednya saya melihat pokok-pokok yang di tanam Encik Iskandar... 

Sekarang ni pun saya sangat suka tengok laman rumah orang.. lebih-lebih lagi yang ada small garden sayur-sayuran... Rumah jiran-jiran saya di kawasan ni pun ada banyak tanaman sayuran...  Ah teruja!

Saya masih lagi dalam proses belajar nak menanam... buat masa ni saya tanam pokok pandan dan limau kasturi... orang kata pokok-pokok ni (termasuk pokok cili padi) senang nak hidup... so try tanam yang ni dulu la... Setiap hari saya akan check apa jadi dengan tanaman saya tu... hahaha... 

Sangat excited bila pokok limau tu berputik dan berbunga... Begitu juga bila daun pandan makin 'naik'... Memang seronok... Perasaannya lain sikit... So, sekarang ni tak la rasa letih sangat bila mencabut rumput tu... malah rasa happy je... (^_^)

Baru-baru ni kakak saya hantar SMS, memberitahu bahawa kangkung dan bendi yang di tanam di halaman rumahnya dah boleh dimasak... Wah, jealousnya saya... Lagi jealous bila dihantarnya gambar kangkung dan bendi yang dah dimasak... Adeh... terliur dibuatnya...!! Tak pe, insyaAllah tak lama lagi boleh la tanam sayur-sayuran pula... Eh, jom bercucuk tanam semua!! 



Monday, January 07, 2013

Punca Suami Merajuk

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Sebelum ni saya ada post tentang Punca Isteri Merajuk dan Kaedah/Cara Memujuk Isteri. Hari ni saya nak sambung entri yang saya petik dari rancangan yang sama iaitu Selami Jiwa bersama Dato' Dr Haji Fadzilah Kamsah yang membincangkan tajuk "Pasangan Kuat Merajuk".

Saya senarikan punca-punca suami merajuk yang dikongsikan oleh Dato':

1. Suami kena kutuk hingga rasa rendah diri - Contohnya si isteri asyik membezakan taraf pendidikan, pangkat dan gaji suami dengan dirinya... Seolah-olah memperkecilkan kebolehan dan keupayaan suami.

2. Rasa cemburu pada isteri - Adakalanya suami akan merasa cemburu pada isteri yang berpendidikan, berpangkat dan bergaji besar. So isteri perlulah berpegang pada "suami adalah BOS di rumah..."

3. Ditempelak hingga ego terguris - Meninggikan suara dengan menggunakan perkataan yang kurang sesuai akan menyebabkan suami terasa hati... Bertindaklah secara rasional... Berikan masa dan ruang kepada diri masing-masing untuk meredakan kemarahan.

4. Larangannya di langgar dengan sengaja - Isteri sengaja menguji kesabaran suami dengan melakukan perkara yang dilarang suami...

5. Dibandingkan dengan lelaki lain - Jangan membandingkan suami dengan lelaki lain, kerana setiap orang mempunyai sifat yang berbeza... Sesungguhnya Allah telah menentukan jodoh yang terbaik untuk kita...

6. Isteri tidak meminta izin - Dalam apa jua keadaan jangan membelakangkan suami. Minta izin jika ingin keluar rumah, membeli barang, membawa rakan datang ke rumah dan lain-lain... Tujuannya adalah untuk mengelakkan salah faham dan pergaduhan...

7. Isteri ambil kesempatan atas kebaikan suami

8. Isteri bermasam muka dan abaikan ibu bapa suami - Tanggungjawab isteri kepada kedua ibu bapa suami adalah sama seperti mana ibu bapa kita... So sayangilah mereka seperti mana anda menyayangi kedua ibu bapa anda.

9. Isteri ingkar perintah Allah - Jika sayangkan suami, pastikan kita melaksanakan tanggungjawab kita kepada segala perintah Allah... kerana apa jua dosa yang kita lakukan akan ditanggung oleh suami kita...

10. Enggan melayan suami

Rumahtangga yang harmoni bermula dengan hubungan suami isteri itu sendiri. Bagaimana kita mengendalikan hubungan, komunikasi, tanggungjawab, kemarahan, kesusahan, kegembiraan dan lain-lain. So, rasanya tolak ansur itu penting dalam sesebuah perkahwinan. 

InsyaAllah nanti saya sambung dengan Cara Memujuk Suami yang merajuk... Tungguuu...  

Friday, January 04, 2013

Anak Nakal, Apa Nak Buat?

Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Kerenah anak-anak memang sukar dijangka... Adakalanya mereka sangat manja, berkelakuan baik dan mendengar kata... Namun adakalanya mereka akan bertindak sehingga di luar kawalan... 

Memarahi dan mengherdik adalah tindakan yang kurang wajar dilakukan oleh ibu bapa. Tindakan itu mungkin menjadi penyebab anak-anak memberontak dan tidak menghormati ibu bapanya... So, bagaimana untuk bertindak dengan lebih rasional? Saya huraikan tips yang dipetik dari Majalah Pa&Ma, Bil. 89, Feb 2008, muka surat: 63.

