Tuesday, December 31, 2013

Azam Tahun Baru?!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Kiri, kanan, depan, belakang orang akan bertanya tentang azam tahun baru 2014. Tak lama dah... Lagi beberapa jam dah pun masuk tahun baru... 

Jumaat lepas saya berborak panjang dengan kakak ipar saya, Kak Rozi... Hingga hampir jam 4 pagi... Maklumlah, kami jarang berjumpa, bila sekali berkumpul di Gombak... Maka banyaklah cerita yang nak dikongsikan...

Topik yang paling menarik perhatian saya adalah tentang "bagaimana nak perbaiki diri menjadi yang lebih baik di sisi Allah". Perkara yang jarang-jarang kita nak bincangkan... Betul tak?!

Saya sendiri mengaku, masih banyak yang perlu diperbaiki. Lagi banyak kami berbual, lagi banyak yang kami rasa kami perlu perbaiki. Bila kita share apa yang kita lihat, dengar dan baca, maka lagi banyak ilmu yang kita dapat...

Jika dulu masa saya belajar, azam saya adalah untuk berjaya dan beroleh ijazah, masa saya bekerja, azam saya lebih banyak menjurus kepada kerjaya... Saya rasa seperti dah terlewat menjadikan perkara-perkara di bawah ni bukan sahaja sebagai azam malah benda yang saya patut lakukan sepanjang hidup saya...


Azam 2014 saya:

1. Perbaiki tertib dan bacaan dalam solat... Kalau ada yang tanya... "La kan dah solat 30 tahun lebih dah... apa masalahnya?!" - Saya tak tahu orang lain... Tapi untuk diri saya sendiri, saya rasa lagi saya baca, dengar dan lihat tentang solat, lagi banyak yang saya perlu perbaiki. Saya suka membaca, saya suka tengok rancangan islamik di TV maka sebab itu saya sedar bahawa banyak lagi yang belum sempurna dalam solat saya dan saya cuba untuk perbaikinya...

2. Belajar Quran (Tajwid) dan Tafsir Al-quran - Saya tahu bab ini lebih afdal jika berguru... Akan usaha cari... buat masa sekarang saya belajar melalui mana-mana medium yang boleh diakses. (teringat pula masa belajar mengaji dengan arwah ayah... sampai meleleh air mata...)

3. Perbanyakkan zikir dan selawat ketika melakukan kerja-kerja rumah: ketika vakum, ketika basuh pinggan mangkuk, ketika sidai dan lipat baju, ketika memasak dan kiranya setiap masa... Anda pasti teruja membaca kelebihan berzikir di sini... Bahagianya jika kita ingat pada Allah, dan Allah juga ingat pada kita...

4. Tingkatkan ilmu tentang fiqh wanita - Yang ini pun satu lagi perkara yang saya rasa sangat-sangat penting... Wanita adalah golongan yang paling mudah untuk masuk syurga, jika... (saya ambil petikan dari sini)


Apabila seorang wanita shalat lima waktu dan puasa ramadhan dan menjaga kesuciannya serta mentaati suaminya katakanlah kepadanya masuklah ke dalam syurga dari mana saja yang dia inginkan.” 
(Shahihul Jami’ li al-Albani, 660).


Apa yang kita perlu faham tentang wanita? Saya pun masih lagi dalam proses belajar... tentang wanita merangkumi: aurat, haid, nifas, wiladah, istihadah, iddah, emas, harta, menjaga dan mendidik anak perempuan, ibu tunggal, bagaimana jika berlaku penceraian, zakat dan pelbagai lagi isu tentang wanita. Anda boleh baca di sini atau Like Page ini... Banyak info yang boleh dibaca untuk menambah ilmu.

5. Perbanyakkan sedekah dan mengajar anak-anak untuk sedekah - perkara ini saya cuba nak terapkan pada anak-anak, tentang mengasihani dan membantu orang lain... Selain tu saya juga nak didik hati saya untuk sedar bahawa apa yang saya dan suami dapat, di dalamnya juga ada milik orang lain... (insya Allah saya buat entri lain pasal anak-anak dan sedekah)

6. Perbanyakkan menonton, mendengar dan membaca buku-buku dan majalah-majalah islamik (majalah Al-Ustaz dan Solusi adalah antara majalah islamik kegemaran saya) - so saya akan cuba kumpulkan setiap keluaran yang saya tertinggal... 

