Nuffnang Ads

Bookcafe

Agoda Ads

Tuesday, November 12, 2013

Sekitar Majlis Konvo AF... :)

Bismillahirrahmannirrahim
Assalamualaikum dan salam ziarah,

Sebelum bergerak ke
Tadika... Nampak happy je
 
Pada Ahad, 10 November lalu berlangsungnya Majlis Konvokesyen Adam Faris... Sekejapan je rasanya masa berlalu... Tak sedar rupanya dia dah besar... Alhamdulillah... Majlis berlangsung di Kota Fesyen MITC.

Melihat aksinya di pentas rasa macam... "Alahai, tak sangka Faris dah nak masuk darjah 1".   

Faris terlibat dalam hampir semua persembahan pentas pada hari tersebut... Maka Mama dan Abahnya bergilir-gilirlah ambil gambar anak bujang ni... (^_^) 

Alisya pun sangat-sangat excited bila abangnya naik pentas. Dia akan berdiri di depan sekali, sambil bersorak untuk abangnya... Mana lagu yang dia pernah dengar abangnya nyanyi di rumah, dia akan turut nyanyi... (^_^)

Majlis bermula jam 9 pagi - 2.30 petang... Lamakan?! Sebab ada banyak persembahan dari pelajar-pelajar Tadika dan Taska serta Kelas Al-Quran. Antara persembahannya adalah:

1) Majlis Khatam Quran
2) Persembahan Selawat dan Qasidah
3) Bacaan Surah Lazim, Hadis dan Doa Harian
4) Persembahan Nasyid Anak Soleh
5) Gwiyomi, Gummy Bear, Chiken Dance, Ikan kekek
6) Lakonan Aci-aci Buka Pintu
7) Lakonan Bacaan Hadis
8) Pakaian baju cita-cita
9) Penyampaian sijil 
10) Sambutan hari lahir semua kanak-kanak Taska/Tadika dan Kelas Agama 

Comel sangat bila tengok kanak-kanak dari usia 4 - 6 tahun beraksi di pentas. Mereka tak nampak takut pun... Mereka ikut je apa yang cikgu mereka ajar dan cakap... Tetap bersemangat walaupun nampak letih buat banyak persembahan... hehe...

Majlis diadakan di cawangan Kota Fesyen, MITC

Majlis Khatam Quran

Tahniah buat adik Adam & Ainul yang khatam Quran...
Ainul tu baru darjah 2...

Pelajar Tadika just iringi Majlis Khatam Quran.

Persembahan Selawat dan Qasidah

Nampak Mama pegang kamera terus sengih...
Sejuk je tengok mereka ni...

Praktikal Tawaf Kaabah

Aik, sempat pandang mama lagi?! :p

Bacaan Hadis dan Doa Harian

Macam ustaz-ustaz semuanya... :)

Persembahan Nasyid


Nota kaki: Banyak pula gambarnya... nanti sambung lagi ya...  :p
* * * 
Berminat untuk menjana pendapatan dengan Tupperware Brands? 
Hubungi/SMS/Whatsapp Nora 0193441384 atau Kamarul 0126526556.


15 comments:

  1. Replies
    1. comeykan semua anak2 syurga tu...geram tgk...!

      Delete
  2. tahniah adam...baguih la konvo ni..lain dari yang lain...

    ReplyDelete
    Replies
    1. tq auntie sue... :D konvo islamic... :D

      Delete
  3. comeynya adam.
    sejuk mata memandang..semoga adam akan menjadi anak yg soleh
    berjaya dunia dan akhirat.amen.

    ReplyDelete
  4. Tahniah adam faris… tahun depan dah masuk sekolah besar :)
    sempat lagi dia posing depan kamera masa duk tawaf tu… hihihi, mesra kamera la adam ni :)

    ReplyDelete
  5. Wah nampak best je konvo camni kak...

    InsyaAllah untuk Alisha nanti nak cari yg camni gak la.. ada iqra n fardhu ain sekali.. tp kene survey awai2 la kan.. xtau kat sini ada or x..

    ReplyDelete
  6. Bagus ada tadika yang buat macam ni..

    tomei2 belaka.. hehe..

    ReplyDelete
  7. khatam quran zaman saya , usia 6 thn tu perkara biasa . Tapi sekrg mcm pelik sbb zmn dah berubah . anak buah mengaji pun kena paksa !

    ReplyDelete
  8. Ala comel2nya...bila tengok anak... mesti rasa tak sangka anak dah besar...noe pun anak dah lebih tinggi dari noe...cepatnya masa berlalu

    ReplyDelete
  9. Meriahnya. Cute jer tgk dorang berjubah.

    ReplyDelete
  10. sejuk hati tengok anak2 kt tmpt af belajar..comel semuanya berjubah cmni

    ReplyDelete
  11. seronokkan tgk budak² konvo ada program mcm ni.. sy pulak teruja tgk dia blh keliling kaabah tu..

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...