Nuffnang Ads

Bookcafe (^_^)

Agoda Ads

Wednesday, November 13, 2013

Sekitar Konvo AF: Lakonan Hadis

Bismillahirrahmanirrahim 
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Entri sambungan Majlis Konvokesyen Faris Ahad lepas.

Faris terlibat dalam dua persembahan lakonan hadis. Yang pertama sebagai pelakon dan yang kedua sebagai pembaca hadis. (sayangnya saya tak rekod yang ini... just ada snap beberapa keping gambar...)

Lakonan 1: Faris sebagai anak nakal, budak perempuan tu sebagai mak Faris, budak lelaki tu (Hafizudin) sebagai pembaca hadis.

Hadis: Syurga di bawah telapak kaki ibu.
Ibu buat bekal untuk Faris bawa ke sekolah...
Faris ambil bekal tu dan terus merasa makanan tersebut...
Lepas rasa, patutnya Faris kena campak bekal tu dan cakap "ah, tak sedap!"
dan tolak ibunya tu...
Tapi sebab nervous kot... lepas rasa makanan dia pandang cikgu...
macam... "eh lepas ni buat apa?" (^V^)
Masa dia campak bekas tu, dia sendiri pun terkejut... saya dengan encik
hubby bantai gelak kat belakang...

Ni lepas dia dah tolak ibunya (nampak tak ibu tu dah terbaring di sebalik
bunga telur tu...) dan Hafizudin baca hadis tersebut
(dalam Arab dan Melayu)...
(^_^)

Lakonan 2: Faris sebagai pembaca hadis, Atif (baju biru), Hafizudin (baju hijau).

Hadis: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang kedekut.

Atif: Hafizudin awak bawa apa? Nak sikit boleh?
Hafizudin: Tak boleh! Ni saya punya (sambil membelakangkan Atif)

(Ala...kacau la mic tu... :( )

Faris: Tidak akan masuk syurga orang-orang yang kedekut.

Faris baca versi Arab dan terjemahan Melayu.
Cool! (^_^)

Di rumah saya tanya pada Faris, "Faris takut tak berdiri depan orang ramai tadi?"

Faris: Masa yang ramai-ramai tu tak takut... Masa aci-aci buka pintu tak takut jugak... Ya Hanana tak takut jugak... semua tak takut... Tapi yang 'Ismi Adam Faris' tu.... TAKUTTT... 

Tergelak saya... dia takut masa dua lakonan ni la... sebab sebelum mereka start lakonan tu, mereka kena perkenalkan diri dulu... Kena sebut, "Ismi (nama saya) Adam Faris" 


Nota kaki: Di Tadika ni, mereka diajar menghafal 10 hadis mudah. Lakonan 1, adalah hafalan hadis kedua dan lakonan 2 adalah hafalan hadis ketujuh.

* * *

Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


9 comments:

  1. Subhanallah.... suka tgk anak-anak da masukkan nilai Islam dalam hidup..

    ReplyDelete
  2. mesti excited tengok diaorg kan... :)

    ReplyDelete
  3. bagusnya tadika ni.. kat sini masih susah nak cari tadika mcm ni...klu ada, insyaAllah nak masuk kan anak sy juga:)

    ReplyDelete
  4. pandai AF berlakon dan takut takut utk berdiri depan orang ramai… kenapa AF takut masa perkenalkan diri dia NK?

    ReplyDelete
  5. alahai comel faris..biasalah tu8 nervous sikit,mana taknya,kita yg dewasa ni depan org ramai pun cuak jugak..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...