7. Berkongsi ilmu - Saya masih nak teruskan berkongsi ilmu dan buku-buku motivasi/islamik (mini giveaway) dengan pembaca blog saya... Insya Allah apa jua ilmu yang saya dapat dan bermanfaat, saya akan cuba kongsikan di blog ini...

Moga segalanya dipermudahkan Allah... Selamat tinggal segala kenangan tahun 2013... Moga 2014 dan tahun-tahun berikutnya saya dan para pembaca blog ini akan menjadi insan-insan yang dekat di sisi Allah... Amin...


Salam Tahun Baru 2014, sahabat... 
Salam sayang buat semua...


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, December 22, 2013

Respon Komen Yang Ditinggalkan Fiza dan Niesa :P

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah respon (menjawab kepada persoalan) kepada komen yang ditinggalkan oleh rakan blogger dalam entri-entri Hello Kitty Town sebelum ini.

sharingiscaring-fiza.blogspot.com

http://niesa-lovecrew.blogspot.com/

Untuk info rakan-rakan blogger... Segala aktiviti yang ada di Hello Kitty Town, adalah telah termasuk dalam kos tiket masuk yang dibayar iaitu RM85/seorang.


Ini adalah aktiviti yang boleh dilakukan secara PERCUMA!
Cookie Studio... Cookie yang telah siap di deko, boleh terus di makan atau
dibawa pulang... *aktiviti ini telah termasuk dalam bayaran tiket masuk*
Jewellery Making... Gelang dan loket yang telah dipilih boleh terus dipakai pengunjung
untuk dibawa pulang...*
aktiviti ini telah termasuk dalam bayaran tiket masuk*
Costume Dress Up... Pengunjung boleh memilih satu baju daripada 4 karakter
Hello Kitty untuk dipakai dan bergambar... Jika anda membawa kamera sendiri,
tiada bayaran dikenakan untuk aktiviti ini...


Termasuklah aktiviti di Nail Studio juga FREE (kami tak buat aktiviti ni, sebab mereka menggunakan pengilat dan pewarna kuku kekal...)

Walau bagaimanapun, sepanjang anda berada di Hello Kitty Town, akan ada photographer mereka yang berkeliaran dan akan mengambil gambar anda dan family secara rawak... Gambar yang diambil oleh photographer akan disimpan di dalam tiket masuk yang dipakai di pergelangan tangan pengunjung.  

Jika anda berminat dengan gambar yang diambil oleh photographer , anda bolehlah membeli gambar tersebut di kaunter gambar yang disediakan.

Untuk rekod, sekeping gambar harganya adalah RM30 (diletakkan dalam frame Sanrio Hello Kitty Town) atau anda boleh membeli secara pakej, 3 keping gambar dengan harga RM50 (frame dan magnet).

Dalam banyak-banyak gambar yang photographer mereka ambil, kami hanya
beli yang ini buat kenangan...

Pautan ke entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)
4. Hello Kitty Town (Final) 

The Little Big Club

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Jika di Tingkat 1, kami telah melihat semuanya yang cute tentang Hello Kitty, di Tingkat 2 dan 3 pula terdapat pelbagai lagi permainan yang semestinya menarik minat anak-anak sebaya AF saya. Ada Bob The Builder, Pingu, Angelina Ballerina, Barney dan Thomas & Friends. Tempat ni dipanggil The Little Big Club.

Kebetulan kami naik ke tingkat atas tu ada persembahan Barney...
Ini tempat Barney... comel tempat ni... Alisya request 'bilik belajar'
macam ni... Adeh!

Beria AF nak bergambar dengan maskot Pingu ni...
Tapi lepas snap gambar tu Alisya tanya "Kenapa dia tak peluk adik?"

