Friday, July 18, 2014

Adam Faris, 7 Tahun...

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam 20 Ramadan,

Alhamdulillah semalam merupakan hari lahir ke-7 buat anak sulung saya Adam Faris... Memang rasa sekejapan masa berlalu... Baru je rasa ditimang-timang, diagah-agah... sekarang dah pun 7 tahun...

Bila nurse letakkan Adam Faris di atas perut saya sementara doktor memotong tali pusat, tiada kata yang terucap... Terkejut... Gembira... Takut... Macam-macam perasaan ada... Ingat lagi bagaimana menggeletarnya tangan saya ketika nak menyentuh Adam Faris yang masih berdarah di atas perut saya... Sayu... Juga excited.

Muka dah kuning...
Esoknya warded...
Bila Faris di masukkan semula ke hospital kerana demam kuning yang sangat tinggi... Saya jadi tak tentu arah... Bayangkanlah, 6-7 biji lampu dipasangkan ke arahnya... Kulitnya menjadi semakin kering... Kakinya pula tah berapa kali dicucuk, untuk di ambil darah, setiap hari... Melihatnya menangis, tapi saya tak dapat nak pujuk...


Saya masih ingat... ketika Dr Kishore, (Paed) Hospital Tawakal, Kuala Lumpur, maklumkan jika paras kuning Faris tidak turun, mereka terpaksa menukar darah... Masa tu, saya menangis teresak-esak... Manakan tidak, dia anak sulung saya... 

Pengalaman pertama saya menjadi ibu... Melihatnya berpanas di bawah cahaya biru, dengan kulit yang sangat kering... Hati ibu mana yang tidak sedih... Memegangnya pun baru beberapa kali... Sepanjang dia di bawah cahaya biru, hanya sekali dua saya dapat menyentuh dan menyusukannya... Selebihnya, dia hanya berbaring dan menyusu hanya melalui botol. Semuanya macam baru lagi berlaku...!!
Ketika Faris masih dirawat...

Alhamdulillah, 7 tahun dah sekarang... Melihatnya membesar adalah satu pengalaman indah buat saya...  

Sekarang dah jadi kawan gaduh... kawan merajuk... kawan belajar...  


Sesekali tersentap dengan kata-katanya... Saya dapat rasakan bagaimana frustnya Faris ketika belajar... Terhibur melihatnya dalam acara sukan ketika di Tadika tahun lepas... dan melihatnya beraksi di pentas ketika majlis Konvo Tadikanya... 

Seperti biasa setiap kali hari lahir anak-anak, kami beri pilihan untuk mereka memilih hadiah. Faris sejak akhir-akhir ni memang sangat obses dengan jam tangan... Asal jumpa jam tangan yang nampak cantik di matanya, dia minta dibelikan...  

So, encik hubby gagah carikan jam untuk Faris... Lastnya, dia pilih yang ni... nak tahu harganya berapa? Cuma RM15.00... hahaha... Bila encik hubby tunjuk jam Baby-G (dengan harapan jam tu tahan lama sikit... tak  de la selalu bertukar...), dia kata, "yang ni mahal... Faris nak yang tadi tu je... 15 ringgit je...!" Sebenarnya, jam Baby-G tu tak de gambar Transfomers... :p


Jam tu siap boleh cabut dan jadikan robot... sebab tu la dia nak sangat jam tu... apa-apa la Faris... asalkan happy...

Moga Adam Faris sentiasa di bawah lindungan Allah S.W.T... Diberikan kesihatan yang baik... Mudah menerima ilmu yang diajarkan oleh guru-gurunya di sekolah... Sentiasa dimurahkan rezeki dan menjadi anak yang soleh... Amin... 

Nota kaki: Sedih mendapat berita tentang #MH17... Trauma #MH370 masih belum pulih... kini MH17 pula... Tahun yang amat sedih bagi rakyat Malaysia... Moga mereka tenang di sana... Perginya mereka dalam keadaan begitu... Kita?! 

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


28 comments:

  1. Happy belated birthday to Faris...
    Kalau tgk badan Faris yg sihat skrang, tak sangka dia pernah mengalami kuning yg sgt tinggi...
    Faris sebaya Aisyah rupanya... Bulan depan pula Aisyah akan cukup 7 tahun..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah betul nur.. semua org ckp mcm tu... kalau tgk badan, tak sangka faris kuning trk dulu... la... sebaya rupanya aisyah dgn faris... tapi nmpk aisyah kecik molek je... heheh

      Delete
  2. happy belated birthday adik faris..^_^

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday Faris!! yang lahir bulan July ni mmg awesome. *tetiba*

    ReplyDelete
  4. Wah! dah besar dah Adam Faris... tengok badan pun memang dah besar macam orang dah 9 10 tahun jer...
    Selamat hari jadi sayang...semoga sehat selalu dan semoga jadi anak yang soleh dan taat kepada ibu bapa yer...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin... amin... tq bunda... hihihi faris kalau cari baju... mmg saiz budak 9-10 tahun... hehehe

      Delete
  5. happy belated birthday faris!
    auntie memang dah jatuh cinta dengan keletah kamu sejak dok
    follow blog mama kamu ni =)
    apapun auntie doakan semoga kamu panjang umur dan sentiasa
    jadi anak yang soleh
    jangan lupa papa dan mama yang selalu berkorban untuk
    kebahagian kamu dan alesya
    salam sayang dari auntie yang jauh di klang =)

    ReplyDelete
  6. happy birthday faris. be a good boy :-)
    sebaya dgn syuhada, anak ke2 aida...

    ReplyDelete
  7. Tiada Kad Pengganti diri untuk anakanda Nora Karim...hanya ucapan dialam maya dari bunda ...
    ...SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI...MAAF ZAHIR BATIN...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala... syahdunya baca ni... tq bunda... Selamat Hari Raya juga buat bunda...

      Delete
  8. wahh dh besarnyer anak bujang mak tuu., ehhhee

    ReplyDelete
  9. happy belated birthday tuk Farish..moga jadi anak yg soleh.. :)

    ReplyDelete
  10. happy belated bestday boy.. dah makin besar dia.. baiknya pilih hadiah yg murah².. semoga menjadi anak yg soleh..

    ReplyDelete
  11. Hi saya dah follow blog ini...

    ReplyDelete
  12. Asslmkm sis..tu la kenangan berhrga sepanjang besarkn seorng zuriat kn..

    ReplyDelete
  13. selamat hari lahir buat faris.dh besar anak bujang akak ye..

    akak..
    selamat hari raya
    maaf zahir batin dari saya andai pernah terkasar bahasa atau mngguris perasaan akak spnjng singgah mengomen di sini..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu la QR.. kejap je masa berlalu...

      Sama la... mohon maaf zahir batin juga... salam aidilfitri QR

      Delete
  14. happy belated besday adam faris..cepat betul masa berlalu.sedar2 anak bujang dah besar

    ReplyDelete