Nuffnang Ads

Agoda Ads

Saturday, March 03, 2012

Santai di Zoo Melaka

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum & salam ziarah,

Hi bloggers! Moga anda sihat-sihat saja dan sentiasa dilindungi oleh Allah... Pada siapa yang tak sihat tu... Jangan lupa makan ubat agar anda segera sihat dan boleh menjalani kehidupan seperti biasa... :D

Ok.. mungkin saya dah boleh start bercerita tentang tempat-tempat riadah yang terdapat di Melaka ni... So, sesiapa yang berhajat nak ke Melaka, mungkin boleh dapat sedikit sebanyak info.

Di sini memang banyak tempat-tempat menarik untuk dikunjungi. Memang sesuai untuk membawa anak-anak bersantai... 

Dari kelmarin Faris cakap nak pergi Zoo... katanya nak tengok harimau... So, kebetulan semalam En hubby off, makanya lewat petang semalam kami pun pergi la ke Zoo... Faris nampak sangat teruja! 

Apa yang tak bestnya, hari kami berkunjung ke sana... Tram (keretapi) zoo tersebut sedang di perbaiki... so, terpaksalah kami berjalan kaki dalam Zoo yang serba luas tu! Memang lenguh kaki dibuatnya... Dan bermandi peluh... Tapi oklah... seronok juga...



Sedikit info tentang Zoo Melaka:

Ia terletak kira-kira 13km dari Bandar Melaka. Ia merupakan Zoo kedua terbesar di Malaysia selepas Zoo Negara. Zoo Melaka meliputi 54 ekar dengan lebih 1200 haiwan dari 200 spesis yang berbeza. Ia juga Zoo pertama di rantau ini, mempamerkan Badak Sumatra dan Seladang yang dikatakan terancam dan semakin pupus. Zoo ini dibuka setiap hari bermula jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang. 


Melaka Night Zoo juga dibuka untuk kunjungan, pada setiap hari Jumaat dan Sabtu (juga pada musim cuti sekolah) bermula jam 8.00 malam.

Bayaran masuk adalah seperti berikut:
Dewasa                                         RM10 
Kanak-kanak (3 tahun ke atas)     RM5
Kanak-kanak (bawah 2 tahun)     Percuma

Ok jom tengok gambar-gambar yang sempat saya snap... 

Kami ke Zoo Melaka... Yey!!

Faris sangat takut ambil gambar di luar kandang binatang-binatang ni...
"Dia keluar nanti makan Ayies...." katanya... imaginasinya sangat tinggi :p

Oh, mereka sangat penat berjalan tapi mereka sangat seronok...





Kepada mereka yang singgah di Melaka, jangan lupa berkunjung ke Zoo Melaka!! OKlah, puas hati juga... so boleh la rakan bloggers singgah ya.. :D


3 comments:

  1. murah lg tiket zoo melaka eh..zoo negara mahal..beza rm10 tu..

    nnt nk pegi zoo melaka pulak :)

    ReplyDelete
  2. yayafella: tiket zoo negara utk dewasa RM20?? ooo mahal juga yek...

    ReplyDelete
  3. zoo melaka lebih murah harga berbanding zoO negara

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...