Alahai tangan maskot tu memang tak bergerak pun... Tak pe la...
Meh mama peluk adik...
Faris kalau dapat game memang leka dibuatnya...
Kiosk makanan kat sini mahal betul... Sabar je la... Patut la saya nampak
ada pengunjung yang sorok-sorok bawa roti dan junk food...
Tingkat atas ni memang banyak game... Faris dari satu game ke satu game
dia main... Alisya tak suka main game... so setialah dia jadi model mama... :)
Angelina Ballerina... Alisya malu pulak bila suruh buat macam patung tu...
Bila saya suluh kamera...malu-malu alah je nak pose...
Tapi bila tak suluh kamera... sibuk buat aksi comel...
Faris first time main bumper car... Dia pelik kenapa semua orang langgar dia...
Siap muka cuak lagi... hehe
Alisya dan abah di pintu masuk The Little Big Club... Ni gambar nak balik
dah ni...

Maka berakhirlah cerita jalan-jalan kami di Hello Kitty Town dan The Little Big Club... Memang moment yang happy buat dua beradik ni. Balik dulu sebelum teruskan perjalanan ke Legoland esoknya (21 November 2013).

(Sila bertabah dengan entri dah basi yang baru nak publish ni...)

- - - - - - - - - -

Sedikit info tentang percutian kami di Hello Kitty Town:

  • Tiket masuk ke Hello Kitty Town dan The Little Big Club, kami ambil melalui pakej Hotel Tune (tempat penginapan kami) harga tiket adalah RM80 seorang (dewasa dan kanak-kanak) Jika tidak harga biasa untuk kedua-dua tempat itu adalah RM110 seorang atau harga MyKad RM85 seorang... Kami jimat RM20. Atau anda boleh dapatkan tiket online di sini...

http://www.playtime.com.my/ticket-prices

  • Dibuka setiap hari (Isnin-Ahad) jam 10 pagi hingga 6 petang, termasuk pada hari cuti sekolah dan cuti umum.
  • Jarak ke Hello Kitty Town dari Hotel Tune adalah lebih kurang 16 kilometer.
  • Alamat: Persiaran Puteri Selatan, Puteri Harbour, 79000 Nusajaya, Johor.


Pautan ke entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)
4. Hello Kitty Town (Final) 


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Saturday, December 21, 2013

Hello Kitty Town (Final)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Ini adalah dua tempat terakhir yang terdapat di Hello Kitty Town, Hello Kitty Black Wonder dan Costume Dress Up & Photo Studio.

Di Hello Kitty Black Wonder, pengunjung perlu menyelesaikan beberapa puzzle
kononnya untuk menyelamatkan Hello Kitty yang terperangkap...
"Best... Jom masuk,selamatkan Hello Kitty!"
Disebabkan suasana yang suram AF sangat takut...
tak lama kami dalam ni..
Antara puzzle yang perlu diselesaikan...


Sempat juga singgah di bilik terakhir iaitu Costume Dress Up & Photo Studio... Alisya yang paling excited nak pakai baju My Melody... 

Tengah bersiap-siap nak bergambar...
Ada pelbagai baju karakter Hello Kitty...
Kami pakai yang ni sebab Alisya yang nak...

Maka dengan ini berakhirlah kisah di Level 1, Sanrio Hello Kitty Town. Kejap-kejap lagi saya update apa yang ada di tingkat 2 dan 3 pula (The Little Big Club)... 

Pautan pada entri berkaitan:
1. It's Hello Kitty Town
2. Hello Kitty Town (Part 2)
3. Hello Kitty Town (Part 3)

 
Nota kaki: Mood mengupdate kisah-kisah yang dah basi... Seronoknya line Celcom di Gombak ni... laju betul!!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


CPUV, Thank You Nuffnang.. :D

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Lama dah rasanya tak update pasal CPUV... Ini adalah CPUV saya yang ke 20, 21 dan 22 (secara total). 

Kiranya, ketiga-tiga ni adalah CPUV yang 1, 2 dan 3 untuk bulan Disember... Alhamdulillah syukur... Thank you, Nuffnang :D


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, December 17, 2013

Barakallahufiq Pak Anjang!! :D

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Pagi tadi lepas saya hantar ucapan birthday melalui WhatsApp pada abang saya... Saya terus beritahu Faris dan Alisya... Yang hari ni birthday Pak Anjang mereka... 

Saya: Hari ni birthday Pak Anjang tau!

Faris: Hari ni ke? 

Saya: Ha ah... Hari ni 17 Disember...

Alisya: Pak Anjang ada kek tak?

Faris: Mestilah ada kek... Eh tapi... kalau Pak Anjang ada kek... Siapa nak nyanyi lagu Happy Birthday?