1. Denda - Denda atau hukuman boleh dikenakan kepada anak-anak yang melakukan kesalahan, baik dalam bentuk perbuatan mahupun percakapan. Denda bertujuan memberikan pengajaran kepada anak agar tidak mengulangi kesalahan tersebut lagi. Contoh denda yang biasa saya lakukan adalah mengambil semula salah satu mainan yang menjadi kesayangan anak tersebut dan saya katakan padanya bahawa saya akan memulangkan semula mainan itu jika dia berkelakuan baik. Atau yang paling mudah, saya akan cakap "Mama, tak nak kawan dia lah..." Biasanya tak sampai 5 minit Faris mahupun Alisya akan datang pada saya sambil cakap "Sowi (sorry), mama..."

2. Buat Peraturan - Buat peraturan ringkas dalam bentuk lukisan mahupun tulisan yang ditampal atau digantung di dinding. Antara contoh peraturan saya kepada AF: Susu hanya akan diberikan kepada mereka setelah mereka mengemas dan menyimpan mainan di tempatnya semula. Atau peraturan lain, meletakkan pinggan dan cawan (biasanya plastik) ke dalam sinki sebaik sahaja mereka selesai makan. Peraturan-peraturan mudah sebegini boleh difahami dengan baik oleh anak-anak yang berusia seawal 2 tahun. Peraturan ini juga akan membentuk jatidiri anak-anak supaya mereka lebih berdikari, berdisiplin, rajin dan menghormati orang sekeliling.

3. Teladan - Jangan sesekali memukul anak-anak anda... Jika anda merasakan kemarahan berada tahap yang kritikal, ambil tindakan untuk bersendiri (biasanya saya kurung diri dalam bilik... dalam 10-15 minit). Ini bagi mengelakkan diri dari mengeluarkan kata-kata yang tidak baik... (maklumlah... kita dah jadi ibu ni... cakap kita tu doa... so, kena sangat berhati-hati...) Selain tu, ibu bapa juga perlu menggunakan perkataan yang baik pada anak-anak, elakkan perkataan-perkataan negatif, kerana anak-anak sangat cepat belajar meniru perbuatan dan percakapan kita...

4. Masa - Anak-anak akan mengambil masa untuk berubah, jangan mengharapkan mereka akan berubah menjadi anak yang baik sekelip mata... Berikan mereka ruang dan masa untuk perbaiki diri dengan pantauan anda. Sentiasa ingatkan atau nasihatkan mereka jika mereka masih melakukan kesalahan.

Menjadi ibu bapa yang baik bukanlah perkara yang mudah... Namun jika kita konsisten dengan apa yang kita lakukan, maka kita akan dapat mengatasi karenah anak-anak. Percayalah, apabila anak-anak telah meningkat dewasa, kita pasti merindui 'aksi nakal' mereka semasa kecil... Sekurang-kurangnya ada memori untuk kita kenang nanti... (^_^)

Sila klik untuk Tips dan Doa Melembutkan Hati Anak... Moga anak-anak kita menjadi anak-anak yang soleh dan solehah, serta berjaya di dunia dan akhirat... InsyaAllah... Amin... 


Wednesday, January 02, 2013

10 Makanan Terbaik Kehamilan


Bismillahirahmannirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Mendapatkan makanan yang sihat dan berkhasiat adalah satu kemestian bagi para ibu yang hamil. Ini bertujuan memastikan anak di dalam kandungan membesar dengan baik dan sihat tubuh badan. Selain itu, ibu juga akan mendapat manfaat (khasiat) dari apa yang dimakan. Artikel ini saya terjemahkan dari "Top 10 Pregnancy Super Food", Parenthood Magazine, Issue No. 149, May 2012, page 24.   

1. Roti mil penuh (gandum) adalah pembekal tenaga jangka panjang dan penuh dengan serat. Ia mengandungi kalsium, zat besi, vitamin B dan asid folik.

2. Hampir semua buah-buahan boleh dimakan oleh ibu yang hamil. Buah-buahan mengandungi serat dan vitamin c, mineral dan antioksidan, sama ada ia dibeli dan dimakan segar atau daripada dalam tin.

3. Makanan tenusu seperti keju, yogurt dan susu mempunyai kebaikan protein, kalsium dan vitamin.

4. Sayur-sayuran segar terutamanya yang berwarna hijau penuh dengan khasiat vitamin C, serat dan asid folik. 

5. Sumber utama karbohidrat iaitu kentang, memberikan tenaga yang berpanjangan. Ia mengandungi serat, zat besi dan beberapa vitamin. 

6. Daging dan ayam mengandungi protein, zat besi dan beberapa vitamin serta mineral. 

7. Makanan kering seperti kurma, kismis dan aprikot, penuh dengan zat besi, serat, vitamin C dan beberapa vitamin lain. Ia juga mengandungi mineral. 

8. Ikan adalah sumber yang tinggi protein - ia rendah lemak dan tinggi zat besi. Pastikan anda memakan ikan yang kaya dengan Omega-3 seperti tuna, salmon atau sardin 2 atau 3 kali seminggu. 

9. Pasta dan beras perang kedua-duanya memberikan tenaga jangka panjang serta mengandungi serat yang banyak.

10. Kekacang adalah sumber serat dan protein yang sangat baik. Makan sebagai kudapan apabila anda terasa agak lapar.  

Buat para ibu hamil di luar sana, jaga pemakanan anda bagi memastikan anda dan bayi yang di dalam kandungan mendapat khasiat makanan yang cukup sepanjang kehamilan. Jangan lupa juga untuk minum lebih banyak air suam agar anda tidak mengalami masalah kekeringan kulit. Apa yang penting, nikmatilah pengalaman sepanjang kehamilan... kerana ia sangat menyeronokkan!! (^_^)