Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Friday, March 30, 2012

Saguhati Pun Tak Pe...

Bismillahirahmannirrahim...
Assalamualaikum & salam ziarah,

Entry ini telah sebulan lebih diperap dalam draft. Baru hari ni berkesempatan update. Itupun setelah saya berkesempatan menonton sendiri video adik saya dalam pertandingan Maybank Idol 2012, yang diadakan di PWTC pada 25 Februari lalu (melalui pendrive miliknya)

"Yap dapat saguhati je..." SMS yang saya terima dari kakak saya lewat malam 25 Februari tu. (Oh, Yap adalah nama manjanya :P nama betulnya Mohd Ashrap... dan rakan-rakan memanggilnya Bob)


"Ala tak pe la... saguhati pun... Ada hadiah tak saguhati?" reply saya pada kakak saya.

"Dapat duit RM500," balas kakak saya ringkas.

"Oh... ok sangat la tuh... Ok apa... Dah la dapat sponsor tidur hotel bagai... layanan macam artis, pergi kelas vokal... perform depan orang ramai lagi... dewan PWTC pulak tu... Ok la tuh..." reply saya panjang lebar. 



Ini adalah video semi final yang melayakkan Yap ke final Maybank Idol 2012. Boleh la layan kejap :p 







Pertandingan Maybank Idol diadakan setiap tahun dan melibatkan staf dari semua cawangan Maybank di dalam dan luar negara... So, macam pertandingan ni bertaraf antarabangsa la.. ye dak? Ibaratnya...

Mengikut kata Yap, dia tak nak pun masuk pertandingan ni... tapi disebabkan desakan dan permintaan rakan-rakan dia pun cuba la penuhi... dan tak sangka pulak sampai ke final. (Yap antara orang harapan untuk menaikkan nama anak syarikat Maybank - Etiqa

Masa final tu Yap bawa lagu Ghazal Untuk Rabiah. Oh ya, ada 6 orang finalists, tapi semua perempuan melainkan Yap seorang lelaki... :P Finalists perempuan mewakili Maybank.

Seramai (kurang lebih) 3000 penonton (dikalangan staf Maybank dan anak-anak syarikatnya) pada malam tersebut. What?! 3000?! Saya berdepan dengan ex-students saya yang 80 orang dalam satu majlis pun ketar kaki... Inikan pula 3000 orang...Sesiapa yang dapat berdepan dengan keadaan yang seumpama ini... Memang salute la... Bukan senang tau nak berdepan dengan stage fright!

Apa? Nak tengok performance Yap di final? Alamak saya masih belum dapat memujuk Yap untuk bagi saya copy video tu dari pendrivenya... nanti la saya usahakan lagi... Dalam YouTube tak de pulak.. : Sebab video atas tu saya cilok dari YouTube je :P

Apa pun, tahniah untuk Yap... Walaupun dapat saguhati je... tetap membanggakan staf-staf Etiqa lain. Kenangan tu... Kita kena rebut peluang... sebab peluang tu mungkin hanya datang sekali... 

Till the next post.... Daaa... Kalau anda nak tengok Juara Maybank Idol 2012, boleh search di YouTube... Syaifaana dengan lagu Siti Nurhaliza... Suara dia memang best!

12 comments:

  1. jom singgah blog diera ramai2.tambah kenalan. follow me, i'll follow u back :D

    ReplyDelete
  2. ok lah tu.. rm500.. banyak oo..:)

    ReplyDelete
  3. shark: salam perkenalan :D

    diera: insyaAllah nanti singgah...

    gnesop.com: ok lah kan?

    anisa: RM500 byk tu...

    ReplyDelete
  4. 500 tu..bnyk kot..

    psstt:salam kenal kakak..

    ReplyDelete
  5. iEyLa: kan....... heheh salam kenal juga... :D

    ReplyDelete
  6. hihihi... kakak dia ni pun tak dpt... takkan nak bagi syanur :P

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah, daripada tak dapat apa :)

    ReplyDelete
  8. Tira: bestkan kalau tmpt kerja kita buat pertandingan cam ni gak? :P

    Lily: kan?!? hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...