Alisya: Pak Usu la... ngan Mak Ngah sekali...

Faris: Eh boleh ke? Tak boleh la... Anak-anak je boleh nyanyi lagu Happy Birthday... (nyanyi lagu Happy Birthday sambil tepuk-tepuk tangan)

Alisya: Jom mama!

Saya: Nak pergi mana?

Alisya: Pergi rumah Pak Anjang la... 

Faris: Ha ah... Pergi rumah Pak Anjang dulu... Lepas tu nyanyi lagu Happy Birthday... Lepas tu balik rumah kita balik... 

Saya: Hah?! Tak payah... Ucap kat telefon pun boleh... (sambil tekan button audio di WhatsApp untuk rekod mesej dari Faris dan Alisya)

Faris rekod: Pak Anjang... Happy Birthday Pak Anjang...

Alisya rekod: Pak Anjang, Pak Anjang ada kek tak?

Anak-anak begitulah... Sambutan hari jadi memang sinonim dengan adanya kek... Sebab tu kalau kata birthday siapa-siapa, soalan pertama mesti tanya ada kek ke tak... Padahal dorang bukan suka sangat makan kek pun... >_<

Apapun, moga abang saya panjang umur, sihat selalu, dan sentiasa dimurahkan rezeki... Amin...
Abang saya bersama anak-anak saudara... sweet pula gambar ni...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Thursday, December 12, 2013

Hello Kitty Town (Part 3)

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Selain Hello Kitty House dan Cookie Studio, satu lagi tempat yang menarik adalah Jewellery Making. Tapi bukanlah betul-betul 'bertukang' buat barang kemas tu kan... 

Simple je, untuk asah motor skill anak-anak. Pengunjung dibekalkan seutas gelang dan pelbagai loket pilihan. Pilih satu loket dan masukkan dalam gelang yang diberi, kemudian pakai... Siap! >_<

kusyuk pilih loket...
sekarang masukkan...

Aktiviti tak mencabar untuk Faris... :p
Alisya tetap happy buat apa pun... :)



Yang kiri sekali tu saya punya, tengah Faris punya, kanan sekali encik hubby. Yang bawah tu Alisya punya... Tapi sayang loketnya dah hilang... tercicir masa dia buka gelang tu... Kesian...


* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, December 11, 2013

Wordless Wednesday #44



Buku ini dihadiahkan oleh seorang rakan (tak ingat kawan saya atau kawan Encik hubby) pada hari perkahwinan kami, tahun 2006. Buku ini adalah penyeri rak buku saya, juga antara buku wajib baca setiap kali saya balik Gombak. 

Terima kasih kepada yang menghadiahkan saya buku ni... Moga anda juga akan peroleh ganjaran apabila setiap kali saya membaca dan mengamalkannya... Terima kasih kawan!  。^‿^。

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Hello Kitty Town (Part 2)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sambung semula cerita di Hello Kitty Town... Aktiviti yang seronok dibuat oleh AF ketika berkunjung ke Hello Kitty Town adalah di Cookie Studio. 

Di sini setiap pengunjung dibekalkan dengan sekeping cookie yang telah siap dibakar. Apa yang perlu dibuat adalah mendekorasi cookie tersebut, seperti dalam gambar ni...

Yang ni dah tentu hasil kerja mama AF :p

Faris paling bersemangat dan paling teliti membuatnya. Tengok la tu... Tak pandang kiri kanan dah... yang penting fokus... Bila dah siap, baru la tersengih-sengih cakap dia punya cantik...  :p

Tekun... Syyhh jangan kacau...
Kejap.. kejap... sikit lagi nak cantik...
Ok siap... akhirnya baru dia puas hati...

Alisya?! Sedih sebab dia punya cookie dah tak cantik dah... Tapi ok la, dia tetap enjoy hiaskan cookie tu... Alisya cakap, "adik pandai buat biskut ni mama... tapi tak cantik..." Alahai, tak pe sayang... yang penting Alisya boleh buat...

Boleh la dari tak buat langsungkan...?!

Menariknya cookie ni bila dah siap dideko... boleh la dimakan... kalau tak nak makan pun, mereka akan bungkuskan dalam plastik kecil untuk di bawa pulang... 

Tapi kami semua makan je di situ... Mula-mula Faris tak nak makan, katanya dah buat cantik-cantik kenapa nak makan...  >_<   Dah namanya cookie kan... Memang la untuk dimakan... :p Akhirnya dia makan juga...

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Tuesday, December 10, 2013

Info Hentikan Push Messages

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Setahun lebih yang lalu saya ada menulis entri tentang caj melampau yang dikenakan oleh Celcom pada saya. Saya percaya perkara itu masih lagi berlaku sekarang ni... 

Sebab bila saya check keyword yang dicari oleh pelayar internet, ada je yang cari info ni tentang nak hentikan push message ni...


Push message ni adalah, iklan yang dihantarkan ke phone seseorang melalui line carrier (Celcom, Maxis dll) yang kita pakai. Dah nama pun push message, maka mesej-mesej yang diterima melalui telefon tidak disubscribe, oleh penerima. 

Lebih parah lagi, apabila mesej itu dihantar ke telefon anda dan andalah yang kena menanggung cajnya. Biasanya satu push message berharga RM3.00 ke atas (ada yang dapat push message ni berharga RM10 satu!!

Lebih memeningkan kepala, apabila push message yang masuk bukan satu, malah berpuluh-puluh mesej satu hari... Ini akan menyebabkan caj bulanan telefon anda (bagi yang pakai line/bil) boleh mencecah ratusan malah ribuan ringgit!!!


Thanks pada ummu basyir yang sudi tinggalkan komen di entri saya yang lepas. Saya pun terlupa nak share cara saya selesaikan masalah ni... Basically, cara yang saya buat dulu sama dengan komen yang ditulis ummu basyir...

1. Call center line carrier anda, dapatkan nombor yang selalu hantarkan push message tu.


2. Kemudian, taipkan STOP ALL atau STOP PLAY ke nombor-nombor yang anda dapat dari center.


* kalau dapat petugas yang baik  masa anda call center tu... mereka akan minta nombor dibelakang sim card anda dan cancel semua push message yang masuk ke telefon anda. 

Sesiapa yang mempunyai masalah ini mohon segera diselesaikan... sebab selagi anda tak hentikannya, anda akan terus mendapat mesej-mesej tersebut dan menanggung caj yang tidak munasabah!

Moga entri ini bermanfaat buat anda... 


Monday, December 09, 2013

Sentuhan Hafiz Hamidun - Sinar Firman (Sout el-Etiqa)

Bismillahirrahmannirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Saya baru tahu yang team nasyid adik bongsu saya jadi juara dalam Pertandingan Takaful Nasyid Ukhwah mewakili Maybank Etika, pada 20 November lalu. Wah, tahniah... tahniah!   >_< (kalau adik saya tak belanja makan malam Sabtu lepas sure sampai ke sudah saya tak tau...)

Lagu yang mereka nyanyikan ni adalah lagu baru ciptaan Hafiz Hamidun. Tak sangka Hafiz Hamidun nak kasi lagu baru kat team Maybank Etiqa. Kira rezeki lagu baru la ni... Alhamdulillah rezeki... Tahun lepas mereka dapat nombor 2, tahun ni JUARA!! Tahniah, tahniah...

 
  
Secara ringkasnya lagu Sinar Firman ini adalah lagu memuji keagungan Al-Quran yang diturunkan Allah kepada kita... Al-Quran lah petunjuk jalan hidup setiap insan, tanpa mukjizat ini, pasti kita dalam kesesatan... 

Ucapan tahniah dari Hafiz Hamidun buat Sout el-Etiqa melalui FBnya... 


Jom dengar lagu sentuhan Hafiz Hamidun... 



Nota kaki: Macam best je... Maybank Etiqa ni selalu ada aktiiviti untuk staff participate... Ada yang tanya adik saya yang mana satu... Adik saya yang main vocal...  

Entri berkaitan (Ashrap):
Saguhati Pun Tak Pe... 
Biarpun Mak Ayah Tiada, Kami Tetap Ziarah
Akhirnya Dapat Juga Rasa...
 
* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Sunday, December 08, 2013

Haih!

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Dah seminggu lebih line broadband sangat slow di rumah saya... So dah seminggu lebih juga saya hanya membaca pelbagai buku, novel dan majalah yang ada dalam simpanan saya... Dah habis, ulang lagi... dah habis, ulang lagi... dan lagi... dan lagi... dan lagi...

Sepanjang masa tu juga saya hanya boleh intai internet, melalui phone saya... skrin yang kecil buat mata saya keletihan... Sepanjang masa tu juga asik bergaduh dengan Adam Faris yang mengamuk bila disuruh membaca buku... Meraung, menangis dan akhirnya muntah... Hai la anak... cuti sekolah, buku pun cuti ye...? Sabar je la... 

Ketika entri ini ditulis, saya ada di Gombak... Broadband laju... Tapi saya pula yang terkebil-kebil... Tak tahu nak mula dari mana... Akhirnya tulis entri ni dan sambung baca buku lagi... Haih!

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Wednesday, November 27, 2013

Wordless Wednesday #43


Kisah percutian anak-anak yang masih tertangguh... Ada kerja lain yang terpaksa saya selesaikan dulu... Selesai kerja saya nanti akan update ya... Thanks pada mereka yang nak tahu dan menunggu kisah percutian anak-anak di Hello Kitty Town dan Legoland... Maaf sedikit lewat mengupdate kisahnya... 

 * * * 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


Monday, November 25, 2013

It's Hello Kitty Town! (^_^)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Percutian yang tidak dirancang dan tiada persediaan awal... Encik hubby rupanya ambil cuti seminggu (last week) untuk habiskan cuti tahunan dan bawa kami jalan-jalan. Tiba-tiba je encik hubby packing baju AF dan cakap nak ke Hello Kitty Town. 

Terus saya cakap, "Hah?! Biar betul nak tidur mana? Kena la booking hotel dulu." Terus encik hubby suruh saya online dan tengok hotel mana yang dekat nak ke Hello Kitty dan Legoland. 

Mujur ada Tune Hotel yang turut menawarkan penginapan sekali dengan tiket ke Hello Kitty Town. Tiket ke Legoland pun ada... tapi kami decide untuk beli sendiri di kaunter Legoland sebab ada keratan kupon yang kami ambil dari biskut Oreo.

Kunjungan kami ke Hello Kitty Town adalah pada 20 November 2013, yang mana sempena hari lahir encik hubby. Kesian 'birthday boy' tu kena ketuk dek anak-anak yang nak beli mainan... (^V^)

Tentunya Alisya Farha la yang paling seronok... si peminat Hello Kitty ni... Baju yang dia pakai tu pun ikut tema tau!!  (^_^)


Tiket masuk ke Hello Kitty yang saya beli sekali dengan Tune Hotel adalah RM85 seorang. Harga untuk kanak-kanak sama je dengan harga tiket dewasa. Tapi oklah... Pengalaman yang menarik untuk AF saya kenang.

Masa di pintu masuk tu saya diberikan kad sebesar poskad ini untuk rekodkan tempat atau aktiviti yang telah sertai... Bagus juga sekurang-kurangnya kita akan tahu tempat atau aktiviti yang kita tak buat lagi...

Bahagian depan kad aktiviti
Bahagian belakang kad aktiviti
Di bahagian belakang kad ada 6 tempat untuk dilawati dan aktiviti yang boleh dilakukan... kalau perasan ada satu yang tidak bercop. Nail salon, kami singgah dan sempat mengintai salon tu... nasib baik dimaklumkan bahawa mereka menggunakan pewarna kuku yang kekal. Jadi kami pun tak buat la... Kalau dia pakai water color, harus la main conteng-conteng kuku dengan AF... hehe

Berikut adalah gambar-gambar dalam Hello Kitty House: Rumah yang super cute... Bukan Alisya je yang suka... Mama dia ni pun suka...!

Suka sangat la AF saya ni...
Dalam rumah ni pun ada beberapa buah komputer untuk anak-anak...
Simple quizzes...
Cantik set meja makan ni... comel je...



Alisya siap cakap, "Adik nak bilik macam Hello Kitty ni boleh tak mama?"
Alahai anak...
 



Bilik yang ni pun cute juga...
Ok jangan kacau saya tengah berangan :p

Nota kaki: Alahai banyak pula gambar nak share... sambung kemudian la yea? :p

* * *
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.